Khamis, 3 November 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ustaz Azhar Idrus Dan Sham Kamikaze Dalam Program Malam Ni

Posted: 03 Nov 2011 04:54 AM PDT

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/315585_10150340510256612_247020686611_8429921_836337878_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/375723_282234648476483_146443882055561_899974_1879504474_n.jpg

Polis arah penganjur batal Seksualiti Merdeka serta-merta

Posted: 03 Nov 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengarahkan program Seksualiti Merdeka dihentikan serta-merta sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur dan peserta yang terlibat.

Katanya, program tersebut jelas melanggar undang-undang negara dan bertentangan dengan ajaran pelbagai agama di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pangkalan udara PDRM di sini hari ini.

Polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Kanun Keseksaan untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak badan bukan kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyertai rakan-rakan NGO Islam lain membantah dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya festival Seksualiti Merdeka.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menegaskan, penganjuran aktiviti sebegini dengan sengaja mengundang usaha untuk terus-menerus menongkah norma serta realiti kehidupan beragama dan berlandaskan susila ketimuran di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

"Selari dengan prinsip pertama Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukunegara, sudah tentu kedegilan penganjur serta penyokong aktiviti ini merupakan penghinaan terhadap kepercayaan serta amalan beragama masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang semuanya dengan jelas menolak amalan songsang fitrah yang menjadi kepercayaan serta landas perjuangan kaum lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Keterlibatan Majlis Peguam Malaysia khususnya memberikan kesan kerana membantu serta menggalakkan kemungkinan untuk perlakuan jenayah yang jelas dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan dan kesalahan-kesalahan jenayah syariah di bawah enakmen-enakmen negeri di Malaysia.

"Justeru, penglibatan Majlis Peguam dalam penganjuran dan sokongan Seksualiti Merdeka sangat dikesalkan," katanya.

Justeru kata beliau, PPMM menggesa Majlis Peguam memohon maaf serta menarik balik penglibatan dan sokongannya terhadap aktiviti ini dengaan serta-merta.

"PPMM juga menerima banyak aduan dan pertanyaan dari kalangan peguam-peguam beragama Islam yang tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Peguam tersebut.

"Justeru, PPMM juga menggesa kepimpinan Majlis Peguam untuk meletak jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau sambil menambah, Majlis Peguam dilihat sebagai memberi tiket percuma kepada seseorang melakukan perlakuan jenayah.

Kenyataan Media: PPSMI Opsyenel Bukan Dasar Pakatan

Posted: 03 Nov 2011 01:30 AM PDT

Minggu ini DAP mengumumkan bahawa mereka menyokong pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai opsyen bagi sekolah-sekolah yang mana majoriti ibu bapa memilihnya.

Kami memahami keperluan pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat pendidikan yang bermutu. Tetapi PPSMI bukanlah dasar untuk mencapai kedua-dua objektif ini.

Tambahan lagi, PPSMI tidak disebut di dalam Dasar Bersama mahupun Buku Jingga yang mendasari muafakat antara KEADILAN, PAS dan DAP.

PPSMI diperkenalkan pada 2003, tidak sampai enam bulan selepas Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohammad memutuskan untuk berbuat demikian tanpa sebarang perundingan, penyelidikan mahupun kajian.

Dasar ini mendapat tentangan ibu bapa, pendidik dan sarjana daripada pelbagai latarbelakang dan kaum. Sementara PPSMI diperkenalkan sepenuhnya di sekolah-sekolah kebangsaan dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah Cina dibuat di dalam dwi-bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris berikutan tentangan keras Dong Jiao Zong.

Akhirnya kerajaan menerima kelemahan PPSMI pada 2009 dan memutuskan untuk memansuhkan dasar ini pada 2012.

Kami menentang PPSMI kerana:

1. Cara terbaik mendidik anak-anak kita ialah menerusi bahasa kebangsaan yang difahami semua. Mendidik pelajar dengan bahasa yang asing pada mereka kecuali segelintir kecil keluarga yang beruntung datang daripada keluarga yang fasih berbahasa Inggeris (yang merupakan minoriti kecil) hanya akan memberi manfaat kepada mereka yang fasih Bahasa Inggeris dan merugikan majoriti pelajar-pelajar lain, sekaligus melebarkan jurang pendidikan. Malaysia merosot secara mendadak di dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007, Amerika Syarikat selepas pelaksanaan PPSMI.

2. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan telahpun termaktub di dalam muafakat Perlembagaan kita yang dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita. Pakatan Rakyat telah mengulangi komitmennya kepada muafakat ini.

3. Kami menyokong usaha menambahbaik pengajaran Bahasa Inggeris untuk semua rakyat Malaysia. Namun cara sebetulnya ialah dengan meningkatkan kualiti guru-guru dan kurikulum Bahasa Inggeris serta menambah masa pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya menerusi PPSMI!

4. Pelaksanaan PPSMI yang dibuat serta-merta menyebabkan guru-guru sains dan matematik yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dipaksa mengajar di dalam bahasa tersebut, sekaligus menjejaskan mutu pengajaran mereka. Mangsa paling besar dasar ini ialah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berbahasa Inggeris yang menanggung beban tambahan menyesuaikan diri dengan guru-guru yang tidak dapat mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dengan baik.

5. Pada masa dunia berbahasa Inggeris menjadi semakin terbuka terhadap pengajaran bahasa-bahasa asing seperti Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Arab, keghairahan kita dengan Bahasa Inggeris adalah luarbiasa. Kita sepatutnya bersyukur dengan warisan masyarakat majmuk kita yang membolehkan semua diajar Bahasa Malaysia dan Inggeris dan diberi peluang untuk mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Arab, Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi.

Justeru, dasar Pakatan adalah jelas dalam isu PPSMI dan tidak patut dibangkitkan lagi sehingga dan sekiranya kepimpinan Pakatan mahu mengkajinya semula.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada KAFA

Posted: 03 Nov 2011 12:19 AM PDT

"Tuan-tuan pemain bolasepak, saya pula pemain politik... masing-masing ada peraturan. Dalam bola tak boleh menang dengan cara tipu, demikian juga dalam politik, pilihanraya dimenangi dengan cara tipu juga tak boleh..."

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/302528_10150348956542592_358919387591_8773364_1361352130_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/309013_10150348956572592_358919387591_8773365_172917986_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/300137_10150348956617592_358919387591_8773366_1988230334_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/301493_10150348956637592_358919387591_8773367_275730965_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/302484_10150348956727592_358919387591_8773368_2021492617_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/380327_10150348956762592_358919387591_8773369_1616262469_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/375885_10150348956802592_358919387591_8773370_392014449_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/388744_10150348956872592_358919387591_8773371_457500967_n.jpg

Gambar-gambar Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Anggota Pengurusan dan Pemain Pasukan Bolasepak Kelantan The Red Warriows Pada 03 November 2011

Gambar Tok Guru Nik Aziz Tanpa Kawalan Ketat Semasa Di Mekah. Berbeza Dengan Rosmah

Posted: 03 Nov 2011 12:16 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/381259_308701052480732_100000225194651_1485506_1783722728_n.jpg

Kenyataan Media YAB Datuk Al-Mursyidul Am PAS : Program Seksualiti Merdeka Perlu Dihalang

Posted: 02 Nov 2011 09:36 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya amat terkejut dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka yang sedang dirancang oleh beberapa NGO dan individu sebagaimana yang sedang diiklankan melalui laman web http://seksualitimerdeka.org .

Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks.

Sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT. Di antara perkara yang dijamin kemuliannya oleh Islam ialah agama, nyawa, harta, akal dan keturunan. Sebarang aktiviti yang menceroboh kemuliaan lima perkara ini akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. Amalan homoseks hakikatnya merupakan pencerobohan terhadap keturunan secara langsung dan juga sekaligus pencerobohan terhadap kelima-limanya secara tidak langsung. Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat.

Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi? Justeru, ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada.

Sewajarnya tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap penganjur program ini bahkan terhadap media massa yang ghairah memaparkan perkara-perkara lucah dan fitnah sehingga menyebabkan isu sebegini menjadi biasa di telinga masyarakat. Pelbagai istilah disebut dan gambar-gambar dipaparkan secara terbuka oleh media seolah-olah tidak menjadi kesalahan dan ini mengakibatkan hakisan moral golongan anak muda semakin besar.

Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan dari mana-mana pihak. Saya harap tidak ada apa-apa permainan politik kerana amat biasa di dalam senario negara pada hari ini isu yang diperbesarkan akhirnya hanya menjadi mainan media semata-mata.

Dengan hormat,

Yang Amat Berhormat Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 7 Zulhijjah 1432 H bersamaan 3 November 2011

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali. Malaysia Menempah Bala Dan laknat Allah?

Posted: 02 Nov 2011 09:23 PM PDT

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.

Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.

Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.

Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.

Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.

Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.

Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.

Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.

Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.

Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;

"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu" (Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan.

Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt.

Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda.

Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda.

Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.

Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini.

Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.

Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini.

Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.

Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini….

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Pasal Betina, Khairul Fahmi Apek Terbabas Lembah Maksiat?

Posted: 02 Nov 2011 08:15 PM PDT

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/06110204/kcm-weiners1.jpg

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/06110204/kcm-weiners2.jpg


Elak majlis hidang arak

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

"Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

"Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

Berubah apek, ada masa lagi. Tinggalkan perkara keji dan hina. Peringatan untuk team kami juga.

Ratu Pondan Malaysia Diluluskan Tanpa Sekatan? Mana Jabatan Agama Islam? Cisssssssssssssssss...

Posted: 02 Nov 2011 06:11 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/301923_10150356102529644_52277639643_7876177_270245322_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/303721_10150357239754644_52277639643_7881544_618308863_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/303721_10150357239754644_52277639643_7881544_618308863_n.jpg

Mana pejabat agama?

mana kuasa yang rakyat bagi untuk pertahankan islam?

apakah mereka yang atasan ni merupakan syaitan bisu?

Gambar selanjutnya di sini


mana syaitan bisu?

Tiada ulasan: