Isnin, 14 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Petani Diserang Hingga MATI oleh Badak Air Kesayangan

Posted: 14 Nov 2011 06:40 AM PST



Seorang petani Afrika Selatan telah dibunuh oleh badak air peliharaannya yang dibela sejak haiwan itu berusia lima bulan yang digambarkan oleh pemiliknya "seperti seorang anak kepadanya" lapor DM.

Badak air yang dipanggil Humphrey berulang  kali mengigit pemiliknya Marius Els, 41,  dalam satu serangan ganas Sabtu lalu.

Tubuh Els yang dalam keadaan mengerikan itu ditemui terapung di dalam sungai yang mengalir melalui ladang seluas 400 ekar di luar bandar Afrika Selatan.
 
Pada awal tahun ini, Els yang telah berkahwin, dilihat gembira menunggang haiwan peliharaannya seberat 1200 kg. Badak air jantan itu berusia enam tahun.
 
"Humphrey seperti seorang anak kepada saya, dia seperti seorang manusia, " kata Els pada masa itu.

"Terdapat hubungan antara saya dengan Humphrey dan hal ini sukar difahami oleh sesetengah orang.
 
"Mereka berfikir anda hanya boleh mempunyai hubungan dengan anjing, kucing, dan haiwan domestik.
 
"Tetapi saya mempunyai hubungan dengan haiwan yang paling berbahaya di Afrika."

Els  memelihara 20 jenis spesies haiwan eksotik termasuklah zirafah dan badak, di ladang berhampiran dengan Klerksdorp, Afrika Selatan.

Walaupun memiliki pelbagai hawain peliharaan, namun Els lebih menyayangi Humphrey yang dibelinya ketika berumur lima bulan. Malah, Els mengeluarkan modal untuk membina tasik khas untuk Humphrey.

Namun semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jurucakap sebuah perkhidmatan ambulans swasta Afrika Selatan mendedahkan bahawa kakitangan syarikat itu dipanggil ke ladang Els lewat petang Sabtu lalu.
 
"Paramedik yang sampai ke tempat kejadian mendapati bahawa lelaki itu telah digigit beberapa kali oleh haiwan itu dan badannya telah tenggelam di dalam sungai untuk tempoh yang tidak diketahui, "kata Jeffrey Wicks.

 
 
 
 

Mat Said Minta Polis Siasat Blog Dakwa Beliau Ditangkap Khalwat

Posted: 14 Nov 2011 04:52 AM PST

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Nov – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.

"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam dipetik Bernama.

Wan Ahmad berkata pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.

Minggu lalu, Menteri Besar Terengganu berkata mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel lima bintang di sini beberapa bulan lalu.

Katanya, fitnah itu memberi tekanan emosi ke atas keluarga beliau.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu, namun hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Saya sedih dan dukacita apabila blog hari ini memfitnah saya secara membabi buta," kata beliau.

Ahmad dilantik sebagai menteri besar Terengganu pada Mac 2008.

Siapa yang Tulis Nama "Mat Said" dalam Kiriman di Blog tentang Isu "Khalwat"?

Posted: 14 Nov 2011 12:10 AM PST


Sila baca, banyak pengajaran yang boleh diambil:

Saya petik:

[MSO] Beberapa orang teman dan penjenguk setia blog Merah Tinta memberanikan diri bertanya saya mengenai satu kenyataan MB Terengganu Ahmad Said hendak saman bloger yang memfitnahnya konon dia berkahwin satu lagi selepas ditangkap khalwat.

Berita dimaksudkan Mat Said itu disiarkan dalam beberapa akhbar, dan ada diulas oleh blogers beberapa hari lalu. Saya tidak memberi reaksi segera berhubung kenyataan Mat Said kerana tidak fikir ianya ada kaitan langsung dengan saya. Setelah saya membaca laporan itu saya tidak merasakan bahawa beliau mengatakan bloger bermuka babi adalah saya.

Dalam sebuah berita di akhbar perdana ada menyebut nama blog saya dan sebuah blog lain. Nama-nama blog lain yang juga dikatakan memfitnah MB itu bagaimana pun tidak disebut. Mungkin kerana nama blog saya disebut maka orang beranggapan saya adalah bloger bermuka babi dimaksudkan Mat Said.

Mat Said guna sebutan bahasa Arab Khinzir, bukan babi. Saya guna babi di sini agar mudah faham kerana kalau khinzir itu ada yang tidak kenal bagai mana rupa binatang haram itu. Bagaimana hidung, mulut dan matanya.

Dalam kenyataan Mat Said itu tidak pasti siapa yang bermuka babi. Tetapi beliau marah dengan blog yang memfitnahnya kerana ia telah menganggu ketenteraman keluarganya.

Siapa yang memfinnah beliau sehinggakan beliau membabikan orang itu. Apakah saya? Saya tidak mahu bercerita panjang kerana seorang yang waras dan pembaca yang tahu akan etika dia akan memahami apakah catatan saya yang dikaitan dngan kenyataan Mat Said itu bersifat fitnah ataupun telah memalukan Mad Said?

Tolong baca semula dan fahami laporan saya itu. Apakah saya menuduh kepada Mat Said atau tidak. Saya tidak pasti dengan apa ditulis orang lain apakah ia benar dan mereka memperolehi sumber yang benar.

Saya turunkan semula petikan catatan yang menjadi perbualan itu:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?
BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]

Berita yang saya tulis dan dimaksudkan dengan apa yang dituduh Mat Said itu, tidak ada kena menegan dengan Ahmad Said. Nama Ahmad Said langusng tidak dicatatkan di dalam tulisan saya. Saya juga tidak menyebut dari negeri mana MB berkenaan. Jadi tidak timbul kalau ianya Ahmad Said. Blog lain saya tidak tahu apakah ada yang membuat pendedahan yang memalukan Mat Said itu.

Seseorang yang faham dan mahir dalam dunia penulis (journalis) akan faham dan tahu tujuan saya membuat posting itu, ianya adalah untuk mendapat reaksi ke atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh pengarang sebuah berita itu. Saya berharga selepas itu ada maklumat susulan yang akan sampai kepada saya.

Mat Said sendiri ada yang mengatakan dia dituduh berkhalwat dengan budak Besut, paramugari dan sebagainya. Dalam blog saya mana ada menyebut nama-nama itu. Ternyata dalam blog saya tidak mencatat budak-budak yang dimaksudkan oleh Ahmad Said. Saya tidak tahu kalau apa yang ditulis oleh bloger lain. Makanya mungkin bloger berwajah babi itu, blog yang mencatat nama-nama disebutkan Mat Said itu.

Justeru, yang dimaksudkan bloger babi itu saya rasa bukan saya. Kalau boleh, saya mahu kepastian daripada Ahmad Said, apakah yang bermuka babi itu saya? Biarlah dia mengulangi kenyataa itu dengan jelas mudah untuk difahami untuk tidak mengelirukan.

Dalam pada itu ada seorang bloger yang dikenal pasti bekerja dengan Ahmad Said mencabar saya dan sumber saya (pengarang) agar mendedah seterusnya tentang laporan itu. Bloger ini juga nampak tidak reti dan belum sampai ke tahap boleh menerima anugerah berprestaj Rahim Kajai dalam dunia penulisan.

Saya minta dia membaca sebaik mungkin apa yang saya tulisan sebelum mencabar saya. Secara tidak langsung apabila bloger ini bersikap demikian ia seakan mengesahkan apa yang saya laporkan itu adalah bosnya. Ertinya yang membusukkan nama bosnya adalah dia sendiri bukan orang lain jauh sekali saya.

Adalah sangat elok di masa akan datang jangan mudah memberi respons atau bersikap melatah tanpa tentu fasal. Sebagai seorang penulis yang menjaga periuk nasi seorang politik perlu bijaksana. Kebijaksanaan itu bukan saja bagaimana kita menyalinkan wang pemberian orang untuk kita menerusi akaun orang lain. Mungkin kita bijak dalam hal itu tetapi tidak semua kita pandai dalam hal-hal menjaga maruah orang.



P/s: Macam kes First Lady berbelanja sakan di Australia. Nama tidak disebut, tetapi ada orang yang terus melulu, bukan mempersoal. Bahaya!



Hajah Rosmah di Honolulu, Kepala "Boleng" Terus

Posted: 13 Nov 2011 08:00 PM PST

OBAMA bersama isteri Michele, bergambar selepas menyambut ketibaan Najib dan Rosmah pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan bersempena APEC di Honolulu, Sabtu lalu.


P/s: Dua tiga hari selepas Hajah Rosmah pulang dari Makkah, orang ramai asyik bercerita fasal jambulnya, sampai di Honolulu, bukan setakat jambul, "boleng" terus kepala hajah.

Tariah Berahi Antara Atur Cara Majlis Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Posted: 13 Nov 2011 07:10 PM PST


Saya petik:

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.


KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.


[HM] MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu 'ritual' khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.

33 pelajar bakal duduki SPM, 7 wanita ditahan di sebuah resort

[BH] MANJUNG: Sekumpulan individu dipercayai dianggotai penjenayah dikesan cuba merekrut ahli baru mereka termasuk membabitkan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, menerusi penganjuran satu majlis khas di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Mereka yang dipercayai datang dari seluruh negara terutama dari Pulau Pinang dikatakan mula mendaftar masuk ke resort itu bermula jam 3 petang kelmarin bagi menghadiri majlis 'Hari Keluarga Genki Seven Malaysia' yang dijadualkan diadakan di resort sama, bermula jam 8 malam.
 
Bagaimanapun, aktiviti dan perhimpunan haram itu berjaya dibanteras apabila sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak dibantu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyerbu majlis terbabit kira-kira sejam kemudian.
 
Serbuan itu berjaya menahan 307 individu berusia 17 tahun hingga 30-an termasuk tujuh wanita dan 39 pelajar yang 33 daripadanya bakal menduduki SPM serta tiga kakitangan kerajaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ketika serbuan dijalankan, semua mereka sedang mendengar ucapan dan dipercayai dalam proses mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan.

Katanya, polis mengesyaki mereka mengadakan majlis khas itu untuk merekrut ahli kumpulan baru dan menjadikan program hari keluarga berkenaan sebagai mengaburi pandangan masyarakat serta pihak berkuasa.

"Pada serbuan pertama, kami menahan 180 individu di dalam dewan berkenaan, manakala selebihnya ditahan di beberapa lokasi selepas siasatan susulan dibuat.
 
"Turut dirampas kemeja-T, pelekat kenderaan dan rantai kunci berlogo sebuah pertubuhan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut. Siasatan polis mengesyaki kumpulan terbabit dipercayai mengadakan majlis mengangkat sumpah untuk sebuah kumpulan kongsi gelap," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian ke lobi resort berkenaan ketika serbuan dijalankan mendapati satu kain rentang tertera tulisan 'Hari Keluarga Genki Seven Malaysia' yang disertakan dengan logo kumpulan.




Tiada ulasan: