Khamis, 10 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mengapa Saya Tidak MENGUTUK Muammar Gaddafi 3 - Tukar Tiub

Posted: 10 Nov 2011 04:00 AM PST


Saya petik:

SURAT AKHIR UNTUK GADDAFI

Tuan yang saya muliakan,

[TT] Ini adalah surat akhir dari saya. Saya berharap dua surat awal dahulu telah membuka mata hati tuan. Saya juga berharap surat awal itu telah memberi sadikit latar untuk kita sama-sama memahami bahawa apa yang kita baca dan apa yang didedahkan ke hadapan mata kita sebenarnya hanyalah gula untuk mengula-gulakan kita semua.

Saya telah menerima banyak keritikan malah ada juga tempelakan yang menuduh saya cuba melupakan jenayah dan kejahatan Gadaffi terhadap warga Libya. Tuan yang saya muliakan, saya tidak menafikan adanya kezaliman yang memusnahkan hak asasi warga Libya. Saya juga tidak menafikan adanya tahanan politik di Libya. Ada juga suara yang nemimbulkan pekara bagaimana Muammar Gadaffi telah menindas kumpulan Islam atau memenjarakan 'jihadis'. Tetapi bukan ini intipati yang ingin saya paparkan.

Dalam hal – Jihadis Islam - saya agak berhati-hati kerana saya amat sedar peranan CIA yang membina dan menganjurkan jaringan kumpulan Islam. Sejarah politik telah membuktikan bagaimana CIA telah bekerjasama dengan kumpulan yang memanggil diri mereka Islam. Dari Indonesia, ke Pakistan, ke Iraq, ke Mesir hinggalah ke Afghanistan kita bertemu dengan kumpulan ini. Hari ini telah terbukti bahawa Al-Qaeda dan Osama sendiri telah dieram dan dinetaskan oleh CIA. Ini fakta sejarah. Jadi, kita tidak perlu berbuih mulut menelan Viagra untuk menegakkan benang basah ini.

Dalam surat akhir ini saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa pendemokrasian Libya bukan tugas Nato atau Amerika atau tugas negara Eropah. Mendemokrasikan Libya adalah tugas warga Libya sendiri. Ini sama seperti tugas menumbangkan kerajaan yang dikepalai oleh gerombolan United Malay National Organisation. Ini kerja politik dalaman warga Malaysia sendiri. Menumbangkan gerombolan United Malay National Organisation bukan kerja Amerika , China, Singapura atau Saudi Arabia. Menjatuhkan United Malay National Organisation bukan tugas Nato atau Obama atau Sarkozy. Ini tugas anak semua bangsa warga yang cintakan negara kita ini. Saya harap pekara ini jelas.

Untuk sedar apa yang wajib kita lakukan hari ini maka biar saya surahkan sadikit latar sejarah politik dunia agar kita sama dapat menerima pencerahan. Memahami yang dulu agar kita dapat melihat apa yang akan datang. Pada tahun 1945 perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sisetm ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi Sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Russia yang telah mendirikan Soviet Russia semenjak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.

Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas. Negara Eropah pengamal sistem kapitalis menganggap negara sosialis sebagai musuh. Perlawaanan dua sistem ekonomi ini dipanggil Perang Dingin. Perlawanan ini cukup sengit dan mengancam dunia. Contohnya pada tahun 1962 – peluru berpandu nuklear hampir meledakkan dunia apabila Russia memasang senjata ini di Cuba yang hanya 200 batu dari pantai Amerika

Dalam kancah Perang Dingin kaum pemodal merasa mereka terancam. Mereka tidak dapat mengembangkan modal mereka untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara-negara bekas tanah jajahan di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Kaum kapitalis melihat sistem ekonomi sosialis menjadi halangan untuk kaum kapitalis mengaut keuntungan maksima.

Untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda dan segala rintangan dihapuskan kaum pemodal telah menggunakan universiti sebagai kubu pusat. Kaum kapitalis telah mengeluarkan dana yang lumayan untuk mengupah pemikir di universiti dan di lembaga-lembaga keilmuan. Para ilmuan dan ahli akademik ini dibayar untuk mengeluarkan buku , kertas kerja atau berkonferensi dengan tujuan mengeluarkan dakyah dan tohmah yang licik dan teratur. Semua ini dilakukan untuk memastikan sistem ekonomi sosialis ini tidak dapat mengampuh dunia. Radio dan Tv diwujudkan untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap apa itu sosialisma terus songsang dan tunggang terbalik.

Kempen dan dakyah kaum kapitalis international ketika Perang Dingin tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh United Malay Nationaal Organisation terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Tipu, bohong, tangkap, beli dan bunuh menjadi garis perjuangan. Kalau boleh tipu maka orang ramai akan ditipu. Kalau bohong boleh menyelamatkan keadaan maka bohong akan sampai. Jika keadaan terus tegang maka penjara akan digunakan. Dalam keadaan selesa - harta, duit dan pangkat boleh digunakan untuk membeli sokongan. Jika semua ini gagal letupan C4 akan digunakan untuk menenangkan keadaan.

Hasil dari kempen yang licik lagi teratur ini ramai warga dunia telah diperangkap untuk diternak dan diasuh untuk melihat sosialisma sebagai musuh. Dalam reban CIA ini ternakan yang paling setia datang dari kumpulan-kumpulan Islam. Kumpulan ini terpengaruh dengan dakyah CIA yang mengatakan sosialisma tidak percaya kepada tuhan. Kumpulan ini telah tidak mendapat penerangan secara tuntas tentang sosialisma sebagai satu sistem ekonomi bukannya agama atau sistem kepercayaan. Sama seperti sistem ekonomi kapitalis sistem ekonomi sosialisma juga tidak beragama dan tidak bertuhan.

Di negara-negara yang majoriti penduduknya menganut Islam, kumpulan Islam ini telah digunakan untuk menentang Parti Sosialis, Parti Komunis atau parti yang menentang kapitalis. Dengan bijak kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menetaskan budak-budak suruhan mereka untuk mempertahan sistem ekonomi kapitalis. Usama bin Laden termasuk ke dalam bakul ini.



Tuan yang saya hormati,

Surah diatas telah berlaku di zaman Perang Dingin. Serangan dan kepungan kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya meruntuhkan sistem ekonomi kapitalis. Pada tahun 1989 Tembok Berlin runtuh dan negara Eropah Timur kembali menjadi pengamal sistem ekonomi kapitalis.

Sekali lagi kaum pemodal antarabangsa telah mengupah para pemikir dan ilmuan untuk merencana satu strateji baru – strateji pasca Tembok Berlin. Para pemikir kanan yang telah lama bersarang di Rumah Puteh telah menetaskan apa yang dipanggil : Project for the New American Century (PNAC).

Para pemikir yang menelorkan PNAC ini adalah ahli falsafah kanan dan saki baki wira-wira dan penjihad Perang Dingin. Kekalahan Russian dalam Perang Dingin telah meyakinkan mereka bahawa anak semua bangsa dalam dunia tidak ada lagi pilihanan melainkan menghambakan diri dibawah telunjuk Empire Amerika.

Falsafah PNAC inilah yang telah dan sedang diguna pakai oleh pentabiran Rumah Puteh semenjak George W.Bush menjadi Presiden. Falsafah PNAC ini bukan susah untuk difahami. Asas utamanya ialah : Amerika menang dalam Perang Dingin maka Amerika tidak akan membenarkan negara mana-mana pun berpeluang untuk menandingi kekuatan Amerika seperti di zaman bertelagah dengan Russia dahulu. Amerika akan memastikan tidak ada negara baru akan muncul untuk berani bersaing atau menandingi kekuatan bala tentera Amerika.

PNAC memiliki 4 rukun imannya:

- Amerika perlu meneruskn perbelajaan persenjataan
- Amerika wajib menyokong kawan dan menibai musuh
yang bertentangan dengan budaya dan sistem Amerika
- Kebebasan politik dan ekonomi kapitalis wajib diluaskan ke seluruh dunia
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk menjaga dan mengawal dunia agar dunia ini aman untuk keselamatan, kekayaan dan dapat ditegakkan prinsip yang dipegang Amnerika.


Tuan yang saya muliakan,

Apa yang ingin saya terangkan dalam surat akhir ini ialah kita semua pada ketika ini adalah dalam kongkongan Empire Amerika. Dari laporan tahun 2003 untuk Jabatan Pertahahan Amerika kita diberitahu bahawa pada ketika ini Amerika memiliki 6000 buah pengkalan tentera dalam negara. Amerika juga memiliki 702 pengkalan tentera laut, darat dan udara di 130 buah negara dalam dunia ini. Ada yang disewa dan ada yang diikat dengan penjanjian persenjataan. Seramai 253,288 soldadu Amerika bertugas dipengkalan luar negara ini. Seramai 44,446 anak tempatan bekerja di pengkalan-pengkalan Amerika ini.

Apakah maknanya semua ini?

Apa yang ingin saya terangkan disini ialah pembunuhan Saddam Hussein, pembunuhan Mummar Gadaffi , kacau di Iran, kacau di Pakistan, kacau di Syria – semua ini hanyalah babak-babak penglaksanaan rukun iman PNAC. Apakah tuan tidak sedar bahawa rancangan untuk menyerang Iraq telah wujud lebih awal lagi - pada bulan September tahun 2000 lagi. Menyerang Iraq dan mengubah sistem politik Iraq adalah sebahagian dari rancangan PNAC. Rancangan ini telah ditelorkan oleh para pemikir kanan PNAC satu tahun sebelum George W Bush menjadi Presiden



Tuan yang saya muliakan,

Sebelum saya akhiri surat saya ini ingin saya nyatakan bahawa ledakan dua pesawat udara ke bangunan WTC di New York pada 9 September 2001 itu juga adalah sebahagian dari perancangan dan strateji yang telah ditelorkan oleh PNAC. Ledakan itu telah terbukti sebagai 'kerja orang dalam' sebagai strateji untuk memastikan falsafah PNAC diterima oleh warga Amerika. Warga Amerika perlu dikejutkan dahulu dan kemudian dilalikan dengan falsafah PNAC. Pasti ramai yang akan menangkis apa yang saya tulis ini sebagai fakta sasau dan hujah dari perawi gila. Tidak mungkin Amerika membunuh 3000 warganya sendiri?

Untuk ini jawapan saya hanya angka dan jumlah. Ketika saya menulis ini angka pertama ialah 1,455,590 warga Iraq telah gugur. Angka kedua ialah 4,801 soldadu Amerika telah juga tewas di Iraq dan 2,794 tewas di Afghanistan. Pada hemat saya kaum kapitalis yang berkiblatkan keuntungan tidak mempedulikan nilai nyawa manusia – sama ada manusia warga negara atau warga luar negara.

Tuan yang saya muliakan, rasa saya tugas kita pada ketika ini ialah untuk melihat babak babak yang terbuka dihadapan mata kita dengan kaca mata yang tajam. Dengan hati yang jujur. Sya berharap tuan dapat menganalisa satu perisiwa dari dalam atau dari luar negara dengan tepat. Hendaknya janganlah tuan cepat melocat apabila mendengar laugan jihad. Bukalah mata dan pasang telinga untuk berhati-hati kerana CIA dan para sekutunya pandai melaungkan jihad ke jalan Allah. Malah tidak lama lagi tuan akan mendengar laungan berjihad yang kuat dari Rosmah dan Naib. Mereka baru sahaja pulang dari Mekah dan telah meminum air dari telaga Zamzam. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45



Apa Penjelasan Jamil Khir tentang Isu "Najib Selesai Haji Lebih Awal"? Baca

Posted: 10 Nov 2011 03:00 AM PST


Saya petik:

[Bernama] SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi. 

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau


P/s: Kah kah kah!!! Salah tafsir atau jahil atau teruja melampau??? 



Buka Kedai Tudung, Tetapi Tidak Pakai Tudung

Posted: 10 Nov 2011 12:56 AM PST



SH melaporkan aktres jelita, Rozita Che Wan bakal membuka butik tudung bersama dua adiknya, pelakon Ayu Raudhah dan Rubytah iaitu isteri kepada pelawak Lan Pet Pet.

Kata Rozita, idea tersebut datang daripada adiknya, Ruby yang merupakan bekas penuntut fesyen di sebuah koleh swasta.

"Idea membuka perniagaan ini sebenarnya sudah lama, tetapi kami mencari produk paling sesuai. Kami akan membuka butik di USJ, Subang.

"Buat masa ini, kami sudah menyiapkan 100 jenis rekaan. Cuma kami mahu memperbanyakkan lagi koleksi rekaan dan juga fabrik," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2011, Jumaat lalu.

Menurut Rozita, butik itu akan dilancarkan sekitar Disember ini dan mereka sepakat menamakan butik mereka, Padusi.


P/s: Macam-macam!


[PANAS-Wajib Baca] PKR Dakwa Duit Projek "Lembu Shahrizat" Beli Kondo Mewah RM9.8 Juta, TUNAI!!!!

Posted: 10 Nov 2011 12:22 AM PST

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Nov — Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), sebuah syarikat milik kepunyaan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, dakwa PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

"Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal," kata Ahli Parlimen Machang ini pada sidang media di lobi bangunan Parlimen.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

"Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi, penjelasan Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin semalam) dan menteri (Pertanian dan Industri Asas Tani) adalah tidak benar.


"Jika pemantauan ketat wujud, sudah pasti RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan untuk membeli sebuah kondo mewah yang tiada kaitan dengan ternakan lembu. Ini pecah amanah yang jelas oleh keluarga Shahrizat," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Khairy membela projek berkenaan dengan berkata, "adakah (Ahli) Rembau (itu) terlibat dalam meluluskan projek ini" pada 2006 ketika "menjadi orang kuat Tingkat Empat" (Pejabat Perdana Menteri) ketika pentadbiran bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga berkata bagaimana NFC yang hanya menyembelih 1,600 ekor lembu pada 2009 dan mencatatkan kerugian RM11 juta pada tahun yang sama mampu membeli kondo mewah.

Masalah projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Dalam pada itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa hari ini membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam hari ini.

"Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di NFC yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat, Jingga 13 pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan," kata beliau yang juga ketua kempen Jingga 13.

Katanya, pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat empat pindahan wang dari akaun semasanya di CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian kondominium berkenaan.

"Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai 'hutang' NMLC kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," kata beliau sambil menambah, ia tindakan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

"Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas," katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

"Jingga 13 percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku," kata beliau sambik menambah laporan itu wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pemimpin-pemimpin utama ke dalam skandal ini.

 
P/s: Saya setuju dengan persoalan yang dilontarkan oleh Penarik Beca, Kalau benar, itu baru Shahrizat dan keluarganya sapu. Menteri lain? Bagi yang teringin melihat kemewahan kondo yang dimaksudkan sila klik  di sini.
 
Apabila UMCO menjerit, pertahankan UMCO demi masa depan orang Melayu, adakah anda mahu mempercayainya lagi? Mahu? Silakan!!!!




Selepas KANTOI, Chef Muda Pinda Profil

Posted: 09 Nov 2011 10:39 PM PST

Profil sebelum dipinda.

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Nov — Personaliti TV Cef Mohd Nadzri Redzuawan meminda lagi butiran pada profil juri MasterChef Malaysia di laman web Astro Ria — buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam semalam.

Dikenali dengan panggilan popular Cef Riz, juri paling muda dalam program realiti yang semakin popular itu, semalam mengakui kesilapannya memberi butiran "secara berlebihan" mengenai kelayakan beliau dan meminta maaf kepada para penonton dan pengikutnya.

Butiran mutakhir tidak lagi membawa maklumat bahawa beliau pernah bekerja di dua restoran ternama di New York.

Profil terbaru yang diperoleh dari laman web hanya membawa dua perenggan.

Ia menyebut, "Cef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada cef selebriti terkemuka negara iaitu Cef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari."

"Beliau pernah menjadi Cef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya."

Cef Riz merupakan salah seorang daripada lima juri program yang disiarkan sejak 22 Oktober lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Astro berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai juri program sajian itu berdasarkan pengalamannya sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya.

"Cef Riz dengan ikhlas telah memohon maaf kepada penontonnya kerana memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan dirinya dan Astro Ria menerima penjelasan beliau," kata jurucakap saluran itu.

Stesen penyiaran itu juga telah mengubah maklumat pada profil beliau awal pagi semalam sejurus selepas The Malaysian Insider melaporkan perkara tersebut.

Butiran profil terdahulu menyebut Cef Riz pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat, tetapi penelitian menunjukkan sebaliknya.

Beliau mendakwa pernah bekerja sebagai "chef de cuisine" — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali, Babbo di New York ketika berusia 22 tahun.

Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York, Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen "Iron Chef America".

"Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo," kata pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy.

Sebelum ini Cef Riz menegaskan dia pernah bekerja di Babbo.

"Saya pernah berada di sana selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006," katanya sambil menambah, pernah bekerja sebagai "sous-chef" di Le Bernardin di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.

"Sous-chef" merupakan orang kedua dalam penyeliaan dapur dan secara langsung membantu ketua cef.

"Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008," katanya.

Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz memberitahu: "Aiyoh! Sungguh aneh. Saya akan teliti dengan mereka."

MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti masakan MasterChef yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, memulakan musim pertamanya menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.


P/s: Malu beb!


[Gambar] Haji Najib dan Hajah Rosmah Kembali dari Makkah, Namun Jambul Tetap "Maintain"

Posted: 09 Nov 2011 09:30 PM PST








P/s: Hasrat rakyat Malaysia, termasuk TM mahu melihat Rosmah menutup aurat dengan sempurna selepas menunaikan haji tidak kesampaian. Betullah telahan kebanyakan orang. Namun, kita mendoakan moga-moga terbuka hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

Debaran seterusnya ialah tarikh 11.11.11. Adakah Najib akan memohon YDP Agong membubarkan Parlimen?

Sanggup Terima Bekas Isteri Selepas Kontroversi, Tidak Banyak Lelaki Seperti Bekas Suami Nabila

Posted: 09 Nov 2011 06:53 PM PST


DCM tidak mahu komen panjang tentang gambar yang didakwa memaparkan aksi cium Nabila Huda dengan seorang lelaki dipercayai budak pantai di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet beberapa hari lalu.

Cuma apabila Amy Search meminta anaknya itu agar menjaga tingkah laku sebagai perempuan dan artis, rasanya lebih elok kalau ditegaskan bahawa perbuatan tersebut juga bertentangan dengan nilai budaya dan hukum agama. Apatah lagi, perbuatan yang disertakan dengan bukti bergambar itu merupakan salah satu mukadimah kepada zina.

Hari ini bekas suami anak sulung Amy itu, Zaidy Zailani ketika ditanya mengenai gambar kontroversi tersebut  menyatakan kepada HM bahawa "Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka."

"Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya," katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.


P/s: Saya tidak mahu komen ikhlas atau tidak, wajar atau tidak, bermaruah atau tidak tindakan bekas suami Nabila ini, namun yang pasti tidak semua lelaki sanggup menerima bekas isteri mereka selepas kontroversi yang berlaku. Tambahan pula, kontroversi itu bukanlah sekadar khabar angin, namun turut disertakan dengan bukti bergambar. Setuju?



Tiada ulasan: