MIMPI SENJA |
- 25 cedera bas express masuk parit
- AWAS! CIA membaca setiap apa yang ditulis di Twitter dan Facebook anda
- Prof Aziz Bari jawab Khaled Nordin
- Anugerah Skrin 2011 - Cik Ta bukan pengacara ...
- Seksualiti Merdeka : KPN sedia temui penganjur
25 cedera bas express masuk parit Posted: 06 Nov 2011 10:01 PM PST KULAIJAYA: Three people, including a Cambodian tourist, sustained major injuries and 22 others suffered minor cuts when the express bus they were travelling in went out of control and plunged into a drain. The incident occurred around 4.40am at KM19 along the Ayer Hitam-Johor Baru stretch here Monday. A passenger said the accident occured a few minutes after the bus had passed the toll station in Kulai, when the vehicle swerved violently, hit a divider and plunged into the drain. Several passengers, who claimed the bus was speeding, were thrown out of the vehicle. Johor Baru (North) deputy OCPD Supt Mohd Akhir Ishak said police were questioning the 45-year-old bus driver, adding that all passengers were sent to the Sultanah Aminah Hospital for treatment. He said only three passengers sustained major injuries and this included the Cambodian tourist, who broke his left leg. - mStar |
AWAS! CIA membaca setiap apa yang ditulis di Twitter dan Facebook anda Posted: 06 Nov 2011 05:21 AM PST Uploading and sharing your adorable cat pictures on Facebook and Twitter might be a normal things for you and me. But according to Associated Press, the CIA is harvesting through millions of our digital updates for counterterrorism and counter proliferation purposes. Unofficial babysitters in the house. The data mining and harvesting system sets up by the 9/11 Commission, powered by mostly experts "with a masters' degree in library since and multiple languages" works to gather "snapshots of world public opinion" such as another conversation in hijacking airplanes and hit another high building in the Big Apple. Is the CIA spying on you? They should. You may hide everything that you posted in your social network from your parents, and the world. But not the CIA. Because they really care on about you and your relationship problems that you love to rant about in twitter.. Maybe... Just maybe, your portraits is already on their TOP SECRET folders, or in their wallet if someone in the system already admiring you. -- malaysiadigest.com -- Source Associated Press on Yahoo! News |
Prof Aziz Bari jawab Khaled Nordin Posted: 06 Nov 2011 02:00 AM PST Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno Oleh G. Manimaran November 06, 2011 KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya. Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih "dalam kerangka dan idea" yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik. Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut. Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan. Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno. "Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. Malah Aziz juga berkata, "tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?" Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan. "Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti," kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, "saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled." Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama. Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah. "Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?" katanya lagi. Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian. "Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar," katanya lagi. "Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan," kata Aziz lagi. Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan. Aziz pula menjawab, "saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled." Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat. Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan. Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu. Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai - The Malaysian Insider |
Anugerah Skrin 2011 - Cik Ta bukan pengacara ... Posted: 06 Nov 2011 12:23 AM PDT by Farahanim Rahim . Menggandingkan pengacara berkaliber, Ally Iskandar dengan seorang yang kosong pengalaman dalam dunia pengacaraan, Rozita Che Wan @ Cik Ta sebagai hos ASK'11, itu kelainan dan pembaharuan yang cuba ditampilkan pihak TV3. Dan pada malam Jumaat lepas, jutaan penonton menyaksikan pelakon jelita lagi sensasi ni menyahut cabaran itu. Sekaligus persoalan mampukah Cik Ta?, sudah terjawab. Malah seperti yang dijangka, Cik Ta dihambat pelbagai komen. Kontrol ayu. Ikut skrip lah. Ok-ok jer... Ally yang banyak back-up dia. Cik Ta berani. Itu antara kritikan juga pujian yang dilemparkan padanya. Bagi korang pulak, amacam? Cukup berani. Itu kata pertama yang boleh digambarkan tentang Rozita Che Wan. Sebab pengacara bukan sekadar punya pakej rupa cantik dan menarik perhatian, tetapi mesti pandai menghidupkan suasana agar menjadi meriah, pandai mengambil ruang supaya penonton tidak bosan, mengantuk dan yang penting terus menonton sehingga akhir. Itulah yang dicari! Meskipun hasilnya secara jujur penulis berpendapat, Cik Ta bukan mengacara tetapi melakonkan watak sebagai pengacara. Tapi apapun, setidak-tidaknya dia sudah sedaya gigih membuktikan kemampuannya. Cuma barangkali masa yang diperuntukkan untuk dia menuntut ilmu mengacara daripada Ally Iskandar, terlalu singkat. Itu yang menjadikan Cik Ta dilihat kurang bersedia dalam mengendalikan majlis sebesar ini. Sepanjang majlis, kalau kat sebelahnya ada Ally, Cik Ta nampak selesa dalam memastikan momentum kemeriahan majlis berpanjangan. Sebab, boleh jer dia melawak sekali dua. Namun dek terlalu mengikut tutur kata skrip, menjadikan performance solo-nya hambar. Hinggakan kesilapan kecil, dia tersasul (nak sebut kacak jadi cakak) jelas ketara lantas menjadi bualan penonton. Bagi Ally, peluang bekerjasama dengan Cik Ta disifat sebagai satu perhormatan. Katanya, seorang pelakon takkan boleh jadi hos yang bagus dalam satu malam. Kerana itu juga dari awal-awal lagi dia tidak meletak harapan yang tinggi untuk melihat Cik Ta melakukan yang terbaik. Bagaimanapun dia sedaya mampu menjalinkan chemistry di antara mereka, sekaligus menjadikan pasangannya itu nampak bagus. Secara keseluruhan, ASK'11 masih terasa impaknya dengan adanya selitan persembahan yang menghiburkan. Berbalik cerita Cik Ta, tidak salah kalau hendak memberi peluang kepada orang baru, cuma lain kali pastikan individu yang dipilih itu betul-betul punya cukup persediaan dan rasanya eloklah dimulakan dengan majlis yang kecil dulu kerana pengalaman itu yang akan meletakkan tahap kredibiliti seseorang. Kepada Cik Ta, satu pemulaan yang baik dan jangan berputus asa! - malaysiandigest |
Seksualiti Merdeka : KPN sedia temui penganjur Posted: 05 Nov 2011 11:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program 'Seksualiti Merdeka 2011' untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu. "Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad. Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan. Menurut kenyataan itu, penganjur sedih dan terkilan apabila orang ramai termasuk wakil rakyat memilih untuk terus menganiaya, mencaci dan bersangka buruk berhubung acara-acara anjuran mereka. Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada. Mengulas mengenai penganjur program itu termasuk membabitkan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga yang akan diambil keterangan, Ismail berkata pihaknya akan tetap mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan berhubung program terbabit. "Ambiga dan lain-lain penganjur diarah untuk diambil keterangan. Saya telah menyerahkan kepada pegawai saya untuk siasat," katanya. Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan