Isnin, 7 November 2011

dollah yankee

dollah yankee


Yang selalu menjadi korban!

Posted: 07 Nov 2011 02:18 AM PST

Tahun demi tahun umat Islam menyambut Aidil Adha dan berkurun lamanya juga lah mereka turun temurun melakukan korban ke-atas haiwan lembu, kambing,atau unta. Persoalannya tidak ada kah orang2 Islam pernah terfikir untuk mencipta satu peralatan yang lebih baik dan lebih mudah untuk membaringkan haiwan sembelihan itu selain daripada di-ikat kaki haiwan itu dan kemudian ramai-ramai yang tarik,  tarik sehingga menyakitakan haiwan itu yang bertujuan mahu membaringkannya.

Apakah kita lebih selesa dengan cara nenek moyang kita melakukan korban ke-atas haiwan itu sejak zaman berzaman?? 

Gurkah-gurkah di-'port' setuju dan rasa sudah sampai masanya para intelek dan cendikiawan serta bijak pandai dalam Islam khususnya mereka yang berpendidikan tinggi atau mereka yang punyai kepakaran seperti doktor-doktor vetirinar mencari idea untuk memperkenalkan satu cara yang lebih mudah dan yang lebih baik daripada cara sekarang ini, yang tidak menyakitkan haiwan itu dan tidak memerlukan kepada kekuatan manusia untuk membaringkannya. Bagaimana kah caranya penyembelihan yang sering di-lakukan dalam 'pound' iaitu pusat2 penyembelihan yang sedia ada? Tidak boleh kah alat yang sama itu dibuat dan boleh dibawa ke mana-mana tempat luar dari pusat penyembelihan?

Haiwan yang dikorbankan itu pun gurkah-gurkah rasa berhak untuk mati secara bermaruah dan berpendapat yang ia tidak patut di-perlakukan sedemikian rupa. Dari dulu sampailah ke-zaman berteknologi tinggi ini kita semua masih lagi macam sekumpulan kawanan dubuk atau dinggo meratah mangsanya sepertimana yang selalu kita toton dalam rancangan Animal Planet. 

Cari lah, dan cipta lah alatan atau kaedah yang di-rasakan lebih mulia semasa melaksanakan ibadah korban !!

dollah yankee -
Pertama kali dalam hidup, beratur untuk ambil daging korban selepas solat zohor hari ini.

Tiada ulasan: