MIMPI SENJA |
- Jom Selamatkan Perak !
- Tasha Shilla - pelakon baru yang jelita dah mula tunjuk lagak
- Skandal NFC : Najib dan Noh memang kaki kencing , putaq alam - Dalam Parlimen depa pembohong
- Antara tugas-tugas tak rasmi polis ....nak buat macamana gaji kecik
- Najib diminta jelaskan kehilangan RM1.43 bilion wang rakyat ...
Posted: 08 Nov 2011 07:48 PM PST Pertandingan 'Selamatkan Perak' sempena PRU13 Muhammad Faeez IPOH, 9 Nov: PAS Negeri Perak akan mengorak langkah dalam persiapan pilihan raya Umum ke 13 dengan memberikan ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keprihatinan mereka terhadap suasana politik negeri ini melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'. Ketua penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat menzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut. Menurutnya, pertandingan tersebut telah dilanjutkan kepada 30 November ini, sebulan daripada tarikh asalnya kerana atas permintaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100). Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200). PAS Perak mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang pilihanraya umum ke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh BN, katanya. "Kita berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik teknologi maklumat (IT) terutama golongan muda yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti. "Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com |
Tasha Shilla - pelakon baru yang jelita dah mula tunjuk lagak Posted: 08 Nov 2011 08:34 AM PST Kisahnya, pelakon jelita ini telah dilontarkan dengan gosip kurang enak mengenai sikapnya yang kini makin 'kekwat', atau dalam erti kata lain berlagak. Baru-baru ini, ada mangsa yang terdiri daripada rakan media menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali gagal menemubual Tasha Shilla gara-gara sikap pilih bulu. Katanya lagi, Tasha Shilla kini bukan seperti dulu. Dulu senang je nak interview, sekarang macam pilih bulu nak ditemubual oleh media tv, cetak & elektronik yang popular sahaja. Bagaimanapun, Tasha Shilla seakan terkejut apabila diajukan isu ini oleh OHBULAN! sejurus tamatnya Anugerah Skrin 2011, Jumaat lepas. Dengan nada rendah diri, Tasha Shilla menyangkal dakwaan mangsa berkenaan sambil menceritakan situasi dirinya yang sebenar. "Tak, saya masih Tasha Shilla yang sama, tak pernah berubah. Setakat ini, saya tak pernah menolak tawaran mana-mana media untuk sesi photoshoot. Lagipun, saya masih baru dalam industri hiburan, tak kan saya nak bersikap begitu? "Maafkan saya jika menyinggung perasaannya, mungkin saya terlepas pandang," kata Tasha Shilla yang pernah membintangi drama Gemilang bersama Shahz Jaszle. "Jujurnya, andai kata saya sibuk dengan shooting, memang saya terpaksa tolak sesi photoshoot. Bukan apa, saya perlu memberikan keutamaan kepada kerjaya lakonan serta krew terlebih dahulu. Saya harap, pihak berkenaan dapat berjumpa dengan saya dan berterus terang. Kalau boleh, saya nak jelaskan & meminta maaf daripadanya secara peribadi," jelas Tasha Shilla mengakhiri temubual Sumber OhBulan! |
Skandal NFC : Najib dan Noh memang kaki kencing , putaq alam - Dalam Parlimen depa pembohong Posted: 08 Nov 2011 02:40 AM PST Harakahdaily Nov 8: A PKR spokesman has called for disciplinary action against prime minister Najib Razak and Agriculture minister Noh Omar, saying both had lied in parliament over the controversy surrounding a company linked to UMNO Wanita head Shahrizat Abdul Jalil. The party's strategic director Rafizi Ramli claimed that the duo had misled parliament over the RM250 million allocated for the National Feedlot Corporation (NFC), owned by Shahrizat's husband Mohamad Salleh. "NFC's financial record showed the first loan amounting some RM130 million was taken in 2008. On March 31, 2009, NFC made a second drawdown totalling RM120 million, straight into its Maybank account," Rafizi said in a statement. Last week, echoing Noh, Najib told parliament that only RM181.9 million from RM250 million was given to NFC todate. The company has been under public scrutiny after the Auditor General reported that it had only produced 3,289 heads of cattle, or a mere 41.1 per cent of the target set in 2010. For the financial years ending December 31, 2008 and December 31, 2009, NFC incurred losses amounting RM7 million and RM11 million respectively. Discounted beef Rafizi warned that the Federal government might just erase the RM250 million loan given to NFC, in the same way it rescued scandal-hit steel corporation Perwaja Steel. Rafizi also accused Shahrizat of giving discounts on NFC's beef to high-end restaurants owned by her family. "This is against the principles of good management," stressed Rafizi. |
Antara tugas-tugas tak rasmi polis ....nak buat macamana gaji kecik Posted: 08 Nov 2011 02:17 AM PST Peras Ugut: Tujuh Anggota Polis Johor Ditahan JOHOR BAHARU: Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan. "Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Mohd Mokhtar berkata kesemua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari. -BERNAMA |
Najib diminta jelaskan kehilangan RM1.43 bilion wang rakyat ... Posted: 08 Nov 2011 02:05 AM PST (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan wang rakyat sebanyak RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail. Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion. "Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion. "Maknanya, berlaku 'kehilangan' wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion. Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussoff. Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka, namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera. "Malangnya, sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana 'disembunyikan' wang rakyat ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel 103," katanya. Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan