Muslimeen United |
- Bicara Asia Barat malam ini ...
- Dr Maza, Gua semua takmau ikut lu...
- Peninju Israel: Shabery mesti bertanggungjawab
- Cantiknya Rosmah Nak Pergi Haji!!
- Kelantan Kasi Kantoii TV3
- Siapa Dalang Di Belakang Mat Rempit Yang Berdemonstrasi Haram Di Pulau Pinang?
- Rosmah boros lagi: Beli mutiara RM387.888, anaknya pula RM193.944 di Perth, Australia..
- Halang Mahasiswa Berpolitik Bercanggah Dengan Perlembagaan - Keputusan Mahkamah
- Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong
- Projek feedlot RM73j diakui milik keluarga Shahrizat
Bicara Asia Barat malam ini ... Posted: 31 Oct 2011 09:34 PM PDT "PROGRAM BICARA ASIA BARAT : LAKARAN MASA DEPAN 1 November 2011 (Selasa) - 8.30 Malam - Dewan Bankuet MBSA Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang(Presiden PAS) Dr Mehdi Akif (Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir) Ahmad Al Najjar (Wakil Kerajaan Hamas) Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) Semua Dijemput Hadir |
Dr Maza, Gua semua takmau ikut lu... Posted: 31 Oct 2011 09:31 PM PDT ""Salam Palestin, Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami menjawab secara berseloroh, tapi penuh makna bagi saya. "Asri sedang berusaha gigih mengikis gelaran 'Wahabiyah' yang banyak membantutkan pengaruhnya daripada melebar di dalam masyarakat. Beliau tidak mahu gelaran yang menjadi bebanan itu terus menghantui usaha pemasakan pemikiran tajdidnya yang dikira terbaik untuk mengubah bangsa Melayu ke tahap memahami Islam yang lebih komprehensif dan progresif." "Aku fikir dengan melabel pemuda PAS yang kebanyakan mereka adalah seusia dan seangkatan dengannya dalam pengajian dulu – termasuk ketua pemuda PAS – sebagai Taliban, maka masyarakat yang sering melihatnya sebagai 'keras' akan terpesona dan melihat betapa Asri telah banyak berubah dan kendur." Begitu sahabat saya itu berkonklusi. Taliban dan Wahabi dalam masyarakat kita sering digambarkan sebagai watak-watak keras yang sukar diterima dalam masyarakat kita. Taliban dengan watak janggut panjang dan serban besarnya dan wahabi dengan watak jubah Saudianya. Kebetulan pula, ketua pemuda PAS suka berserban dan serbannya pula lebih besar daripada serban Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi. Ketalibanannya sedikit di belakang rakannya, ustaz Norazli Taliban. Saya terkekeh-kekeh mendengar seloroh sahabat saya. "Gua tak ikut enta la," jawab saya, enggan terheret jauh kepada perkara yang saya tak fikir Dr Asri akan ke situ pula semasa memberi komen terhadap pemuda PAS. Tetapi, ia adalah satu isu yang melanda gerakan dakwah di dalam negara kita. Satu anjakan yang menarik apabila pemikiran wasathiyah atau sederhana mula menyerap masuk ke dalam gerakan dakwah atas usaha pelbagai pihak di medan dakwah. Ia seperti menjadi perlumbaan sesama sendiri untuk menjadi juara wasathiyah, seperti telah terbina satu keyakinan bahawa wasathiyah adalah 'mazhab' Islam terbaik untuk zaman kebangkitan Islam ini. Mana-mana yang ketinggalan dan terpencil daripada perlumbaan ini, maka ia bukan pejuang Islam. Begitu dahsyatnya 'kegilaan' kepada dakwah wasathiyah yang semakin bertapak dan berjaya di timur tengah hari ini, termasuk di dalam dunia politik baru di sana. Saya mungkin salah seorang yang dihinggapi pemikiran ini. Saya, sepertilah orang lain, peminat tegar Dr Yusuf Qaradhawi dan pemikiran wasathiyahnya. Setahun dua ini, saya tergilakan pula buku-buku Dr Muhammad 'Imarah dari Mesir. Tiga hari lepas, semasa makan tengahari bersama mantan mursyid am Ikhwan Muslimin Mesir, Syeikh Muhammad Mahdi 'Akif, saya sempat memohon pandangannya mengenai Dr Muhammad 'Imarah. Syeikh memuji melangit beliau dan menganggapnya sebagai seorang penulis Islam yang agung di negara Mesir. Saya begitu gembira kerana dengan itu, tak perlulah lagi saya risau dan terpaksa mengikis buang pemikirannya yang mula mengalir masuk ke otak hijau saya ini jika ia adalah pemikiran relatif taliban atau Wahabiah! Dr Asri pula mestilah lebih wasathiah daripada saya. Saya hijau putih dan dia pula aneka warna dan mestilah aneka warna itu lebih menarik. Itu belum lagi dikira gelaran akademiknya, apatah pengaruhnya yang besar di dalam masyarakat. Beliau pernah suatu ketika menjadi 'Mawi' dalam dunia dakwah sebelum kini diambil alih secara lebih dahsyat oleh ikon baru anak muda, ustaz Azhar Edrus yang lebih versatil. Ketika orang lain sudah berada di langit biru, saya baru bertatih- tatih jadi pelakon tambahan! Adduh, gua ikut enta, bro! Penangan Ahmad Idham punya 'Hantu Bonceng' telah membantu membuka pintu baru kepada gerak kerja dakwah Dewan Pemuda PAS untuk berlumba memaut anak muda kita menuju kehidupan berugama yang lebih bermakna. Ahmad Idham kini adalah kawan saya. Siapa mampu menduga kerja tuhan, bro!? Apapun, kemabukan dakwah wasathiyah di sebalik kebaikannya, telah mencetuskan wabak baru dalam dunia dakwah iaitu keterlampauan dalam berwasathiyah. Dulu Islam Liberal adalah nama senjata baru untuk gerakan memalsukan Islam di zaman moden, tetapi kini, saya, sepertilah yang lain, mula merasai liberalisasi wasathiyah yang bahaya. Saya namakannya, liberalisasi dakwah wasathiyah. Saya tak pasti, adakah saya akan mengulasnya nanti secara mendalam. Saya lebih suka jika Dr Asri memulakannya, kecuali ianya tidak penting di sisinya. Apalah pemuda PAS, hantu bonceng pun ambil kira! Dr Asri, saya sering memujinya di hadapan pemuda PAS. Setengahnya sampai berkerut, mengapa saya memujinya sedangkan mereka mahu saya menghentamnya. Saya jawab, buat apa hentam orang yang bantu saya hentam umno? Tumpukan pada musuh yang pasti. Sekadar nasihat, Dr Asri patut lebih cermat. Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam kritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, "Inilah cara Taliban berterima kasih!" Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel. Saya belum menulis mengenai isu konsert gay antarabangsa itu. Jika sempat saya akan segera menulisnya, insya Allah. Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS!. http://nikabduh.wordpress.com" |
Peninju Israel: Shabery mesti bertanggungjawab Posted: 31 Oct 2011 09:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjawab serta menjelaskan bagaimana kehadiran seorang peninju dari Israel, Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar kecil) berkata, sedangkan sepatutnya tidak ada seorang rakyat Israel pun dibenarkan masuk ke Malaysia sebagaimana rakyat Malaysia diharamkan memasuki Israel. Katanya, lebih mengejutkan apabila peninju itu sendiri mendakwa beliau masuk ke Malaysia dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan diberi pas khas setelah ditahan selama 25 jam di pintu masuk antara Malaysia-Thailand. "DPPM menganggap dakwaan peninju terbabit amat berat dan melibatkan penyelewengan kuasa oleh Menteri Belia dan Sukan," katanya kepada Harakahdaily. Tambah beliau, jika benar dakwaan peninju tersebut, DPPM merasa kesal kerana Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menjaga sensitiviti serta keprihatinan umat Islam atas isu Palestin. Menurutnya, dalam keadaan seluruh umat Islam berang dan berduka di atas apa yang menimpa umat Islam di Palestin yang dibunuh serta dihalau dari bumi mereka sendiri, Menteri Belia dan Sukan sendiri meluluskan kemasukan warga Israel ke dalam Malaysia. Beliau berkata, ia ibarat merobek luka ke dada umat Islam Malaysia yang tidak meredhai kezaliman berlaku di atas buminya. Bagi umat Islam, tegasnya rakyat Israel adalah pencoroboh dan zalim yang telah membunuh beribu umat Islam Palestin. "DPPM melihat jawapan balas beliau yang menyatakan kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk kejohanan tersebut sebagai jawapan 'escapism' atau melepas diri semata-mata," ujarnya. Katanya, Kerajaan Selangor hanya meluluskan peruntukan untuk penganjuran kejohanan terbabit, sedangkan Menteri Belia dan Sukan berkuasa penuh meluluskan sesuatu kejohanan atau penglibatan mana-mana peninju dalam kejohanan tersebut. "Beliau boleh mengharamkan penglibatan peserta yang bermasalah atau dari negara yang diharamkan masuk ke Malaysia seperti Israel. "Mana-mana peserta yang kontroversi perlu disekat dari awal lagi agar tidak menimbulkan pertikaian," ujarnya. Tambahnya lagi, DPPM juga meminta Menteri Belia dan Sukan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku dan mengingatkan agar beliau menjaga hati serta sensitiviti rakyat di negara ini. Tegasnya, jangan kerana atas semangat mahu memajukan sukan di negara ini, kedaulatan dan keharmonian negara pula tergadai. -Hrkh |
Cantiknya Rosmah Nak Pergi Haji!! Posted: 31 Oct 2011 05:33 PM PDT Di Mekah barulah kita bertudung elok-elok, Kalau tak orang Mekah marah nanti!! Salam ambil berkat!! PM Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji. Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta MB Perak, Zambry Abdul Kadir. Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 5 petang. |
Posted: 31 Oct 2011 05:32 PM PDT Patut la hanya Kelantan yang nak laksana Hudud beb..sebab Allah cuma ada di Kelantan saja..mungkin lu orang tak caya cakap gua,tapi inilah realitynya. Hari sabtu hari tu,gua tengok TV3 dalam program Jom Heboh di Kelantan semua pengacara yang selama ini,bertelanjang (Tak tutup) aurat tetiba boleh pakai tudung di Kelantan..Fuhh..pelik gua beb,anak gua tanya "Tuhan kat Kelantan tak sama ke macam tuhan kat negeri lain." gua jawab selamba,golongan Hipokrit macam tu la..anak gua tanya lagi,Hipokrit tu apa..wa jawab MUNAFIK,gua tengok dia nganggukkan kepala,mungkin faham la tuu.. Inilah pentingnya undang-undang...dapat mencegah sebarang maksiat dan kemungkaran,dan hanya dengan undang-undang Islam sahaja yang menjadikan manusia takut akan melakukan kejahatan. JuRaGan : Lu orang sendiri pikir beb... |
Siapa Dalang Di Belakang Mat Rempit Yang Berdemonstrasi Haram Di Pulau Pinang? Posted: 31 Oct 2011 05:26 PM PDT Demonstrasi Haram: Lima Individu Ditahan Di P. Pinang GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini. Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri. Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis". Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit. Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA. Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis Rempits want race track, condemn 'racist' CM Mat-mat Rempit meminta pembinaan litar lumba untuk mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Justeru, dapat dilihat bahawa tuntutan untuk litar lumba hanya satu dalih dan camouflage untuk satu tujuan lain membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Jelas sangat Mat-mat rempit diperkudakan oleh pihak tertentu di Pulau Pinang untuk menimbulkan kekecohan. Lima orang ditahan, diambil kenyataan dan dilepaskan. Ini mengingatkan kita mengenai kejadian awal Julai lalu dimana sekumpulan 300 orang membuat kecoh di Pulau Pinang, dimana Senator Ezam Mohd Noor juga ditahan tetapi tiada sebarang tindakan diambil ke atas kumpulannya. -GB |
Rosmah boros lagi: Beli mutiara RM387.888, anaknya pula RM193.944 di Perth, Australia.. Posted: 31 Oct 2011 05:23 PM PDT Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888). Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944). Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok. Rosmah Mansor bergaya dengan perhiasan mutiara bersama delegasi asing Sumber : Milo Suam |
Halang Mahasiswa Berpolitik Bercanggah Dengan Perlembagaan - Keputusan Mahkamah Posted: 31 Oct 2011 05:20 PM PDT Empat menang kes cabar AUKU dan UKM, mahkamah putus canggah Perlembagaan Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini. Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010. Keempat-empat pelajar itu sudah pun menawatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis konvensyen September lalu. Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing. Keempat-empat mereka turut telah dihadapkan di mahkamah UKM kerana disyaki terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduhan awal Ogos 2010. Mereka berempat, ketika itu pelajar jurusan sains politik, ditahan oleh polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010. Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang. Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Keempat-empat mereka diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Hariss Ibrahim. Sementara itu, pihak defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Woon berkata Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan. "Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik," kata beliau sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini. "Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara," kata Woon lagi. Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah. "Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan negara pada masa depan," katanya. -TMI Unconstitutional to ban students from politics |
Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong Posted: 31 Oct 2011 05:16 PM PDT KUALA LUMPUR : PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. "Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi. "Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan. "Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu. "Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu. Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM". "Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya. -Hrkh |
Projek feedlot RM73j diakui milik keluarga Shahrizat Posted: 31 Oct 2011 05:16 PM PDT Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan. "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad. "Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya. Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd. "Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu. Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan. Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain. Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan. Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta. Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan. NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan