Kopitiam Bang Nan |
- UMNO Pasca PRU13....
- Agak2 kalau Warno Dogol atau Muhammad Bushro Mat Johor atau Mail Kijo jadi MB...tau ka depa buat macam ni? Hehe...
- Jangan ceraikan Rosmah, Najib...
- Berniaga cara Malaysia...
Posted: 11 Nov 2011 06:20 PM PST Di antara ramai2 blogger, blogger Penarik Beca adalah blogger paling aku respek. Bukan aku suka dia, aku respek dia. Dia bukan ahli PAS tapi dia menyampah dengan UMNO. Matlamat dia nak bunuh Umno...sama dengan matlamat aku. Di bawah ini aku petik dari blog dia...dia petik dari pengkomen blog dia...selebihnya baca di sini... 8. Kita masih sibuk dgn isu murtad, isu gay/lesbian, isu konsert pasal orang masih dapat makan. Tunggu bila kelaparan melanda, satu sen pun isu2 ini tak bernilai. Dgn senang nya Indonesia menjadi negara liberal apabila terlalu ramai yg miskin. Parti Islam ada, jemaah Islam ada, sama dgn Malaysia tapi siapa peduli dah kalau perut dah kosong. Setuju sangat aku dengan Pak Bakaq...kita kasi bungkus Umno ni dulu. Lain2 kerja lepas tu jadi mudah. Bayangkan kalu UMNO/BN kalah PRU13 ni...tak mungkin depa akan bangkit kembali. Najib dan Rosmah tak cukup tanah nak lari. Yang lain2 akan menyembah2 masuk PKR atau PAS. Anwar boleh reform institusi2 penting negara. Kehakiman dapat CJ baru, Peguam Negara baru, KPN baru, Ketua Pengarah SPR, SPRM, JPN bla bla bla semua orang baru yang akhirnya akan meletakkan negara di atas landasan yang betul. Lepas tu investors dari seluruh dunia akan memandang ke arah Malaysia sebagai new baby di sebelah timur. Bak kata kawan aku, Tengku Zainal Rashid Bilal Khan, pak-pak arab akan menaburkan duit mereka di UIA yang semakin usang sekarang (contohlah). Bayangkan pelajar2 universiti dapat beraktiviti dan berkreativiti dengan bebas seperti rakan2 mereka yang lain di universititi2 tersohor dunia. Para akademikian bebas menyatakan pendirian. Media massa dan elektronik lebih bertanggungjawab dan menyalurkan maklumat. Keseluruhan rakyat akan dipertingkatkan daya fikir, daya saing dan daya ekonomi mereka. Masa itu, kalu kita hendak melaksanakan Hudud di Kelantan atau Terengganu...prosesnya akan jadi lebih mudah. Media sudah boleh menyampaikan maklumat mengenai hudud dengan lebih tepat. Universiti2 memberikan sokongan. Tapi tulah...kuburkanlah UMNO dulu. Segala2nya akan lebih baik. Mail Kijo dah masuk PKR. Saifuddin Abdullah dah masuk PAS. Ong Tee Keat dah masuk DAP. Cuma Zulbabwe, Brahing, Ezam dan dua tiga kerat lagi nak tubuhkan NGO masing2. Bukan apa...masing2 nak jadi presiden. Hehe... |
Posted: 11 Nov 2011 03:06 PM PST MB bentang hutang Talam Isnin Fazy Sahir | November 11, 2011 SHAH ALAM: Hasil penyusunan semula aset hutang Talam Corporation bernilai RM391 juta yang diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini Isnin ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerangkan kepada dewan hari ini bahawa MBI – sebagai entiti yang mengawal dan membantu tadbir anak syarikat kerajaan negeri kini memasuki fasa akhir dalam pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam. Menurut Khalid, MBI bukan sahaja mampu mengutip hutang berkenaan malah meningkatkan nilai hartanah yang diperoleh daripada Talam. Talam Corporation berhutang RM391 juta dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam usaha sama pembangunan hartanah sepanjang 10 tahun lalu. "Pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam ini sudah sampai peringkat terakhir dan kerajaan negeri menerima wang tunai serta tanah sejumlah 6,000 ekar; 1,300 ekar di Bestari Jaya, 1,000 ekar di Bukit Beruntung, 1,000 ekar lebih di kawasan Kuala Langat. pada nilai RM5 satu kaki persegi. "Kerajaan negeri bagi kelulusan kawasan-kawasan ini untuk dijadikan perumahan dan komersil. Nilai RM5 sekaki ini adalah nilai harta lebih RM1 bilion. Bukan sahaja dapat kutip hutang tetapi dapat meningkatkan nilai hartanah. "Maka kita meminta MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk mengadakan pameran tanah pada Isnin ini dan menerangkan proses dan langkah yang perlu kita lakukan. Daripada hutang yang dikutip, bagaimana akaun dibuat supaya menjadi kajian kes bagi mereka yang berminat untuk melihat bagaimana kerajaan negeri menjalankan usaha untuk mengutip hutang," katanya. Beliau mengulas lanjut bagi menjawab pertanyaan mulut Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras) mengenai jumlah hutang Talam yang dikutip oleh MBI dalam persidangan Dun hari ini. Khalid menegaskan betapa MBI mempunyai kemampuan dan kepakaran yang mencukupi untuk menguruskan aset yang diambil alih untuk membawa keuntungan kepada rakyat negeri Selangor. "Itu sebab saya berani dan jumpa Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) kerana ini adalah hadiah reformasi kepada rakyat negeri Selangor. Kita akan tunjuk lebih banyak lagi penyesuaian yang dibuat, peringkat demi peringkat sehingga akhirnya kita dapat untung," tegas Khalid. Tambah Khalid, sebelum ini sebarang hal berkaitan dengan Talam tidak pernah dibentang dalam persidangan Dun ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai hutang tersebut. "Dewan bersidang awal 2008 tidak disentuh mengenai hutang Talam ini. MBI pun tiada…kerana ia dibawah jagaan KDEB. Kita lihat negeri pun tidak mengetahui mengenai hutang Talam. Kerana ia tiada dalam rekod dan perbendaharaan. Itu sebab saya bawa akaun negeri. Negeri catat Talam ada hutang. "Kalau tidak kutip hutang tak dapat duit, maka kerajaan negeri sekarang serah pada MBI yang saudara luluskan ketika sidang dewan sebelum ini dan diluluskan tidak sampai seejam. Berapa lama kami (kerajaan Pakatan) buat? Dua tahun selesai dan hari ini kita umumkan," jelas beliau. |
Jangan ceraikan Rosmah, Najib... Posted: 11 Nov 2011 02:39 PM PST Pagi semalam aku terserempak dengan seorang kawan lama, orang Umno totok. Nak wat camne? Kawan lama...lagipun aku bukan bermusuh dengan manusia tapi aku bermusuh dengan parti songsang, yang kebetulan parti dia. Oklah tu... Dia tak tau aku belah mana. Aku saja jack Najib dan Rosmah. Ghupe2nye marah bebeno dia kat Rosmah. Macam nak disuruhnya si Najib tu ceraikan Rosmah. Dia katalah Najib tu bagus...baik...bla bla bla tapi kerja baik Najib semua hancur sebab kelaku Rosmah. Aku tanya..."Hai tak kan teruk sangat bro?" "Pang!!" Dihempasnya gelas teh tarik yang dipegangnya. Nasib baik tak tumpah... Huh panas! Mungkin cerita di bawah ni banyak sahihnya... 'Rosmah, a thorn in Najib's side' Shahbudin, a member of Umno's Wangsa Maju branch, said: "It serves as a warning… he should correct his mistakes before the next general election." "If he fails to do so, then he should step down. We support our party but we cannot support a weak leader," added the former deputy Youth chief of Wangsa Maju. Shahbudin's 267-page book touched on various issues, including Najib's 1Malaysia concept, his use of international public relations firm Apco and the alleged influence of his wife Rosmah. Seterusnya 'di sini... |
Posted: 11 Nov 2011 06:44 AM PST Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy Apabila direnong2 sehari dua ni dengan mengambilkira bajet yang dibentangkan oleh Najib dan kisah aci bollywood berniaga lembu, dapatlah dibuat kesimpulan mudah bahawa berniaga di Malaysia ini akan menyusahkan rakyat juga akhirnya. Mulakan begini. Dari RM440.52 ribu juta hutang negara, 60% adalah duit KWSP (EPF). Sebahagiannya digunakan untuk membiayai projek seperti projek lembu fidlot yang dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat. Kemudian, sebahagian grant yang diterima oleh anak beranak Shahrizat digunakan untuk beli kondo bernilai RM10 juta. Tak masuk RM800 ribu yang digunakan untuk melancung ke luar negara. Kalau ikut logik KJ, oklah yang Shahrizat anak beranak buat tu sebab kerajaan (ya sebenarnya kerajaan) gagal menyediakan ladang satelit kerana kurang peruntukan (mungkin EPF dah fed up kot?). Jadi bukan salah Shahrizat anak beranak invest beli kondo tapi salah EPF sebab tak bagi pinjam lagi. Biasalah teori orang BN, nak tampung hutang kena tambah hutang. Jadi tak heranlah setiap tahun kadar hutang negara meningkat 12%. Yang pastinya projek gagal tahap gaban. Lembu yang disasarkan 60,000 ekor dikurangkan sasarannya kepada 8,000 ekor saja. Itupun tak capai sasaran yang dah mengecil tu. Mati hidup balik Shahrizat tak bayor balik apa yang dia dah dapat dan belanja. SPRM buat pekak badak air aje. Teoh Beng Hock mati dah sebab jadi saksi kes tuduhan rasuah (yang diclearkan) RM2 ribu saja. Kesian tak sempat pergi bebulan madu di Disneyland. Tahun depan (kalau BN masih jadi pemerintah), Najib akan isytihar bajet defisit baru dengan kadar hutang yang bertambah. Mungkin hutang kerajaan kepada EPF dah mencecah RM300 billion ketika itu. Ketua Audit Negarapun akan keluarkan laporan projek baru yang kaput melibatkan entah menteri mana pulak? Shahrizat masih jadi menteri dan GST telah diperkenalkan. Harga minyak RON95 masa tu RM3 seliter. Kesian orang melayu. Kena tipu lagi.... |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan