Isnin, 28 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS : Kemarahan rakyat gagal disekat undang-undang - Tuan Ibrahim

Posted: 28 Nov 2011 08:53 PM PST

PAS mengingatkan kerajaan UMNO-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.

PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti UMNO-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah UMNO tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan UMNO-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.

Kata Umar bin Abdul Aziz, "Bentenglah kemarahan rakyatkamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itulebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu."

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Selepas memuja no ekor, 3 lelaki gagal mencari jalan keluar di sebuah makam

Posted: 28 Nov 2011 05:17 PM PST

KUALA TERENGGANU: "Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar," kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.

Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi. - myMetro

Wanita bogel halang lalulintas

Posted: 28 Nov 2011 04:41 AM PST


ORANG ramai yang pulang dari tempat kerja disapa oleh wanita bogel di sebuah kawasan pusat tumpuan ramai di Hong Kong pada malam rabu lalu.

Seorang wanita muda yang berbogel dilihat berjalan sepanjang jalan yang sesak di Queen's Road Central pada pukul 6:00 petang selama kira-kira 10 minit sebelum dia diberkas ke dalam sebuah kereta peronda Polis.

Oriental Daily melaporkan, pada mulanya, wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Miss Li dilihat sedang berbual dengan ayahnya melalui sebuah telefon bimbit di depan sebuah pusat hiburan.

Dia kemudiannya menjadi gelisah dan terus menghempas telefon yang dipegangnya ke arah lantai.

Dia bertindak lebih ganas selepas itu apabila menyerang seorang wanita yang sedang mengedarkan risalah iklan berhampiran dengan menghentak kepala wanita itu ke dinding.

Wanita yang diserang itu menjerit-jerit meminta pertolongan.

Hal itu menarik perhatian beberapa pengawal keselamatan di bangunan berhampiran. Mereka bergegas untuk menghentikan tindakan Miss Li serta menghubungi polis.

Sebaik sahaja Miss Li mendengar polis sudah dihubungi, reaksinya mula berubah dan dia mula menanggalkan pakaiannya satu persatu dari baju, bra, jeans dan seluar dalam serta kasut dan stokin yang dipakainya.

Dia dilihat mencampakkan semua pakaiannya di tepi jalan, dan terus berjalan ke arah pawagam berhampiran.

Tindakannya itu membuatkan orang ramai yang melalui kawasan itu memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan tindakannya itu.

Sumber: Asiaone

Kalau Shahrizat jual nasi lemak di gerai tepi jalan .......

Posted: 28 Nov 2011 03:53 AM PST

NFC dapat kontrak, kerana Shahrizat menteri Umno - Zuraida
STONE :  Kalau Shahrizat ni jual nasi lemak di gerai tepi jalan, agak-agak korang laki dia dapat tak projek lembu ni?

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 28 Nov: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak mungkin mendapat kontrak mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan jika Datuk Seri Shahrizat Jalil bukan pemimpin Umno dan menteri kabinet.

Itu reaksi segera Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap penafian Ketua Wanita Umno itu, kononnya tiada kaitan dengan NFC yang dimiliki suami dan anaknya.

"Sebab itu kita mendesak minit mesyuarat mengenai projek itu didedahkan kerana kita mahu tahu kenapa NFC diberi kebenaran mengusahakan projek itu.

"Keengganan mendedahkannya mengukuhkan lagi kenyataan kita bahawa syarikat itu mendapat tender hanya kerana Shahrizat pemimpin Umno dan menteri kabinet," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Zuraida turut membidas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kononnya skandal NFC dibongkar Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik.

"Shahrizat jangan alih isu, persoalan terbesar dalam isu ini ialah penyelewengan RM250 juta wang pembayar cukai dan yang memulakan pembongkaran ini ialah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

"Oleh kerana Pakatan komited membanteras penyelewengan dan rasuah, maka kita menuntut penjelasan hasil laporan itu," tegasnya.

NFC ialah syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat bagi mengusahakan projek ternakan lembu, namun gagal mencapai sasaran ditetapkan meskipun memperoleh dana RM250 juta.

Malah projek yang dilulus Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut menyalahguna wang untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar hampir RM14 juta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mengesahkan pinjaman mudah RM250 juta sudah diberi kepada NFC sejak 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian hanya dibuat pada 2010.

Kenyataan itu sekaligus bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pinjaman kepada NFC setakat 31 Julai lalu hanya RM181.9 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini pula, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pinjaman setakat Disember 2010 kepada NFC hanyalah RM134.72 juta.

Pakatan Rakyat sudah pun mendesak agar semua menteri itu meletak jawatan kerana didakwa berbohong dan mengelirukan rakyat semata-mata mahu menutup penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Shahrizat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23758

Semua Ahli Parlimen : TOLAK RUU Perhimpunan Aman 2011 - Majlis Peguam

Posted: 28 Nov 2011 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Majlis Peguam hari ini menggesa ahli-ahli Parlimen — sebelah kerajaan dan juga pembangkang agar tidak meluluskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang muncul kontroversi sekarang dengan kritikan dan kecaman datang dari pelbagai sudut.

Sehubungan itu Majlis Peguam mahu rang undang-undang alternatif dipertimbangkan dengan merujuk kepada kajian jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Pendirian Majlis Peguam ini muncul beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa banyak pihak telah salah tafsir mengenai peruntukan undang-undang baru, yang digubal bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, seiring dengan transformasi politik beliau.

"Tiada pilihan lain. Jangan luluskan RUU Perhimpunan Aman 2011. Sokong rang undang-undang alternatif kami dan permintaan kami agar diadakan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (bagi membincangkan undang-undang baru ini)," kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) dalam surat terbuka kepada ahli-ahli Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat akan membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 esok selepas ia dibentangkan minggu lalu.

Esok, Majlis Peguam bercadang untuk mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Sejak dibentangkan ia mendapat kritikan banyak pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Pagi tadi, Najib mempersalahkan Pakatan Rakyat (PR) atas alasan mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyifatkan rang undang-undang itu digubal dengan tergesa-gesa dan oleh itu, menggesa agar ia ditarik balik daripada dibahaskan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk Suhakam juga mahu peruntukannya dikaji balik.

Dalam kenyataannya kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet telah memberi lampu hijau untuk meminda tujuh peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Kritikan mendakwa rang undang-undang itu mengekang teruk kebebasan rakyat dan lebih teruk berbanding dengan persekitaran semasa.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Lim menambah bahawa Majlis Peguam membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman atas alasan ia mengenakan sekatan-sekatan tidak munasabah dan tidak wajar ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Peruntukan-peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 lebih ketat berbanding undang-undang semasa seperti melarang protes jalanan dan kuasa tidak terhad pada pihak polis dalam menentukan masa, tarikh, tempat dan penjalanan perhimpunan.

"Peruntukan-peruntukan dalam Perhimpunan Aman 2011 sangat tidak logik," kata beliau yang kandungan surat terbukanya turut disebutkan dalam kenyataan media beliau.

Lim menambah, rang undang-undang yang dibawa pentadbiran Najib tidak konsisten dengan norma antarabangsa selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta berlawanan dengan hak asasi manusia.

"Sebaliknya, rang undang-undang ini akan membawa kita jauh daripada menjadi negara moden dan progresif," katanya lagi.

Lim berkata, Majlis Peguam yang pernah mengadakan kempen Walk for Justice pada 26 September 2007 bagi menggesa diadakan suruhanjaya diraja menyiasat kes video VK Lingam bertegas bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman tidak harus menjadi satu undang-undang sama sekali.

"Majlis Peguam berpendapat sebarang usaha untuk mengawal selia kebebasan fundamental di bawah Perlembagaan Persekutuan seharusnya dilakukan selepas perundingan sewajarnya dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang dan pertubuhan sivil.

"Dalam hal ini, Majlis Peguam mengesyorkan rang undang-undang alternatif untuk dipertimbangkan dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas untuk pertimbangan. Di peringkat bacaan kedua, kami meminta agar, sebagai seorang wakil rakyat, sokong permintaan kami," kata Lim. - TMI

"Jika budak kecil saya dah lempang" ... Isa Samad diberi 14 hari untuk minta maaf

Posted: 27 Nov 2011 11:26 PM PST

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.

Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia", tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.

"Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.

Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai "Pas Sam" tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.

Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.

"Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka, di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan," kata beliau lagi.

Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November.

"Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.

"Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini," kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir.

Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, "saya mahu beri beliau (Isa) peluang."

Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda.

"Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibi," katanya. - TMI 

Tiada ulasan: