Muslimeen United |
- Ucapan Syabas dari wakil Rakyat BN kepada Kerajaan Negeri Kedah!
- Misteri Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabawi
- Calon PRU-13 PAS Terengganu; orang kita tak pertikai, orang ramai boleh terima
- Muhyiddin takut protes guru.
- Loceng Amaran Kepada Malaysia: Arroyo Ditangkap Kerana Menipu Dalam Pilihanraya
- Ibrahim Ali selar Tok Guru Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat
- Kebenaran Terdedah: Pemberian "One-Off" RM100 Bermotifkan Politik!
- Penjelasan gembala lembu di kondo
- Bangkitlah Wahai Warga Peneroka!
Ucapan Syabas dari wakil Rakyat BN kepada Kerajaan Negeri Kedah! Posted: 20 Nov 2011 03:48 AM PST |
Misteri Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabawi Posted: 20 Nov 2011 03:44 AM PST Qubbatul Khadhra' (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul S.A.W yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq r.a, dan Umar bin Khattab r.a. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul S.A.W kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah S.W.T dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah). Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi S.A.W adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m. Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi S.A.W. Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda). Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2. Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi S.A.W dengan sabdanya menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluas masjid ini". Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H. Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid. Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bangunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim) Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi). Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan. Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang. Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan "Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i'tibar". Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google "Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi". Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul S.A.W adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik. Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111). Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut? Adapun maksud Nabi S.A.W, Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua'lam./tulahan |
Calon PRU-13 PAS Terengganu; orang kita tak pertikai, orang ramai boleh terima Posted: 19 Nov 2011 07:36 PM PST KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mengambil sikap tegas dalam menentukan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Pesuruhjayanya Haji Mohd Abul Wahid Endut berkatapihaknya tidak akan meraikan mana-mana calon yang 'tidak boleh menang' walaupun di kalangan pimpinan negeri sekali pun. "kes calon ni, saya cakap terus terang, bagi saya, kali dalam suasana kita nak menang kita kena bubuh (letak) calon baru boleh menang, saya dah beritahu awal-awal, saya kata kali ni, bukan saya tak nak rai, "dan saya beritahu kemungkinan besar, pimpinan negeri dia pegang jawatan dalam parti, tak semestinya dia jadi calon,"tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penerangan Konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan PAS Kawasan Setiu, di sini, 17 November. Menurutnya, PAS akan mencari calon yang sesuai, yang mana, ia tidak dipertikaikan oleh orang-orang PAS sendiri dan dapat diterima oleh orang ramai. Katanya, beliau akan menolak sebarang usaha oleh mana-mana pohak yang meminta untuk memegang amanah khususnya menjadi calon menjelang pilihanraya. "Pengalaman (lalu) pasal kita (semua) orang parti, jawatan jangan sesekali kita minta, kita jangan minta, siapa yang minta tu, (terlebih) dulu saya tak bagi, pasal dia (jawatan adalah) bab amanah, bab tangungjawab ni, "kita akan nilai siapa yang akan pikul amanah ni, yang minta (jawatan) tu dia bukan jenis yang (ber) tangunjawab. kita cakap terus terang gitu je,"jelasnya. Beliau berkata, pihaknya menekankan perkara tersebut kerana PAS Terengganu kini mahu dilihat dan memiliki imej baru dan melaksanakan pendekatan yang baru. Menurutnya, khalayak ramai sedang memerhatikan tindakan-tindakan yang diambil PAS dalam menghadapi PRU ke-13. "orang tengok yang kita ada imej baru dalam parti kita, orang tengok kita ada pendekatan yang baru dalam parti dekat pilihanraya ni. sekarang ni memeang dia akan tengok tindakan kita yang seterusnya apa yang kita nak tawar dalam parti, siapa calon (yang akan bertanding),"ujarnya lagi. Katanya, beliau akan meneruskan pendekatan tersebut, walaupun menurutnya, mungkin ada dikalangan anggota PAS yang tidak bersetuju. "walau pun apa juga keputusan yang kita buat, tidak 100% orang sokong dengan kita, kita payah (untuk mendapat sokongan semua) sekurang-kuranya kita ingin mengurangkanya, kita banyak pengalaman dalam bab calon ni,"katanya. Beliau berkata, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta pelbagai sektor dalam PAS menghantar nama-nama cadangan calon-calon tersebut, termasuk dari pihak DUN, Muslimat, Pemuda, Keselamatan serta jabatan dan Lujnah untuk diperimbangkan. -BO |
Posted: 19 Nov 2011 07:35 PM PST Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehariKUALA LUMPUR – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan. Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik. Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru. Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang. Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka. "Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya. "Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru," kata beliau di Labuan, Sabah. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut. "Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan," katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru. Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran. "Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan," katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu./TMI |
Loceng Amaran Kepada Malaysia: Arroyo Ditangkap Kerana Menipu Dalam Pilihanraya Posted: 19 Nov 2011 03:19 PM PST Manila - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya. Gambar: ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu. Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut. Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher. Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara. Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang. Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah. "Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu. "Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan. "Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama. Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu. Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku. Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini. De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital. Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan. Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan. Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi Demikian hukum kebenaran. Mana mahu lari sekalipun penipuan itu telah lama berlalu. Akhirnya ia terbongkar juga. Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada SPR, JPN dan semua yang terlibat dengan proses pilihanraya supaya JANGAN MENIPU dan JANGAN BERLAKU CURANG. Nasib Arroyo itu bakal menimpa anda jika kesalahan yang sama dilakukan di negara ini. -GB |
Ibrahim Ali selar Tok Guru Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat Posted: 19 Nov 2011 03:18 PM PST Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno. Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat "Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle. Jaguh palsu Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut. "Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis. "Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud." Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini. Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam. Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran. Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga. "Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle |
Kebenaran Terdedah: Pemberian "One-Off" RM100 Bermotifkan Politik! Posted: 19 Nov 2011 03:09 PM PST BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat. Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik. "Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat. "Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik. Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu. Langgar batasan Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik". "Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya. Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam. "Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan. "Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena. Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam. "Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu. -M'kini Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat Umno |
Penjelasan gembala lembu di kondo Posted: 19 Nov 2011 03:07 PM PST Suami Shahrizat akhirnya bersuara tetapi cerita lembu tetap pelik Suami Menteri Wanita Shahrizat Jalil akhirnya telah membeli 2 buah unit kondo mewah di Bangsar setelah menerima RM 250 juta untuk projek ternakan lembu Malaysia. Setelah berita tersebut tersebar, beliau telah menyepi selama beberapa hari dan akhirnya memecah kesunyian untuk mempertahan bahawa beliau tidak menyalahgunakan dana yang datang daripada rakyat itu. Bersama beliau adalah peguam Umno popular Shafee Abdullah, yang kehadirannya sahaja sudahpun kelihatan seperti memancarkan aura bersalah. Logik cerita suami Shahrizat Mengikut logik suami Shahrizat, anda boleh sahaja mendapatkan pinjaman berjuta-juta daripada kerajaan untuk tujuan projek yang akan memberi faedah kepada rakyat, kemudian anda bolehlah membelanjakannya sesuka hati. Anda boleh beli tanah di Yukon, yang semestinya akan naik harga 2-3 ratus tahun akan datang, melakukan ekspedisi cari gali berlian di Antartika ataupun membina terusan-terusan di Sahara untuk anak-anak Tuareg mandi manda. Ataupun laksanakan sahaja apa jua idea yang mungkin sambil duduk di kafe-kafe di Bangsar memikirkan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada kerjaya politik pasangan anda.. Anda boleh juga melabur dalam hartanah, walaupun pada tahun 2008, kebanyakkan firma-firma gergasi dunia seperti Lehman telah mejadi bankrap disebabkan mereka percaya harga hartanah akan terus meningkat. Pelaburan yang baik atau pecah amanah? Mengapa kerajaan memberi kuasa penuh kepada NFC untuk menggunakan dana awam untuk tujuan yang selain daripada yang sepatutnya? Bukankah ia suatu pecah amanah? Terdapat juga butiran yang mengatakan bahawa RM 800 000 telah digunakan NFC untuk wang perjalanan "Direktor" mereka dan mereka ini adalah anak Shahrizat. Salleh Ismail menegaskan bahawa mereka tidak menggunakan Kelas Pertama untuk perjalanan udara. Adakah mereka menggunakan Kelas Perniagaan menggunakan dana awam? Ini tidak boleh diterima! Kini, pegawai-pegawai eksekutif Syarikat multi national besar juga menggunakan kelas ekonomi untuk perjalanan mereka. Kemudian ada lagi penyalahgunaan lain misalnya, derma kepada ahli Umno dan wang yang dibayar kepada Shahrizat sendiri. Lembu Segera Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang menolak projek NFC gagal. Walaubagaimanapun, Salleh mengakui membeli lembu-lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini sahajalah nampaknya yang NFC telah dilakukan. NFC memberi makan lembu sebelum ia dijual. Satu cara yang agak menghairankan untuk 'membangunkan' industri lembu Malaysia. Dalam masa yang sama juga, Salleh telah membandingkan lembu pada pokok-pokok sawit, seolah-olah dalam sebuah puisi Lewis Carroll. Beliau juga menegaskan bahawa mereka akan 'menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015' dengan cara yang sudah semestinya- membeli dari Australia Lembu yang ditunjukkan dikaca TV kelihatan dalam keadaan yang sesak, di tempat berlumpur dan jelas sekali kelihatan tidak selesa dan sengsara. Mungkinkah Jabatan perkhidmatan veterinar pula yang perlu menyiasat NFC untuk penganiayaan haiwan serta pencabulan kebersihan sebagaimana SPRM perlu menyiasat NFC untuk rasuah . Ia seolah-olah hanya RCI yang akan dapat menghilangkan semua persoalan- yang dilemparkan terhadap skandal NFC. Mengapa tiada siapa yang bertanggungjawab? Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan yang kita lepas pandang. Kenapa Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang skandal- skandal yang masih berlaku ini? Adakah Kementerian Kewangan sedang tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku? Menteri Kewangan ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau harus dipersalahkan 2 kali ganda daripada pihak lain. Najiblah yang akhirnya perlu bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dirasai oleh pembayar cukai di Malaysia. Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai mana-mana pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang.Tetapi nampaknya itu tidak akan berlaku. Pernahkah kita mendengar mengenai Menteri BN yang berani mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan? Malaysia Chronicle |
Bangkitlah Wahai Warga Peneroka! Posted: 19 Nov 2011 03:02 PM PST Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991). Objektif penubuhan Felda adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka. Namun, Felda yang diuruskan oleh Umno dan Barisan Nasional selama 54 tahun telah menyeleweng dari objektif penubuhan. Asalnya Lembaga tersebut bertujuan mahu menyenangkan peneroka yang terdiri dikalangan orang-orang Melayu, tetapi kini menjadi Felda dibuktikan sebagai 'penipu peneroka'. Seramai 2,000 orang warga peneroka diseluruh negara telah bangkit menuntut hak mereka dan memfailkan saman kerana Felda menipu peneroka keatas Kadar Perahan Gred minyak Sawit yang melibatkan kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Peneroka menang saman keatas Felda Penipuan Felda terhadap peneroka dan orang Melayu telah dibuktikan dengan sekurang-kuranga tiga kes mahkamah sejak setahun lalu. Pada 26 Ogos 2010 Mahkamah Persekutuan Khamis menolak permohonan Felda untuk menyemak semula keputusan yang dibuat oleh panel lain pada 19 Jan lepas yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu. Sermai 354 peneroka Felda Kemahang 3 Tanah Merah Kelantan menang saman RM11 juta (Gambar kanan atas) kerana konspirasi Felda menipu gred harga kelapa sawit. Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka. Pada 29 September. 2010, Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui Felda. Seramai 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 menang saman RM170,000 kerana Felda tidak membayar bayaran tanam semula Keputusan hakim Datuk Mariana Yahya menetapkan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri dan menolak penipuan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi. Pada 14 Jun 2011, 10 bulan setelah 354 peneroka Felda Kemahang 3 menang, seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 pula menang saman. Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada seramai 131 peneroka Kemahang 1 & 2. Jumlah wang tersebut dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun, ditambah dividennya yang juga dikira dalam tempoh yang sama. Peneroka yang telah menyaman Felda Pada 9 Ogos 2010 – Seramai 766 peneroka Serting Hilir dan Felda Raja Alias, Pahang, memfailkan saman RM200 juta mendakwa lembaga itu menipu hasil perahan minyak sawit mereka sejak 15 tahun lalu. Pada 17 Jun, 2011 - Seramai 711 peneroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka, Pahang memfailkan saman berjumlah RM344 juta terhadap Felda kerana penipuan dan pecah amanah dalam urusan jualan hasil sawit. Pada 7 Julai, 2011- Seramai 113 Peneroka Felda Palong, Pahang, mendakwa Felda dan pengurusannya telah menipu dan memfailkan saman RM1.5 juta Pada 20 September, 2011 - Seramai 550 peneroka dari Felda Gugusan Bera, Pahang, memfailkan saman RM300 juta terhadap Felda kerana menipu hasil perahan minyak selama 16 tahun. Pada 29 September, 2011 – Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka, Pahang, memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta. Pada 13 Oktober, 2011 – Seramai 77 peneroka Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu telah memfailkan saman terhadap Felda melibatkan tuntutan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta (Gambar kiri atas). Pada 16 November, 2011 - Seramai 49 peneroka dari Felda Palong 4,5 dan 6 di Negeri Sembilan, memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd sebanyak RM7.35 juta Laporan Ketua Audit 2010; Felda menyeleweng dari objektifnya Sejak dikuasai Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Felda menyeleweng dari objektif utamanya iaitu pembangunan tanah pertanian Aktiviti pelaburan sepatutnya hanyalah aktiviti sampingannya, namun ia 'terpesong' menjadi sebuah gergasi pelaburan kewangan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun Felda yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun. Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun Felda yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan Felda. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama Felda jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan." Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka Felda untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka Felda. Menurut Laporan tersebut, Felda telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum. Sehingga tahun 2010, Felda telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta. Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun Felda yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Felda. "Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun Felda pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%," menurut Laporan Ketua Audit. Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008. Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun Felda hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%). Sehingga akhir tahun 2010, Felda telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun Felda berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka. Peneroka berhak mendapat nikmat hidup yang lebih baik sekiranya ia tetap berjalan atas objektif asal. Pembuktian keputusan mahkamah dan Laporan Ketua Audit telah begitu jelas membuktikan Umno dan Barisan Nasional yang diberi amanah telah mengkhianati amanah tersebut. Justeru, para peneroka harus bangkit dan menjauhi mereka dari terus menipu dan menindas warga Peneroka. Warga peneroka mesti mengambil peluang dan menyenmpurnakan hak mengundi mereka pada pilihanraya akan datang dengan menolak Umno dan Barisan Nasional. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan