Kopitiam Bang Nan |
- Orang muda kena bawak kereta baru cara orang muda. Barulah tak poyo!!
- Aziz Bari - Give a try
- Aziz Bari - Mansuhkan Akta-akta yang mengarut
- Aziz Bari jawab isu Hudud
- Aziz Bari - Masanya Untuk Tukar Driver
Orang muda kena bawak kereta baru cara orang muda. Barulah tak poyo!! Posted: 25 Nov 2011 06:44 PM PST Jika anda telah mengikuti kebangkitan dan kejatuhan Khairy Jamaluddin, anda akan memahami betapa gigihnya Khairy semasa zaman kegemilangannya apabila beliau bukan sahaja menantu perdana menteri Abdullah Badawi , tetapi juga PM "de facto". Sebenarnya, Badawi tidak mampu untuk menggantikan tempat Mahathir. Badawi tidak mempunyai genggaman sewaktu mentadbir negara ini, beliau hanya mahu menunjukkan senyuman riang, berjabat tangan seperti Ratu dan tergesa-gesa ingin tidur - sebaiknya selepas beliau makan Nasi Kandar kegemaran beliau. Oleh itu, pangillah beliau apa yang anda mahu - KJ yang bercita-cita tinggi, KJ pemburu harta, KJ yang oportunis - ia bergantung kepadanya, yang masih 20-an, untuk mentadbir Negara ketika itu. Pengkritik KJ berkata, beliau juga telah menyibukkan diri ketika didakwa meraih semua wang yang boleh dikumpulnya. Seperti vakum pembersih super turbo, beliau dikatakan menyapu bersih segala-galanya yang dilihatnya hingga penasihat DAP Lim Kit Siang tidak tahan lagi dan melabelkan beliau "Jutawan Menganggur" ....seterusnya Kisah di sebalik NFC: Khairy yang merupakan PM "de-facto" yang menentukan segalanya » Aku dapat merasakan orang PKR dan PAS tersenyum sinis apabila membaca artikel di atas yang aku petik dari portal Malaysia Chronicle ini. Memang seronok kutuk Umno. Persoalannya. Adakah Ketua AMK dan Ketua Pemuda PAS lebih baik dari KJ? Aku tidak menilai dari segi akhlak tetapi visi dan prestasi kerja. Shamsul Iskandar Md Akin disifatkan sebagai NATO oleh kebanyakan ahli pergerakan tersebut. Tak banyak beza dengan Ustaz Nasrudin Tantawi. Masing2 berpolitik dengan cara orang lama. Politik cabar sana cabar sini. Retorik lebih... Sekarang dunia dah berubah. La ni dengan 5 tahun lepaspun tak sama. Baik medium komunikasi, banking and financial system, taraf hidup, sosial gedebak gedebuk bla bla bla semua berbeda. KJ tu, kita kira nasib baik dia duduk dalm tong taik aje. Pandai macamana diapun, dia duduk dalam tong taik dan kelihatan kotor. Jadi yang kat luar dan tak tercemar ni kena cakap serupa bikinlah. Lemaslah kita tengok pemimpin muda beroperasi dan berfikir macam orang tua dan gaya lama. Macam orang muda drive kereta baru cara orang tua. Buat sesah jalanraya aje. Payahlah..... |
Posted: 25 Nov 2011 05:50 PM PST |
Aziz Bari - Mansuhkan Akta-akta yang mengarut Posted: 25 Nov 2011 05:49 PM PST |
Posted: 25 Nov 2011 05:36 PM PST |
Aziz Bari - Masanya Untuk Tukar Driver Posted: 25 Nov 2011 05:35 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan