Rabu, 9 November 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Khalid: Program pengukuhan demokrasi tingkat kesedaran rakyat

Posted: 09 Nov 2011 05:45 AM PST

SHAH ALAM 9 Nov: Program Pengukuhan Demokrasi yang pertama kali diperkenalkan di Selangor bukan dana publisiti bagi mana-mana parti politik, tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, program tersebut termasuk dalam Belanjawan Selangor 2012 yang memperuntukkan RM5 juta bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak demokrasi mereka.

Tambah beliau, program seumpama itu turut dijalankan di negeri-negeri lain termasuk yang dikuasai Umno-Barisan Nasional bagi memberi latihan dan pendidikan mengenai pilihan raya.

"Program itu akan dilaksanakan secara profesional dan bukannya duit peruntukan untuk kempen KEADILAN, Pas atau Dap. Kita juga boleh guna duit (itu) untuk membuat bantahan kepada SPR," kata Khalid ketika sidang media di Bangunan Kerajaan Selangor (SUK) di sini hari ini.

Tegasnya, peruntukan itu merupakan wang rakyat khasnya pengundi Selangor tanpa mengira fahaman politik.

Program Pengukuhan Demokrasi adalah sebahagian daripada 17 program dalam Geran Selangorku yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2012 bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat'.

Geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri serta keuntungan daripada operasi Menteri besar Diperbadankan (MBI) yang memperoleh hutang lapuk dari syarikat seperti Talam Corporation.

Ia termasuk penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberimilikan tanah mengikut harga pasaran.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, keuntungan syarikat milik negeri ini jatuh ke poket rakan kongsi perniagaan serta kroni mereka yang berkuasa dan bukannya rakyat Selangor.

Rosmah Satu Hari Selepas Tunai Haji

Posted: 09 Nov 2011 05:34 AM PST

Gaji minimum RM1,500 bagi firma k'jaan negeri S'gor

Posted: 09 Nov 2011 02:57 AM PST

Nigel Aw

Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.

Tiada ulasan: