Kopitiam Bang Nan |
Berapa bakhsis atas RM250 juta? Subky Latif Posted: 22 Nov 2011 05:34 PM PST NOV 23 — Berapa agaknya bakhsis — komisyen — atas RM250 juta projek gembala lembu yang dianugerah kepada keluarga menteri Shahrizat Jalil? Kalau kroni Datuk Seri Najib Razak beroleh sekitar setengah bilion dari urusan membeli kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang dari Rusia untuk pertahanan Malaysia, maka apakah tiada habuan bagi pihak yang di belakang kroni projek gembala ini? Boleh jadi tidak ada. Oleh kerana golongan umarak yakni pemimpin-pemimpin pemerintah di negara kita sejak merdeka dilihat menjadi hantu menyedut komisyen dari setiap projek mega, maka payah untuk mencari yang mana tidak jadi mangsa hantu. Bagi orang besar dalam sebuah masyarakat rasuah adalah ibarat anjing yang tidak makan tahi, tetapi apabila terjumpa tahu lalu dihidunya. Orang besar yang tidak rasuah dalam masyarakat rasuah ada seperti anjing yang mengidu tahi. Amat payah bagi masyarakat Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional tidak dapat apa-apa dari sebarang projek yang dirancang. Betapa teruknya penyakit sosial itu hingga ada pemimpin yang diberi jolok "Mr Clean" seperti yang diterima oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Sebagaimana tidak ada orang Umno lain selain dari Al-Marhum Tan Sri Syed Jaafar Albar digelar singa Umno, maka belum ada yang lain dari pemimpin kerajaan yang dinamakan "Mr Clean" selain dari Tun Lah Badawi. Mengapa yang lain tidak diberi jolokan itu? Tentulah masing-masing tidak sesuai dengan sifat itu. Tetapi apakah dia benar-benar seperti yang disifatkan itu? Itu pun ada takwil juga. Justeru itu telah ada tanggapan umum, setiap projek baik kecil mahu pun besar, selain dari tujuan membangunkan negara, adalah untuk berlumba-lumba mencari habuan. Bagi projek sekecil balai raya di kampung, ada bakhsis untuk Penghulu atau Pengerusi JKKK, sesuai dengan pimpinannya di desanya. Dan bagi yang sebesar menteri pula, sesuai pula baginya dengan projek mega. Maka setiap projek mega itu selain dari tujuan membangunkan negara, adalah satu kesemepatan masing-masing untuk membuncitkan perut. Itulah anggapan umum kepada pimpinan masyarakat rasuah baik di barat mahu pun di timur. Maka dalam suasana itulah masyarakat melihat usaha membangunkan menggembala lembu feedlot yang pengedaliannya diberi kepada suami dan anak-anak Menteri Shahrizat Jalil. Setiap pemberian projek baik mengikut peraturan mahu pun tidak mengikut peraturan akan tetap ditanya. Itulah sifat manusia yang hidup. Dalam pengurusan yang mahukan pertanggungjawaban atau akauntebiliti, setiap pertanyaan itu adalah audit bagi memestikan semuanya mengikut peraturan. Yang lurus ditanya dan yang bengkok pun ditanya. Apa lagilah sesuatu yang melibatkan isteri menteri dan suami menteri. Lagi cepatlah ia ditanya. Itulah sebabkan urusan gembala lembu melibatkan 250 juta wang negara dan wang rakyat ditanya oleh Ketua Audit Negara. Setiap yang ditegur oleh Laporan Audit Negara adalah penting dan patut. Maka wajarlah orang ramai bertanya tentang yang ditanya oleh Ketua Audit Negara itu. Apa lagilah yang ditanya itu adalah melibat suami dan anak-anak menteri, masing-masing bukan pula ahli di bidang itu. Orang percaya mesti ada rundingan antara suami menteri dengan pihak yang meluluskan pemberian projek termasuklah jumlah duit yang terlibat. Dalam Laporan Audit itu juga ada menyebut adanya teropong dibeli mahal dari harga pasaran dan begitu juga komputer murah dibeli mahal. Maka bukan mustahil belanja beli lembu jadi begitu juga. Anggapan umum kepada kerajaan BN, antara nilai sesebuah projek ada peruntukan menghadapi pilihan raya, untuk pentadbiran parti, urusan orang tengah dan untuk orang itu dan orang ini. Oleh kerana menteri-menteri adalah alim kucing, habuan mereka juga ada. Kadang-kadang habuannya itu dikatakan untuk parti dan untuk pilihan raya. Bukan mustahil duit suku bilion bagi bagi projek gembala itu termasuk untuk PRU 13 dan juga untuk dikongsi dengan semua hantu-hantu tertentu. Kalau bakhsis itu diandaikan 10 peratus, maka senang ia dapat 25 juta. Inilah yang dirunsingkan oleh Bung Mokhtar, MP BN Kinabatangan. Katanya, ia menyusahkan Umno untuk menjawabnya. Padanya, Shahrizat mesti meletak jawatan. Bung Mokhtar bukan malaikat dalam Umno, tetapi kes gembala lembu itu sudah terbongkar dan payah ditutup. Kalau beli kapalselam dan jet pejuang Rusia adalah skendal Najib, maka urusan gembala ini adalah masalah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum kemeneriannya diserah kepada Noh Omar |
"Harga politik terlalu tinggi", Syed Husin bimbang nyawa Anwar terancam Posted: 21 Nov 2011 10:44 PM PST Lim Hong Siang | Nov 22, 2011 12:57:11 pm "Harga politik kadang-kadang terlalu tinggi. Ada kalanya ia harus dibayar dengan nyawa. Oleh kerana itulah aku selalu menaruh bimbang akan keselamatan Anwar Ibrahim. Kedudukan dan pengaruh beliau jauh lebih besar. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai mencabar dan mengancam kuasa mereka. Aku melihat segala fitnah ke atas dirinya yang bertalu-talu sebagai percubaan untuk menamatkan hayat politiknya." "Apakah akan berlaku sekiranya semua percubaan ini gagal? Adakah akan timbul pula percubaan ke atas nyawanya sendiri? Aku sentiasa berdoa semoga Allah melindungi hambanya yang benar. Benarkanlah yang benar dan dustakanlah yang dusta." Demikianlah catatan dalam Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, dalam bab penutupnya dengan tajuk "Menghadapi Cabaran Dan Ancaman", setelah mendedahkan percubaan pembunuhan terhadap dirinya yang berlaku ketika beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1960-an. Syed Husin Ali mengisahkan pengalamannya bagaimana motorsikal yang diboncengnya disondol sebuah kereta dari belakang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mertuanya di Kelantan. "Motor tidak tumbang. Entah macam mana aku sempat memegang dengan kuat 'bumper' kereta itu. Nik Aziz pula sempat menahan motornya daripada tumbang dengan kakinya. Akan tetapi motorsikal itu senget dan pedalnya terkena pada jalan. Kami ditolak oleh kereta itu lebih 50 ela." Syed Husin (gambar kiri) mengalami kecederaan yang agak teruk dalam kejadian tersebut, begitu juga kawannya Nik Aziz, Pengerusi PRM Kelantan ketika itu. Ia berlaku pada tengah malam selepas Syed Husin Ali mengadakan perbincangan dengan pemimpin PRM di ibu pejabat Kelantan. Mereka sebenarnya diekori kereta. Namun, pemandu kereta sempat melarikan diri, dan Syed Husin diberitahu kemudian bahawa pembawa keretanya memang terkenal sebagai samseng ganas. "Kalau perlu habiskan" Syed Husin akhirnya menyedari bahawa ianya satu cubaan membunuh selepas seorang pelajar perempuannya mendapati apa yang menimpa Syed Husin, menepati perbualan Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama kawannya. Pelajar perempuan itu sahabat rapat kepada isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan berada di rumahnya untuk membantu kawannya melayan tetamu yang dijemput makan pada satu malam. Semasa mereka berbual-bual, pelajar perempuan itu bersama isteri Timbalan Menteri dibiarkan duduk mendengar sama segala perbualan. Menurut pelajar perempuan tersebut, mereka, termasuk seorang pemimpin UMNO Kelantan tidak suka dengan kegiatan Syed Husin Ali dan perkembangan PRM di Kelantan pada ketika itu. "Beliau mendengar seorang yang hadir menekankan pendapat bahawa aku perlu diajar. Lebih kurang katanya, akan tetapi dalam loghat Kelantan, 'Kita mesti ajar dia. Kalau perlu, habiskan.'" Itu sebabnya pelajar perempuan itu menyeru nama Allah dan beristighfar lalu berkata, "Ya Allah, betullah!" ketika ternampak tangan Syed Husin Ali berbalut akibat kecederaan. Bagaimanapun, pelajar itu meminta agar Syed Husin tidak menceritakan hal ini selagi hidup. Syed Husin hanya mendedahkan hal ini selepas pelajar ini meninggal dunia. "Pada masa itu aku bukan berpengaruh sangat. Cabaran aku terhadap UMNO Kelantan aku sendiri rasa tidak sebesar mana. Tiap-tiap kali aku terkenangkan peristiwa ini aku teringat kepada apa yang berlaku ke atas Abdul Samad Gul dan Zulkifli Muhammad..." "Samad ditamatkan riwayatnya dengan kapak kecil yang dikatuk atas kepalanya. Zulkifli meninggal selepas kenderaan dinaikinya dikatakan berlanggar dengan atau dilanggar oleh kenderaan lain dari depan, khabarnya di lorong Zulkifli sendiri. Aku teringat juga akan rancangan terhadap Aziz Ishak, yang terselamat hanya kerana ia dibongkar oleh pengawalnya sendiri, yang telah ditugas untuk menamatkan ceritanya." Syed Husin Ali bimbang dengan keadaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekarang, yang mana Pakatan Rakyat dilihat sebagai gandingan politik yang paling berkemungkinan menjatuhkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional dalam sejarah politik Malaysia. Anwar Ibrahim pernah berselindung di Kedutaan Republik Turki pada Jun 2008, mendakwa nyawa dirinya dalam bahaya. Pada tahun ini, pemandunya Abdullah Sani Said membuat laporan polis bahawa terdapat usaha jahat untuk mensabotaj kereta yang lazim digunakan majikannya sehingga berlaku kemalangan pada 19 April 2011. Dipetik dari Merdeka Review. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan