Rabu, 2 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Portal berita Indonesia siar gambar Najib tidur di CHOGM

Posted: 01 Nov 2011 08:14 AM PDT



AGAK memeranjatkan, apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia AntaraNews menyiarkan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak tidur semasa persidangan Ketua Negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia.

Sungguhpun laporan berita bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu berkisar tentang keputusan mahkamah baru-baru ini yang menolak akta AUKU, namun gambar Najib yang sedang tidur menghiasi laporan itu.

Penggunaan gambar Perdana Menteri yang sedang tidur itu dilihat seperti memperli atau memperlekehkan beliau. Namun begitu tidak dinyatakan niat sebenar portal berita berkenaan yang seolah-olah menghina Perdana Menteri Malaysia.


Sumber: [Free Malays]


ReJaM© "AntaraNews ni kena hack ke apa? kah kah kah..."

Mutiara $150,000, keratan asal akhbar The West Australian

Posted: 01 Nov 2011 01:07 AM PDT

RAMAI mempertikai kesahihan pendedahan laporan akhbar The West Australian tentang tabiat boros "first lady" membeli mutiara bernilai $150,000, serta anak perempuan Najib Razak yang berbelanja sakan sehingga $60,000 di Perth Autralia.

Pertikaian itu turut disiarkan di portal Malaysiakini. Ini kerana laman-laman blog termasuk portal Keadilandaily hanya menyiarkan keratan kecil laporan akhbar tersebut.

MiLo SuaM sebelum ini juga hanya menyiarkan sebahagian kecil keratan itu yang hanya memaparkan berita berkaitan tanpa tarikh, dan logo akhbar berkenaan [Mutiara Rosmah].

Hasil bantuan seorang rakan [Wikimalay], ReJaM© berjaya mendapatkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang menjadi kontroversi sejak semalam. Di bawah ini keratan yang dimaksudkan.


Di bawah tajuk "Delegates go shopping, sightseeing", bertarikh 31 Oktober, Isnin akhbar The West Australian itu melaporkan seperti berikut:

"Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan $60,000 di David Jones,"


Di bawah ini pula gambar muka depan akhbar The West Australian yang melaporkan berita tersebut.




ReJaM© "Terbukti laporan The West Australian ini memang wujud..."

Tiada ulasan: