Ahad, 27 November 2011

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Melaka bakal tumbang ?

Posted: 26 Nov 2011 07:07 PM PST

Assalamualaikum ..

Pagi inie sempat menyelak beberapa blog sahabat dan sempat gak membaca beberapa entry yang terdapat dalam blog tersebut. Terpandanglah saya satu kenyataan daripada prof Abu Hassan pensyarah fakulti media Universiti Malaya yang membuat ramalan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam bakal tumbang dalam PRU 13. Pada saya, kenyataan tersebut tak menghairankan saya bahkan ianya mungkin menjadi kenyataan andai permasalahan yang berlaku dalam negeri tidak dapat diselesaikan dengan sempurna selain menarik minat rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada mereka.

Apa yang boleh saya tegaskan disini melalui tinjauan saya dan pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku khususnya dalam negeri Melaka sendiri, sememangnya banyak kemajuan yang dicapai semasa pentadbiran DAR di Melaka akan tetapi banyak juga kelemahan yang ditonjolkan sekaligus bakal memadamkan segala kemajuan yang telah dilakukan. Antara yang saya boleh sebutkan disini ialah dari masalah hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan yang semakin lama semakin banyak dan antara yang tertinggi di Malaysia sehingga DAR mengeluarkan kenyataan tak mampu nak bayar balik apa yang telah dihutang.

Pada pandangan saya, kalau tak mampu nak berhutang buat apa nak tambah hutang atau berhutang. Kalau nak maju tu maju biarlah ikut kemampuan orang kata ujur baju dibadan sendiri. Tak cukup dengan isu rasuah yang ditimbulkan dan tak diambil kisah oleh SPRM, Melaka terus diperkosa khazanah hasilnya untuk kepentingan kroni. Nak kata buat projek pengindahan sungai Melaka yang kononnya disifatkan seumpanya di paris, saya tak Nampak ianya berlaku dengan betul dan baik. Baru baru ini saya sempat berkunjung ke Terengganu mengikuti lawatan benchmark yang dianjurkan pengakap daerah rembau dan berkesempatan menyusuri sungai Terengganu. Saya dapati kerajaan Terengganu lebih bijak dalam menguruskan sungai Terengganu berbanding disini. Kalau nak diberikan gred pada sungai Melaka kali ini , saya berpendapat sungai Melaka tak kurang hanyalah seumpama longkang besar yang ada dibelakang rumah sahaja. Ianya tak diurus dengan betul. Air sungai seumpama air kolam yang tiada pengaliran keluar.

Kalau nak dicungkil kelemahan demi kelemahan kerajaan negeri yang di tadbir oleh DAR memang banyak tapi saya tak berniat nak meneruskan lagi Cuma bersempena dengan datangnya tahun baru hijrah ini saya mengharapkan ada perubahan yang dilakukan bukan untuk saya tetapi untuk rakyat negeri Melaka yang lain juga . Jika mahu terus kekal mentadbir negeri kena selalu muhasabah diri .

Tiada ulasan: