Rabu, 9 November 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Nama korban tapi makan bangkai?

Posted: 09 Nov 2011 01:17 AM PST

Judul diata membuat ramai yang terkejut, macam Mufti Perlis yang terkejut dengan kata kata Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa "dia sudah selesai mengerjakan haji" apabila sudah tawaf.

Masakan tak terkejut, kerana tawaf dan saie hanya selesai satu bahagian daripada mengerjakan haji. Satu bahagian lagi ialah melontar ditiga jamrah baru selesai sepenuhnya.

Setakat tawaf dan saie ianya belum boleh dikatakan selesai menunaikan haji,kerana melontar jamrah belum dilakukan lagi.

Berbalik pada judul rencana ini ramai kalangan umat islam di Negara ini terkejut besar. Cuba Bayangkan sudah korban "namanya tapi makan bangkai".

Mustahil lembu yang disembelih dan menyebut nama Allah jadi bangkai, kecuali yang disembelih tak menyebut nama ataubukan kerana Allah.

Setiap apa yang dilakukan pada majlis korban pada musim adiladha pasti dilakukan mengikut syarat sayarat yang telah ditetap syarak.

Pertama lembu yang disembilh Kobran itu tak cacat, gemok, pisau yang tajam dan disembil oleh Tok Tok Iman. Pendek kata mereka itu merupakan orang yang tidak diragui keimanannya.

Mengapa lembu yang disembilh itu jadi bangsai dan sesiapa yang memakannya adalah memakan bangkai suatu yang sangat dilarang oleh Allah.

Kita tahu lembu itu telah disembelih tapi tak sempurna iaitu tidak putus kedua dua urat merehnya yang disebut sebagai syarat sah penyembelihan disegi hukum syarak.

Ini bukan semua sembelihan yang di lakukan tok tok iman tak putus urat mereh binatang yang dijadikan korban itu. Tapi ada sebahagian yang tak cermat melakukannya.

Lembu yang disembelih itu putus halkumnya saja, tapi kedua dua urat mereh ada yang hanya putus sebelah atas saja , manakala sebelah bawah kebanyakan tak putus.

Inilah yang disifatkan penyembelihan korban sebagai sunat yang dituntut "namanya korban tapi makan bangkai" yang selama ini jarang jarang yang mengambil berat mengenainya.

Tiada ulasan: