DUNIACACAMARBA |
- [Video] Isu Angkat Sumpah Jawatan PM: Apa Nama Sebenar PM? Najib atau Muhamad Najid?
- Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH
- Isu Lembu: Blog UMCO Dakwa Sharizat Dapat "Restu" Hajah, Jurublog Pencacai Diarah Tangkis Serangan terhadap Sharizat
- Remaja Ditoreh 300 Kali Kerana Ritual Pemujaan Syaitan Berunsur Seks
- Balik Makkah, Haji Najib Nyala Pelita Rumah Terbuka Deepavali
- 11 Sebab PRU Mungkin Tidak Akan Diadakan Tahun 2011
- Skandal Lembu: Shahrizat Boleh SAMAN PKR Bila-bila Masa, Tunggu Apa Lagi???
- Anak ADUN Melaka Didenda Miliki Dadah Sintetik
- Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Didakwa Miliki Dadah
- Jual Rakan (Dikurung, Didera, Dirogol) untuk Langsai Hutang
- Apabila Duit Sudah Banyak, Selebriti Beli Pesawat Hanya Sebab Remeh
[Video] Isu Angkat Sumpah Jawatan PM: Apa Nama Sebenar PM? Najib atau Muhamad Najid? Posted: 11 Nov 2011 04:53 AM PST Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 10 Nov: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009. Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai "Najib bin Tun Abdul Razak" sahaja. Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya. "Mustahil berlaku kesilapan kerana Afidavit itu pasti sudah disemak seramai empat peguamcara berpengalaman yang mewakilinya dalam permohonan mengenepi sepina itu," jelas beliau. Malah kata Mat Zain, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam afidavit berasingan bagi kes sama, juga merujuk nama suaminya sebagai 'Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak'. "Menerusi afidavit-afidavit yang diikrar Najib dan isterinya, tidak syak lagi nama sebenarnya seperti dalam kad pengenalannya ialah "Najib bin Tun Abdul Razak" dan bukan "Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak" sepertimana yang beliau bersumpah 'demi Allah' di hadapan YDPA di-Istana Negara pada 3 April 2009," kata Mat Zain. Oleh itu, katanya, Najib perlu menjelaskan bagaimana nama beliau boleh berbeza di antara dua sumpah yang dibuat. "Samada rakyat akan mencabar kesahihan upacara angkat sumpah jawatan PM yang dilafaz pada 3 April 2009 itu, adalah terletak kepada hak dan kebebasan pilihan masing-masing. "Namun, jika sumpah jawatan PM Najib itu diistihar tidak sah, akibat mengguna nama yang bukan nama sebenarnya, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang," katanya. Oleh itu, katanya, Najib tiada kuasa untuk membubar Palimen kerana mengikrar sesuatu fakta yang penting atau mengelirukan dalam sesuatu afidavit adalah secara sendirinya merupakan kesalahan jenayah. Sebelum ini, Presiden Amerika, Barrack Obama terpaksa mengangkat sumpah buat kali kedua pada 21 Januari 2009 akibat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelumnya. | ||
Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH Posted: 11 Nov 2011 02:00 AM PST Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid terpaksa melalui perjalanan yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan mungkin maut hanya semata-mata mahu ke sekolah. Berita yang dikutip dari The Sun ini memerihalkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid di kawasan utara wilayah Uygur Xinjiang di China. Mereka perlu meniti tebing-tebing gunung yang biasanya digunakan oleh kambing gurun. Gunung yang menjadi "jalan" ke sekolah itu setinggi 457.2 meter. Sewaktu melintasi tebing-tebing gunung tersebut, murid-murid ini akan dibantu oleh ibu bapa dan kakitangan sekolah. Seorang guru memberitahu: "Jalan ini sangat curam tetapi kami orang gunung. Kami sudah biasa menggunakan "jalan" seperti ini." "Setakat ini, tiada seorang pun murid yang terjatuh - hukuman berat menanti mereka yang ponteng sekolah." -DCM P/s: Budak-budak di Malaysia, bukan setakat ditatang bagaikan minyak penuh oleh ibu bapa apabila segala keperluan persekolahan disediakan, malah perjalanan ke sekolah pun sangat selesa, namun banyak yang ponteng sekolah kerana mengejar keseronokan sementara! Aduhai! | ||
Posted: 11 Nov 2011 12:00 AM PST | ||
Remaja Ditoreh 300 Kali Kerana Ritual Pemujaan Syaitan Berunsur Seks Posted: 10 Nov 2011 10:55 PM PST
Dua orang gadis di Amerika Syarikat didakwa mengikat dan menoreh seorang remaja lelaki lebih daripada 300 kali semasa ritual permujaan syaitan yang turut berunsurkan seks yang dijalankan selama dua hari. Menurut berita Agensi, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan kecederaan di leher, kaki, lengan dan belakang. Remaja tersebut dipercayai bertemu dengan Rebecca Chandler, 22, dan Raven Larabee, 20, di internet sebelum bertemu dengan kedua-dua gadis itu di pangsapuri mereka. Remaja itu dikatakan telah dijanjikan habuan seks oleh pasangan itu. Chandler mendakwa bahawa torehan di anggota badan antara pasangan itu dengan remaja tersebut adalah persetujuan bersama namun kemudiannya "menjadi tidak terkawal." Antara buku yang dijumpai di apartmen itu termasuklah The Werewolf's Guide to Life, The Necromantic Ritual Rule Book and Intro to Sigilborne Spirits. Kedua-dua gadis yang masih belum didakwa itu ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan. -DCM | ||
Balik Makkah, Haji Najib Nyala Pelita Rumah Terbuka Deepavali Posted: 10 Nov 2011 09:00 PM PST Aduhai! Kelihatan dalam gambar yang dipotong dan ditampal dari Utusan ini Haji Najib sedang menyalakan pelita kononnya sebagai simbolik sambutan rumah terbuka Deepavali. Paling beriya-iya, Pak Menteri yang sebelum ini panas dengan isu ehem-ehem pembantu rumah. Begitu berhati-hati. Hajah Rosmah tetap maintain dengan jambulnya!!! -DCM P/s: Seperti juga orang lain, saya pun mahu bertanya, apa komen menteri agama, mufti, alim ulama tentang gelagat Haji Najib dan pak menteri itu? | ||
11 Sebab PRU Mungkin Tidak Akan Diadakan Tahun 2011 Posted: 10 Nov 2011 08:00 PM PST Saya petik: [Mstar] KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan. Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini: 1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi di kalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian. 3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu. 4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk. 5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember. 6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya. 7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan. 8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini. 9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan. 10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada. 11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini. Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang. | ||
Skandal Lembu: Shahrizat Boleh SAMAN PKR Bila-bila Masa, Tunggu Apa Lagi??? Posted: 10 Nov 2011 07:30 PM PST Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 10 Nov: KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara. "Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan," "Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini. Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya. Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan. Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi. Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar. "Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya," kata beliau. Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009. "Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan," katanya. Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat. Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar. "Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas." "Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?," Soalnya. "Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu," katanya. P/s: Berani kerana benar atau takut kerana salah? Yang mana satu pilihan menteri ini? | ||
Anak ADUN Melaka Didenda Miliki Dadah Sintetik Posted: 10 Nov 2011 06:45 PM PST Saya petik: [SH] JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah. Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama. Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal. Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. P/s: Siapa ADUN Melaka dengan nama Ghazale? Semak dan rujuk, rupa-rupanya anak ADUN Serkam, YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad. ADUN ini juga merupakan Exco Negeri yang memegang portfolio Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka. | ||
Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Didakwa Miliki Dadah Posted: 10 Nov 2011 06:00 PM PST Saya petik: [SH] KUALA TERENGGANU - Bekas pemain gitar kumpulan rock yang terkenal pada era 90-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan termasuk memasukkan dadah ke dalam badan, memiliki heroin dan methamphetamine pada Rabu lalu. Tertuduh, Mohamad Fairudz Ariffin, 39, hanya mengangguk faham sejurus semua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Noradila Ab Latif. Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia dituduh memiliki 10 tiub straw cerah setiap satu berisi serbuk putih disyaki heroin, berat kasar 0.4 gram dan tiga tiub straw cerah setiap satu berisi sebiji dadah disyaki methamphetamine, berat kasar 0.2 gram di sebuah rumah dekat Dungun pada 9 November lalu kira-kira jam 5.35 petang. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan. Pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama, dia juga dituduh memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badan dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB serta boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika disabitkan kesalahan. Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Noradila seterusnya menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin. Sebelum ini, tertuduh ditangkap bersama tiga lagi rakannya di lokasi berkenaan sempena Ops Tapis yang dijalankan anggota polis. P/s: Kumpulan rock? Yang mana satu? | ||
Jual Rakan (Dikurung, Didera, Dirogol) untuk Langsai Hutang Posted: 10 Nov 2011 05:25 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu 'dijual' kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya. Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin. Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor. Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat. Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk 'bercuti' di ibu kota dengan semua kos ditanggung. P/s: Lahanat! | ||
Apabila Duit Sudah Banyak, Selebriti Beli Pesawat Hanya Sebab Remeh Posted: 10 Nov 2011 04:30 PM PST Johnny Depp mengakui bahawa dia suka pergi ke sesuatu tempat dengan menaiki pesawat peribadi berbanding dengan pesawat biasa. Alasan utamanya berbuat demikian ialah dia boleh merokok tanpa dilarang! Malah, Depp turut memberitahu contactmusic, selain tidak suka dilarang merokok, dia juga berasa kurang selesa apabila penumpang lain memerhatinya umpama makhluk asing. Katanya: "Kalau naik pesawat sendiri, saya boleh merokok. Hal itu adalah pengalaman yang mahal." Aktor berusia 48 tahun ini sebenarnya sudah berhenti merokok sejak dua tahun lalu. Namun setelah mula bekerja untuk projek terkininya, Rum Diary, dia kembali merokok. P/s: Johnny Depp beli pesawat guna duit hasil kerja kerasnya sebagai pelakon, ada pemimpin parti belah sana beli kondo mewah hasil duit atas angin! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan