Sabtu, 5 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bunuh isteri kerana rosakkan koleksi permainan Star Wars - lelaki dipenjara seumur hidup

Posted: 05 Nov 2011 08:27 PM PDT

                                                            Baca  DISINI

Puluhan NGO azam halang PRU 13 sebelum laksana perubahan

Posted: 05 Nov 2011 07:34 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.

Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.

Katanya, pihak Umno BN sewajarnya malu kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi membolehkan mereka kekal berkuasa.

"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini.

"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.

Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih.

Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN.

"Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya.

Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini.

"Pengakuan dan perjanjian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, setelah didesak, untuk membuang nama-nama 220 orang bukan warganegara yang dilakukan di Paya Jaras setelah nama mereka muncul dalam daftar pemilih bagi suku kedua 2011," katanya.

Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.

"Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya.

Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.

Katanya, Kerajaan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos.

Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala - Harakah Daily

Santai Malam - Suami-suami di luar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni ... minta simpang lah ...

Posted: 05 Nov 2011 10:29 AM PDT

Salam Aidiladha untuk semua pembaca,

Aku copy cerita ni dari sebuah blog.
Mengikut kata pengedali blog tersebut, ini adalah kisah benar. Pengakuan seorang isteri yang telah curang terhadap suami dengan alasan untuk membalas dendam atas tindakan suami yang sebelumnya telah berlaku curang terhadapnya.
Ikuti kisahnya

Lagi pengakuan isteri curang

Aku seorang isteri berumur 30an. Dari selatan tanah air. Kami telah dikurniakn 3 orang anak, 1 perempuan 13 tahun dan 2 lelaki masing-masing 8 dan 6 tahun. Rumahtangga kami bahagia sejak berkahwin 14 tahun lalu. Kami berkahwin atas dasar cinta. Suami dan aku adalah kakitangan kerajaan.

Tetapi sejak akhir-akhir ini perubahan sikap suami terhadap aku nampak ketara. Lantaran itu tanpa sebab-sebab yang jelas, aku dijatuhkan talak satu 3 bulan yang lalu. Tinggallah aku kesaorangan kerana ketiga-tiga anak kami dibawa oleh suami. Demi anak-anak kami merujuk kembali setelah seminggu bercerai.

Walaupun kami disatukan semula, sikap suami masih sama seperti sebelum bercerai. Setiap malam ada saja alasannya untuk dia keluar malam sehingga jam 3 atau 4 pagi, atau sehingga 9 atau 10 pagi baru ia menampakan muka nya. Alasan bekerja, operasi saat-saat terakhir. Suami aku adalah seorang anggota penguatkuasa di sebuah agensi kerajaan.

Diawalnya aku menerima bulat-bulat alasan yang diberikan, tapi lama kelamaan rahsia terbongkar. Suami ada menyimpan perempuan lain. Remuk redam hati ini. Kehidupan kami sekeluarga tidak semesra dulu. Aku bertekad untuk membalas dendam dengan apa yang telah dilakukannya. Kalau dia boleh ada perempuan lain, tidak mustahil aku juga boleh mendapatkan lelaki lain. Aku pasti dengan rupa paras yang dikurnikan Nya, dengan senang aku akan dapat memikat lelaki lain.

Aku cuba-cuba menyertai saluran chatting di sebuah stesen TV. Selepas 3 hari aku sertai, ramai yang ingin berkenalan dengan aku walaupun diberitahu aku adalah isteri orang.Walaupun mereka tahu aku bertaraf isteri tapi masih ramai ingin meneruskan hubungan. Ada duda, suami orang malahan teruna yang terus menghubungi aku dan ingin 'berkawan'

Dalam ramai- ramai yang menghubungi aku, tertarik aku pada seorang duda dari KL. Umurnya lewat 40an. Bertugas dengan sebuah firma swasta. Agak berpangkat orangnya. Aku terima dia.

Selepas 5 hari berhubung melalui telefon, dia meluahkan hasratnya ingin berjumpa aku walaupun agak jauh. Tetapi katanya kedatangan dia membawa satu harapan. Harapan agar dapat 'bersama' aku. Lantas aku bersetuju.

Pada cuti Deepavali baru-baru ini kami bertemu buat pertama kali. Aku siap menempah sebuah chalet untuk kami bertemu. Mustahil kami boleh berjumpa diluar kerana ramai masyarakat setempat mengenali aku dan juga kawan-kawan kepada suami aku.

Disebabkan perjalanannya dari KL agak jauh dan katanya dia tidak pernah sampai ke tempat aku sebelum ini, akhirnya dia tiba di chalet yang siap aku tempah sekitar jam 11 malam.

Seperti biasa suami aku ada operasi malam itu dan aku dah diberitahu dia akan pulang pada pagi esoknya. Ini memberi peluang kepada aku untuk berjumpa 'kawan baru' aku mungkin juga sehingga awal pagi.

SMS diterima. Dia telah tiba di chalet yang dijanjikan. Aku bergegas ke sana sekitar jam 11.30 malam. Tidak jauh dari rumah aku sekitar 10 minit memandu.

Pertama kali aku dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik. Gara-gara ingin membalas dendam pada suami yang dah berlaku curang. Macam aku dah kata, kalau dia (suami aku) boleh buat, tak kan aku nak berdiam diri. Aku juga boleh.

Selepas kira-kira 30 minit aku dengan dia di dalam bilik, dengan tindakan-tindakan mesra dia kepada aku, dengan dibalas oleh aku, nafsu aku mula memuncak. Syaitan ada di mana-mana. Tanpa perasaan takut tanpa ada perasana bersalah kepada suami, sebaliknya rasa dah berjaya mambalas dendam kepadanya, maka terjadilah aksi terlarang antara kami berdua. Dengan perasaan ikhlas aku menyerahkan segala-galanya kepada 'teman baru' aku.

Walaupun usianya menghampiri 50, tapi aksi yang diberikan kepada aku mengalahkan suami aku yang baru 35. Kerana terlampau nikmat apa yang diberikan, aku meminta dia untuk meliwat aku. Pertama kali aku melakukan perbuatan itu, walaupun sebelum ini suami ada meminta untuk melakukannya.

Selepas dia mengenakan sebatang rokok, aku meminta untuk melakukan nya lagi. Sekali lagi kami beraksi seperti suami isteri yang sah. Dan sekali lagi, buat kali keduanya ponggong aku dirodok oleh anunya yang besar dan panjang. Aku puas teramat. Tidak pernah ku rasa kepuasan sebegini ketika bersama suami.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.25 pagi. Aku meminta diri untuk pulang. Dan berjanji untuk berada disisinya semula esok pagi nya.

Dirumah terbayang aku akan permainan kami tadi. Tak pernah terlintas difikiran aku akan diliwat. Tapi nafsu aku tidak dapat tertahan lagi.

Paginya jam 9.00 aku terjegat di hadapan pintu biliknya. Dia belum bangun mungkin kerana letih permainan awal pagi tadi. Selepas beberapa kali pintu diketuk, pintu dibuka.

Selepas menjamah sarapan yang aku bawa, kami sekali lagi melayari bahtera haram. Kini setiap kali pelayaran kami, bontot aku sudah semestinya menjadi mangsa atas kerelaan dan kemahuan aku. Sekali lagi aku puas. Puas dengan apa yang dah aku lakukan terhadap suami, dan puas dengan apa yang dah aku terima dari 'kawan baru'.

Selepas 'check out' jam 12.00 tengahari, dia meninggalakan aku untuk balik ke KL. Dan berjanji akan datang lagi untuk menikmati aku, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Sekarang aku tidak mengharapkan lagi benda itu dari suami, sebaliknya aksi kawan baru yang amat aku nantikan. Setiap hari terbayang akan aksi aksi kami di chalet tersebut, yang amat-amat aku harapkan akan berulang.

Setiap hari aku menanti akan kedatangan nya ke sisi aku.

AKU Isteri curang
Johor Bharu. Oktober 2011


Laksana refomasi pilihanraya atau hadapi protes rakyat yang lebih besar

Posted: 05 Nov 2011 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Satu gerakan besar-besaran akan diadakan sebagai amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya gagal melakukan proses penambahbaikan pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata jika gesaan itu gagal dipenuhi, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes dengan mobilisasi yang besar sebagai menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

Badrul yang turut dikenali sebagai Chegubard berkata, gerakan itu sedang dikumpulkan yang terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain.

"Kami bersama teman-teman organisasi yang lain hari ini mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada PM bahawa PRU hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan," kata beliau dalam satu sidang media hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard berkata beliau merujuk kepada janji Najib selepas Himpunan Bersih 2.0 September lalu di mana beliau mengumumkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji perkara ini.

Bagaimanapun, CheguBard melahirkan kebimbangan dengan beberapa 'maklumat' yang diterima bahawa Najib bakal membubarkan parlimen pada 11 September ini sebelum sebarang penambahbaikan diimplementasikan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim menyatakan jika ini bukan kesnya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional harus menyatakan pendirian beliau dan berterus-terang dengan rakyat.

"Jika benar (parlimen dibubar November) ini. Kita lihat ini sebagai satu lagi langkah Umno dan Barisan Nasional untuk mempertahankan kuasa di peringkat pusat dan negeri dengan cara yang tidak betul dan menafikan hak majoriti rakyat yang mahukan perubahan," kata beliau.

Justeru beliau meminta para wartawan bertanya soalan tersebut sekembalinya Najib dari menunaikan haji pada 9 November ini.

Turut hadir bersama CheguBard dan Haris ialah wakil Parti Rakyat Malaysia Dr Rohana Ariffin, wakil Parti Keadilan Kaum India, PS Jennapala dan wakil Liga Graduan Tiada Pekerjaan Devadas Silvaraju - FMT

Orang Bachok Kelantan, tolong sahkan berita ni .... bukan boleh percaya sangat

Posted: 05 Nov 2011 03:00 AM PDT

70 Anggota PAS Di Kuala Kemayan Kelantan Keluar Parti Sertai Umno

BACHOK: Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, Sabtu.

Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.

"Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika mahu memancing undi ketika pilihan raya sahaja dan selepas itu dia tidak lagi menampakkan muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami ini," katanya.

Azlan berkata ini berbeza dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot kepada nelayan yang memerlukan serta elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 setiap bulan.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kesedaran rakyat terutama di kalangan anggota serta penyokong Pas untuk menyertai UMNO.

"Gelombang penyokong Pas menyertai UMNO semakin kuat di daerah ini dan sebelum ini sebilangan besar penyokong Pas dari Kampung Jembal, Kubang Telaga, Mak Makyong dan Kampung Kolam bertindak keluar daripada parti itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelanan. - BERNAMA - mStar

Seksualiti Merdeka hentikan semua acara awam

Posted: 05 Nov 2011 01:45 AM PDT

4:25PM Nov 5, 2011

Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

"Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka," petik kenyataan itu.

Menurut penganjur, pihak mereka sedih dan terkilan bahawa ramai orang, termasuk wakil rakyat, memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia sempena acara-acara anjuran Seksualiti Merdeka.

"Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri. Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalahsama sekali tidak berasas.

"Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat," kata Seksualiti Merdeka.

Pelbagai kumpulan, yang diketuai oleh NGO Melayu dan Islam mendesak pihak berkuasa bertindakan ke atas penganjur Fiesta Seksualiti Merdeka yang dijadual bermula 9 November ini di Kuala Lumpur. Sambil membidas pihak penganjur dan kumpulan yang menyokongnya, kumpulan berkenaan mendakwa acara tersebut bertujuan menggalakkan kegiatan homoseksual, dan amalan seks songsang.

Secara melampau

Antara yang menjadi sasaran kontroversi ini adalah bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang dilabel sesetengah pihak sebagai "dajal yang sedang membawa agama baru untuk bergabung sama dengan hak asasi kerana menggalakkan homoseksual. Mereka menuntut beliau ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengulas perkara itu, Seksualiti Merdeka berkata: "Kami juga amat kesal bahawa Datuk Ambiga Sreenevasan, yang berperanan hanya dalam kapasiti beliau sebagai individu untuk mengisytiharkan pembukaan program kami pada tahun ini, telah difitnah dengan begitu hebat oleh mereka yang secara melampau menentang perlindungan, penghormatan, kesedaran dan pemenuhan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia."

Tambah mereka, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.

"Fasal 8 (1), 8 (2) dan 10 Perlembagaan Persekutuan secara terang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang, dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan."

Menurut Seksualiti Merdeka lagi, apabila berhadapan dengan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menegaskan bahawa "semua orang, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, berhak untuk menikmati hak-hak asasi mereka sebagai manusia.

"Hak asasi manusia adalah untuk semua dan golongan LGBT tidak dikecualikan. LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. Tidak ada sebab untuk tindakan seperti mengejek, membuli atau mencederakan mereka secara fizikal.

Tubuh sendiri

"Seksualiti Merdeka mewakili setiap orang yang percaya mereka memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Kami dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi, dan penganiayaan yang dbertujuan mengganggu dan menidakkan hak seksualiti.

"Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembangannya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, ekspresi emosi, kenikmatan, kelembutan, dan cinta.

"Hak masyarakat amnya hanya akan dilindungi apabila hak manusia individu dihormati. Inilah erti sebenar demokrasi." kata mereka.

Menurut penganjur lagi, kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; serrta menghormati hak mereka untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman.

"Kebencian dan kejahilan yang bertujuan untuk menakutkan kami, dan seruan supaya acara-acara kami diberhentikan, sebaliknya membuktikan betapa perlunya selamat dan aktiviti seperti Seksualiti Merdeka."

Penganjur berkenaan juga mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada pelbagai segmen masyarakat Malaysia yang terus menyokong kerja mereka dan hak untuk membahas isu hak asasi manusia.

"Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan yang kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi."

Tiada ulasan: