Selasa, 22 November 2011

GoMalaysian

GoMalaysian


ISA & Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012?

Posted: 22 Nov 2011 03:32 AM PST

Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.


Berita Berkaitan:
Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan
http://www.malaysiakini.com/news/182100

Pakatan: Akta perhimpunan aman 'lebih teruk, kekang kebebasan rakyat'
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-akta-perhimpunan-aman-lebih-teruk-kekang-kebebasan-rakyat/

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012 Dibentangkan Di Parlimen
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=628884

Tiada ulasan: