Ahad, 13 November 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Buruknya Perangai Awang Adek

Posted: 13 Nov 2011 02:09 PM PST

TADI saya tertenguk sebuah klik video kecil dalam you tube mengenai telatah Awang Adek Hussein yang pernah diwar-warkan bakal menjadi MB Kelantan tahun 2008 menolak pemberian risalah kempen mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan oleh ahli-ahli kempen royalti minyak, Gerak.

Saya nampak dua atau tiga orang ahli Gerak cuba menghulurkan risalah itu yang berupa ucapan Tun Razak di Parlimen tahun 1975 mengenai kedudukan royalti minyak dan hak rakyat Kelantan. Ucapan Tun Tazak itu dicetak menjadi risalah untuk bacaan orang ramai, bagi mengingati apa yang pernah menjadi harapan Tun Razak dalam perjanjian carigali minyak di antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas.

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak percaya kalau Tun Razak ada membuat ucapan demikian. Tetapi apabila ucapan itu dikorek dan dijadikan risalah, baru diketahui orang ramai akan kedudukannya. Sudah tentu tujuan Gerak membangkitkan perkara itu untuk mengetahui latar belakang berhubung royalti minyak 5% untuk Kelantan.

Risalah itu katanya telah diserahkan kepada perdana menteri, Najib Razak yang merupakan anak bekas PM kedua itu. Nazri Aziz telah menerima risalah itu bagi pihak Najib dengan baik dan penuh mesra. Gerak, kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan seluruhnya mengharap dengan penyerahan risalah berkenaan ia boleh memberi keinsafan kepada Najib bagi melaksanakan apa yang menjadi cita-cita ayahandanya.

Tidaklah pula Nazri enggan menerima penyerahan rialah berkenaan sebagai simbolik tuntutan rakyat Kelantan itu. Malahan Nazri dilaporkan sempat bermesra dengan beberapa orang wakil rakyat Pas yang ikut sama bersama rombongan penyerahan itu yang diketuai oleh Husam Musa.

Risalah itu juga dibuat sempena ulang tahun ucapan itu dibuat oleh Tun Razak.

Saya tidak mahu hendak mengulas apakah risalah itu mampu menyentuh pintu hati Najib kemudian sedia memberikan royalti 5% kepada Kelantan. Sukar untuk mementukan sesuatu yang telah dijadikan isu politik dapat diselesaikan seperti mana diharapkan. Bukan saja dalam kes isu royalti itu, tetapi dalam kes-kes lain juga bila ia dipolitikkan, akhirnya ia menjadi buruk dan tidak berdiri atas prinsip sebenarnya.

Tetapi apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai sikap Awang Adek yang menolak pemberian poster kempen oleh Gerak itu. Keengganan Awang Adek untuk tidak menerima poster itu nampak sangat akan kesombongannya. Tidak sepatutnya seorang timbalan menteri dan pemimpin Umno Kelantan bersikap seperti itu.

Apa salahnya kalau beliau menerima risalah seperti Nazri habis cerita. Kalau dia terima ia tidak akan jadi isu. Tetapi dengan menolak pemberian poster itu, ia akan dijadikan isu oleh Gerak dan Pas Kelantan bagi menggambarkan betapa sombongnya Awang Adek. Setiap orang melihat telatah Awang Adek itu akan rasa mual dan kesal. Orang akan nampak sifat sebenar Awang Adek sebagai pemimpin Umno yang berada di luar Kelantan. Apa-apa kebaikan dan sikap berjurus dia semasa di Bachok akan dicemari dengan telatah beliau dalam you tube itu.

Sikap sebegitu juga bukan menunjukkan sifat seorang pemimpin berjiwa besar. Kalau pun beliau tidak mahu membacanya dan menilai petikan ucapan Tun Razak itu, tetapi ambil sajalah poster berkenaan kemudian beliau berlalu ke tandas dan sumbatnya ke dalam mangkuk tandas. Beliau tidak akan terpengaruh dengan petikan ucapan Tun Razak dan dia juga tidak dilihat sebagai sombong dan angkuh.

Dengan apa yang dilakukan Awang Adek itu orang boleh mentafsirkan bahawa di antara pemimpin yang berdendam dengan rakyat Kelantan ialah Awang Adek. Orang akan menuduh beliaulah yang berusaha menyekat agar royalti supaya tidak diberikan kepada rakyat Kelantan. Mungkin Najib sudah terbuka hati untuk menilai pemberian itu seperti mana termaktub dalam perjanjian tetapi oleh kerana ada penentang seperti Awang Adek, maka ia ditangguhkan. Saya tidak fikir Najib sedia meneruskan kekejaman dan kezalimi dimulakan Mahathir Mohamad. Tetapi bila mana ada pemimpin Umno Kelantan yang memberi nasihat dan mahukan supaya rakyat Kelantan diajar - dihukum, maka Najib juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Sebaliknya Najib sebagai PM tidak perlu sangat mendengar nasihat para pemimpin 'labu punggi' di Kelantan itu, Najib seharusnya sedar dia diberikan Tuhan peluang untuk membantu semua orang. Dengan mendengar penasihat pemimpin 'labu punggi' begitu, maka ia akan terleset dengan Najib sendiri sebagai pemimpin yang menzalimi rakyat.

Saya percaya kalau ketika ini Tengku Razaleigh Hamzah menjadi pemimpin Umno Kelantan hak rakyat Kelantan itu sudah pun dikembalikan. Sudah pasti Tengku Razaleigh akan menasihati perdana menteri supaya mematuhi apa yang dimaktubkan dalam perjanjian dan Akta Petrolium 1975. Ternyata dari segi kualiti dan wibawa Tengku Razaleigh jauh lebih profesional daripada beberapa pemimpin 'labu punggi' di Kelantan sebelum ini. Labu punggi ialah sejenis buah yang menyimpan air dan ia akan membesar sehingga mencecah sebesar tiga biji bola sepak.

Labu punggi juga yang hanya tahu menelan dan menyerap air ke buyungnya tetapi tidak tahu membuangnya sehinggalah ia matang membuncit dan akan pecah berkecai. Isinya sedap disira dengan gula, tetapi khasiatnya tidak seberapa sangat.

http://msomelayu.blogspot.com/2011/11/susupan-malam_13.html

Langkah bawa Felda ke Bursa mirip ‘gali kubur’ peneroka, kata bekas pegawai Felcra

Posted: 13 Nov 2011 06:43 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai "projek gali kubur peneroka."

Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh.

Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan.

"Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.

"Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka.Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada. Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka," katanya.

Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini.

Selain itu Rosli berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holding dilihat "menyegarkan semula" idea membawa Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lapan tahun lalu, namun gagal kerana ditentang warga Felda.

"Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan," katanya.

Guru Kerja 9 Jam Tahun Depan? Najib Akan Kalah Teruk PRU 13 Nanti!

Posted: 13 Nov 2011 12:20 AM PST

NUTP gesa Putrajaya batal projek rintis, jangan paksa guru kerja 9 jam

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari depan.

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata, pihaknya pasti bahawa kajian perintis itu tidak akan membawa hasil positif jika mengambil kira kemudahan semasa di kebanyakan dan beban kerja setiap guru buat masa sekarang.

"Kita tahu bahawa kajian perintis ini tidak akan membawa keputusan positif yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran... jadi mengapa kita hendak membuang masa dan wang rakyat.

"Lagipun guru tidak perlu diwajibkan kerja sembilan jam seperti perkhidmatan lain, sebagaimana dikatakan oleh menteri (hari ini), guru-guru perlu cukup istirahat dan mereka sebenarnya kerja lebih daripada sembilan jam... misalnya kita ambil kira seorang cikgu yang meninggal dunia bersama dua anak muridnya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, dengan merujuk kepada tragedi empat orang meninggal dunia dalam nahas lebuh raya dekat Behrang awal pagi kelmarin.

Kata Hashim, besar kemungkinan guru-guru tidak akan berminat dengan dasar baru kerja sembilan jam, dan oleh itu "mengapa kerajaan hendak meneruskan kajian perintis ini?"

Hashim menjelaskan, Kementerian Pelajaran hendak menjalankan kajian perintis sebelum mewajikan kaum guru berkhidmat selama sembilan jam sehari seperti kakitangan awam yang lain.

"Langkah ini bertujuan menjadikan perkhidmatan pendidikan seperti perkhidmatan lain di negara ini. NUTP merasakan langkah ini tidak sesuai, tidak kena tempat memandangkan sifat perkhidmatan itu sendiri berbeza daripada sektor perkhidmatan awam yang lain," kata beliau.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan para guru agar tidak "panik" dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari 2012 di empat negeri — Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenal pasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

PAS, komponen Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang akan dilaksanakan di empat negeri mulai Januari ini.

Ahli jawatankuasa kerja PAS Idris Ahmad berkata, tindakan itu tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi tenaga kerja pelbagai tujuan kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu ambulans jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata beliau.

Hashim menambah, berkata pihaknya belum menjalankan kajian ke atas projek perintis itu tetapi pihaknya telah menerima maklum balas awal daripada guru-guru membantah langkah itu.

"Tanda-tanda awal ini menunjukan projek ini tidak akan berjaya, jadi batalkan sahaja projek perintis... buang masa kalau kita buat kajian ini," kata beliau yang turut berharap Jabatan Perkhidmatan Awam akan meneliti perkara ini khususnya dari sudut kemudahan dan keselesaan tempat kerja.

"Kalau kita hendak duduk di pejabat selama sembilan jam sehari, kita kena ada kemudahan yang selesa. Kakitangan di agensi lain ada meja, persekitaran yang selesa, tetapi di kebanyakan sekolah tidak, ini kena diperbaiki dulu... tak perlu buat kajian lagi," tambah Hashim.

Gambar Sekitar Minum Sambil Bersantai Bersama ustaz Azhar

Posted: 12 Nov 2011 11:54 PM PST

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/310478_303793322972055_195600903791298_1202605_610802969_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/299923_303793356305385_195600903791298_1202606_107946140_n.jpg

Tiada ulasan: