MIMPI SENJA |
- ARTIS : Najwa (bukan anak Muhyiddin) selesa dengan imej bertudung
- Najwa kurang selesa dikaitkan dengan Muhyidddin
- BERSIH 3.0 : Pemuda PAS tetap adakan andai ...
- “Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut", - Zarina Anjoulie
- "... jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri." - Datuk Zahidi Zainul Abidin
ARTIS : Najwa (bukan anak Muhyiddin) selesa dengan imej bertudung Posted: 15 Nov 2011 11:10 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi Youtube, Najwa Latif memberitahu selesa dengan imejnya bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai pelajar sekolah. Najwa berkata, sebagai seorang yang bertudung dan masih memegang status pelajar sekolah dia perlu menjaga pemakaian kerana sentiasa menjadi perhatian umum. "Saya masih baru sebagai seorang penyanyi dan masih menyesuaikan diri dan ketika ini saya rasa imej yang saya bawa bersesuaian dengan saya. "Tambahan pula saya masih bersekolah dan perlu menjaga pemakaian kerana sedar menjadi perhatian umum dan paling penting saya selesa ketika menggayakan sesuatu pakaian itu," ujarnya. Najwa ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa. "Alhamdulilah sokongan daripada peminat dan penggemar lagu tersebut yang telah merialisasikan angka tersebut. Saya sendiri terkejut dengan angkat berkenaan," katanya. Bakal muncul dengan video terbaru menerusi single keduanya, Carta Hati pada 20 November ini, Najwa berkata dia berharap peminat akan menyukai hasilnya nanti. Sementara itu, bercakap mengenai duetnya dengan Greyson, Najwa berkata, dia cukup seronok berganding dengan penyanyi berusia 14 tahun itu. Ujarnya, Greyson sendiri menyarankan agar mereka berduet dalam lagu Paparazzi nyanyian asal oleh Lady Gaga. "Pada awalnya saya sangat gemuruh tetapi dia sangat mesra membuatkan saya selesa bekerja dengannya dan walaupun masih muda dia banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada saya," katanya - mStar |
Najwa kurang selesa dikaitkan dengan Muhyidddin Posted: 15 Nov 2011 07:30 PM PST KUALA LUMPUR 15 Nov. - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Najwa enggan dikaitkan dengan dunia politik yang diceburi ayahnya itu. Beliau yang juga penyanyi yang sedang meningkat naik melalui lagu Got To Go berkata, kehadiran beliau dalam dunia seni bukan untuk menumpang populariti bapa beliau. "Apa yang boleh saya katakan, saya tak pernah mengharapkan apa-apa daripadanya. Janganlah kerana saya anak kepada TPM, mereka boleh cakap macam-macam." Itu antara komen beliau ketika ditemuramah Laman Portal terkenal Murai.com.my. "Kadang kala saya anggap perkara seumpama ini hanyalah lawak jenaka. Apabila orang bercakap seperti itu, saya membalas ya memang semuanya betul. Ayah yang buat lagu, ayah juga yang menyanyikan kepada mereka," katanya. Beliau yang turut memenangi 2 kategori menerusi Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) berkata, beliau akan membuktikan bahawa kejayaan yang diperolehi diri beliau merupakan hasil bakat seni dan ilmu yang beliau perolehi. "Kalau selama ini mereka mungkin menganggap saya terjun dalam dunia muzik hanya kerana dibayangi oleh ayah, tapi saya amat berharap sekurang-kurang dengan kemenangan ini mampu mengikis tanggapan tersebut," katanya. KLpos |
BERSIH 3.0 : Pemuda PAS tetap adakan andai ... Posted: 15 Nov 2011 06:58 PM PST SHAH ALAM - Pemuda Pas bertegas akan mengadakan himpunan Bersih 3.0, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sempat menambahbaik pilihan raya umum. Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor berkata, Najib perlu menyatakan pendirian rasmi sama ada mahu membubarkan Parlimen tanpa menunggu PSC atau bergantung kepada hasil resolusi PSC. Menurutnya, pendirian rasmi Najib penting, supaya rakyat boleh mengukur keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung dalam keadaan bersih dan adil. "Jika beliau (Najib) sentiasa menafikan atau berdiam diri seperti sekarang, rakyat akan menganggap pentadbiran beliau lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran perdana menteri sebelum ini. "Jika Najib membubarkan Parlimen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah beliau hanya beretorik dan tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC dilihat sekadar kosmetik bagi mengaburi mata rakyat," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. Selain itu, Riduan berkata, jika Najib bertindak demikian, rakyat akan hanya menganggap PSC sebagai tempat 'melepas batuk di tangga' bagi mengelak lebih banyak serangan dihalakan kepada beliau. Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghadapi PRU13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Oleh itu, Pemuda Pas mencabar Najib untuk mengumumkan segera tarikh PRU13 bagi mengetahui sama ada PSC sempat menghabiskan tugasannya atau tidak. "Jika tidak, sia-sia semua pihak memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada PSC dengan niat agar PRU13 nanti benar-benar suatu pembaharuan. "Jika pembaharuan dalam pilihan raya tidak dibuat sebelum PRU13, kami akan menggerakkan himpunan Bersih 3.0, yang pastinya lebih besar dengan penglibatan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh politik dan negarawan yang cintakan keadilan," katanya. - SH |
“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut", - Zarina Anjoulie Posted: 15 Nov 2011 04:56 AM PST Siapa yang tak kenal dengan pelakon penuh kontroversi juga model ni, kan...? Bermula dari isu gambar bogel Zarina yang pernah tersebar di internet sekitar awal tahun 2008, kemudian isu Zarina yang berang dengan Awal Ashaari di Twitter sehinggalah yang terbaru, gambar seksi ala aktres Hollywood Megan Fox yang tersiar di Majalah FHM versi Indonesia keluaran Oktober lalu. Menurut laporan blog hiburan OhBulan.com, Zarina seakan sudah kebal dengan pandangan, kritikan serta tomahan orang ramai mengenai tindakan beraninya itu. Sebaliknya dengan penuh yakin, teraju utama filem 'Khon Malay'ni bersyukur kerana selepas segala penghinaan, dia terus mendapat tawaran berlakon semula. "Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul," ujar Zarina Anjoulie. "Basically, sama ada saya buat photoshoot tu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa." "Sebelum ini saya selalu merayu, minta maaf pada semua orang. Tapi tak ada orang yang kisah, orang tetap bencikan saya, so apa saya boleh buat? Bukanlah semua orang benci, ada juga yang masih sokong saya. Sekarang ini, saya suka menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura macam artis lain." Zarina juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyembunyikan mengenai sesi fotografi dia untuk FHM. Dia mengaku bahawa peminatnya di Twitter adalah yang pertama mengetahui tentang hal ini. "My fans on Twitter is the first one to know about the shooting, I tak pernah sorok pasal shoot ni. I know ramai tak suka, tapi I memang sukakan photoshoot," ujar Zarina mengakhiri perbualan. - mD |
Posted: 15 Nov 2011 04:42 AM PST Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari NFC termasuk membeli kondominum berharga RM9.8 juta. PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta. Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno. Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri. "Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri," katanya. Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, "Shahrizat perlu letak jawatan." Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri. Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan