Komentar Kini |
Setuju seratus peratus Pinjaman PTPTN di berhentikan Posted: 12 Nov 2011 03:23 PM PST Saya setuju seartus peratus Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang. Akan tetapi alasan meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat pengajian tinggi dikata membebankan sangat tak lojik sama sekali. Akan tetapi untuk memberhentikan pemberian pinjaman kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi suatu yang sangat lojik dan wajar mendapat sokongan seluruh rakyat Negara ini. Meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapa tmelanjutkan pelajaran masing masing bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan. Bukan satakat itu saja malahan ia sangat bercanggah dengan perlembagaan Negara bahawa setiap pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih ia diberi "biasiwa" bukan pinjaman yang di amal oleh pemerintah sekarang. Oleh itu, saya sangat setuju pihak kerajaan memberhentikan pemberian pinjaman yang jelas bercanggah dengan perlembagaan Negara itu. Saya cadangakan supaya semua pelajar yang mendapat pinjaman selama ini di mansuhkan,kerana namanya rakyat yang didahulukan dan pencapaian yang diutamakan tetapi membebankan atas nama program modal insan. Jika pinjaman dimansuhkan dan diganti dengan biasiwa ia adalah satu dalil kerajaan yang memerintah sekarang mendahulukan rakyat sekaligus tak membebankan rakyat yang telah dipikul selama ini. Sebagai contoh rakyat termasuk pelajar telah dibebankan dengan pinjaman pelajaran puluhan ribu yang mahu tak mahu wajib dibayar. Apabila tamat saja pengajian belum tetap atau belum ada jaminan untuk mendapat pekerjaan. Pihak PTPTN seakan memaksa mereka yang berhutang membayar hutang sedangkan mereka tiada pendapatan. Beban ini ditanggung oleh ibu bapa yang sedia terbeban. Macam mana mereka mahu mebayar hutang anak anak. Kalau seorang tak mengapalah. Tapi kadang kadang lima orang. Kesemua lima lima yang berhutang dengan PTPTN. Jika lima orang bermakna ibubapa terpaksa tanggung ratusan ribu hutang anak anak yang setiap bukan ada saja surat supaya menjelaskan hutang PTPTN. Jika dapat kerja dan berkahwin mereka terpaksa berhutang membeli rumah secara hutang dengan kerajaan sebanyak RM 400,dan membeli kereta secara ansuran dengan bank yang terpaksa ditanggung sampai pencen. Seperkara lagi peruntukan pendidikan Negara kita bukan banyak sangat berbanding berlakunya keborosan dan ketirisan dek penyelewengan. Lebih lebih lagi itu adalah suatu pengkhianatan terhadap Negara dan rakyat. Tak salah ingat saya PTPTN memperuntukan RM 8 bilion setahun untuk memberi pinjaman kepada para pelajar di Negara ini.Apalah sangat dengan angka itu, sedangkan wang yang hilang lebih besar angka. Cuba bayangkan bajet RM 260 bilion lebih yang di peruntukan setiap tahun itu. Apalah sangat RM 8 bilion sebagai biasiwa untuk mencapai tahap modal insane yang boleh memberangsangkan pelbagai tranformasi yang diwujudkan oleh perdana menteri yang jelas membazirkan wang Negara. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan