Live! Ucapan YB Husam Musa Ganti Tok Guru Nik Aziz Posted: 25 Nov 2011 06:57 AM PST YB Husam Musa sedang berucap untuk menggantikan Tok Guru Nik Aziz merasmikan majlis ini.
Beliau menguraikan tentang kebesaran Allah dan sistem cakrawala. Ramai Nabi yang telah sampai ke planet selain dari bumi.
Dr Sheikh dalam ucapannya memdoakan supaya Tok Guru Nik Aziz semoga panjang umur dan dapat mentadbir Kelantan dengan baik. |
Live! Angkasawan Negara Membicarakan Solat Di Angkasa Lepas Posted: 25 Nov 2011 06:41 AM PST Sekarang Sheikh sedang membicarakan tentang cara solat dan kebesaran Islam semasa berada di angkasa lepas.
|
Gambar Majlis Angkasan Negara Bersama Pimpinan Negeri Kelantan Posted: 25 Nov 2011 05:47 AM PST Majlis baru bermula.
Kelihatan semua dif berada di hadapan. Memulakan ucapan penghargaan dan aluan oleh Exco Dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.
Majlis ini juga diurusetia oleh NGO Cakna Palestin. |
Live! Dato Husam Musa Baru Sampai Posted: 25 Nov 2011 05:17 AM PST Baru sekejap tadi YB Dato Husam baru sampai bersama dengan keluarga.
Untuk pengetahuan semua, malam ni berlansung Majlis Angkasawan Negara Pertama Datuk Sheikh Muzafar bersama dengan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre KTC.
Anda boleh datang bersama untuk memeriahkan majlis.
|
Live! Sheik Muzafar Angkasawan Negara Sampai Posted: 25 Nov 2011 04:36 AM PST Baru sekejap tadi angkawan negara pertama negara sampai ke Dewan KTC.
Beliau dibawa ke dalam bilik rehat untuk sedikit jamuan sambil menunggu dif jemputan lain sampai.
Geng Cakna Palestin juga sibuk menguruskan supaya acara berjalan dengan lancar.
|
Tok Nik Aziz, Husam Musa Dan Syed Muzafar Di Kota Baru Posted: 25 Nov 2011 01:09 AM PST Assalamualaikum
Kami di meja Team Kerabu Bersuara mendapat jemputan pada malam ni untuk program bersama angkasawan pertama negara.
Antara para jemputan yang berucap ialah MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, Exco Kanan Dato Husam dan angkasawan pertama negara Dato Sheikh Muzafar.
Program tersebut bertempat di Kelantan Trade Centre pada pukul 9 malam.
Tempat yang disediakan cukup selesa untuk tetamu. Jadi anda semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini.
Insya allah pihak kami juga akan turut sama dan akan melaporkan berita dan gambar terkini untuk tatapan anda semua.
Pakat g belako warga Kelantan. |
PRU 13: Pakatan Rakyat sepakat Anwar PM ke-7 Posted: 24 Nov 2011 10:19 PM PST (Oleh Ahmad Fadli)
JOHOR BAHRU 25 Nov: Pakatan Rakyat (PR) sepakat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi bakal Perdana Menteri rakyat ketujuh selepas pilihan raya umum akan datang walaupun beliau kini cuba disumbat semula ke dalam penjara dengan fitnah Umno BN.
"Ingatan keras untuk Umno, apa-apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami akan bangkit meruntuhkan kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar. "Pakatan Rakyat sepakat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh," kata Timbalan Presiden,
Azmin Ali disambut tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional KEADILAN Tahunan ke-8 di Pulai Spring Resort, dekat sini hari ini. Tambah Azmin, keyakinan itu adalah kerana KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mentadbir Putrajaya.
"KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia. Kita sudah ada dasar bersama, kita sudah ada Buku Jingga, kita sudah ada Belanjawan Pakatan Rakyat. "Kita sudah bersedia ke Putrajaya," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar ahli parti bersedia bekerja lebih keras untuk memastikan momentum sokongan kepada KEADILAN terus meningkat dan rakyat menang melawan Umno. "Semua jentera dan kekuatan harus digerakkan sekarang sebagai penerus kepada momentum sedia ada.
"Pilihan raya ini bukanlah semata-mata kemenangan KEADILAN. Ia adalah pilihan raya untuk rakyat. "Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan Umno," kata Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23424
|
Rakyat Sambut Baik Keputusan Selangor Bubar Dun Selepas Jun 2012 Posted: 24 Nov 2011 07:10 PM PST Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM 25 NOVEMBER : Keputusan kerajaan negeri untuk menyertai pilihan raya umum ke-13(PRU13) hanya selepas bulan Jun tahun depan disambut baik oleh rakyat Selangor.
Tinjaun wartawan Selangor Kini, mendapati orang ramai bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tarikh itu sebagai releven dan sesuai kerana pihaknya dapat melaksanakan belanjawan untuk dinikmati oleh rakyat.
Menurut Khalid, adalah amat berhemah sekiranya belanjawan sebanyak RM 1.6 bilion dapat dinikmati oleh rakyat Selangor supaya keikhlasan kerajaan negeri dapat dinilai oleh rakyat.
Bersetuju dengan Menteri Besar, warga Shah Alam, Mohd Zain Mohd Yusof, 58, menyatakan keputusan kerajaan negeri adalah bernas bahkan membuktikan ketelusan Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam memperkasakan rakyat.
"Kalau itu yang diputuskan oleh Menteri Besar, maka saya sebagai rakyat Selangor menyambut baik untuk mengadakan PRU 13 secara berasingan.
"Ia adalah perkara baik kerana menunjukkan ketelusan Pakatan untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya.
Berkongsi pendapat yang sama ialah Peniaga Fatimah Razif, 35, katanya ia adalah langkah terbaik yang diputuskan Menteri Besar memandangkan Belanjawan 2012 baharu sahaja dibentangkan pertengahan bulan ini.
"Ia amat baik kerana menunjukkan bahawa kerajaan Selangor mengutamakan rakyat terutama dari sudut kebajikan. Ia bersesuaian dengan tema Hasil Negeri Untuk Rakyat yang digunapakai oleh kerajaan Selangor," jelasnya.
Dalam tinjauan sama, Mohd Sabry Abdul Majid, 39, menegaskan, sebagai rakyat jati Selangor, beliau sentiasa menantikan bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor menerusi Belanjawan 2012.
Justeru, tindakan Menteri Besar ini disambut baik malah dianggap rasional.
"Saya ikutkan sahaja keputusan kerajaan Selangor. Ini kerana, kalau negeri ini menyertai PRU13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi, rakyat tidak dapat merasai manfaat atau faedah yang akan diperuntukkan.
"Oleh itu, ia adalah satu tindakan yang tepat dan akan menguntungkan rakyat Selangor," katanya.
Turut menyatakan sokongan ialah pekerja swasta, Kasturi Batamallai, 36, katanya ini adalah keputusan tepat kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kekayaan dan manfaat di negeri ini.
"Saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk membela dan membangunkan masyarakat di negeri ini tanpa mengenal kaum. Sekiranya PRU diadakan awal tahun hadapan,rakyat tidak akan berpeluang merasai manfaat yang ditawarkan kerajaan Selangor menerusi Belanjawan 2012. Jadi semestinya keputusan yang ditetapkan oleh Menteri Besar itu adalah baik," katanya.
Berkongsi pendapat yang sama ialah Kelvin Lim, 25, jelasnya, pembangunan negeri tidak dapat dilaksanakan sekiranya PRU 13 berlangsung awal tahun hadapan.
Malah tegasnya, rakyat juga akan mendapat kerugian kerana terlepas untuk menikmati manfaat atau peruntukan yang diberikan kerajaan Selangor.
"Saya sebagai belia beranggapan ia adalah langkah yang baik. Tidak salah untuk mengadakan pilihan raya berasingan seperti yang dilaksanakan di negeri Sarawak. Ia tidak akan menimbulkan masalah, asalkan janji-janji yang dibuat kerajaan dapat ditunaikan," jelasnya.
Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Monash University cawangan Malaysia, Dr Wong Chin Huat menyokong penuh apa yang diputuskan oleh kerajaan Selangor.
Katanya, dalam perkara ini ia menjadi hak mutlak Menteri Besar untuk memohon kepada DYMM Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor.
"Menteri Besar boleh menunggu sehingga dewan negeri cukup lima tahun untuk mengadakan pilihan raya.Tiada undang-undang yang menyatakan bahawa kerajaan negeri perlu mengikut Kerajaan Persekutuan dalam perkara pilihan raya ini," katanya.
Tambahnya, jika pilihan raya negeri diadakan berbeza dengan pusat ia lebih baik untuk demokrasi di negara ini.
"Ia bukan soal ketakutan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan Pusat tetapi berlainan tarikh pilihan raya ini akan membentuk iklim politik yang lebih baik untuk rakyat dalam merealisasikan persaingan dua parti dalam politik Malaysia.
"Ini memberi ruang kepada rakyat membuat perbandingan dan pilihan yang tepat siapa yang akan dipilih sebagai kerajaan," katanya.
Menurut Khalid, semasa pilihan raya umum Mac 2008 lalu semua belanjawan negeri habis dalam masa hanya tiga bulan oleh pentadbiran Barisan Nasional. |
Shahrizat Pergi Umrah Ditaja 'Lembu' ? Posted: 24 Nov 2011 06:40 PM PST Skandal Lembu berterusan lagi dengan bermacam-macam jenis pendedahan. Terbaru dana NFC digunakan untuk membiayai pakej umrah ahli keluarga Ketua Wanita Umno, Dato Sharizat Jalil.
Perkara ni didedahkan oleh ahli Parlimen Machang. Pakej umrah itu dikhabarkan bernilai RM 31,580 atas nama suami Shahrizat dan anaknya.
Sampai bila nak biarkan pemimpin yang menggila macam ini dibiarkan dengan kuasa yang disalahguna? Banyak kepentingan awam disalahgunakan kepentingan peribadi oleh pemimpin Umno.
Menurut Saifudin, perbelanjaan bersifat peribadi menggunakan dana awam sangat membimbangkan dengan pelbagai urus niaga dan pemindahan wang dikesan melibatkan syarikat milik keluarga Sharizat di Singapura.
Rakyat mesti tolak pemimpin umno yang kebanyakkan menyalah guna kuasa yang mereka ada.
Rakyat Kelantan sudah lama halau Umno dan konconya dari sini. Sekarang giliran kawan-kawan yang lain untuk mengajar mereka yang zalim dan rasuah.
Kerabu Bersuara |
Sampai bila graduan UPSI tiada tempat mengajar Posted: 24 Nov 2011 06:06 PM PST Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Kerajaan BN diminta membatalkan sahaja kursus perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jika tiada penempatan mengajar kepada para graduannya.
Sekiranya langkah itu tidak dilakukan, ia hanya akan menyusahkan para pelajarnya, sedangkan mereka telah menghabiskan masa beberapa tahun untuk menamatkan pengajian masing-masing.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI yang masih belum mendapat peluang mengajar pasti amat kecewa dengan kejadian itu, pada hal nasib buruk sedemikian tidak seharusnya diterima oleh mereka.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya telah membincangkan secara terperinci perkara itu dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasinya.
Katanya, namun sehingga kini masalah ketiadaan peluang mengajar bagi graduan-graduan UPSI itu masih berterusan dan kejadian seperti itu juga pasti akan turut dialami oleh para pelajar baru nanti sekiranya pihak kerajaan terus gagal menyelesaikannya dalam masa terdekat.
"Pihak kerajaan sepatutnya telah membincangkan perkara ini dengan baik agar mereka mempunyai penempatan. Kalau tiada penempatan untuk mereka, lebih baik dibatalkan sahaja kursus perguruan di UPSI," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Perkara itu turut disuarakan oleh beliau ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pengajan Tinggi pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.
Dalam perbahasan itu, beliau turut menarik perhatian kementerian terbabit mengenai prosedur yang digariskan oleh kementerian itu untuk setiap universiti membuka kursus atau kos baru kepada para pelajar.
Katanya, sehingga kini terdapat beberapa kursus di beberapa buah pusat pengajian tinggi yang masih tidak diiktiraf oleh JPA dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Kursus-kursus tersebut termasuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ijazah Kewangan Islam (Takaful) di Kolej Universiti Islam Selangor dan Medical Program di Insaniah.
"Adakah pihak kementerian sedar wujudnya beberapa kursus yang masih tidak diiktiraf oleh MQA dan JPA itu? Jika sehingga graduasi, kursus yang diambil oleh pelajar masih tidak diiktiraf, bagaimana pelajar-pelajar itu ingin mendapatkan pekerjaan?" tanyanya.
Pihak kementerian, tambahnya, sewajarnya tegas dengan isu tersebut dan beliau mencadangkan agar hanya kursus yang telah diiktiraf sahaja yang dibenarkan dibuka untuk pelajar universiti atau pusat pengajian tinggi.
Sebelum itu, beliau turut menyentuh tentang Program Mybrain15 dengan meminta pihak kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar bagi dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar termasuk bagi MyMaster dan MyPhD.
Beliau juga turut mendesak agar Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan kerana akta tersebut ternyata sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan kini.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan turut memutuskan akta tersebut yang melarang mahasiswa menzahiirkan sokongan atau bangkangam dalam politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu.
Katanya, keputusan tersebut sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula keempat-empat penuntut itu.
"Saya menghayati pendirian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang komited bahawa AUKU perlu dipinda, tetapi kami dari Pakatan Rakyat lagi komited bahawa AUKU ini perlu dimansuhkan terus dalam sejarah hidup mahasiswa di universiti," tegasnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan