Isnin, 7 November 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak Ahmad Dhani Merokok & Minum Alkohol

Posted: 07 Nov 2011 05:15 AM PST


Saya petik:

Ahmad Dhani Kecewa Anak Merokok dan Minum Alkohol

INILAH.COM, Jakarta - Meski santai, Ahmad Dhani sedih dan kecewa melihat tingkah laku putra pertamanya, Ahmad Al Ghozali merokok dan memegang minuman alkohol saat berada di rumah ibu kandungnya, Maia Estianty.

Ahmad Al Ghozali atau yang biasa dipanggil Al terlihat memegang rokok dan botol minuman keras saat sedang merayakan pesta Halloween di kediaman Maia di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan pada Minggu (30/10) lalu.

"Ya sedih banget karena saya selama ini bertahun-tahun dari awal sejak kecil Al El dan Dul saya sangat menjauhi mereka (Al, El dan Dul) dari rokok," ungkap Dhani di peluncuran video klip TRIAD di KFC Kemang, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Orang nomor satu Republik Cinta Manajemen ini pun menerangkan alasan kenapa kecewa melihat foto itu.

"Kenapa? Filosofinya sih gampang. Filosofinya, rokok itu adalah first entry, rokok itu awal mula remaja yang coba-coba. Setelah dia nyoba rokok, dia pasti nyoba yang lain. Makanya saya sangat nggak suka dengan rokok," paparnya

 Maia Akui Anak bukan Pertama Kali Merokok, Teguk Alkohol

INILAH.COM, Jakarta - Maia Estianty mengakui kalau anak sulungnya, Al Ghozali merokok dan minum minuman keras saat pesta di rumahnya. Tidak itu saja, Maia juga menyatakan bukan kalipertama Al minum miras.

Pesta itu sendiri terjadi saat merayakan Halloween pada Minggu (30/10) malam di kediaman Maia Estianty. Di situ, Al dengan asyik merokok sambil menenggak minuman keras.

"Alhamdulillah Al sudah bisa dihubungi. Dia sudah akui (minum miras dan merokok). Dia ngaku minum sedikit. Ini bukan pertama kali dia coba," terang Maia saat memberi keterangan pers di kediamanya, di Pejaten, Jakarta Selatan, Senin (7/11).

Maia tentunya sangat terkejut dengan kejadian tersebut. Lantaran saat kejadian tersebut, Maia tidak melihat langsung.

"Tadi saya bangun siang, saya kaget lihat berita ini. Foto itu memang anak saya sedang merayakan Halloween, kebetulan di rumah saya. Saya akui di rumah saya," katanya.


P/s: Tidak malu menggunakan kalimah "Alhamdullilah"...

Lelaki GAGAL Raba Payu Dara Gadis

Posted: 07 Nov 2011 04:11 AM PST


Saya petik:

[SH] KEPONG - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat.

Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya.

"Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka," katanya ketika ditemui, malam kelmarin.
Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan.

Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama.

Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk.

Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah.

"Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian," katanya.

Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu.

Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental.

Tamadun Melayu dan PPSMI

Posted: 07 Nov 2011 03:59 AM PST

 
Saya petik:

TERAS-teras jati diri kebangsaan Malaysia berpaksi kepada bahasa Melayu dan agama Islam (tanpa menafikan hak serta kepentingan bahasa dan kepercayaan lain).

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, antara perkara yang disebut ialah Perkara 32(1) yang memaktubkan kedudukan Raja-raja Melayu; Perkara 152(1) tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi; dan Perkara 3(10) mengenai Islam sebagai agama Persekutuan.

Berhubung perkara yang menyentuh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, mereka yang berjiwa Melayu dan rakyat Malaysia yang terbuka minda untuk bergerak ke hadapan bersama-sama jati diri kebangsaannya, pastilah ingin melihat bahasa kebangsaan itu diperkasakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, termasuk sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Golongan yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu tinggi, lebih disebabkan kelemahan mereka menguasai bahasa Melayu, bukan kerana kelemahan bahasa Melayu. Dan semua pejuang bahasa kebangsaan bukanlah golongan fanatik, berpandangan jumud atau berusaha mengundurkan bangsanya ke belakang.

Pejuang-pejuang bahasa selalu memetik kebijakan Hang Tuah yang menguasai 12 bahasa, sebagai suatu unjuran profetik 'pujangga penulis' karya agung itu bahawa setiap bangsa akan menjadi lebih maju jika dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Akan tetapi walaupun menguasai pelbagai bahasa, setiap bangsa harus meletakkan bahasa kebangsaannya dimercunya yang tinggi, atau seperti sepotong puisi Sasterawan Negara Usman Awang, "manakan sama bahasa bunda."

Jika menurut tiga kriteria yang dikenalpasti oleh Charles Ferguson, sesungguhnya bahasa Melayu sudah dianggap sebagai 'bahasa maju.'

Tiga kriteria Charles Ferguson itu ialah (a) bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisan. Dalam hubungan ini bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya sendiri – sama ada dalam jawi atau pun rumi; (b) Bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam atau bentuk yang mengatasi segala dialek bahasa itu. Bahasa Melayu jelas mengatasi segala dialek, kerana di Malaysia dialek tidak mempunyai penerbitan bakunya; dan (c) Bahasa itu sudah mampu digunakan sebagai alat untuk mengungkapkan ilmu dan pemikiran moden.

Ini jelas terbukti dengan penerbitan pelbagai buku dalam bidang dan subbidang ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu, sejak kurun ke-12 Masihi lagi, dan memasuki era 'moden'nya sejak sebelum merdeka lagi hingga memuncak mutakhir ini.

Tradisi ilmu dalam bahasa Melayu telah berkembang, termasuk di IPTA, umpamanya di UKM sejak awal tahun 1970-an. Tokoh ilmuwan Selangor 2011, Dr Shahril Mohamad Zain (mantan profesor fizik dan matematik di UKM) pernah membentangkan fakta bahawa UKM telah menghasilkan lebih 450 tesis PhD dan lebih 2,000 tesis Sarjana (MA & M.Sc.) dalam bidang sains dan pelbagai bidang lain, yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden di IPT, dan memanfaatkan penguasaan bahasa asing sebagai pelengkap sebagaimana saranan profetik Hang Tuah.

Tamadun Melayu boleh diperkasakan jika terdapat ilmu-ilmu pengetahuan moden (termasuk Sains & Matematik) disampaikan dan ditulis dalam bahasa ini (Melayu).

Sehubungan itu, pelbagai pihak berasa terperanjat apabila baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran membayangkan pendirian kerajaan untuk membenarkan sekolah membuat pilihan sama ada meneruskan dasar PPSMI atau sebaliknya.

Pendirian tersebut amat berbeza semangatnya daripada pengumuman yang beliau lakukan tahun lepas, untuk memansuhkan PPSMI mulai 2012.

Sesuatu dasar kerajaan (termasuk untuk memansuhkan PPSMI mulai 2012, empat bulan dari sekarang) mestilah bersifat merata dan menyeluruh. Tidak boleh mana-mana kumpulan kecil dan serpihan untuk menebuk dasar itu di mana-mana, lalu menghidupkan dasar PPSMI semula.

Jika kumpulan kecil dan serpihan itu mewakili elit di bandar dan kota, yang kaya raya, maka mereka boleh menghantar putera puteri mereka ke sekolah swasta atau sekolah antarabangsa, dan jangan dibiarkan menebuk dasar pemansuhan PPSMI mulai 2012 menurut selera mereka.

Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran pastilah telah menerima "Kajian Tahap Kompetensi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" (2008, setebal 186 halaman tidak termasuk tiga lampiran) oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA).

Kajian ini dengan jelas menunjukkan kompetensi guru yang boleh dipersoalkan, yang mengakibatkan kelemahan pembangunan modal insan murid khususnya di luar bandar, Felda dan sebagainya.

Prinsip ketamadunan kerajaan harus berpegang kepada kajian yang berwibawa, menyeluruh dan mendalam seperti dilakukan PEMBINA.

Sebarang polisi yang tidak didasari kajian akan goyah dalam tempoh yang pendek. Bagi pejuang bahasa Melayu dan mereka yang yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu moden, dapatan PEMBINA adalah pendorong utama kepada 'cadangan' pemansuhan dasar PPSMI mulai 2012, dan dengan itu mereka tidak perlu lagi turun ke jalan raya untuk mendesak pemansuhan PPSMI.

Akan tetapi jika dasar PPSMI hidup semula selepas ditalqinkan, ia adalah zombie baru. Mamat Khalid pun tahu bagaimana cara untuk menewaskan zombie!

* Datuk Dr Anwar Ridhwan merupakan Sasterawan Negara ke-10. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Antara karyanya yang terkenal Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Naratif Ogonshoto. Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan dipetik dari laman Malaysiakini.

Tiada ulasan: