Rabu, 16 November 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


"Samseng" umno Ganggu Ceramah DSAI Dengan Letupan Mercun

Posted: 15 Nov 2011 08:32 PM PST


BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.

Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan.

Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup  berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.

Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar

Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku. Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu.
  
Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim.

Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin  Ahmad dan Tuan Mahazan
Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat.
 Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi. Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis.

"Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat.

"Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis" ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah.

Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan. Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional.
  
"Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !" soalnya lagi.

Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa.

Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat. / ibn_bacoks


P/S: umno Johor dah semakin kecut, mereka tak dapat menerima hakikat bahawa zaman telah berubah, era umno sebagai parti dominan Melayu telah berlalu. Semuanya angkara kerakusan pemimpin umno sendiri yang terlalu banyak mengkhianati orang melayu.

Penyelewengan Satim dan Barisan Nasional Dibongkar MB

Posted: 15 Nov 2011 08:23 PM PST

SHAH ALAM : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.
Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit.

Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.

Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.

"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.

Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.

"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.

Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.

Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

Terkini!! Parti Gerakan Bubar

Posted: 15 Nov 2011 08:22 PM PST

Disebabkan ramai ahli telah cabut lari, Parti Gerakan Padang Serai Terpaksa Dibubarkan.

Kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, naib pengerusi Parti Gerakan cawangan Padang Serai, Kok Ee Foh mengumumkan pembubaran parti itu setelah kebanyakan ahli mengambil keputusan meninggalkan parti itu. 
Menurut Ee Foh, sebelum ini Bekas Pengerusi parti Tan Hiang Lye mengambil tindakan yang sama setelah kecewa dengan pucuk presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dianggap cakap tak serupa bikin. Ee Foh berkata dengan keputusan dibuat parti gerakan yang ditubuhkan sudah tidak wujud dan ini akan melemahkan Gerakan di Kedah.

Bagi Sk ini adalah satu khabar berita yang baik bagi Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. Difahamkan ahli Parti Gerakan yang seramai 3000 ribu orang telah lari meninggalkan parti dan kini menjadi bebas. Diharapkan seluruh jentera Pakatan Rakyat dapat membuat sesuatu di kawasan Padang Serai ini bagi menarik lebih ramai ahli bersama Pakatan Rakyat disamping dapat membantu mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Dulu dia dijulang

Posted: 15 Nov 2011 08:19 PM PST

Sekarang
KERAJAAN Filipina mencabar sebuah Mahkamah Agong kerana membenarkan mantan presiden negara tersebut, Gloria Macapagal Arroyo untuk berlepas keluar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Arroyo, 64 mendakwa dirinya menghidap penyakit tulang namun dihalang daripada meninggalkan negara lantaran tuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini telah menghalang cubaan bekas presiden negara tersebut untuk berlepas keluar negara bersama suaminya dari lapangan terbang Manila.

Bagaimanapun, Mahkamah Agong telah mengeluarkan keputusan bahawa pengharaman itu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

ARROYO dilihat menutup mukanya bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa

Arroyo kini menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kerajaan semasa Filipina bimbang Arroyo akan menghilangkan diri jika dibenarkan berlepas keluar negara.

Jurucakap presiden, Edwin Lacierda berkata Arroyo yang sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penipuan pilihanraya akan dilayan dengan cara bermaruah.

"Namun kami akan tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan beliau meninggalkan negara" ujarnya tegas.

Lacierda berkata "ini semua hanyalah sandiwara, mereka hanya mahu mendapatkan simpati orang ramai".
Sumber: [Free Malays]


ReJaM© "Balasan untuk pemimpin yang merompak hak dan harta rakyat semasa berkuasa..."

Tiada ulasan: