MiLo SuaM |
- Portal sahkan derma 402 ekor lembu bukan guna duit Najib
- Najib belanja lebih 4 tahun duit gajinya untuk menderma
- Pemandu lori berang Polis sebut "pukimak"
- Kuasa Rakyat! Amaran dan kata dua buat Perdana Menteri!
Portal sahkan derma 402 ekor lembu bukan guna duit Najib Posted: 06 Nov 2011 09:18 PM PST ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib]. Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku. Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri. Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib. Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta. Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan. Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut. ReJaM© "Maka propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi di situ..." |
Najib belanja lebih 4 tahun duit gajinya untuk menderma Posted: 06 Nov 2011 07:17 AM PST SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan]. Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor. Tahniah di atas kemurahan hati beliau. Ini kerana, RM1.2 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima. Sungguh pun isterinya boros, dan gemar membeli beg tangan mewah, namun suaminya sangat pemurah. Lihatlah dunia, betapa pemurahnya Najib, empat tahun duit gajinya dihabiskan untuk membeli lembu dan didermakan kepada orang ramai. ReJaM© "Persoalannya, Rosmah beli beg tangan mewah pakai duit siapa?" |
Pemandu lori berang Polis sebut "pukimak" Posted: 06 Nov 2011 02:59 AM PST KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan. Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul. Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya. Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu. Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya. Sumber: [FreeMalays] ReJaM© "Budak-budak, kalau mencarut kena penampar mak bapak..." |
Kuasa Rakyat! Amaran dan kata dua buat Perdana Menteri! Posted: 06 Nov 2011 01:14 AM PDT SERATA dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Negara ini juga secara langsung atau tidak langsung sebenarnya telah menyahut kebangkitan kuasa rakyat yang amat ditakuti oleh kerajaan yang menyonsang demokrasi untuk kekal memerintah. Di sebalik kekalnya sebuah kerajaan melalui penipuan demi penipuan, termasuklah penipuan dalam pilihanraya yang melihatkan mereka dengan maksud tertentu telah menolak sistem pilihanraya yang reliable, bersih dan adil, tetapi memilih untuk meneruskan sistem pilihanraya yang meragukan dan mudah dimanipulasi agensi yang diperkuda oleh kerajaan itu sendiri. Kerajaan ini juga hebat berlakon kononnya mereka mempunyai sokongan yang kuat, tetapi asasnya ialah rakyat rata-ratanya telah menolak regim pemerintah di atas faktor penindasan dan penyelewengan kepercayaan rakyat. Lalu kerajaan ini tumbang tersungkur walaupun memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya ciptaan mereka. Itulah yang berlaku di kebanyakkan negara yang diperintah oleh regim yang menafikan demokrasi serta memperkuda semua agensi yang seharusnya bertindak neutral, malah sanggup menjual kedaulatan negara demi mengekal kuasa. Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah. Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya. Dalam pada itu, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi pilihanraya yang dijanjikan selesai terlebih dahulu. Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula perbagai perkembangan negative seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi. Kegilaan ini seolah-olah menjual negara demi mengekal kuasa. Juga turut dikhuatiri berlaku, tuntutan penambahbaikkan sistem pilihanraya dalam konteks mereformasikan sistem undi pos dalam protes sebelum ini bukan sahaja tidak diendah malah diburukkan lagi dengan cadangan pekerja awam selain polis dan tentera seperti anggota RELA dan jururawat dipaksa menggunakan undi pos. Sistem pilihanraya dilihat makin dilacurkan untuk membenarkan regim terus berkuasa. Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihanraya umum berlaku dalam masa terdekat. Mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji, menguatkan lagi betapa November dipilih sebagai waktu paling sesuai lantas memberi kelebihan tambahan buat regim. Kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa Pilihanraya Umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini. Jika Pilihanraya Umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar. Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan. Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanya proses 'palsu' bagi menghalalkan regim terus berkuasa. Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar – benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan. Kami bagi pihak rakyat Malaysia yang perihatin memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Malaysia pilihanraya wajib hanya selepas proses penambah baikan proses pilihanraya yang serius dan menyakinkan selesai atau berdepan dengan kuasa rakyat. 5 November 2011 Soladiriti Anak Muda Malaysia Dibacakan oleh CheguBard. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan