Jumaat, 11 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Utusan iktiraf taukey judi sebagai pemimpin ikon!

Posted: 10 Nov 2011 07:26 AM PST

KITA semua sedia maklum bahawa Utusan Malaysia selama ini menjadi alat propaganda Kerajaan Barisan Nasional terutamanya Umno untuk terus mengekalkan kuasa.

Sebentar tadi ReJaM© terkejut bila adik kepada seorang rakan berbual dengan abangnya "Vincent Tan ni hebat juga ya? Jadi pemimpin ikon Malaysia rupanya...". Dalam hati ReJaM© "Kejadah apa taukey judi hebat...?".

Rupanya dia tengah baca Portal Utusan Malaysia. Dalam hati ReJaM© "Celaka punya Utusan, kuat betul hantu propaganda dia!"

Propaganda Utusan kali ini benar-benar membimbangkan, di bawah tajuk "Malaysia miliki ramai pemimpin ikon" akhbar itu jelas mengangkat taukey judi, Tan Sri Vincent Tan sebagai pemimpin ikon [Utusan].

Utusan Malaysia secara jelas menyebarkan propaganda halus supaya pembacanya dapat menerima Taukey Judi yang cukup terkenal ini sebagai pemimpin ikon sebaris dengan penerima anugerah yang lain.

Bukankah banyak lagi tajuk lain boleh digunakan? Seperti Mahathir terima anugerah, Tun Mahathir diiktiraf lagi, Mahathir terima anugerah Legendary Brand ICON Leadership Award 2011 dan lain-lain. 

ReJaM© "Berapa ramai budak-budak yang dah terpengaruh dengan propaganda celaka ni?"

Isu PPRT, Pejabat SUK Selangor diserang petang tadi!

Posted: 10 Nov 2011 04:54 AM PST

PETANG tadi, sebuah gerakan yang menamakan diri mereka sebagai GAPS telah hadir ke Pejabat SUK, Selangor untuk menghantar memorandum.

Difahamkan kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki botak berambut ala-ala "punk" campur "skinhead" itu mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin PKR berhubung pembelian rumah kos rendah, PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).


Di bawah ini salah seorang wanita yang mendakwa dirinya turut ditipu oleh pemimpin PKR atas pembelian rumah dari skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT tersebut.

Difahamkan, dia dan pembeli-pembeli lain telah membayar RM2,100 wang deposit untuk mendapatkan rumah skim untuk rakyat miskin tersebut. Namun sehingga kini tidak dapat memasukinya.


ReJaM© tidak ada masaalah dengan memorandum yang dihantar ini. Jika benar ia untuk membela rakyat berpendapatan rendah, menolong orang susah ReJaM© sangat mengalu-alukannya.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah, benarkah mereka ini layak mendapat rumah PPRT untuk rakyat termiskin tersebut?

Wanita ini contohnya, dilihat datang menaiki sebuah 4WD Storm EVO. Adakah seorang wanita yang memiliki sebuah pacuan 4 roda Storm Evo adalah rakyat miskin yang layak mendapat rumah PPRT?


Lihat gambar semasa wanita ini ditemuramah (gambar atas), nampak tak ada microfon TV3 Al-Musyrikin? Apa maksudnya?

Kita bagi peluang TV3 putar belitkan isu ini sampai terbelit-belit untuk memburukkan MB Selangor. Kemudian sebuah video panas akan didedahkan berhubung isu ini. Tunggu...

Rumah PPRT untuk rakyat miskin sajalah makcik, bukan untuk orang kaya...


ReJaM© "Hebat tak Selangor? Orang miskin pun mampu pakai Storm EVO..."

Tiada ulasan: