A Mum Of Three Mohd |
- Makcik kayo!! Makcik kayo!!
- Stopa Mamat the EMBI
- Shahrizat under fire: Projek Sumbang
- Fuyooo.... Raja Saudi sokong Najib oooo.
- Undur... Undur...!! Undur Najib!!
Posted: 10 Nov 2011 03:48 AM PST |
Posted: 09 Nov 2011 08:30 PM PST Hok oloh.... dalam diam-diam Stopa Mamat pasang angan-angan nak jadi EMBI. Kah kah kah kah.... You can't blame him for being ambitious?? After all he's now, the Ketua Perhubungan Negeri, what?? Sure la he wants to be somebody. Jawatan dan pangkat tinggi maa,sap tak mau. UMNO people sure kejar punyer maa. But the big question is.... can he?? Will he?? BE SOMEBODY... such as an EMBI. In Malaysia Boleh.... may be. But in Kelantan particularly... SORRY!! Nauzubillah... not this man from UMNO as EMBI for Kelantan. Rakyat Kelantan masih dahagakan pemerintahan by our beloved Tok Guru Nik Aziz. Stopa Mamat.... sedikit advice, stop dreaming the impossible dream. Thank you. Chao!! [sini] |
Shahrizat under fire: Projek Sumbang Posted: 09 Nov 2011 06:29 PM PST Uuuu.... Opah Ijat dah bersuara. Emosional dia weh. Katanya.... "Serangan ini merupakan percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya... "Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah. "Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya." Opah oi.... Ini bukan persoalan, you lemah atau tak lemah. Ini bukan persoalan, melemparkan tuduhan. Ini juga bukan persoalan, kamu bekerja keras atau tidak. Persoalan pokoknya, pemberian itu SALAH. Ada unsur-unsur kronisme. Itu.... ANUGERAH SUMBANG!! Awak tu menteri... Tak manislah kalau awak or keluarga awak dapat projek ratusan juta RM daripada kerajaan yang awak dokong. Salah tu!! Itu ada unsur-unsur salah guna kedudukan dan kuasa. Itu namanya, guna kedudukan politik untuk dapat habuan bagi memperkaya diri dan keluarga. Haisyyy.... susah betoi bercakap dengan lembu ini. Bangang betoi!! Takkan itu pun tak boleh pakai akai. Duit rakyat... tak boleh buat macam duit mak bapak lu orang. Mesti ada akauntabiliti. Ini tidak.... ambik duit rakyat tapi projek 'hidup melarat'. Si penerima anugerah sumbang ini pulak, hidupnya..... WOW sekali!! Katanya lagi..... "Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan" Tang ni.... aku setuju dengan Opah Ijat. Apabila satu-satu projek yang gasak ratusan juta RM duit rakyat diberikan kepada orang politik.... maka dengan sendirinya ia sudah menjadi agenda politik. Politik kita lawan cara politik. Barulah macho dan bukan poyo macam you all. Oleh itu, syabas kepada pembangkang yang memang bijak, kerana berjaya men'advantage' isu ini untuk kepentingan politik mereka dan demi kepentingan rakyat. This is realpolitics beb!! But.... peliknya, mengapa Opah Ijat mesti heret Wanita UMNO dalam isu ini. Weh.... bukan Sayap Wanita UNMO yang dapat projek tu, tetapi keluarga you. The attack is solely on YOU.. not the Wanita UMNO. So please..... jangan nak rawitkan pihak lain pulak. Masalah you.... you account for it. As for Wanita UMNO.... kita orang tak payah susah-susah nak lemahkan dah. Ia dah sampai tahap menopause.... tak boleh pakai dah. Tunggu masa jer nak kiok dengan its main body, si UMNO-Ngok Kata dia lagi..... "(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani. "Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata" Hello... untuk pengetahuan you, Noh Omar bukan menjawab tetapi dia buat lawak. Jelas dan nay hapa ke benda. Weh.... dia bukan menjawab tetapi berputar belit. Tidak ada bukti kukuh yang dikemukannya untuk support penjelasan dia. [sini] This is another lembu. Macam mana boleh dipilih jadi menteri entah ler. Yang syoknya..... oleh sebab dah tak terdaya nak berhujah sebab tak der fakta kukuh untuk menepis dakwaan pembangkang, maka dia akhiri penjelasan dia dengan mencabar para pemimpin Pakatan Rakyat untuk take up the projek. [sini] Hahaha... Tak ke bodoh. Apakah duit rakyat akan dikembalikan sekiranya cabaran itu diterima?? Yang kita persoalkan sekarang dan yang nak kita bagi tahu rakyat.... ialah penyelewengan dan pembaziran wang rakyat... gara-gara pemberian anugerah sumbang sesama puak-puak mereka. Puak-puak lanun ni, gasak duit rakyat, kononnya atas nama projek negara tetapi in the end.... what happened?? Projek... hidup segan, mati tak boleh. Rakyat tak dapat manfaat apa-apa.... tapi mereka yang jadi kaya-raya. Pulak tu, mula-mula dengan egonya dan konfidennya, mereka suruh Pakatan Rakyat pergi melawat tapak projek. Apabila para pemimpin Pakatan Rakyat pergi..... mereka sekat pulak tak beri masuk. [sini] Weh... apa nonsense ni?? You all nak takut apa, haa...?? Persepsinya..... ada something yang you all tak mahu Pakatan Rakyat dedahkan. Aha.... kebenaran di sebalik isu kontroversi ini. Itu ler.... orang buat salah jer yang gabra takut semacam!! Ini semua petunjuk-petunjuk yang membukti betapa gagalnya UMNO@BN mengurus duit rakyat dan betapa rakusnya puak-puak lanun ni merompak duit rakyat untuk kepentingan diri mereka. Fuuhhh.... Kayo Opah Ijat kita weh!! 1Malaysia... Duit Rakyat Digasak Dulu , Pencapaian... Pi Mampuih lu!!!Demer kayo!! Demer kayo!! Rakyat.... ngango!! Malaysia Boleh!! Sekian, mekasihhhhh. [sumber:sini dan sini] |
Fuyooo.... Raja Saudi sokong Najib oooo. Posted: 09 Nov 2011 03:00 PM PST Woit... para pemimpin serta para pendokong Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat 1Malaysia. Dengar sini apa kata piem Haji Najib. Komer baca ler... "Saya juga telah berkesempatan bercakap menerusi telefon dengan Raja Abdullah (Raja Arab Saudi) yang berada di Riyadh selama 25 minit, dan baginda telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan kita di Malaysia. "Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah. "Ini menujukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita" Fuuuuyoooo...... don't main-main. Haji Najib mendapat sokongan daripada Raja Saudi. Raja Saudi cakap dalam tepon.... dia sokong Haji Najib. Dasat oooo. Fuuuh.... Haji Najib juga rasa hebat, sebab.... dia ketua negara pertama yang dapat jumpa dengan Putera Mahkota baru Saudi. Orang lain tak jumpa lagi, dia dah jumpa dulu. Fuuuyoooo... dahsat!! Happy betoi Haji Najib oooo. Lantas, Haji Najib pulang ke negara 1Malaysia dengan hati yang amat gumbira dan menghebahkan kepada rakyat Malaysia tentang kononnya, sokongan Raja Saudi kepada kerajaannya. Fuiyooo.... Dia betoi-betoi mengambil peluang kepergiannya ke Mekah untuk meraih sokongan, khususnya sokongan orang Melayu-Islam. Hahaha.... sekali lagi dia menggunakan Islam untuk mendapatkan laba politik. Well.... itu hak dia. Mampuih pi la... But.... dia dapat sokongan Saudi ke, sapa ke, ada rakyat kesah?? Mampuih pi la.... Rakyat Malaysia bukan benggong. Yang penting ialah sokongan dalaman. Sebab.... yang nak menentukan siapa yang akan menjadi pemerintah dan menduduki Putrajaya selepas PRU13 ialah rakyat Malaysia, bukannya Raja Saudi. Yang syoknya.... Haji Najib seolah-olah berasa amat bangga dengan si Jamil Khir, yang kononnya telah mendapat pujian kerana memberi ucapan dalam bahasa Arab. Eleh.... perak betoi piem 1Malaysia ni. Weh... tak der apa nak dibanggakan dengan si setan bisu tu. Tak hebat mana pun dia. Setakat nak bagi ucapan dalam bahasa Arab.... banyak lagi orang yang terer-terer. Dia tu cuma terer dalam bab membodek jer. Sebagai penasihat agama kepada Haji Najib..... hancuss!! Setengan sen pun tak guna. Apa juga perkara sumbang dari segi agama yang Haji Najib dan bini dia buat.... dia membisu seribu bahasa. Tak berbunyi.... Huk tidak, hek pun tidak. Bisuuuuu.... Sebab tu, Najib laki bini suka sesangat dengan setan bisu ni. Tak der sapa nak melarang atau nak nasihat-nasihat mereka dalam bab-bab agama ni. Kesian.... kedua laki-bini ni. Pergi buat haji.... mereka jadi bahan ketawa. Jadi Perdana Menteri pulak..... jadi liabiliti kepada negara. Orang benci, orang caci. Betoi.... wa tarak tipu. Negara amat rugi berperdanamenterikan Haji Najib kerana skandal-skandal panas yang melibatkan dirinya, menyebabkan negara rugi. Pelabur tak sior nak masuk. Pelabur tidak yakin dengan kepimpinan Haji Najib. Mereka tunjuk kepada rakyat Malaysia yang mereka tak yakin dengan Haji Najib dan kerajaannya. Bagaimana mereka tunjuk?? Mereka banyak melabur di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sebab tu, kadar pelaburan di negeri-negeri Pakatan Rakyat semuanya meningkat tetapi di negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Haji Najib... amat menyedihkan. Pelaburan mereka, merudum dan pendapatan pun merudum sama. Sebaliknya, keadaan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.... mantop sekali!! Ini dibuktikan melalui perakuan dalam laporan-laporan yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan sendiri dan dipuji pulak oleh Jabatan Ketua Audit Negara. Hebat... Hebat... Sebab itu, negara akan terus rugi dan rakyat akan terus ditindas, jika Haji Najib atau UMNO@BN memerintah. That's why.... kita kena berubah untuk buat perubahan. Kita ada kuasa itu. Gunakan kuasa yang kita ada. Mampuih pi dengan propaganda, kononnya.... kerajaan Haji Najib mendapat sokongan Raja Saudi. Be wise.... dan usah termakan dengan propaganda murahan itu. Negara kita tanggungjawab kita. Demi rakyat, Selamatkan Malaysia!! [sumber] |
Undur... Undur...!! Undur Najib!! Posted: 09 Nov 2011 10:11 AM PST |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan