Ahad, 27 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Ahli parlimen KEADILAN menyanyi untuk kutip derma

Posted: 26 Nov 2011 03:17 AM PST

KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang menarik. Terbaru, seorang MP Keadilan Datuk Johari Abdul menyanyi bersama dalam satu 'busking' bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".



Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, tidak kekok dan dengan sikap penuh sporting bersama-sama seniman yang dijemput menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.

Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi tersohor Indonesia. Kelompok besar yang bersama turut memberikan sokongan dan menyanyi bersama-sama sambil menghulurkan derma.

Sumbangan adalah untuk program "Hope 2 Walk" yang dijalankan bagi membantu adik Annisa dan adik An-Nur untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menerima pendidikan yang baik. Kedua anak istimewa ini hilang keupayaan untuk berjalan.



Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi penganjur di talian 012-2124414/013-2096373/013-2031355 yang dibuka 24 jam sehari. Penyumbang juga boleh menderma terus ke dalam Tabung Harapan Annisa dan An-Nur di nombor akaun Maybank 156114001424 milik bapa mereka, Mohd Affandi Bin Ramli.

Selain itu, boleh juga menyumbang terus ke nombor akaun Bank Islam 14229020019752 milik adik Annisa Bt Mohd Affandi. Setiap sumbangan adalah satu langkah harapan.

Layari www.hope2walk.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Hope-2-Walk untuk maklumat lanjut.



Sumber: Free Malays

Tiada ulasan: