Kopitiam Bang Nan |
Ada lagi yang nak ikut tu....tunggulah sikit masa lagi!! Posted: 05 Nov 2011 07:30 PM PDT Zulbabwe dah dapat datuk dan dia MP yang kena terajang, jadi dia tak payah jadi Senator. Suku sakat sekitul mamat lahabau ni dua tiga ketul lagi kat luar tu... Tungguuuuuu!! A dead fish swims with the flow. Saya telah menerima beberapa email dari mereka yang mengikuti tulisan saya bertanyakan samada saya boleh memberikan komen tentang perlantikan Nalla Karrupan sebagai ahli Dewan Negara. Nalla telah mengangkat sumpah petang tadi dengarnya. Nama Nalla ini dikenali ramai kerana penglibatan beliau secara rapat dengan Anwar dan popular dengan persepsi ramai yang beliau pernah menjadi 'tennis partner' kepada Anwar Ibrahim. Beliau merupakan di antara orang yang paling hampir dengan Anwar semasa Anwar ada sikit-sikit kuasa dahulu. Apabila Anwar di penjara dengar ceritanya beliau kehulu ke hilir mencari naungan baru dan cara yang paling senang bagi beliau ialah dengan bermain politik dan mengambil tindakan menyebelahi musuh-musuh politik Anwar dan membuka segala cerita sensitive tentang Anwar kepada khalayak ramai untuk menghampiri pihak yang berkuasa. Secara peribadi saya tidak mengenali orang yang bernama Nalla Karrupan ini tetapi saya diberitahu beliau di gunakan oleh musuh Anwar untuk menekan sahabat lamanya itu. Tindakan Nalla itu tentulah akan dibayar dan perlantikan beliau ke Dewan Senate ini adalah satu dari cara memberikan imbuhan terhadap jasa beliau kepada pemimpin yang berkuasa dengan membidas Anwar secara terbuka. Ramai lagi yang lebih layak untuk di lantik tetapi Nalla Karupan mempunyai kelebihan lain; iaitu mengampu dan melakukan perkara yang 'amusing' terhadap pihak yang memusuhi Anwar. Orang seperti ini ramai di kalangan kumpulan yang hampir dengan Anwar dahulu. Kalau nak sebut seorang dua, diantaranya ialah bekas Setiausaha Politik Anwar Ezam Mohd Nor, Eskay, seorang lagi sahabat Anwar yang berpaling tadah sokongan kepada menyokong musuh politik Anwar. Saya tidak dapat memberi komen yang detail terhadap Nalla dan mereka yang serupa sikapnya dengan Nalla ini. Tetapi cukup jika saya katakan mereka-mereka ini adalah kumpulan 'cari makan' dan membunuh karektor sahabat sendiri yang pernah memberikan nikmat kepada mereka ini adalah perkara biasa. UMNO memang memberikan keutamaan kepada mereka yang jenis ini kerana ahli-ahli UMNO tidak mungkin menentang kerana ahli-ahli ramai dalam UMNO itu hanya di jadikan sebagai dahan bongkok tempat kera-kera liar meniti. Orang seperti Nalla dan Ezam Mohd Nor ini memang ramai. Orang-orang seperti ini adalah ibarat ikan mati. Mereka ini hanya dan sentiasa berada 'on the buttered side of the bread' serta akan berenang seperti ikan mati. Ada perbilangan Inggeris yang sesuai untuk mereka ini, iaitu 'dead fish swims with the flow'. Kalau ditakdirkan pihak lain yang diberi mandat untuk berkuasa orang-orang seperti ini masih akan selamat kerana mereka bijak untuk menghampiri mereka yang mempunyai kuasa. Orang-orang seperti ini amat ramai di dalam UMNO. Orang-orang seperti ini akan akhirnya membidas UMNO dan BN serta pemimpinnya jika pihak lain yang akan berkuasa. Mereka akan lebih pandai dari pihak lain untuk membidas dan membinasakan UMNO apabila pihak lain pula yang akan berkuasa. Saya mengatakan mereka sebagai ikan mati dan akan berenang mengikut arus sungai. Tetapi ada setengah pihak yang lain memberitahu saya yang mereka seperti ini merupakan 'political prostitute'. Bagi saya, perbilangan yang paling sesuai untuk mereka ini ialah 'a dead fish that swims with the flow' kerana mereka tidak akan mampu untuk berenang melawan arus. Cukuplah komen saya setakat itu. Kalau komen lebih-lebih nanti ramai pula yang membidas saya dengan kata-kata nesta seperti anjing, babi dan sebagainya. Penyokong-penyokong UMNO garang-garang semuanya dan mereka amat fasih menyebut istilah-istilah kotor itu,; lebih fasih dari bertahmid dan menyebut perkara-perkara yang baik-baik. Posted by Aspan Alias at 20:25 16 comments Links to this post |
YB Pak Wan tak nak bertanding ke?? Posted: 05 Nov 2011 06:44 AM PDT Ahli parti KITA katanya cuma 600 orang....Parlimen Malaysia ada 222 dan DUN ada 504. Jadi semua ahli KITA dapat bertanding sekurang2nya 1 kerusi dalam PRU 13 akan datang. Kita: Ketuanya ke hulu, ahli-ahlinya ke hilir — Aspan Alias September 24, 2011 24 SEPT — Parti Kita sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa "consequence" kepada politik negara kita. Kita adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal. Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan "impressive" penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan