Sabtu, 19 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Aktivis Feminis Mesir Kirim GAMBAR BOGELnya di BLOG

Posted: 19 Nov 2011 06:34 AM PST






Dia hanya memakai sepasang stoking, reben merah di rambutnya dan sepasang kasut yang bertumit rata merah. Bahagian tubuhnya yang lain didedahkan untuk tatapan pengunjung blog. Aksi berani-mati aktivis feminis Mesir ini sudah tentunya mendatangkan mnasalah kepada dirinya sendiri.

Aliaa Magda Elmahdy, pelajar universiti berusia 20 tahun dari Kaherah, telah mencetuskan kemarahan di Timur Tengah apabila mengirimkan gambar bogelnya di blognya minggu lepas. Gambar kontroversi itu berjaya menarik hit sebanyak 1.5 juta pengunjung ke blognya dalam masa yang singkat.

Di balik jumlah pengunjung yang luar biasa, blog itu turut menerima kecaman daripada sebilangan pengunjungnya. Ada yang mengecam Aliaa sebagai 'pelacur' dan 'sakit mental' dan ada yang meminta polis menangkapnya.

Menjawab kecaman masyarakat,  Aliaa mempertahankan tindakannya dengan menulis: "Sembunyikan semua buku-buku seni dan hancurkan patung-patung arkeologi telanjang.
"Kemudian tanggalkan pakaian dan lihat diri kamu di cermin. Bakar badan yang kamu hina untuk menyingkirkan kompleks seksual kamu selama-lamanya, sebelum kamu menghina dan menafikan kebebasan bersuara saya."

Berani? Namun pihak liberal takut tindakan Aliaa akan merosakkan imej mereka pada mata orang Mesir yang amat konservatif.  Percubaannya membantah usaha mengehad kebebasan bersuara mungkin telah memakan diri sendiri. Tindakannya itu mendorong pihak liberal menjauhkan diri daripada jurublog itu untuk menghadapi pilihan raya umum pada 28 November ini.-DCM


P/s: Kalau anda google di internet, gambar gadis Arab ini memang dalam keadaan telanjang bulat. Gila!



Persoalan kepada Penjelasan NFC berkaitan dengan Skandal Lembu Keluarga Shahrizat

Posted: 18 Nov 2011 05:15 PM PST

Tauke LEMBU!

Saya nak ulas pendek sahaja kerana pemberian projek lembu kepada keluarga Senator Sharizat TETAP tidak beretika, berunsur kronisme, dan mengundang pelbagai persoalan, walaupun cuba dipusing dan diputar oleh pelbagai pihak. Tatkala ini, jurublog UMCO sedang bermati-matian mempertahankan Shahrizat di blog masing-masing. Situasi ini mengesahkan tulisan sebuah blog yang mengatakan bahawa blog-blog pencacai diarah untuk mempertahankan Shahrizat. Ada yang mengepos gambar lembu dan ada yang mengulas jawapan NFC semalam. Namun, seorang pun tidak menyentuh soal etika dan kronisme, serta kemungkinan penglibatan Shahrizat yang mempunyai jawatan dalam Kabinet dan parti mempengaruhi keputusan ini.

Hakikat yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan atau jawatan dalam sesebuah kerajaan ialah mereka tidak boleh memperoleh apa-apa projek kerajaan. Mana-mana kerajaan yang beretika akan berpendapat begitu. Oleh sebab itu, kerajaan yang telus akan memastikan hal-hal yang boleh mengundang rasa tidak puas hati dan fitnah ini tidak berlaku. Namun, realitinya kes-kes seumpama ini kerap dibangkitkan di negara kita sejak zaman Che Det lagi.

Apabila suami Shahrizat mengatakan bahawa mereka sekeluarga tidak membincangkan isu NFC dengan Shahrizat, sampai nak termuntah saya tergelak. Katanya, apabila mereka bersuara tentang projek NFC, Shahrizat dengan segera meminta mereka menghentikannya. Anda percaya retorik ini? Siapa yang percaya? Sampai sekarang gelak saya belum habis apabila mengenangkan kata-kata suami Shahrizat yang cuba mempertahankan diri di samping peguam terkenal. Jika kenyataan itu langsung tidak masuk akal untuk diterima, bagaimana pula isu kemungkinan Shahrizat menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender projek itu. Senaraikanlah 10 syarikat penyaing sekalipun, namun bolehkah menghilangkan keraguan orang ramai? Lagi menimbulkan curiga apabila projek ini diberikan kalau tidak silap secara tender terhad.

Selepas mendiamkan diri daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan, akhirnya NFC melalui suami Shahrizat mengeluarkan kenyataan. Anda boleh baca kenyataannya melalui 9 jawapan NFC yang menjadi bahan olahan blog UMCO di sini. Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam artikel itu termasuklah kenyataan suami Shahrizat bahawa "NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan". Jika tidak semestinya menguntungkan, siapa yang akan membayar  duit rakyat yang anda dan keluarga anda belasah itu? Selain itu, suami Sharizat mendakwa kondo yang dibeli itu boleh disewa dengan harga RM30 000 ribu sebulan. Saya mahu bertanya, siapa yang mampu menyewa kondo itu semahal itu? Jika mampu pun berapa lama mereka akan menyewa kondo itu? Adakah selama 12 bulan yang boleh memberikan pulangan sebanyak RM360 000?

Persoalan selebihnya berkaitan dengan poenjelasan itu ada diulas oleh Rafizi seperti yang disiarkan oleh Keadilan Daily. Beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sewaktu penganugerahan projek ternakan lembu kepada syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, National Feed Corporation (NFC). Rafizi Ramli, berkata pendedahan itu perlu supaya rakyat dapat menilai sejauh mana Shahrizat terlibat dalam memperoleh kontrak berkenaan. Seterusnya, sila baca pautan ini:

Selain itu, Rafizi mendakwa kenyataan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di media arus perdana, sebenarnya mengesahkan pendedahan berkaitan penyelewengan wang rakyat RM250 juta dalam skandal NFC.

"Saya ingin tegaskan, semua kenyataan beliau langsung tidak menafikan pendedahan yang dibuat KEADILAN.

"Malah, tiga pengakuannya mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada syarikat milik keluarga menteri kanan ada unsur penyelewengan.

"Beliau mengakui NFC tiada kepakaran dan pengalaman mengendali projek hingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti petang ini.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Mohamad Salleh di New Straits Times bertajuk "I am not angry but the bull claim better stops" semalam.

Rafizi turut mendedahkan, NFC hanya membawa masuk lembu dari Australia pada tahun pertama operasi iaitu 4,141 ekor dan tidak membawa masuk lagi pada tahun kedua operasi.

Katanya, Mohamad Salleh dalam pengakuannya juga mengesahkan hujah KEADILAN apabila mengakui pinjaman RM250 juta kepada NFC tidak disertakan jadual pembayaran balik.

"Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berbentuk geran kerana NFC tiada jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa," katanya.

Kata Rafizi, pengakuan Mohamad Salleh turut mengesahkan pendedahan KEADILAN apabila suami Shahrizat itu mengaku membayar jumlah lebih tinggi untuk membeli dua unit kondominium mewah di Tingkat 1, Blok B One Menerung Bangsar.

"Saya terkejut beliau bukan sahaja membuat penafian tetapi dengan bangganya mengesahkan membayar RM13.8 juta," kata Rafizi.

Sebuah artikel di Malaysia Chronicles juga mengulas penjelasan suami Shahrizat dengan menarik sekali.

Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, menerima RM250 juta untuk membangunkan industri lembu di Malaysia tetapi menggunakan dana tersebut untuk pembelian dua pangsapuri mewah di Bangsar.

Terperangkap dengan perbuatannya itu, beliau mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum akhirnya muncul hari ini bagaikan cacing keluar dari bawah batu yang lembap, cuba untuk mempertahankan diri terhadap penyalahgunaan ini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai berikutan skandal NFC. Beliau dengan diiringi oleh peguam kegemaran Umno, Shafee Abdullah, yang mana kehadirannya itu menjadi 'tanda' beliau seorang yang bersalah.


Berdasarkan alasan dan logik Salleh ia mendapatkan pinjaman beratus juta ringgit dari dana awam, yang didakwa untuk menjalankan beberapa projek demi kebaikan awam. Kemudiannya ia berbelanja besar dengan sesuka hatinya.


Mengapa kerajaan Malaysia akan memberi kekuasaan penuh kepada NFC untuk mengeluarkan dana awam yang kemudiannya akan disalurkan kepada tujuan selain daripada tujuan asal ia dikeluarkan. Bukankah ianya merupakan jenayah pecah amanah?.


Terdapat fakta bahawa RM800,000 telah dibelanjakan untuk perjalanan 'pengarah' NFC, yang juga adalah anak kepada Shahrizat. Salleh Ismail mengumumkan bahawa mereka tidak menaiki penerbangan Kelas Pertama. Adakah ini bermakna mereka telah menaiki penerbangan Kelas Perniagaan dengan dana awam?. Ini menimbulkan kemarahan ramai. Eksekutif MNC yang berpendapatan berbilion-bilion ringgit pada hari ini juga menaiki penerbangan ekonomi. Sudah tentu, lebih banyak penyelewengan 'derma' kepada ahli-ahli politik Umno ini dengan wang yang dibayar oleh Shahrizat Jalil di antara mereka.


Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan projek NFC sebagai satu kegagalan. Walaubagaimanapun Salleh sendiri mengaku ia membeli lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini adalah apa yang NFC lakukan. NFC memberi lembu makan sebelum ia dijual. Inilah 'rahsia' kaedah untuk membangunkan industri lembu Malaysia.


Sepanjang Salleh memberikan alasan, dia turut membandingkan projek lembunya dengan pokok-pokok sawit. Beliau juga mendakwa akan berjaya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015. Sudah tentu boleh, dengan membeli lembu dari Australia, tidak syak lagi.


Lembu yang ditunjukkan dalam TV juga kelihatan bersesakan, berlumpur, kelihatan tidak selesa dan sengsara. Jelas jabatan perkhidmatan veterinar perlu menyiasat NFC terhadap penganiayaan haiwan, serta masalah kebersihan. Seperti mana SPRM sepatutnya perlu juga menyiasat NFC berkaitan isu rasuah.


Malah, ia seolah-olah hanya akan dapat diselesaikan dengan diwujudkan satu Suruhanjaya Siasata Diraja untuk menjawa semua persoalan yang dilemparkan oleh skandal NFC ini.


Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan pengawasan. Bagaimana Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang semua skandal terhadap NFC ini?. Bagaimana Kementerian Kewangan tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?


Menteri Kewangan adalah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau adalah dua kali ganda bertanggungjawab. Akhirnya Najib juga yang bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dilakukan ke atas pembayar cukai Malaysia.


Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai sedikit pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau jika masih mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang. Tapi nampaknya ia tidak akan berbuat demikian. Pernahkah anda dengar mana-mana Menteri BN yang mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dan meletak jawatan?-
Terjemahan Pulak Dah!, versi Inggeris boleh dibaca di sini. - DCM


P/s: Pusing macam mana pun salah tetap salah!




Debat Isu NFC: Sahutan KJ Disambut Oleh Rafizi

Posted: 18 Nov 2011 04:24 PM PST

Klik untuk baca
P/s: Jangan sampai masa, KJ mengadu "sakit perut"! Di balik ghairah KJ mempertahankan Shahrizat, kita pelik mengapa Shahrizat sendiri atau orang penting NFC yang menyambut cabaran debat itu. Mengapa Pak Lah dan KJ bersungguh-sungguh mempertahankan skandal ini?

Tiada ulasan: