Kopitiam Bang Nan |
- Anak Sungai Derhaka: Video Ucapan DSAI di Kongres Nasional Tahunan ke 8...
- Persidangan Agong Lembu Fidlot Terakhir bermula...
- Berita yang tak akan keluar dalam TV3 Suku dan Utusan Malaysia....
- KJ akan guna Perhimpunan Umno untuk tolak debat...
- Chicken Spring...
Anak Sungai Derhaka: Video Ucapan DSAI di Kongres Nasional Tahunan ke 8... Posted: 28 Nov 2011 06:45 PM PST Anak Sungai Derhaka: Video Ucapan DSAI di Kongres Nasional Tahunan ke 8...: Ucapan DS Anwar Ibrahim di Kongres Nasional Tahunan KeAdilan yang ke 8 di Johor baru-baru ini.. Part 1 of 4 |
Persidangan Agong Lembu Fidlot Terakhir bermula... Posted: 28 Nov 2011 07:29 AM PST |
Berita yang tak akan keluar dalam TV3 Suku dan Utusan Malaysia.... Posted: 28 Nov 2011 04:14 AM PST |
KJ akan guna Perhimpunan Umno untuk tolak debat... Posted: 27 Nov 2011 11:26 PM PST Aku rasa (aku agaklah), KJ akan gunakan macai2 dia dalam Perhimpunan Agong Umno ni untuk tolak debat dengan Rafizi. Sebaliknya Shahrizat akan ditekan untuk letak jawatan. Biasalah nak hidup bro... Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, debat bersama Khairy Jamaluddin berkenaan isu penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) tetap akan diteruskan seperti tarikh yang dicadangkan 12 Disember ini. "Kita (KEADILAN) akan teruskan kerana dia (Khairy) tidak pernah membuat kenyataan menolak debat ini malah sebelum itu pernah membuat kenyataan di media arus perdana bahawa beliau bersedia," "Dia (Khairy) telah membuat kenyataan secara terbuka melalui twitternya dan (berkata) akan pertimbangkan. Jadi bagi saya dia sebenarnya telah menerima jemputan tersebut dan tidak ada masalah dengan tarikh," kata Rafizi. Pada 18 November lalu, Rafizi menghantar surat jemputan kepada Ketua Pemuda Umno itu berhubung tawaran debat berkenaan. Menurut Rafizi, beliau bercadang menghantar satu lagi surat bagi memperincikan tempat dan masa debat tersebut dalam minggu ini. "Minggu ni kita akan selesaikan tempat dan penganjur, namun berkenaan cadangan format kita akan bincangkan lebih lanjut dengan beliau dalam surat," katanya. Tambahnya beliau turut menyambut baik tawaran TV Selangor (TVS) untuk menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya. "Memang kita akan jemput TV Selangor untuk membuat siaran langsung dan saya akan berbincang dengan lebih lanjut dengan mereka," kata beliau. Rafizi sebelum ini mencabar Khairy berdebat dengannya ekoran sikapnya yang begitu ghairah membela Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang didakwa terlibat dengan skandal NFC tersebut. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyelewengan dana sebanyak RM250 oleh NFC yang gagal meletakkan sasarannya untuk memenuhi keperluan pasaran daging tempatan. Selain perbelanjaan lawatan ke luar negara, sebanyak RM116 juta dilabur dalam simpanan tetap yang memberi keuntungan atas angin lebih RM600,000. KEADILAN turut mendedahkan NFC membeli sebuah kondominum mewah bernilai RM9.8 Juta dan turut membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama suami dan anaknya. Dalam pada itu, pelbagai urus niaga dan pemindahan wang turut dikesan melibatkan syarikat dan restoran mewah milik keluarga Shahrizat, termasuk di Singapura. |
Posted: 27 Nov 2011 10:50 PM PST Najib memang pandai suruh2 orang ni. Dulu bila dia umumkan harga minyak naik, apa dia buat? Ha...! Dah lupalah tu.... Najib suruh rakyat Malaysia ubah gaya hidup. Dia suruh rakyat berjimat tapi tengok macamana dia anak beranak (terutama bini dia) belasah duit rakyat semua? La ni dia nak nasihatkan ahli Umno supaya berubah. Kahkahkah...ko tengok dia berubah tak? Nasib ko oranglah ahli Umno semua...aku cakap tak nak dengor....Hehe!! Nigel Aw 12:40PM Nov 28, 2011 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab. "Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa. "Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kualz Lumpur. Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar. "Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar." Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi. justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan. Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan. "Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020. "Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan