Khamis, 24 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bil Elektrik Anda Bakal Naik Lagi Selepas Ini Dengan Pengenalan Caj Tambahan 1%!!

Posted: 24 Nov 2011 04:23 AM PST

Staff Berita Semasa

bil elektrik Bil Elektrik Anda Bakal Naik Lagi Selepas Ini Dengan Pengenalan Caj Tambahan 1%!!


Kami ingat lagi bait-bait kenyataan yang keluar daripada mulut seorang Menteri, kenaikan bil elektrik hanya akan mempengaruhi kawasan-kawasan perindustrian sahaja. Tiba-tiba, selepas ini 30% daripada pengguna elektrik di Semenanjung "bakal menikmati kenaikan bil elektrik" selepas akan adanya caj tambahan sebanyak 1%.

Sebelum ini pada Jun 2011, baru sahaja berlakunya kenaikan tarif elektrik, sekarang sudah ada pula caj tambahan sebanyak 1%?

Untung TNB tahun lepas sahaja lebih RM3 billion. Itu belum lagi dicampur lagi keuntungan yang bakal TNB perolehi jika perjanjian IPP yang cukup berat sebelah itu disemak semula. Keuntungan "atas angin" IPP itulah yang telah mengurangkan margin keuntungan yang boleh dinikmati oleh TNB.

Cuba kita semak semula berita pada 2 bulan lepas, yang mana keputusan kerajaan untuk menangguhkan kutipan caj tambahan sebanyak 1%

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kutipan caj tambahan satu peratus terhadap penggunaan bekalan elektrik pengguna melebihi 300 kilowatt sejam (KWj) sebulan yang sepatutnya dilaksanakan awal bulan ini ditunda kepada 1 Disember ini.(Sumber : Utusan)

Dan sekarang ini, tinggal seminggu sahaja lagi, bermula 1 Disember 2011 mana-mana daripada anda yang guna bekalan elektrik lebih 300 kilowatt sejam (kwj) sebulan akan dikenakan caj tambahan sebanyak 1%. Berapa ramai yang "terkena"? Dianggarkan kira-kira 30% pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia akan mengalami perubahan pada bil elektrik masing-masing. Adakah anda orangnya?

Dalam pada itu, di bawah skim tenaga boleh diperbaharui itu kerajaan menyasarkan kapasiti janaan sebanyak 2,080 megawatt (mW) menjelang 2020 dan 4,000 mW pada 2030. Jadi apa inisiatif yang kerajaan lakukan?

  • Mana-mana daripada isi rumah yang sanggup membuat pelaburan pemasangan panel solar di bumbung rumah mampu menjana pendapatan antara RM300 dan RM700 sebulan melalui penjanaan tenaga sebanyak tiga hingga enam kWj.
  • Oleh itu isi rumah tersebut perlu membuat pelaburan antara RM20,000 dan RM50,000 berdasarkan saiz panel solar yang dipasang.
  • Ada daripada anda di sini yang berminat?

Siapa yang ada modal besar boleh cuba. Dengan pengenalan caj tambahan sebanyak 1%, bil elektrik anda akan naik selepas ini. Dan…..ini satu lagi cara kerajaan mempercepatkan & memperluaskan penggunaan RE di Malaysia

  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) & Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama untuk kutip caj tambahan tersebut dan melaksanakan Feed-in Tariff (FiT)
  • Menerusi FiT, pengguna hanya perlu memohon akaun untuk memasang penjanaan RE bersama-sama dengan sistem dua meter di dalam rumah.

Tak silap kami, sistem 2 meter ini adalah :

  • Satu meter biasa TNB, yang kita gunakan sekarang ini. Kita bayar kepada TNB
  • Satu lagi meter kalau anda pasang RE (renewable energy) di rumah anda seperti solar panel, kemudian tenaga elektrik itu anda jual semula kepada TNB.

P/S : Nasib baik kerajaan beri bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan bantuan RM500 untuk pendapatan bawah RM3000, sekurang-kurangnya ringan sikit beban untuk bayar bil elektrik setiap bulan selepas ini. Diitambah dengan adanya caj tambahan sebanyak 1% pula…

Politik UMNO membawa padah

Posted: 24 Nov 2011 04:21 AM PST

Oleh T.K. Tan


Setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, kesan dan hasil pemerintahan UMNO-BN sudah nyata kelihatan. Kesan yang mendalam dirasakan dalam bidang ekonomi dan pendidikan akibat campur tangan politik yang berleluasa dan untuk sesetengah pihak, berlebihan. Bagaimana pencapaian UMNO-BN?

Persaingan perniagaan terpilih

Antara campur tangan politik yang dapat dilihat ialah sektor ekonomi. Untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Melayu dalam kebanyakan sektor ekonomi yang penting, badan-badan dan syarikat milikan kerajaan (GLC) ditubuhkan dan seringkali diberikan insentif cukai atau bantuan kewangan yang mudah.

Maka GLC tersebut pun mengembang pengaruhnya sehingga kini merangkumi lebih daripada 37 peratus daripada nilai saham syarikat tersenarai Malaysia.1 Dalam tahun 2001, kerajaan melaporkan yang syarikat persendirian Bumiputera dalam Bursa Malaysia hanya membentuk 3.7 peratus daripada jumlah nilai saham syarikat yang tersenarai.2

Setelah lebih daripada 30 tahun perancangan dan penstrukturan ekonomi dibawah naungan Dasar Ekonomi Baru, penyertaan usahawan Melayu masih belum menonjol. Adakah GLC tersebut telah menghasilkan kesan "crowd-out" untuk keusahawanan Melayu? Maknanya, adakah usahawan Melayu telah dinafikan peluang mereka untuk berkembang ?

Dalam satu laporan WikiLeaks terbitan laman portal Malaysia Today, dinyatakan kerajaan telah membuat satu kajian yang bertajuk "Study on Bumiputera Leakage" yang tidak diterbit untuk tatapan umum.

Laporan tersebut menyatakan yang ramai kontraktor Bumiputera menjual tender mereka untuk untung cepat dan menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta dan rumah mewah. Laporan tersebut juga menyebut yang kontraktor Bumiputera menyalahguna bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk membayar pemiutang dan kerap kali mereka melobi untuk mendapat kontrak kerajaan yang baru sebelum menyiapkan kontrak yang diberi kepada mereka.3

Apakah dalam keghairahan campur tangan kerajaan untuk meningkatkan pemilikan Melayu, usahawan Melayu yang mampu bersaing telah diabaikan? Budaya perniagaan Ali Baba mula terbentuk akibat daripada hasil rancangan "durian runtuh" untuk mereka yang ada kaitan dengan pemerintah. Akhirnya yang mendapat nama busuk peniaga Melayu, walau masalah itu dicipta oleh pimpinan UMNO-BN.

Matlamat DEB murni, namun pelaksanaan sudah jauh tersimpang dari tujuan asal pengasasnya Tun Razak. Di bawah naungan perisai sakti DEB ini, ramai pengampu dan kroni kerabat UMNO-BN mendapat untung atas angin dan menjadi jutawan serta-merta.

Kerap kali saham syarikat yang baru disenaraikan yang diperuntukkan di bawah program DEB dijual sejurus disenaraikan oleh pemilik Melayu untuk keuntungan cepat. Tahun lepas kerajaan mengakui yang sebanyak RM52 bilion daripada RM54 bilion saham syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia untuk pemilikan Bumiputera tidak dimiliki kaum Bumiputera lagi.4

PPSMI

Pengolakan politik dalaman UMNO juga telah merebak kepada dan menjejaskan pendidikan anak. Bulan lepas isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibangkit semula dalam debat umum. Penulis tidak berharap mengambil pihak dalam debat ini, cuma yang hendak dinyatakan ialah tentang perlaksanaannya.

Program PPSMI ini mula dibentang dan diiktiraf sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dilaksanakan dalam tahun 2003 bermula dengan semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.5

Kesan daripada keputusan gopoh ini ramai pelajar luar bandar, khasnya Melayu, mulai kehilangan minat dalam pelajaran Sains dan Matematik. Sementara pelajar bandar pula semakin selesa dengan PPSMI. Jurang antara taraf pencapaian penduduk luar bandar dan bandar bertambah besar lagi.

Akibat daripada bantahan banyak pihak kepada dasar PPSMI, oportunis dalam UMNO mula mengambil kesempatan untuk menukarkan dasar ini. Pada 4 November, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan PPSMI adalah "kekal" dan akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2021.

Persoalannya, sejak awalnya mengapa dasar ini tidak dibentang, dibahas dan diambil persetujuan sepenuhnya oleh semua pihak sebelum perlaksanaannya? Sebenarnya semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir kebanyakan dasar dilaksanakan tanpa usul periksa dan perbahasan yang sewajibnya. Masa depan anak kita dipertaruhkan hanya kerana hendak memenuhi kegilaan kuasa seseorang pemimpin.

Mahasiswa didungukan

Campur tangan dan cengkaman politik UMNO juga meruap ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan untuk mengekang suara kritikan dan perlibatan para mahasiswa dalam politik. Mahasiswa kerap kali diugut digantung pelajaran mereka jika berani terlibat dengan kempen pilihan raya parti pembangkang.

Sementara surat ikrar Akujanji yang jelas menghadkan kebebasan bersuara dipaksakan ke atas semua pensyarah. Ramai pensyarah tidak berani bersuara kerana bimbang hilang periuk nasi mereka. Idealisme dan budaya mengkritik dan membalas pendapat semakin hilang dari IPTA negara. Apakah kita perlu merasa hairan wujudnya profesor-profesor universiti yang jenis pak turut sehingga boleh mengeluarkan kenyataan lucu seperti "Malaysia tidak pernah dijajah British" (Malaysiakini, 9 September)?

Seperkara yang perlu disentuh ialah tentang dasar kuota pengambilan pelajar ke IPTA. Ramai dari masyarakat Melayu amat risau dan bimbang dengan tuntutan kaum bukan Melayu supaya tempat IPTA dibuka untuk semua pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang kaum. Kebimbangan ini berpunca daripada hasil propaganda UMNO selama ini bahawa anak-anak Melayu tidak akan mampu bersaing dengan pelajar bukan Melayu.

Akibat dari kebimbangan ini, UMNO dan penjawat awamnya telah mengambil kesempatan untuk bermain dengan sentimen politik orang Melayu. Pengambilan pelajar bukan Melayu ke fakulti-fakulti dan IPTA tertentu dihadkan demi "menglindungi" hak istimewa Melayu. Yang terkorban ialah iklim persaingan yang sihat. Yang rugi dalam jangka panjang ialah anak-anak Melayu.

Ekoran dari cengkaman politik dan dasar yang disebut diatas, kualiti dan jenama IPTA Malaysia mulai merosot. Di dalam senarai QS 200 World University Ranking untuk tahun 2011/2012, hanya Universiti Malaya saja yang berjaya masuk ke senarai 200 ke depan dengan menduduki tangga ke 167 sementara empat universiti tempatan yang lain terus menurun kedudukan mereka. (The Malaysian Insider, 23 Mei 2011).

Di dalam senarai Times Higher Education (THE) 400 Top World University Ranking 2011/12 pula, tiada satu pun IPTA Malaysia berjaya disenaraikan. Hakikatnya IPTA Malaysia di belakang tahun ini sudah mulai menurun prestasi mereka berbanding dengan IPTA negara jiran serantau.

Kualiti graduan lepasan IPTA dilihat sebagai rendah berbanding dengan graduan lepasan luar negeri. Peluang pekerjaan mereka juga terjejas. Dalam satu jawapan Kementerian Sumber Manusia kepada soalan dari Ahli Parlimen Selayang William Leong, lebih daripada 40,000 graduan IPTA kalangan Melayu masih menganggur berbanding dengan 1,403 graduan kaum Cina dan 4,694 graduan kaum Indian setakat Jun 2008.6

Kadar graduan dari IPTA Malaysia yang mendapat kerja adalah lebih rendah berbanding negara jiran. Di Singapura, kadar graduan lepasan IPTAnya yang mendapat kerja dalam tempoh enam bulan ialah 82 peratus, manakala di Malaysia pula, untuk tahun 2006 hingga 2009 kadarnya antara 42. 2 hingga 50.5 peratus.7

Kemerosotan taraf dan kualiti IPTA dan siswazah Malaysia memantulkan kepincangan pentadbiran UMNO yang terumbang-ambing ini. Apakah kita rela anak-anak graduan kita ditohmah dengan ejekan lulusan universiti "kangkung" dan membiarkan mereka terus lemah daya saing mereka?

Prestasi Pakatan Rakyat

Soalan pokoknya, kebanyakan pengundi Melayu tidak merasa mereka ada pilihan lain selain UMNO untuk membela nasib mereka. Mereka ragu dan takut pertukaran kerajaan akan menyebabkan perubahan mendadak dan mereka akan dipinggirkan. Semua ini hasil pemikiran yang dibentuk oleh pimpinan UMNO melalui media massa kawalan pusat termasuk lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apakah pandangan tesebut berasas di zaman ini?

Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Pulau Pinang dan Selangor telah membawa banyak perubahan positif yang tidak pernah berlaku. Bermula dengan Pulau Pinang, kadar kemiskinan tegar negeri tersebut telah diturunkan sejak 2008.

Pada tahun 2008, terdapat 7,462 penerima bantuan kebajikan yang menerima bantuan kebajikan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; pada Julai 2011 sahaja, 24,529 orang telah didaftar sebagai penerima bantuan kebajikan. Kebanyakan daripada mereka menetap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO dan dikesan dan didaftar oleh para penolong PR.

Program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) telah dimulakan pada 2008 untuk membantu mereka yang miskin tegar supaya hidup sihat dan kembali produktif. Bantuan sebanyak RM188,000 sebulan dihulurkan kepada mereka yang miskin tegar. Daripada 741 orang penerima bantuan (setakat Julai 2011), 87 peratus daripada mereka adalah kaum Melayu.8

Pelaksanaan sistem tender terbuka untuk kontrak kerajaan negeri telah menyaksikan kontraktor-kontraktor Melayu berjaya dalam meraih bilangan dan jumlah nilai projek terbanyak antara syarikat yang bersaing.

Di Selangor pula, pelbagai program kebajikan yang menguntung rakyat dilaksanakan. Air 20 meter padu pertama dibekalkan percuma untuk semua penghuni di Selangor. Untuk waris penduduk Selangor pula, mereka boleh mendapat wang khairat sebanyak RM2,500 setelah mereka meninggal dunia. Skim mikrokredit Selangor diperkenalkan untuk membantu mereka yang miskin dan duduk di luar bandar.9

Dengan program-program mesra rakyat diatas, tidak pula negeri-negeri PR ini jatuh muflis. Kerajaan PR Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International dalam 2009 sebagai negeri di Malaysia yang pertama mengamalkan sistem tender terbuka dan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus (CAT). Ia juga telah mencatatkan lebihan belanjawan tiga tahun berturut-turut. Sementara Selangor telah berjaya menambah simpanan tunai kepada RM 1.1 billion setakat Jun 2011, jumlah paling tinggi dalam 28 tahun.10

Kedah juga mencatat peningkatan hasil 205 peratus pada tahun 2010 dari royalti kayu balaknya melalui tender terbuka. Ia juga telah mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM 22.5 juta, prestasi terbaik negeri tersebut sejak 2001.11

Pendek kata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR telah menunjukkan sikap berhemat dalam menguruskan perbelanjaan negeri dan mengamalkan pentadbiran yang lebih telus dan bertanggungjawab serta mengamalkan dasr yang menguntungkan rakyat.

Pilihan di tangan kita

Malaysia kini di persimpangan jalan. Masyarakat Melayu, sebagai majoriti penduduk dan penentu hala politik Malaysia, perlu menilai pilihan yang ada.

Di depan kita sekarang ialah sebuah kerajaan di mana pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan asyik berpolitik untuk kepastian hayat pemerintahannya. Segala apa yang tecapai digunakan tanpa segan silu untuk memburukkan dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan tuduhan seks yang berlebihan dan tidak lojik kepada pemimpin PR, pelajar sekolah juga tidak terlepas daripada fitnah mereka. Mereka yang gila kuasa ini telah kehilangan kedudukan moral.

Apakah naluri masyarakat Melayu sanggup menerima kerosakan moral yang kian hari melanda kancah politik Malaysia di bawah pemerintahan UMNO-BN ini? Sanggupkah masyarakat Melayu terus dihina intelek dan hati nurani mereka demi memelihara mitos "hanya UMNO penaung Melayu"? – Roketkini.com

Sumber

1. Re-Engineering The Government's Role In Business, National Economic Advisory Council.

2. Third Outline Perspective Plan, 2001-2010, Kerajaan Malaysia.

3. Rampant Ali Baba Abuses in GOM Affirmative Action Program Draws PM Ire, 20 September 201, Malaysia

Today

4. Where are RM52 billion Bumi shares, asks Guan Eng, 29 March 2010 The Malaysian Insider

5. PPSMI, Wikipedia versi Bahasa Malaysia

6. williamleongjeekeen.blogspot.com, The Malaysian Resource Curse 7 Oktober 2009

7. Jawapan soalan parlimen dari kementerian sumber manusia, 16 Mac 2010.

8. Pejabat Exco Kebajikan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang

9. Pencapaian Dua Tahun Selangor 2008-2010

10. Simpanan Tunai Selangor RM1.1 Bilion Terbaik Dalam Tempoh 28 Tahun, 23 September 2011 Selangorkini,

11. Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Jabatan/Agensi Negeri Kedah 2010

Menutup bangkai penyelewengan dengan isu perkauman

Posted: 24 Nov 2011 04:19 AM PST

Oleh Fairuz Azhan


Kementerian Kesihatan telah pun mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana ia berbahaya kepada kesihatan dan melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini membuktikan kesahihan penemuan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang menyatakan sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang melanggar akta berkenaan.

Siasatan Pua mendapati label sos tiram keluaran syarikat lain menggunakan ekstrak tiram sedangkan produk di KR1M dibuat daripada perisa tiram yang sangat kurang protein dalam bahannya.

Adakah pihak-pihak yang mengecam dan mengutuk Pua serta para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang telah mendedahkan kepincangan barangan dan iklan KR1M yang telah mengelirukan pengguna?

Sudah tentu tidak. Apabila disemak melalui internet, rata-rata hasil cariannya akan menjurus ke arah laman-laman web pecacai siber UMNO yang tetap menegakkan benang yang sabah. Malah bahasa kurang ajar mereka semakin menjadi-jadi.

Bahan makanan berbahaya dijadikan isu perkauman

Mereka cuba mempertahankan pengendali monopoli KR1M, iaitu Mydin, dengan kata-kata "DAPig ni dengki dengan orang Melayu!", "Orang Cina tak habis habis nak dengki dengan perniagaan Melayu!", "Nurul Izzah bodoh, ikut telunjuk Tony Puaka". Ini sekadar beberapa komen dan analisis para bijak pandai di kalangan mereka yang tegar menyokong UMNO yang tidak lucah untuk siaran rencana ini.

Golongan ini percaya bulat-bulat apa yang disampaikan pemimpin parti mereka yang bagaikan maksum, tanpa mempedulikan kesan produk dan bahan makanan yang berbahaya kepada kesihatan, yang mungkin menjejaskan diri dan keluarga mereka sendiri. Kecualilah, jika mereka sendiri membeli-belah di Carrefour, Giant atau Tesco.

Politik mereka yang sudah jauh terbenam dalam kemelut perkauman menjadikan golongan itu seperti buta kepada isu yang sebenar, ia merupakan masalah ketulusan, ketelusan, keselamatan dan kesihatan rakyat.

Amat memalukan, malah mendukacitakan apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri cuba menutup kelemahan kerajaan dengan menjadikannya isu perkauman.

Dalam tulisannya di Facebook dan Twitter, beliau mendakwa: "tony phua DAP ni masih tk habis2 menfitnah KRIM… jelas agenda DAP yg ingin menguburkan KRIM yg rata2 supplier nya terdiri dari IKS bumiputra. Rata2 pembeli nya terdiri dari gol berpendapatan rendah bumiputra. Mydin pun bumiputra. malangnya ada bumiputra spt nurul izah & zulkifli 'menyalak' bagi pihak DAP"

Trend menolak kebenaran

Ini bagaikan sudah menjadi trend pemimpin UMNO masa kini. Kalau ada sebarang skandal di mana rakyat dipermainkan dan wang rakyat disalahgunakan, mereka cepat-cepat menuding jari, "ini serangan terhadap UMNO!".

Kalau berlaku rasuah, ia dipertahankan dengan kata-kata keramat, "jangan dengki dengan dengan orang Melayu!". Ia sungguh menjijikkan bahawa segala isu di negara kita, mereka mahu sempitkan ke arah isu kaum dan agama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyaraka Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang terpalit dengan skandal lembu NFC, walau pun tidak membawanya sebagai isu perkauman, tetap cuba bersembunyi di sebalik kenyataan, "ia adalah serangan terhadap Wanita UMNO". Tidak pasti pula sama ada ratusan juta wang rakyat yang diberi kepada keluarganya untuk menternak lembu tetapi digunakan untuk membeli kondominium mewah itu ada kena-mengena dengan perjuangan Wanita UMNO.

Dalam isu KR1M yang kadangkala dilihat sebagai Kedai rakyat 1Maydin, Pua dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah telah membongkar kepincangan program yang disubsidi oleh wang rakyat itu, termasuk status produk yang tidak menepati perihal dagangan dan kesihatan serta harga sesetengah barang di kedai tersebut lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Ini bertentangan dengan tujuan KR1M yang disubsidi demi menjamin harga yang paling murah dipasaran. Bukankah rakyat berhak diberi penjelasan tanpa perlu melibatkan soal kaum? Atau mungkin kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan tidak apa untuk menipu golongan berpendapatan rendah, khususnya orang Melayu.

Kuman dan penyakit tidak mengenal parti

Tetapi yang lagi penting ialah pendedahan pemimpin-pemimpin PR tehadap isu ini ialah kajian yang menunjukkan bahawa ada barangan di KR1M yang tidak selamat dan membahayakan kesihatan pengguna.

Walau pun Kementerian Kesihatan telah menolak kajian bahawa ada produk susu di kedai KR1M mengandung 8 kali ganda vitamin A lebih banyak daripada paras yang selamat serta terdapat juga susu yang mengandungi bakteria E.Coli, ramai pengguna mula sangsi dengan tindakan dan amalan kerajaan BN yang semakin sukar dipercayai.

Ini bukannya propaganda ciptaan UMNO-BN di mana semua benda adalah rekaan semata-mata. Ia sudah terbukti bahawa barangan bahaya dan tiada standard di KR1M boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Ini bukan soal politik, kaum atau agama. Kuman tidak mengenal mangsa. Penyakit tidak peduli siapa ahli UMNO, MCA, MIC, DAP, PAS atau PKR. Mungkin kerana kebanyakan keluarga menteri dan pemimpin UMNO tidak membeli barangan di KR1M, maka itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka dan sanak-saudara serta keluarga mereka.

Jelas sekali, demi permainan politik, rakyat miskin menjadi mangsa. Selama kita berada di bawah telunjuk UMNO-BN, hanya polemik perkauman sempit sahaja akan terus dimainkan tanpa memikirkan nasib dan kesihatan rakyat. – Roketkini.com

Skandal NFC: SPRM, polis jangan ‘double standard’

Posted: 24 Nov 2011 04:16 AM PST

Oleh: Nazar Hashim

PENANTI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap 'double standard' dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan.

"Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan," kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini.


Anggota Wanita KEADILAN Pulau Pinang turut berdemo di hadapan Balai Polis Kubang Semang,Penanti

Laporan polis itu merupakan satu dari 13 laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung beberapa penyelewengan dalam pengurusan NFC membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Selain Shahrizat, mereka menamakan empat individu lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menurut Norhayati, peruntukan dari hasil kutipan cukai rakyat tidak digunakan untuk rakyat, sebaliknya dimanipulasikan untuk kepentingan kroni dan suku-sakat.

"Objektif asal kementerian menyalurkan peruntukan tersebut ternyata tidak tercapai dan tersasar. Oleh kerana itu Wanita Keadilan Pulau Pinang dengan ini mendesak SPRM dan PDRM segera menyiasat dan membawa mereka yang berlaku curang sebagai pemegang amanah ke muka pengadilan," ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara, banyak lagi kerosakan dan pemborosan yang melibatkan wang rakyat serta dana kerajaan akan disalahgunakan.

Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak secara total dalam pilihan raya umum yang akan datang.

RUU Perhimpunan Aman penuh muslihat, langgar Perkara 10

Posted: 24 Nov 2011 04:12 AM PST

Norutul Ilham


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen, baru-baru ini, melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan jauh lebih menindas berbanding akta sedia ada, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

"RUU Perhimpunan itu melanggar hak asasi dalam Perkara 10 Perlembagaan. Ia juga lebih zalim dan menindas. Pakatan tolak dan pagi tadi Ketua Pembangkang mencadangkan Perdana Menteri menarik balik RUU ini," katanya.

Beliau antara Ahli Parlimen dari KEADILAN yang menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), selain Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Turut hadir ialah pemimpin Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Mereka kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mahu menggantikan Akta Polis 1967 dan Suhakam melindungi hak rakyat yang termaktub dalam Perkara 10.

Mengulas hal itu, Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan RUU Perhimpunan Aman itu jauh lebih menindas daripada undang-undang sedia ada.

"RUU itu penuh muslihat, menafi hak rakyat untuk berhimpun dan apabila kita lihat syarat-syaratnya, jelas amat menekan dan menindas," kata beliau.

Sementara itu, Pesuruhanjaya Suhakam, Mohammed Shaani Abdullah turut menolak RUU berkenaan kerana melanggar hak demokrasi.

"Kami juga mengharapkan undang-undang perhimpunan aman memberi hak kepada rakyat dan bukan meletakkan tekanan kepada mereka.

"Orang yang menghalang ambulan boleh dikenakan denda, inikan menghalang hak demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz membentangkan RUU Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat atas alasan menggantikan sekatan perhimpunan awam dalam Akta Polis 1967.

Namun, RUU itu sebaliknya, memberi polis lebih banyak kuasa terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Sekat Suara Rakyat, PR Bantah RUU Perhimpunan Aman

Posted: 24 Nov 2011 04:10 AM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut


KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan mengemukan memorandum membantah Rang Undang-Udang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat kerana mendakwa bil tersebut menyekat kebebasan berhimpun dan bertentangan dengan semangat demokratik.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rombongan Pakatan akan menghantar memo tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) pada hari esok, jam 1.30 tengahari.

"Majlis Pakatan Rakyat memandang berat, kerana ia jelas memperlihatkan satu rang undang-undang yang bertentangan dengan jaminan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan kelonggaran dan hak rakyat dalam negara demokratik.

"Walaupun Seksyen 27 Akta Polis itu bakal dibatalkan, tetapi ada beberapa perkara syarat baru dalam soal perhimpunan, seperti notis 30 hari, kuasa mutlak kepada pihak polis, dan segala bentuk perhimpunan yang tidak akan diizinkan di bawah kelulusan mereka, dan rayuan hanya kepada menteri. Ini semua tidak mempamerkan suatu perkara yang demokratik," katanya pada satu sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

Antara cadangan di dalam rang yang dibentangkan pada Isnin lalu adalah:

- Notis awal 30 hari hendaklah diberi untuk berhimpun. Perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

- Tiada protes jalanan dibenarkan.

- Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

- Denda RM10,000 kepada penganjur perhimpunan yang tidak mengemukan notis kepada polis.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan rang undang-undang itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan untuk berhimpun dan bersuara.

"Ia merupakan satu langkah ke belakang, dan semua merasa amat kecewa dengan Rang Undang-Undang ini, Datuk Seri Najib telah memusnahkan apa yang beliau ucapkan pada dua bulan lepas (15 September ) yang memperkatakan Malaysia akan mempunyai sistem demokrasi yang terbaik di dunia, " katanya.

Menurut Kit Siang, rang itu menaikan denda individu yang ditahan dalam perhimpunan daripada RM2,000 hingga ke RM20,000.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata sekiranya Parlimen meluluskan rang ini, ia akan menyempitkan ruang kepada penyuburan demokrasi yang lebih segar.

"Yang jelas beberapa perkara itu mengecilkan ruang demokrasi. Bayangkan kalau esok Israel serang Arab Saudi, dan kita mahu mengadakan perhimpunan secara aman berkenaan perkara itu, bagaimana dalam tempoh 30 hari untuk mendapatkan satu notis daripada pihak Polis, jadi ini satu contoh yang mengecilkan demokrasi dan kita bimbang ia datang kepada ceramah-ceramah kecil yang hari ini kita boleh buat dengan notis selama 10 hari yang kini memerlukan 30 hari, jadi bayangkan," katanya.

P/raya Serentak, SPR Perlu Tunaikan Dahulu Tuntutan BERSIH

Posted: 24 Nov 2011 04:07 AM PST

Oleh Mohd Ezli Mashut



KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersedia bertemu dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penetapan tarikh pilihanraya secara serentak antara negeri dan pusat.

Namun menegaskan SPR tidak perlu hanya tertumpu kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat disamping Suruhanjaya tersebut perlu melunaskan tuntutan BERSIHN 2.0 terlebih dahulu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu keputusan dibuat oleh Pakatan Rakyat,setelah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan hasrat beliau untuk menemui pimpinan Pakatan Rakyat merujuk kepada kes pilihanraya persekutuan dan negeri, pada saya ia agak aneh, kalau dia hendak berunding , dia perlu berunding kepada semua kerajaan negeri," kata Anwar pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen

Sebelum ini, SPR berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.

Abdul Aziz berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Dakwa SPR,pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

" Kalau nak berunding ialah antara kerajaan Malaysia ( pusat ) dengan kerajaan-kerajaan negeri ataupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), ini seolah-olah Tan Sri Aziz berucap untuk menjadi jurucakap dan pandangan bagi Umno dan Barisan Nasional.

" Saya nak nasihatkan dia ( Tan Sri Aziz) supaya perhati betul-betul, kalau hendak runding jangan dia runding khusus dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat, jadi ada peraturan yang berbeza, jadi kita ingin menyebut, kita sedia berunding dengan SPR, tetapi yang kita hendak SPR ini melaksanakan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ini, dan jangan melengah-melengahkan dengan menggunakan jawatankuasa pilihanraya," kata Anwar.

JKP dan PeBT Boleh Memohon Bantuan Dari Bajet Bagi Program Mereka

Posted: 24 Nov 2011 04:02 AM PST

Oleh Hafizan Taib



SUBANG JAYA - Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) boleh memohon bantuan menerusi peruntukan tambahan RM300 juta yang disediakan Kerajaan Negeri bagi menggerak dan menjayakan segala program demi kebaikan kemuniti setempat dan kemajuan negeri ini.

Peruntukan di bawah geran Selangorku itu adalah bagi menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi pembangunan dalam pelbagai bidang yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata peruntukan RM300 juta itu bukti keprihatinan Kerajaan Negeri kepada semua pihak yang selama ini menghadapi masalah kekurangan peruntukan untuk menjalankan aktiviti dirancang.

Beliau berkata, ia adalah peruntukan bersama Belanjawan 2012 yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada 9 November lalu.

"Tan Sri Khalid (Menteri Besar) sendiri bagi pihak Kerajaan Negeri telah mengumumkan sebanyak RM300 juta yang luar daripada belanjawan tahunan untuk tahun depan yang dinamakan geran Selangorku.

"Saya minta Ahli Majlis dan Pengerusi PeBT dan AJKnya serta PBT masing-masing meneliti 17 program di bawah dinamakan geran Selangorku itu," katanya ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi; Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh.

Antara 17 program dinyatakan adalah untuk usahawan muda dan pembangunan wanita, memerangi rasuah, perlindungan alam sekitar, program kemudahan infrastruktur, pembangunan sukan dan sebagainya.

Dana tersebut juga boleh dipohon Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.

Majlis Agama Selangor Dan Zakat Diaudit Dan Dapat Sijil Bersih

Posted: 24 Nov 2011 04:00 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun.

Titah itu dinyatakan Sultan Selangor berhubung kenyataan Profesor Dr Aziz Bari sebelum ini yang menyatakan akaun Mais dan LZS tidak diaudit.

Baginda dalam pada itu turut menyifatkan kenyataan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu adalah tidak tepat.

"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari ada membuat kenyataan bahawa akaun Mais dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.

Beta harap Profesor Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti Mais dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul," titah baginda.

Baginda bertitah demikian di Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang serta barisan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.

Mais pada Selasa lalu menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan Mais tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Laporan Kewangan Tahunan Mais Disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan Mais selama 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, akaun pengurusan amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut diaudit oleh juruaudit luar sejak 1996 dan audit penilaian strategik dijalankan oleh Price Waterhouse Coopers (PWC) pada 2009.

Demo Tolak 1.0 desak pihak luar tak campuri urusan UIA

Posted: 24 Nov 2011 03:55 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan menganjurkan demonstrasi Tolak 1.0 esok sebagai desakan menolak sebarang campur tangan luar terhadap hal ehwal pentadbiran pusat pengajian itu ekoran beberapa insiden sejak tiga bulan lalu termasuk membabitkan program Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isnin lalu.

Selain itu, pergerakan pelajar tersebut juga menolak sikap tidak berprinsip pihak pentadbiran UIA dalam mempertahankan hak mahasiswa dan pusat pengajian tinggi itu sebagai sebuah institusi keilmuan.

"Pro-Mahasiswa UIA ingin mengajak dan menyeru seluruh mahasiswa dan warga Malaysia, untuk turut hadir ke demontrasi Tolak 1.0 yang akan diadakan esok," kata pengerusinya Muhammad Hafizuddin M. Noor dalam satu kenyataan.

Demonstrasi itu akan diadakan di pekarangan Masjid UIA di kampus induk di Gombak.

Katanya, sehingga kini dalam tempoh kurang lebih 100 hari UIA di bawah pentadbiran Rektor Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin telah berlaku sekurang-kurangnya empat peristiwa hitam yang sangat mengecewakan warganya dan telah menjatuhkan serta memalukan nama baik institusi tersebut pada pandangan umum.

"Bermula dengan kes Azhar Idrus dilarang berkuliah dalam Masjid UIAM, pembatalan penyertaan Presiden SRC-IIUM sebagai panel dalam program Hujah TV 9, Prof Dr Aziz Bari digantung tugasan dan dikenakan siasatan, dan terkini program In Person With dengan (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) Datuk Saifuddin (Abdullah) dibatalkan secara ad-hoc," katanya lagi.

Kata beliau, Pro-Mahasiswa UIA melihat dalam kejadian terbaru ini, tindakan pihak pentadbiran UIA membatalkan program secara ad-hoc Saifuddin (gambar) dengan alasan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti belum diputuskan adalah satu tindakan yang sangat menjelekkan, tidak profesional dan telah mengundang rasa kecewa serta marah pihak penganjur, warga UIA dan rakyat Malaysia.

Akta baru perhimpunan aman sekat pembangkang temu rakyat, kata Anwar

Posted: 24 Nov 2011 03:52 AM PST


KUALA LUMPUR– Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan Putrajaya untuk mengehadkan pergerakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salah guna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) menegaskan peruntukan dalam undang-undang perhimpuan aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk perikatan itu terus memberi penjelasan kepada rakyat.

"Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno Selangor bawa 36 isu lapuk

Posted: 24 Nov 2011 03:50 AM PST

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) menyifatkan tindakan Umno mensasarkan 36 isu utama bagi merampas balik Selangor sebagai lapuk.

"Bagi kita itu bukan isu baru tetapi merupakan isu lapuk dan juga fitnah yang diulang tayang oleh Umno yang sudah ketandusan idealisme perjuangan dan juga nilai moral.

"Bagi Keadilan, kita akan maju ke hadapan dengan asas yang kukuh melalui penguasaan ekonomi demi mengangkat martabat rakyat Malaysia," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Mengenai Kongres Nasional PKR ke-8, katanya ia bukan sekadar acara tahunan tetapi cukup penting untuk melihat persiapan anggota parti di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Kongres kali ini merupakan satu signifikan kerana kita adakan di Johor yang mana merupakan kubu kuat Umno sebelum ini.

"Ia juga merupakan isyarat kepada Umno bahawa kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum terutamanya menembusi kubu kuat Umno di Johor," jelasnya.

Tambahnya lagi, perbahasan perwakilan pada kali ini lebih tertumpu kepada persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya.

Ini, katanya berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang telah pun siap dan dilancarkan termasuk dasar bersama Pakatan Rakyat yang disusuli Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum ini.

"Kesemua dokumen-dokumen itu bagi kita cukup untuk membuktikan bahawa Keadilan terutamanya Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menerajui Putrajaya.

"Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan ekonomi di kesemua negeri Pakatan Rakyat yang disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara pada tahun ini," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.

PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir

Posted: 24 Nov 2011 03:46 AM PST

Harakahdaily


IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil perhatian serius mengenai ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini.

Ketua penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, langkah pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan parti ialah menubuhkan satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri dan PAS kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Menurutnya, PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan.

Malah, ujarnya PAS negeri yang memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak.

Bagi persediaan itu juga, katanya Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri akan menyiapkan anggota mereka membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini.

"Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak dan berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak.

"Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujian-Nya," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi talian 05-3136377.

Keluarga tahanan ISA ke Parlimen serah memo

Posted: 24 Nov 2011 03:44 AM PST

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Keluarga lima tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah minggu lalu ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum kepada wakil Pakatan Rakyat dan BN.

Mereka yang ditemani Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membebaskan kesemua tahanan tersebut dan membawa mereka ke mahkamah terbuka untuk dibicarakan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keluarga mangsa cukup tertekan dengan penahanan tanpa bukti kesalahan yang kukuh itu.

Apatah lagi katanya, penahanan tersebut dilakukan selepas Najib mengumumkan akan memansuhkan ISA, 15 September lalu.

"Tindakan penahanan ini menimbulkan keraguan serius terhadap kredibilti dan janji Perdana Menteri tersebut.

"Ia menunjukkan semua proses berjalan seperti biasa dalam kerja melanyak hak asasi manusia. Najib perlu berasa malu dengan penangkapan ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Apa yang lebih malang, sebab penahanan 13 orang di bawah ISA itu tidak dinyatakan secara jelas sebaliknya hanya dikaitkan dengan keganasan.

Mereka ditahan oleh pegawai polis dari Jabatan Petugas Khas Bukit Aman diketuai DSP Azman Omar di Tawau sebelum dibawa ke Kota Kinabalu dan kemudiannya ke Bukit Aman.

Menurut kakak kepada salah seorang tahanan, Mohd Sarail Osman, nama adiknya itu tidak terdapat dalam senarai yang dikeluarkan Ketua Polis Negara (KPN) namun dia ditangkap ketika berada di rumah.

Manakala kakak seorang lagi tahanan, Mohd Nazri Dollah, adiknya yang merupakan guru agama ditahan ketika baru pulang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan.

Dia ditahan di hadapan isteri dan anak-anaknya dan kini berada di Bukit Aman.

Menurutnya yang tidak mahu namanya disiarkan, ketika melawat Mohd Nazri, adiknya itu kelihatan tidak bermaya dan tidak banyak bercakap.

Namun apabila ditanya samaada dia dipukul sewaktu dalam tahanan, dia mengakui perkara itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, beliau dan wakil Pakatan Rakyat yang lain akan membawa isu ini sewaktu membahaskan usul untuk menarik balik tiga perisytiharan darurat yang dibentangkan Najib pagi tadi.

"Semalam saya sudah bawa isu ini dan Timbalan Menteri Dalam Negeri kata polis ada bukti mereka yang ditahan ini terlibat dengan kegasanasan.

"Saya tegaskan kalau ada bukti, dakwa di mahkamah. Tidak guna Perdana Menteri umum mahu mansuh ISA tapi dalam masa yang sama membiarkan tangkapan ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau turut mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima memorandum bantahan tersebut.

Bagaimanapun, tiada wakil daripada kerajaan yang ingin memorandum tersebut.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ahli Parliman Pendang, Datuk Dr. Hayati Othman, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Siput daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta beberapa wakil NGO yang bersama-sama dalam GMI.

Rombongan tersebut tengahari ini ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum sama.

Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno

Posted: 24 Nov 2011 03:03 AM PST

Aslani M


TUMPAT: Unsur 'khurafat' kononnya hanya Umno mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang.

Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, 'khurafat' yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat.

"Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan.

"Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak 'khurafat' peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang," katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam.

Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari.

Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan.

Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain.

"Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak," ujarnya.

Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan.

"Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai.

"Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus," katanya.

PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti

Posted: 24 Nov 2011 03:00 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.

AGM Umno: Berhati-hati bahas, jangan singgung kaum lain

Posted: 24 Nov 2011 02:58 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR— Para perwakilan yang akan berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu depan dinasihati agar tidak menyinggung perasaan kaum lain apabila membicarakan agenda Melayu.


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang memberi ingatan itu Khamis berkata dalam konteks gagasan 1 Malaysia, agenda Melayu masih boleh dikembangkan dengan baik tanpa mengguris perasaan kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Di sebalik luahan sentimen yang ingin kita nyatakan, jangan lupa bahawa kita dibumbungi dengan dasar 1 Malaysia.

"Apabila kita beri pandangan tertentu, kita masih perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Seni dan Kebudayaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) di sini.

Dipetik Bernama Online, Ahmad (gambar) berkata Umno sebagai tunjang parti Barisan Nasional perlu memberikan panduan yang bermanfaat dan dihormati oleh semua kaum.

"Tapi jangan pula kita apabila sudah bercerita tentang gagasan 1 Malaysia, lantas kita tak menyentuh langsung tentang agenda Melayu, itu tak betul," katanya.

"Dalam kesemua empat sidang yang akan berhimpun, jurucakap perlu sedar dan sensitif bahawa kita berada dalam negara pelbagai kaum yang perlu panduan daripada Umno," katanya.

Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Mereka terdiri 2,627 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri Umno. --TheMalaysianInsider

Umno Selangor Bawa Isu Perpaduan Pada Perhimpunan Agung

Posted: 24 Nov 2011 02:57 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

TANJONG KARANG-Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada Khamis berkata Umno Selangor akan membangkitkan isu perpaduan pada perhimpunan agung parti tahun ini.

"Kita akan bawa isu bagaimana mengukuhkan lagi perpaduan dalam parti untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditanya agenda yang akan diketengahkan Umno Selangor pada perhimpunan tahunan parti bermula 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkan bantuan awal khas persekolahan untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini, Noh berkata sayap-sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri telah diarah untuk memperbanyakkan lagi aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan masing-masing sebagai strategi untuk menarik pengundi muda ke arah Barisan Nasional.

"Mereka kena banyak buat program kesukaan orang muda, bukan program mengikut selera pemimpin," katanya.

Bagi bahagian Tanjong Karang yang diterajui beliau, Pemuda Umno bersama badan bukan kerajaan telah menubuhkan Kelab Warisan yang dianggotai lebih 1,000 belia dengan aktivitinya menjurus kepada kegiatan bermotosikal secara sihat dan kebudayaan setempat.- BERNAMA

Um noSelangor Bawa Isu Perpaduan Pada Perhimpunan Agung

Posted: 24 Nov 2011 02:54 AM PST



TANJONG KARANG-Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada Khamis berkata Umno Selangor akan membangkitkan isu perpaduan pada perhimpunan agung parti tahun ini.

"Kita akan bawa isu bagaimana mengukuhkan lagi perpaduan dalam parti untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditanya agenda yang akan diketengahkan Umno Selangor pada perhimpunan tahunan parti bermula 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkan bantuan awal khas persekolahan untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini, Noh berkata sayap-sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri telah diarah untuk memperbanyakkan lagi aktiviti di peringkat bahagian dan cawangan masing-masing sebagai strategi untuk menarik pengundi muda ke arah Barisan Nasional.

"Mereka kena banyak buat program kesukaan orang muda, bukan program mengikut selera pemimpin," katanya.

Bagi bahagian Tanjong Karang yang diterajui beliau, Pemuda Umno bersama badan bukan kerajaan telah menubuhkan Kelab Warisan yang dianggotai lebih 1,000 belia dengan aktivitinya menjurus kepada kegiatan bermotosikal secara sihat dan kebudayaan setempat. BERNAMA

Mahfuz: PAS tetap kekal ‘pasukan Pakatan, tak akan sertai pasukan Umno’

Posted: 24 Nov 2011 12:28 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai "anggota pasukan" Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai "angkuh dan sombong."

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan.

"PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS.

"Itu sudah jelas. Jadi mengapa nak terus mengajak kami? Jadi ia tidak lain tidak bukan untuk memberi persepsi bahawa PAS ini seolah-olah sombong dan angkuh, tidak mahu menerima pelawaan Umno," kata Mahfuz ketika dihubungi sambil menegaskan PAS bukannya sombong tetapi tidak mahu menerima kerjasama politik Umno.

"Itu jelas. Kami akan kekal dalam pasukan Pakatan Rakyat untuk menggantikan pasukan Umno-BN," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pelawaan-pelawaan sedemikian khususnya ketika menjelang pilihan raya umum dan lebih-lebih semasa musim perhimpunan agung parti itu.

Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya minggu depan. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik PAS-Umno menjadi perhatian sejak selepas perubahan landskap politik negara tiga tahun lalu.

"Saya pun tidak hairan jika mereka jadikan ia sebagai satu isu dalam perhimpunan mereka," kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, antara lain berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.

Kerajaan negeri dimaksudkan Kelantan yang dipimpin oleh PAS sejak 1990.

Muhyiddin mengadakan lawatan kerja ke negeri itu semalam.

Mengulangi pendirian yang pernah diketengahkan beberapa kali sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog di Kota Baru semalam.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut secara langsung mengenai idea kerajaan perpaduan yang pernah dibangkitkan sebelum ini. --TheMalaysianInsider

Pindaan AUKU: GAMIS harap bukan ulangan pengumuman mansuh ISA

Posted: 24 Nov 2011 12:27 AM PST

GAMIS


Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang akan meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari, kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sudah mula faham dan akur dengan desakan pelbagai pihak yang saban tahun memperjuangkan pemansuhan AUKU sejak Mahathir Mohamad lagi iaitu pada tahun 1971 berikutan demonstrasi Baling di Kedah.

Setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan. Begitu juga dengan AUKU. Saya melihat AUKU ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa, antaranya PMUM isytihar manifesto sokong pembangkang dalam PRU ke-4 sehingga tercetusnyaPersitiwa 13 Mei 1969.

Juga Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan Demontrasi "Papan Tanda" 5 Okt 1970 iaitu pertembungan PMUM dan PBMUM sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan. Setelah itu Kerajaan membentuk "Jawatankuasa Mengkaji Kampus" sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pada 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat AUKU digubal untuk sebenarnya ialah untuk menutup "pekung" kerajaan sebenarnya.

Saya juga melihat AUKU ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan secara idealis dan akademik malah kehidupan mereka sentiasa diancam. Natijahnya, mahasiswa Malaysia saban ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an. Malah ianya turut terkesan kepada pensyarah-pensyarah universiti.

GAMIS harapkan pengumuman ini tidak berulang sepertimana pengumuman mansuhkan ISA yang lalu. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya pada rakyat bila akan mansuh?

*Kenyataan media oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).

Siapa yang memerlukan 798 peti undi?

Posted: 24 Nov 2011 12:15 AM PST

Wong Chin Huat


MCA menyatakan bantahannya terhadap cadangan untuk memperluaskan hak mengundi kepada warga Malaysia yang menetap di luar negeri. Alasannya cukup bodoh, sehingga mengundang cemuhan warga Malaysia - sama ada di luar mahupun di dalam Malaysia. MCA kemudiannya memberi alasan baru, yang disahut Perdana Menteri - bahawa pelaksanaannya terhalang dengan masalah teknikal yang agak rumit, kerana kira-kira 800 peti undi perlu diletakkan di Kedutaan Besar Malaysia di luar negeri.

Mengapa perlunya kira-kira 800 peti undi? Ini kerana kita mempunyai 222 kawasan parlimen dan 576 kawasan ADUN. Seandainya 13 DUN dibubarkan serentak dengan pembubaran parlimen, maka terdapat 798 kawasan pengundian. Namun, apakah setiap Kedutaan Besar Malaysia akan mempunyai pengundi yang datang dari kesemua 798 kawasan?

Pengundian tidak hadir semestinya perlu didaftarkan. Seandainya hanya pengundi dari 20 kawasan mengundi di satu Kedutaan Besar, apa perlunya untuk menyediakan 798 peti undi? Justeru itu, jikalau pengundi dari 30 kawasan parlimen dan 90 kawasan DUN tampil mendaftarkan diri, apakah kita perlu menyediakan 120 peti undi?

Semestinya tidak. Malah jika kesemua 798 kawasan pengundian mempunyai pengundi yang tampil untuk membuang undi sekalipun, mustahil setiap kawasan pengundian mempunyai ratusan orang pengundi. Jadi, melainkan kawasan pengundian yang mempunyai bilangan pengundi yang ramai, lantas memerlukan peti yang khusus, kawasan yang lain boleh berkongsi peti berdasarkan negeri/wilayah - hanya diasingkan semasa perkiraan undi. Dengan ini, kita mungkin hanya memerlukan 16 peti untuk parlimen dan 13 peti untuk negeri, atau lebih kurang - untuk menyempurnakan pengundian pos di luar negeri.

Justeru itu, logistik bukan masalahnya. Masalahnya sama ada ahli politik mempunyai tekad politik. Bantahan terhadap pengundian di luar negeri dengan alasan teknikal, meskipun lebih "mendalam" nampaknya, tetap bangang.

Anda yang cerdik mungkin akan menemui satu lagi persoalan, seandainya dikatakan berdepan dengan tekanan logistik seandainya hak pengundian diberikan kepada warga yang menetap di luar negeri - maka bagaimana pula dengan pengundi pos yang sedia ada, termasuk diplomat, penuntut dan keluarga mereka? Apakah mereka tidak memerlukan 798 peti undi?

Seandainya kita kerap membaca buletin antarabangsa, akan kita mendapat tanggapan bahawa mereka bakal pergi mengundi di Kedutaan Besar, sebagaimana yang dilakukan buruh asing dari Indonesia atau Filipina. Namun, hakikat di sebaliknya, mungkin tiada orang yang pernah membuang undi yang berkesan dari luar negeri!

Pengundi dari luar negeri yang sedia ada akan menghantar undinya kembali ke tanahair. Persoalannya, rekod tempoh kempen PRU kita yang tersingkat adalah lapan hari. Undi pos dikirim empat hari sebelum hari membuang undi. Kalaupun mereka menerimanya pada hari pengundian, apakah mungkin ia sampai ke tangan pengarah kawasan pengundian pada hari tersebut sebelum jam 5 petang?

Hj Rahim Salleh yang pernah menjawat Pengarah SPR di Kedah (1999), Pulau Pinang (2004) dan Kelantan (2008), pernah membuat kenyataan dalam ceramah selepas dirinya bersara, bahawa dirinya tidak pernah menjumpai satu pun undi yang dikirim dari luar negeri.

Ini mengapa tiada masalah logistik dalam hal mengundi oleh warga Malaysia yang menetap di luar negeri - pengundian luar negeri tidak memberi makna selain pada namanya.

Mengapa buruh asing lebih senang untuk memperolehi hak mengundi berbanding warga Malaysia yang menetap di luar negeri? Jawapannya senang, ramai warga Malaysia pindah ke luar negeri kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bukankah kerajaan sebenarnya menghentak kaki diri dengan batu seandainya membenarkan mereka mengundi?

M.Bakri Musa yang kini berada di Amerika Syarikat berkata, warga Malaysia yang menetap di luar negeri untuk jangka panjang, terutamanya mereka yang mempunyai hak menetap di negara asing, tidak harus memiliki hak mengundi di Malaysia, kerana pertama, mereka tidak menanggung akibat daripada keputusan pengundian; kedua, mereka tidak membayar cukai; dan ketiga ia bakal menambah kos pilihan raya.

Pertama, pendirian ini bercanggah dengan perlembagaan, kerana kedua-dua sebab pertama bukan alasan pelucutan hak pengundian sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Sesungguhnya, kita boleh meminda perlembagaan untuk menyesuaikannya. Persoalannya, apakah ia selari dengan kepentingan negara untuk menyekat hak pengundian warga Malaysia di luar negeri?

Dalam zaman globalisasi, semakin ramai yang mana kehidupan, kerja, pemilikan harta dan pembelanjaan seseorang tidak terbatas di satu tempat. Seandainya kita masih mengharapkan lebih ramai pakar pulang dari luar negeri, maka kita perlu menghargai mereka yang berada di luar negeri, tetapi enggan melepaskan hak mereka untuk mengundi. Untuk persoalan cukai pula, kita tidak seharusnya hanya tertumpu pada cukai pendapatan. Mereka yang berada di luar negeri masih memiliki harta dan saudara mara di sini, malah sering juga menghantar wang balik ke rumah - tidak harus dianggap tidak membayar cukai langsung.

Pada dasarnya, pilihan kita adalah bersifat politik: adakah kita mahu pakar ini pulang dari luar negeri? Jika mahu, maka ia tidak harus hanya tertumpu kepada faktor ekonomi, tetapi perlu merangkumi hak politik, perlu menyambut dan bukannya menolak mereka.

Dari kenyataan Peguam Negara, nampaknya pihak berkuasa tidak bersedia untuk menghalang penggunaan dakwat kekal. Pendaftaran secara automatik sebagai pengundi dan peluasan hak mengundi kepada warga di luar negeri - meliputi lingkungan yang lebih luas - sama ada pihak berkuasa melaksanakannya bergantung kepada sejauh manakah hasrat rakyat. Mungkin pindaan perlembagaan diperlukan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal, namun, dalam isu hak pengundian warga Malaysia di luar negeri, ia sememangnya akan bercanggah dengan perlembagaan seandainya tidak dilaksanakan.

Jikalau warga Malaysia di luar negeri ingin memperjuangkan hak dirinya, maka mereka seharusnya menyahut Global BERSIH 2.0, untuk memprotes pada 26 November di seluruh dunia, agar kerajaan memandang serius kemarahan yang terpendam dalam hati rakyat.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 16 November 2011.

Sidang DUN: Adun wanita DAP `serang’ menteri besar

Posted: 23 Nov 2011 11:40 PM PST

Berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah.



SEREMBAN: Sidang DUN Negeri Sembilan hangat seketika apabila Adun wanita Wong May May (DAP-Mambau) "menyerang" Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.

Mohamad (BN-Rantau) berkata demikian ketika menjawab soalan asal P Gunasekaran (DAP-Senawang) yang meminta kes jenayah perlu dibanteras secepat mungkin agar orang awam bebas bergerak dan berada di dalam situasi yang selamat.

Jawapan itu membangkitkan kemarahan May May apabila beliau mendesak Mohamad meminta maaf kerana menyalahkan mangsa jenayah.

"Jawapan ini menghina dan meletakkan kesalahan pada mangsa jenayah sedangkan peratusan mangsa cuai adalah amat kecil.

"Malah rumah Adun Lobak, Loke Siew Fook sendiri pernah dipecah masuk sehingga pintu bilik beliau turut dipecah walaupun rumah beliau mempunyai tiga kunci dan bilik juga berkunci", kata May May.

Ketika itu Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May "Mambau masuk bilik Lobak kah?".

Desak minta maaf

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.

May May juga turut mempertikaikan jawapan Mohamad bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 20 peratus.

May May berkata kadar jenayah tidak turun tetapi mungkin ramai yang tidak mahu membuat laporan polis kerana hilang keyakinan ke atas pihak polis .

"Ada mangsa yang membuat lima hingga enam laporan polis tetapi tiada tindakan.Kadang kala terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membuat laporan polis dan menunggu pegawai penyiasat (IO).

"Mangsa yang dalam keadaan seperti ini sudah tentu akan hilang keyakinan kepada pihak polis", ulas May May lagi.

Mohamad bangun dan menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang cuai sebagai punca jenayah tetapi sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk memastikan tahap jenayah terkawal itu adalah tanggungjawab bersama dan bukan seratus peratus diletakkan di atas bahu pihak berkuasa semata-mata.

Laporan polis terhadap pegawai MB Selangor

Posted: 23 Nov 2011 11:38 PM PST

686 orang masing-masing kehilangan RM2100 untuk dapatkan rumah kos rendah.



KAJANG: Laporan polis dibuat ke atas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohd Yatim Abu Bakar kerana dipercayai menjadi dalang di sebalik kes penipuan pembeli rumah kos rendah.

Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah (IPD) Hulu Langat berkata seramai 686 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, anggota tentera dan polis menjadi mangsa penipuan.

Sebanyak 15 laporan polis telahpun dilaporkan dan Hamidzun menganggarkan 35 laporan akan dibuat pada hari ini dan minggu depan.

Mangsa-mangsa telah membeli rumah di Taman Harmoni, Balakong; Batu 9, Jalan Cheras; Taman Botani, Klang dan Taman Selayang Mulia, Selayang.

Menurut salah seorang mangsa, Azlan Lam, 36, beliau membuat bayaran RM2, 100 kepada Yatim.

Penyerahan kunci ditunda

"Saya buat bayaran pada 15 Mei 2010 dan kami dibawa melihat rumah tersebut.

"Pada peringkat awal, penyerahan kunci ditunda kerana pilihan raya kecil Tenang dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya mula syak ada unsur penipuan setelah penundaan berlaku sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri," kata Azlan setelah membuat laporan polis.

Sementara itu, Hamidzun berkata bahawa beliau percaya bahawa terdapat sindiket di dalam pentadbiran Menteri Besar.

"Saya percaya ada sindiket di kalangan kakitangan politik Menteri Besar," kata beliau.

TPM: 'Lebih indah' jika Umno, PAS jadi satu pasukan

Posted: 23 Nov 2011 11:33 PM PST

MALAYSIA KINI
Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.

Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.- Bernama

Tiada ulasan: