Selasa, 29 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ogy saman Johan raja lawak

Posted: 29 Nov 2011 03:34 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pelakon dan Pengacara Fauziah Ahmad Daud melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Johan Raja Lawak yang telah mengaibkan beliau semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.


Johan bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan. Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy." - KLpos

Santai Petang : Jangan Tidor

Posted: 29 Nov 2011 02:43 AM PST

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan.- Wikipedia. Berikut adalah 5 larangan dalam tidur.

  1. Jangan Tidur Memakai Jam Tangan - Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.
  2. Jangan Tidur Memakai Coli (buat perempuan) - Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.
  3. Jangan Tidur Membawa Handphone - Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita.
  4. Jangan Tidur Ketika Masih Memakai Make-Up - Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas.
  5. Jangan Tidur Dengan Isteri Orang (buat lelaki) - Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkehkeh..

Ha ... ambik kau

Posted: 29 Nov 2011 02:29 AM PST

Tiada ulasan: