Rabu, 30 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] Keluarga Sharizat Didakwa Beli Mercedes Mewah, Melancong, Beli Tanah GUNA Dana NFC

Posted: 30 Nov 2011 06:00 AM PST

Sekadar hiasan.
Ha ha ha. 

Sharizat kononnya mahu menggertak PKR dalam ucapan meroyannya. Kononnya, ucapan itu akan menggerunkan PKR. Rupa-rupanya Rafizi membongkar lebih banyak penyelewengan keluarga Sharizat.

Apa lagi mahu diputar oleh pengembala lembu RM250 juta?

Sila baca!

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.

"Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya.

Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand.

Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.

"Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS).

"Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

"Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi.

Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.

"Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?

"Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya.


P/s: Tidak terkucilkah bini pengembala lembu dengan pendedahan terbaru ini? Bila bini pengembala lembu ini mahu menyaman Rafizi dan geng?

Ha ha ha ha!

Penyokong UMCO, teruskan gelak ketawa anda!!!


[Video] Amukan Bini Pengembala Lembu RM250 Juta

Posted: 30 Nov 2011 05:30 AM PST


Tadi kita baca ulasan/berita tentang ucapan dasar Ketua Wanita UMCO yang kononnya mahu memberikan mesej keras kepada pemimpin PKR, iaitu Zuraida, Saifuddin, dan Rafizi. Aksi meroyan bini pengembala lembu sampai tahap mahu mengangkat kain betul-betul menggelikan hati. Lucunya, sampai begitu sekali dia beraksi semata-mata untuk mengalihkan isu skandal yang sedang hangat diperkatakan orang.

Yang saya kesian ialah perwakilan UMCO yang bertempik sorak sampai serak suara, bertepuk tangan sampai merah tapak tangan semata-mata untuk menjaga air muka dan menyokong ketua mereka. Rata-ratanya buta mata dan buta hati sampai mengetepikan skandal yang terbongkar hasil laporan Ketua Audit Negara. Mereka lupa. Yang kenyang bini pengembala lembu ini dan keluarganya, mereka kenyang apa? Kenyang ketawa, kenyang tepuk tangan, kenyang bersorak, kalau kenyang projek pun, adakah sekenyang ketua mereka?

Ha ha ha! Melayu, Melayu!

Saksikan aksi meroyan di bawah ini:


Budak 14 Tahun Arah & Saksi Rakan Lelaki Perkosa Rakan

Posted: 30 Nov 2011 04:08 AM PST


Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Remaja perempuan samseng. Itu ungkapan sesuai buat seorang remaja apabila sanggup memukul rakan sendiri dengan topi keledar sebelum mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis terbabit sambil diperhatikannya dalam kejadian di sebuah hutan di tepi lebuh raya berhampiran Kundang, di sini, Ahad lalu.

Perbuatan itu dilakukan selepas cemburu melihat teman lelakinya cuba menggoda mangsa hingga hubungan cinta mereka terputus.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa cedera di kepala selepas dipukul dengan topi keledar.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Nora, 16, berkata, dia tidak menyangka rakannya yang berusia 14 tahun sanggup mengarahkan dua rakan lelaki merogolnya disebabkan cemburu buta.

Katanya, sebelum kejadian, kira-kira jam 2.30 petang, gadis terbabit mengajaknya keluar makan bersama enam lelaki berusia 20-an di sebuah kedai makan di Kundang.

"Saya mengikut mereka kerana mengenali rakan saya itu yang sungguh baik dan tidak pernah menyakitkan hatinya. Saya menaiki motosikal bersama seorang daripada kumpulan lelaki itu menuju ke sebuah kedai makan berdekatan rumah.

"Selepas dua jam, saya mengajak mereka pulang kerana bimbang dimarahi ibu tetapi disekat rakan saya itu dengan memberi alasan mahu mengambil seorang lagi rakan di Kundang," katanya semalam.

Nora berkata, dia berasa pelik apabila dia dibawa ke sebuah hutan.

"Rakan saya itu memberi alasan membawa saya ke hutan akibat sakit hati dan mahu membalas dendam serta mendakwa saya merampas teman lelakinya.

"Sebaik turun dari motosikal, dia memukul kepala saya hingga menyebabkan kecederaan selain merasa pening sebelum memaksa saya membuka baju sekiranya tidak mahu dicederakan dengan lebih teruk," katanya.

Katanya, memikirkan keselamatan diri, dia terpaksa mengikut arahan dan dirogol dua lelaki yang disaksikan rakan perempuannya itu.

Menurutnya, selepas dirogol, dia kemudian dihantar pulang sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, kelmarin bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa.


 P/s: GILA!



BRA Pemimpin Wanita UMCO RM26 Ribu? WOW!!!

Posted: 30 Nov 2011 12:40 AM PST

Sekadar hiasan.

Seorang perwakilan UMCO mendakwa bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin menuduh seorang pemimpin Wanita UMCO hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000 seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. 

NONE
Perwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat oleh Datuk Nizar dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.

"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.

Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini. Dia walau bagaimanapun tidak memperincikan dengan lebih lanjut dakwaannya itu.



P/s: Kalau keluarga dan kroni dapat projek sampai ratusan juta, kalau komisen pembelian aset negara sampai setengah bilion, usahkan bra, stokin pun mungkin berharga ribuan ringgit. 





Aktres CUN di Perhimpunan Agong UMCO

Posted: 29 Nov 2011 10:30 PM PST


P/s: Hak demokrasi dia! 


Sumber ada tertera pada gambar.

Sharizat Mahu Angkat Kain, Gagal Jawab Isu Projek Lembu Keluarganya

Posted: 29 Nov 2011 08:30 PM PST


Orang UMCO kononnya mahu mendengar penjelasan Ketua Wanita mereka tentang isu projek lembu yang membabitkan dana rakyat berjumlah RM250 juta. Rupa-rupanya Sharizat hanya merapu sampai mahu menyelak kain. Merapu punya merapu, Shahrizat seperti dijangka tidak mampu menjawab persoalan projek lembu yang jelas pada pandangan ramai sebagai suatu salah satu projek kronisme UMCO sejak turun-temurun. 

Saya tidak mahu komen panjang-panjang hal ini kerana sudah menyiarkan hal yang berkaitan dengan panjang lebar sebelum ini.

Yang pasti projek pemimpin UMCO dan keluarga tibai, yang celakanya, duit kita yang menjadi mangsa!!!

Baca lanjut di bawah ini:

[MK] Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.

Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

Sementara itu, Rafizi pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.

"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa,
" kata Shahrizat.

Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.

"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.

Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.


 P/s: Keluarga dia tibai duit rakyat, kemudian tanpa segan silu mengaku tidak ada kena-mengena dengan projek itu, tetapi dengan selamba minta orang lain letak jawatan, menggelar orang biadap dan tanggang moden, menuduh orang menjual bangsa, agama dan negara, serta menjaja fitnah yang mengaibkan orang.

Hello Sharizat, keluarga siapa yang tibai duit rakyat sampai ratusan juta? Keluarga siapa yang guna dana awam untuk tunai umrah? Orang inilah yang layak digelar biadap, penjual bangsa, agama, dan negara, dan perlu meletakkan jawatan!

Angkatlah kain, banyak perwakilan UMCO mahu melihatnya!!!


[Gambar] Pelajar Taiwan DICABUL Monyet "BERAHI" di Bali

Posted: 29 Nov 2011 05:45 PM PST


Gambar ini menjadi sensasi di blog dan di laman forum sejak beberapa minggu lalu. Malah kejadian ini telah mempopularkan "mangsa" monyet berahi ini di serata dunia. Namun, tidak semua blog atau laman forum menyiarkan butiran kejadian. Hanya gambar yang disiarkan. Biasalah. Gambar "hot"!
 
Charmian Chen, 22, pelajar dari Taiwan melawat Hutan Keramat Monyet Ubud, Bali bulan lepas terkejut apabila "dibogelkan" oleh dua ekor monyet. Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar itu memberi monyet-monyet tersebut makan. Tanpa disedari Charmian, sebutir jagung terjatuh di celah bajunya. Monyet-monyet itu mahu mendapatkan jagung itu.

Walaupun Charmian cuba memegang pakaiannya daripada terlodeh, namun salah seekor monyet itu berjaya menarik pakaian Charmian sehingga mendedahkan payu daranya. Dengan muka merah padam, Charmian cuba menutup mahkota wanitanya itu dengan kedua-dua belah tangannya.

Kejadian yang amat memalukan, malah dianggap mimpi ngeri ketika melancong di Bali itu akhirnya menjadikan Charmian ikon sensasi di internet. Gambar kejadian juga telah menjadi berita utama media di Taiwan. -DCM


P/s: Gambar itu sudah dihitamkan. Kalau anda mencarinya di internet, memang jelas Charmian hanya menutup aset berharganya itu dengan kedua-dua belah telapak tangan.

Fuh!

Yang menariknya, rata-rata tukang komen sama ada di blog atau di akhbar, mengharapkan mereka adalah monyet yang melondehkan pakaian Charmian. Ha ha ha. Banyak orang sanggup jadi binatang kerana kejadian itu!




Lelaki BUNUH Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak

Posted: 29 Nov 2011 04:34 PM PST

Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman.

Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois  ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit.

Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika.

Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga.

"Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois.

"Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati."

Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi.

Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya. -DCM


P/s: Lahanat!


Tiada ulasan: