Selasa, 15 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Beli kondo ketika pasaran menjunam

Posted: 14 Nov 2011 10:59 PM PST

Kondominium mewah seperti yang dibeli NFC dijangka akan mengalami penurunan harga bermula tahun 2010 hingga beberapa tahun akan datang.



PETALING JAYA: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) telah membuat pelaburan yang salah apabila membeli sebuah kondominium berharga RM9.8 juta di One Menerung Bangsar, dekat Kuala Lumpur ketika pasaran hartanah mewah menjunam.

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata, pasaran hartanah mewah, terutamanya kondominium mewah seperti yang dibeli NFC dijangka akan mengalami penurunan harga bermula tahun 2010 hingga beberapa tahun akan datang.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan NFC membeli kondominium tersebut, melalui anak syarikatnya National Meat Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), sebagai satu langkah yang bijak.

Menurut Rafizi, statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan bahawa pada akhir 2010, terdapat sebanyak 66,328 unit kondominium mewah di seluruh Malaysia yang masih belum dijual.

Statistik terkini JPPH iaitu Laporan Status Pasaran Harta Tanah: Harta Tanah Siap Dibina Tidak Terjual Q3 2011 menunjukkan bagi suku ketiga 2011 sahaja, 20% dari kondominium mewah berharga lebih dari RM1 juta masih belum terjual walaupun telah siap dibina.

Beliau berkata, jumlah harga kondominium mewah di Malaysia yang siap dibina tetapi tidak dibeli bagi tempoh tiga bulan di antara Julai hingga September 2011 bernilai RM549 juta.

Ini menyokong laporan terbaru oleh pakar hartanah antarabangsa DTZ Research bertarikh 10 November 2011 bahawa "risiko harga menurun bagi hartanah mewah akan terus meningkat" dan "lambakan hartanah mewah akan menurunkan kadar sewa bagi pasaran jenis ini".

Data-data ini katanya secara jelas membidas alasan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin.

Harga turun, sewa rendah

"Jika pelaburan NMLC membeli One Menerung adalah untuk mendapat untung kerana kenaikan harga, ia sukar untuk berlaku kerana pasaran hartanah mewah sedang mengalami penurunan akibat lambakan unit-unit tidak terjual.

"Jika pelaburan NMLC bertujuan mendapatkan sewa seperti yang didakwa, sewanya tidak padan dengan penyelewengan wang rakyat kerana kadar sewa yang semakin rendah," kata beliau.

Rafizi juga menarik perhatian dengan memberi analisa tentang prinsip tata kelola yang baik (principles of good corporate governance) berhubung dengan isu ini.

Katanya, sebarang penggunaan dana yang dipinjam (apatah lagi dana rakyat) bagi tujuan selain dari tujuan asal pinjaman dikira bertentangan dengan prinsip.

"Di dalam sesebuah entiti korporat yang baik, sebarang keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses pemantauan yang ketat mengikut kerangka mengawal risiko (risk mitigation framework).

Instrumen kewangan mudah cair

Beliau menjelaskan bagi tujuan mendapat pulangan dari dana yang belum digunakan, entiti korporat terbesar di dunia selalunya membuat pelaburan jangka pendek dalam instrumen-instrumen kewangan mudah cair.

"Mereka akan melabur dalam pasaran mata wang (money market), pasaran ekuiti (ekuiti market) atau disimpan dalam deposit tetap jangka pendek," jelasnya.

Tegas beliau, "bekas majikan saya (Petronas) mempunyai ratusan bilion ringgit wang simpanan yang menunggu masa untuk digunakan di dalam projek-projek pada satu-satu masa.

"Petronas tidak pula menggunakan wang ini untuk melabur dalam aset hartanah seperti yang disebut oleh Khairy Jamaluddin kerana ia satu tindakan yang tidak bijak dan melanggar prinsip tata kelola yang baik," terang beliau.

Rafizi berkata, setelah dua minggu berdebat di media saya berpendapat sudah sampai masanya perbahasan mengenai NFC ini diadakan secara terbuka dan melibatkan orang ramai yang juga mempunyai banyak soalan.

"Saya menjemput Khairy Jamaluddin untuk berbahas mengenai isu NFC dengan saya pada bila-bila masa bermula dari hari ini dalam satu majlis terbuka yang melibatkan orang ramai.

"Ini jalan terbaik untuk kita merungkai kekusutan skandal NFC dan pada masa yang sama merintis politik baru orang muda," ujar beliau.

Sementara itu, laporan FMT semalam menyebut kes skandal NFC akan disiasat polis dibawah Akta 613 Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyebut 'barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum'.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan hukuman sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Banjir, TPM kata SPM tidak terjejas

Posted: 14 Nov 2011 10:56 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Kita telah buat persiapan, kita harap tidak akan berlaku tetapi jika ada macam tahun-tahun lepas, sekolah yang tertentu telah dikenal pasti di seluruh negara di kawasan, di negeri-negeri yang biasa dilanda banjir," kata Muhyiddin.



PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran telah membuat persiapan termasuk mengambil kira kemungkinan berlaku banjir di sekolah tertentu bagi memastikan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, tidak terjejas.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekolah-sekolah tertentu di kawasan dan di negeri yang biasa dilanda banjir telah dikenal pasti dan penempatan akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air.

"Kita telah buat persiapan, kita harap tidak akan berlaku tetapi jika ada macam tahun-tahun lepas, sekolah yang tertentu telah dikenal pasti di seluruh negara di kawasan, di negeri-negeri yang biasa dilanda banjir.

"…dan penempatan di sekolah-sekolah tertentu akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air. Ini akan ditetapkan oleh pihak pengetua atau guru besar sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau seramai 164 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) di sini yang sedang menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 bagi peperiksaan SPM 2011 yang bermula semalam. 468, 808 calon

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Pengetua sekolah berkenaan Juriah Bahali.

Seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM yang bermula semalam hingga 14 Dis ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Muhyiddin berkata perjalanan peperiksaan SPM setakat ini berjalan dengan baik dan berharap para pelajar akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

"Harapan saya supaya pelajar kita pada tahun ini akan mencapai kejayaan. Kita harap mereka bertenang dan tumpukan pada subjek yang mereka ambil.

"Kita harap keputusan mereka akan lebih cemerlang lagi," katanya.-Bernama

Kita dakwa DAP, PKR takut umum calon awal Muda Mohd. Noor | November 15, 2011 "Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti KITA,"

Posted: 14 Nov 2011 09:48 PM PST

"Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti KITA," kata Zamil Ibrahim



PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah hari ini mendakwa ahli akar umbi DAP kurang selesa dengan kerenah pemimpin atasan yang mempermainkan mereka.

Ketua parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ada ahli DAP yang menghubungi beliau mengadu perkara tersebut.

"Mereka kurang selesa dengan kerenah dan permainan pemimpin DAP negeri yang banyak main wayang kepada ahli bawahan.

"Mereka hanya menunggu masa untuk menyertai dan menyokong parti Kita," katanya.

Takut ahli bantah

Dalam perkembangan berkaitan, Zamil mencabar DAP dan PKR mengumumkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 ini lebih awal.

Beliau mendakwa kedua-dua parti itu nampak takut berbuat kerana ada ura-ura penyokong dan pemimpin bawahan akan keluar parti kerana tidak puas hati.

"Parti Kita Kedah bersikap lapang dada dan membuka pintu pada bila-bila masa kepada mereka yang ingin bersama kami.

"Parti Kita akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke 13," katanya.

Parti Kita diketuai oleh bekas menteri kabinet BN, Datuk Zaid Ibrahim yang mengambil alih teraju parti itu akhir tahun lepas selepas meninggalkan PKR.

Edar video seks di masjid, umat Islam buat bantahan

Posted: 14 Nov 2011 09:46 PM PST



Susan Loone
Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu lalu terkejut apabila mendapati salinan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan.

NONEPengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid.

Katanya, VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti mereka yang meletakkan pita tersebut di sana.

Beliau berkata ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan 'Wasiat Tok Guru dan Saksikan' yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita," katanya kepada Malaysiakini.

sex videos in penang mosques 141111 demo story imageSehubungan dengan pengedaran video itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit itu diadakan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.

"Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral," katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.

sex videos in penang mosques 141111 vcds in green cover story image"Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita," katanya lagi.

Video seks itu menimbulkan kontroversi apabila ia didedahkan pada bulan Mac lalu. Anwar juga telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

Video itu pertama kali ditayangkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan tiga individu yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T'. Mereka adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

azlanKetiga-tiga individu itu kemudiannya didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada bulan Jun dan dikenakan hukuman denda RM5,500.

Namun demikian, ini tidak menghalang beberapa versi lain video seks itu daripada terus disebarkan menerusi Internet.

Anwar, yang berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis dan kini disiasat oleh polis atas dakwaan memberi "maklumat palsu".

UKM4 gambarkan ditangkap macam drama Tamil

Posted: 14 Nov 2011 09:38 PM PST


Abdul Rahim Sabri & Nigel Aw

Bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mahkamah menyifatkan penahanannya oleh polis semasa pilihan raya kecil tahun lalu umpama aksi drama Tamil.

NONEHilman Idham - kini pembantu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - berkata, ketika insiden di Hulu Selangor itu, kira-kira sepuluh individu yang tidak dikenalinya, tiba-tiba tampil mencekupnya sewaktu ingin beredar dari sebuah kedai makan.

Menceritakan detik itu, Hilman berkata, beliau sedang beredar bagi mencari jalan membantu dua lagi rakannya - Ismail Aminuddin dan Woon King Chai - yang sudah ditahan polis semasa sekatan jalan raya.

"Ini cerita macam drama tamil. Di kedai makan tu, tengah saya minum, Ismail SMS saya beritahu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dah datang. (Dia kata) macam mana ni. Ismail dah (risau). Saya kata, tak apalah, saya cari jalan macam mana nak tolong. Saya telefon peguam untuk bantu.

"Bila saya bangun dari tempat itu, kedai makan ini penuh (dengan pelanggan). Saya ini sudah pesan makanan. Air dah sampai, makan belum. Saya kata, tak boleh ini, kawan-kawan sudah kena tangkap ni, kita cari jalan macam mana nak bantu.

"(Saya cakap) kita keluar daripada situ sekarang. Kita batal (pesanan) makan, saya habiskan minuman saya, separuh sahaja. Saya bangun. Bila saya bangun, satu kedai, bangun tangkap saya. Saya rasa dalam lingkungan 10 hingga 12 orang," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditahan kali kedua

Selepas dibebaskan dengan jaminan, Hilman berkata beliau mengarahkan tiga lagi rakannya pulang sebelum beliau datang semula mengambil van pada keesokkan hari.

NONENamun, pada keesokannya, Hilman sekali lagi ditahan buat kali kedua. Ia berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang bersama pensyarahnya yang mahu membuat analisis pilihan raya itu.

Tindakan itu, dakwanya mencetuskan kemarahannya kerana undang-undang dan perlembagan negara menjamin hak individu untuk berada di mana sahaja.

Susulan ditahan, mereka dihadapkan ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun selepas beberapa kali penangguhan prosiding, mahkamah universiti akhirnya memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan pada Julai lalu.

NONESementara Woon - kini bergiat sebagai pembantu kepada anggota parlimen MCA - yang hadir bersama Hilman turut ketawa mendengar semula kisah penahanan rakannya itu pada 22 April tahun lalu itu.

Menyambung kisahnya, Hilman berkata, ketika itu bukan sahaja beliau mahu menemui dua rakannya yang ditahan, tetapi pegawai KPT juga mencarinya sejurus sahaja turun daripada kereta.

"Hah, (pegawai KPT bertanya) mana Hilman? (Saya soal kembali) Hilman? (Saya) tak tahu," celah Woon sambil memberitahu pegawai itu tidak percaya dengan jawapan itu.

Hilman mengandaikan mungkin terdapat operasi bersepadu Hal Ehwal Pelajar (HEP) semua universiti bagi memantau pelajar di sana.

Ini kerana, tambahnya, sebuah kereta Wira berwarna hitam tertulis "bahagian keselamatan Universiti Malaya" (UM) dilihat di kawasan berdekatan.

Sekatan polis

Bagi Woon pula, beliau tidak menjangkakan kali pertama menjejakkan kaki di Hulu Selangor dengan van sewa akan menyebabkannya ditahan polis.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 03"(Oleh) kerana kami bertiga tidak tahu tempat, tak tahu nak pergi mana. Hilman pun ajak seorang kawan dia untuk menjadi tukang tunjuk (jalan). Selepas (kami) datang dengan van, dia datang dengan kereta dia, penuh dengan risalah politik, sebab pemuda ini dah duduk lama di sana (untuk) berkempen.

"Jadi, kita minta Hilman dengan Azlin, pergi ke kereta dia. Takkan kita berempat nak ikut daripada belakang, tak sopanlah. Jadi, dia pun pindahkah risalah yang berbalut ke dalam belakang van kami. Dan Hilman dan Azlin tumpanglah kereta dia. Dia pun jalan.

"Jalan, jalan, sampai kepada sekatan polis, kereta dia lepas, van kami ditahan. Jadi, polis pun tanyalah, mana kad matriks. Dan kami pun tanya (balik), kad matriks apa? Tak ada, mana ada. Lepas tu kami pun bekerjasama dengan polis. Dia (polis) pun ambil kad pengenalan kami, ambil maklumat lengkap. Dia (polis) tahan kami lama, di tepi jalan," katanya.

NONEMenurut Woon lagi, selepas 40 minit ditahan, pegawai UKM yang datang dengan beberapa buah kereta - didakwa bersama penolong pendaftar dan dan pegawai keselamatan - muncul dan mahu mereka ditahan kerana pelajar universiti "tak patut berada di situ".

"Jadi polis pun tengoklah, OK. Dia pun kata, dia nak tengok van. Dia pun buka van, periksa beg kami (dan) jumpa risalah. Dia kata, kenapa ada risalah politik ini. Kamu datang berkempen ke? Kami kata tidak, ini bukan benda kami.

"Lepas tu, langsung saya hubungi kawan kami yang datang buat tunjuk (arah), untuk sahkah benda (risalah) ini dia punya. Dia tumpangkan sahaja," katanya sambil menambah mereka kemudiannya dibawa ke balai polis selepas berbincang dan mengambil gambar.

Susulan itu, Woon menghubungi peguam Latheefa Koya untuk mendapat nasihat sehingga mereka menyedari bahawa penahanan mereka atas alasan tidak menyerahkan kad pengenalan.

VIDEO | 11.48 min

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu

Posted: 14 Nov 2011 09:27 PM PST


MALAYSIA KINI

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".

"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

NONE"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.

'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'

Susulan itu, Jamil Khir (bawah, kanan) menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

NONEManakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 group"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

NONEBeliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan pengerusi panel penyediaan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah dan pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.

PERKASA nafi desak guru Kristian diharamkan

Posted: 14 Nov 2011 09:24 PM PST


MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini.

NONEPresidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA.

"Saya presiden PERKASA. Kami tidak pernah membuat gesaan ini, seperti ditegaskan semasa ucapan dasar AGM baru-baru ini, kami berjuang untuk keharmonian kaum," kata Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat pagi ini.

"Saya percaya ini adalah satu soalan jahat dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh mereka bagi mencipta pelbagai cerita dalam media baru.

NONE"Ataupun ia telah dibuat oleh individu-individu tertentu sebagai pandangan peribadi mereka. Mereka tidak pernah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PERKASA," katanya semasa mencelah jawapan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjawab soalan Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN-Tuaran ).

Bumburing, semasa soalannya, meminta kementerian pelajaran supaya menjelaskan pendirian berhubung desakan PERKASA yang didakwa menuntut supaya guru Kristian dilarang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan.

PERKASA pada 19 Ogos berdemonstrasi di Masjid Negara bagi menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin Melayu pelbagai parti yang didakwa "kebulur" undi Kristian hingga "menggadaikan maruah Islam".

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gerejNONEa di Petaling Jaya.

Mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan serta dihalau dan dijauhkan dari murid Melayu.

Bagaimanapun, ditanya tentang gesaan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.

Tiada ulasan: