DIALOG RAKYAT |
- Cara SPR membantu BN menipu
- Pulau Pinang tidak bubarkan DUN jika PRU kilat
- ‘Saya tidak ingat’, kata saksi kes Sosilawati
- MB bentang hutang Talam Isnin
- 'Tahan peruntukan hingga menang p'raya, itu rasuah'
- Tidak perlu pinda AUKU, kata VC UiTM
- Adinda Sultan K'tan saman Malay Mail RM50j
- Koh: Dewan BN tak bincang ketua BN Pulau Pinang
- Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM
- Parlimen belum bubar, kata Najib
- Belanjawan: Pemuda PAS cabar Satim berdebat
- Umno Selangor ibarat ‘kata dulang paku serpih’
- 'Saya tak nak berlawan dengan Syed Ali'
- PRU-13 kemungkinannya pada bulan Januari 2012
- Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan
- Pembeli rumah kos rendah kena tipu
- Korban lembu atau dikorbankan lembu?
- Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM
- Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
- Pegawai meninggal ketika tunggu atlet M'sia
- 4 pelajar maut, 5 parah, 20 cedera dalam kemalangan
- Kerajaan Mansuh 2,625 Jawatan Pengajar Di IPTA
- Anak Najib berusia 28 tahun cipta tsunami dalam pasaran saham
- Konspirasi Singkir Najib ! :Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno
- Marina Mahathir gambaran realiti elit Melayu
Posted: 11 Nov 2011 07:08 AM PST Kenny Gan, Malaysia Chronicle Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya. Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut. Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya. Kaedah "gerrymandering" Kaedah 'gerrymandering' ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya. SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: "kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh. Salah satu amalan 'gerrymandering' adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS. Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat. Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut. Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Pemindahan pengundi Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan. Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan. Undi pos Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan. Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut. Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga. Pengundi hantu Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata. Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dbeli. Kelayakan sebagai pengundi seberang laut Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut. Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini. Pembawa kesulitan kepada pengundi Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi. Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian. Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan. - Malaysia Chronicle (Translated by Viktor Wong) | ||
Pulau Pinang tidak bubarkan DUN jika PRU kilat Posted: 11 Nov 2011 07:05 AM PST Sementara spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada tanggal bertuah 11 November 2011, terdapat lima sebab kenapa Pulau Pinang tidak akan mengikutinya jika pilihanraya diadakan pada tahun ini. | ||
‘Saya tidak ingat’, kata saksi kes Sosilawati Posted: 11 Nov 2011 07:04 AM PST SHAH ALAM: Jawapan "tidak ingat" sering diberikan seorang pegawai perubatan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menimbulkan rasa tidak puas hati seorang peguam. Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama N Pathmanabhan tidak puas hati dengan jawapan sedemikian oleh Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 32, ketika disoal berhubung pencarian pada 14 Sept tahun lepas di Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan. Ketika Manjeet bertanya sama ada pihak polis ada memberi taklimat kepada pasukan perubatan sebelum mereka membuat pencarian di ladang berkenaan dan sama ada saksi itu turut berada di sana semasa taklimat, Dr Ahmad Hafizam menjawab, "tidak ingat". Saksi ke-70 pendakwaan itu menjawab demikian semasa ditanya Manjeet sama ada dia tahu siapa yang menjumpai objek ketika membuat pencarian di ladang berkenaan. "Adakah ini pertama kali anda terlibat dalam pencarian ini?" soal Manjeet dan Dr Ahmad Hafizam menjawab, "ya". Manjeet: "Anda boleh ingat masa pergi ke Batu Pahat, Johor dan Seremban pada 15 Sept tahun lepas dan mengenai pemeriksaan x-ray pada 21 dan 22 Sept tetapi bila tanya tentang 14 Sept itu anda lupa. "Ada orang menyuruh anda jangan beritahu apa berlaku pada 14 Sept?" Dr Ahmad Hafizam:"Tidak, memang saya tidak ingat, tidak boleh ingat apa yang dijumpai di Ladang Gadong. Ada orang yang jumpa benda tetapi saya tidak pasti." Saksi memberi keterangan pada hari ke-49 perbicaraan kes bekas peguam Pathmanabhan, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan serta R.Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Pathmanabhan, 42; Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos tahun lepas dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani mengapa dia selalu menjawab tidak ingat ketika disoal balas Manjeet, Dr Ahmad Hafizam menjawab:"Di Batu Pahat dan Seremban memang saya buat sendiri sebab itu saya ingat tetapi di Ladang Gadong memang saya tidak ingat." Sampel darah Terdahulu, saksi itu yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata dia dengan seorang jururawat terlatih telah dibawa polis mengambil sampel darah milik penama Yathmi Abdul Rahman (ibu Sosilawati) di Batu Pahat, Johor, pada 15 Sept tahun lepas untuk perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA). Dr Ahmad Hafizam berkata mereka kemudian dibawa ke Seremban, Negeri Sembilan, untuk mengambil pula sampel darah milik penama Abdul Karim Isa dan Bibi Habibon (ibu bapa Ahmad Kamil) pada hari yang sama. Saksi itu berkata pada 21 dan 22 Sept tahun lepas, dia juga telah diarah pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah (saksi ke-63 pendakwaan) membuat permohonan kepada Jabatan Radiologi untuk melakukan pengimbasan x-ray terhadap spesimen dipercayai tulang berkaitan kes. Katanya, sebanyak 14 keping gambar x-ray spesimen yang diambil pada kedua-dua tarikh itu kemudian diserahkan kepada Dr Nurliza. Dr Ahmad Hafizam memberitahu mahkamah bahawa pada 14 Sept tahun lepas, dia telah diarahkan oleh Dr Nurliza untuk membantu dalam pencarian di Ladang Gadong dan sepanjang pencarian itu, dia tidak menjumpai sebarang objek. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung 15 Nov ini. Bernama | ||
Posted: 11 Nov 2011 07:02 AM PST MBI mampu menukar semula hutang kerajaan negeri menjadi aset demi kebaikan rakyat Selangor. DUN SELANGOR SHAH ALAM: Hasil penyusunan semula aset hutang Talam Corporation bernilai RM391 juta yang diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini Isnin ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerangkan kepada dewan hari ini bahawa MBI – sebagai entiti yang mengawal dan membantu tadbir anak syarikat kerajaan negeri kini memasuki fasa akhir dalam pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam. Menurut Khalid, MBI bukan sahaja mampu mengutip hutang berkenaan malah meningkatkan nilai hartanah yang diperoleh daripada Talam. Talam Corporation berhutang RM391 juta dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam usaha sama pembangunan hartanah sepanjang 10 tahun lalu. "Pengumpulan dan penyelesaian hutang Talam ini sudah sampai peringkat terakhir dan kerajaan negeri menerima wang tunai serta tanah sejumlah 6,000 ekar; 1,300 ekar di Bestari Jaya, 1,000 ekar di Bukit Beruntung, 1,000 ekar lebih di kawasan Kuala Langat. pada nilai RM5 satu kaki persegi. "Kerajaan negeri bagi kelulusan kawasan-kawasan ini untuk dijadikan perumahan dan komersil. Nilai RM5 sekaki ini adalah nilai harta lebih RM1 bilion. Bukan sahaja dapat kutip hutang tetapi dapat meningkatkan nilai hartanah. "Maka kita meminta MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk mengadakan pameran tanah pada Isnin ini dan menerangkan proses dan langkah yang perlu kita lakukan. Daripada hutang yang dikutip, bagaimana akaun dibuat supaya menjadi kajian kes bagi mereka yang berminat untuk melihat bagaimana kerajaan negeri menjalankan usaha untuk mengutip hutang," katanya. Beliau mengulas lanjut bagi menjawab pertanyaan mulut Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras) mengenai jumlah hutang Talam yang dikutip oleh MBI dalam persidangan Dun hari ini. Khalid menegaskan betapa MBI mempunyai kemampuan dan kepakaran yang mencukupi untuk menguruskan aset yang diambil alih untuk membawa keuntungan kepada rakyat negeri Selangor. "Itu sebab saya berani dan jumpa Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) kerana ini adalah hadiah reformasi kepada rakyat negeri Selangor. Kita akan tunjuk lebih banyak lagi penyesuaian yang dibuat, peringkat demi peringkat sehingga akhirnya kita dapat untung," tegas Khalid. Tambah Khalid, sebelum ini sebarang hal berkaitan dengan Talam tidak pernah dibentang dalam persidangan Dun ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai hutang tersebut. "Dewan bersidang awal 2008 tidak disentuh mengenai hutang Talam ini. MBI pun tiada…kerana ia dibawah jagaan KDEB. Kita lihat negeri pun tidak mengetahui mengenai hutang Talam. Kerana ia tiada dalam rekod dan perbendaharaan. Itu sebab saya bawa akaun negeri. Negeri catat Talam ada hutang. "Kalau tidak kutip hutang tak dapat duit, maka kerajaan negeri sekarang serah pada MBI yang saudara luluskan ketika sidang dewan sebelum ini dan diluluskan tidak sampai seejam. Berapa lama kami (kerajaan Pakatan) buat? Dua tahun selesai dan hari ini kita umumkan," jelas beliau. | ||
'Tahan peruntukan hingga menang p'raya, itu rasuah' Posted: 11 Nov 2011 07:01 AM PST Aidila Razak Memberi hanya sebahagian daripada peruntukan kerajaan dan menjanjikan bakinya selepas calon tertentu menang pilihan raya, adalah dianggap seperti membeli undi, kata badan pemantau anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini. Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan. | ||
Tidak perlu pinda AUKU, kata VC UiTM Posted: 11 Nov 2011 06:57 AM PST MALAYSIA KINI Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dipinda. Katanya, ia kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan. Beliau berkata, universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti. "Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. "Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini. Beliau mengulas cadangan beberapa pihak yang mahu AUKU dipinda bagi memberi ruang dan kebebasan berpolitik kepada penuntut universiti. Sahol Hamid berkata pada masa ini, penuntut telah diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan, dan ini sudah memadai. "Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM. Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil. "Kalaupun minat sangat dengan politik, habiskan dulu pengajian. Di UiTM, pengajian kita adalah sangat intensif, jadi tidak ada masa untuk berpolitik," kata Sahol Hamid. Mengulas lanjut, beliau berkata politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan. Beliau berkata apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan. "Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu," katanya.- Bernama | ||
Adinda Sultan K'tan saman Malay Mail RM50j Posted: 11 Nov 2011 06:56 AM PST MALAYSIA KINI Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang mengaitkan beliau dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed. Tengku Muhammad Fakhry memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan A S Dhaliwal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau menamakan akhbar Malay Mail Sdn Bhd sebagai defendan pertama, syarikat pencetak The New Straits Times Press (M) Bhd, Ketua Editor Yushaimi Maulud Yahya dan wartawan Marhalim Abbas sebagai defendan kedua hingga keempat. Menerusi pernyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kesemua defendan bertanggungjawab menerbitkan satu artikel dalam Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei, 2010, sehingga menjejaskan reputasi, jawatan dan kerjayanya. Beliau mendakwa artikel tersebut memberi gambaran seolah-olah beliau tidak berprinsip, tidak boleh dipercayai, penjenayah dan pengkhianat. Kenyataan itu menyebut berikutan artikel itu, Tengku Muhammad Fakhry dilucutkan gelaran Temenggong, dicaci dan dipandang rendah oleh masyarakat. Tengku Muhammad Fakhry mendakwa akibat berita palsu itu juga hubungan dengan bondanya Raja Perempuan Kelantan menjadi renggang, dan ia hanya pulih selepas Mahkamah Koroner memberi keputusan terbuka mengenai kejadian tembakan tersebut dan dirinya tidak didakwa oleh pihak polis. Selain gantirugi berjumlah RM50 juta, beliau menuntut akhbar terbabit menerbitkan permohonan maaf, suatu injunksi supaya tidak mengulangi artikel terbabit, ganti rugi teladan dan kos. Ketika ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan tersebut, Tengku Muhammad Fakhry berharap kebenaran akan terserlah.- Bernama | ||
Koh: Dewan BN tak bincang ketua BN Pulau Pinang Posted: 11 Nov 2011 06:53 AM PST Hafiz Yatim Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menafikan bahawa mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membincangkan kedudukan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang.Koh berkata, perkara itu tidak dibincangkan langsung. "Tidak ada perbincangan mengenai jawatan pengerusi BN Pulau Pinang atau kepimpinan BN mana-mana negeri, dalam mesyuarat hari ini," katanya. Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditemui pemberita selepas pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Hari ini dilaporkan seorang lagi pemimpin Gerakan, Teng Chang Yeow, berkata telah bersedia untuk memimpin BN Pulau Pinang dalam pilihan raya umum. Terdapat spekulasi bahawa Koh mungkin mengosongkan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang untuk menumpukan perhatian kepada jawatan pusat. | ||
Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM Posted: 11 Nov 2011 06:51 AM PST MALAYSIA KINI NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut. Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung. NGO itu berkata maklumat yang diperolehi itu menunjukkan bukti jelas berlaku pecah amanah. Semalam, PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC. Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009. | ||
Parlimen belum bubar, kata Najib Posted: 11 Nov 2011 06:46 AM PST Hafiz Yatim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini. Najib sebelum ini dikatakan akan membubarkan parlimen pada tarikh kegemarannya itu. | ||
Belanjawan: Pemuda PAS cabar Satim berdebat Posted: 10 Nov 2011 09:37 PM PST
| ||
Umno Selangor ibarat ‘kata dulang paku serpih’ Posted: 10 Nov 2011 09:35 PM PST
| ||
'Saya tak nak berlawan dengan Syed Ali' Posted: 10 Nov 2011 09:30 PM PST
| ||
PRU-13 kemungkinannya pada bulan Januari 2012 Posted: 10 Nov 2011 09:25 PM PST Malaysia Chronicle Walaupun spekulasi menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen pada hari Jumaat dan panggilan untuk pilihan raya umum ke-13(PU-13) di negara ini bulan depan, khabar angin Umno yang terbaru menyatakan bahawa beliau akan menunggu hingga selepas perhimpunan tahunan Umno yang bakal diadakan pada minggu pertama Disember. "Seperti yang ditegaskanTengku Adnan, Umno perlu mengumpulkan paling ramai orang ke perhimpunan itu bagi menaikkan semangat semua ahli sebelum PU-13. Berita terbaru adalah perhimpunan bakal berjalan. Tiada pembatalan yang dispekulasikan. Ini bermakna tidak akan ada pembubaran Parlimen esok. Tetapi kami merasakan bahawa beliau akan membubarkan Parlimen pada 9 Disember," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
Skandal rasuah Adalah dipercayai bahawa walaupun Najib mempunyai budi bicara bagi mengadakan pilihan raya, Majlis Tertinggi Umno telah jelas menyuruhnya untuk menunggu. Mempercepatkan PU-13 di tengah-tengah keadaan media yang tidak baik yang telah melanda beberapa pemimpin Umno sejak beberapa minggu lalu akan "membinasakan diri". Terdapat buku yang ditulis oleh bekas ketua bahagian Umno bertajuk "Kesilapan Najib" yang diedarkan di seluruh negara, menggesa Najib meletakkan jawatan sebelum parti tersebut berperang besar dengan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Timbalannya, Muhyiddin Yassin, cuba menyebabkan perang perkauman dengan menggunakan isu PPSMI untuk mendapat kesetiaan ahli Umno yang kebanyakannya Melayu, beliau terpaksa menggugurkan idea selepas 'amaran' awam dari bekas Perdana Menteri yang berpengaruh, Mahathir Mohamad. Muhyiddin terpaksa untuk membolehkan mereka yang sedang mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk terus berbuat demikian walaupun beliau sebelum ini berkata tidak akan terdapat konsesi. Ketua Wanita, Shahrizat Jalil, mungkin mendapati sukar untuk berhadapan dengan perwakilan parti selepas tuduhan bahawa keluarganya telah didakwa disalurkan lebih daripada RM80 juta daripada projek pengeluaran daging lembu "National Feedlot Centre" kepada perniagaan milik keluarga yang lain.
Ramalan terbaru pada Januari 2012 Sementara itu, akhbar-akhbar Cina menganggap pilihan raya bulan depan sebagai isyarat bahawa Najib akan memanggil Ahli Parlimen BN yang telah bersara pada hari Khamis. "Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster kempen dan risalah. Kebanyakan bahan kempen dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata Kwong Wah Yit Poh dalam satu laporan. Walau bagaimanapun, memandangkan perkembangan terbaru, tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan minggu ini. Peluang lebih tinggi bagi pembubaran Parlimen pada bulan Disember dan pilihan raya mengejut yang akan diadakan pada bulan Januari 2012. "Tarikh PU sentiasa berubah tetapi lebih kurang saya rasa ia akan berlaku awal tahun depan selepas Belanjawan 2012 telah dibayar," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. "Ia masih terlalu awal kerana reformasi pilihan raya belum disentuh langsung." | ||
Video lucah: Anwar diambil keterangan Rabu depan Posted: 10 Nov 2011 09:23 PM PST Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim diarahkan untuk merakamkan keterangan di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan pada Rabu (23 November) di Balai Polis Kepong, berikutan maklumat yang diberikannya berhubung satu video lucah yang dikaitkan terhadap dirinya. | ||
Pembeli rumah kos rendah kena tipu Posted: 10 Nov 2011 09:21 PM PST Mereka dijanjikan rumah kos rendah untuk dibeli atas kuota politik yang dipercayai didalangi oleh individu tertentu. SHAH ALAM: Hasrat para pembeli yang mahu memiliki rumah kos rendah hanya tinggal mimpi apabila didakwa dianiayai oleh mereka yang bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor. Para pembeli sebelum ini dijanjikan rumah kos rendah untuk dibeli atas kuota politik yang dipercayai didalangi oleh individu tertentu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Rumah Kos Rendah, Mohamed Durrany Izam, seramai 686 pembeli rumah kos rendah menemui seorang pemimpin PKR dikenali sebagai Yatim Datuk Abu Bakar. Katanya, Yatim memaklumkan bahawa beliau merupakan pegawai khas Menteri Besar Selangor yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Beliau (Yatim) menawarkan unit rumah kos rendah bernilai RM42,000 dengan deposit lima peratus atau RM2,100 dan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM297 sebulan tanpa faedah. Durrany turut meluahkan rasa kecewa kerana aduan yang dibuat kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin tidak dilayan. "Kami pernah mengadukan masalah ini kepada Faekah tetapi tidak dilayan dan beliau tidak memberi jawapan yang memuaskan. Beliau suruh kami buat pinjaman bank tapi kami dari golongan berpendapatan rendah sudah tentu tidak mampu," ujarnya. Memorandum berkenaan diserahkan kira-kira jam 4.00 petang semalam kepada pegawai khas Menteri Besar Selangor, Noramin Ahmad yang berjanji untuk menyerahkannya kepada Menteri Besar. Salinan memorandum berkenaan turut diberikan kepada Setiausaha Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Datuk Shamsuddin Lias. Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor Iskandar Samad menafikan beliau melantik Yatim sebagai orang tengah untuk mengendalikan permohonan rumah kos rendah ini. Sebaliknya, jelas beliau perkara itu dilaksanakan oleh LPHS secara terus tanpa pihak ketiga dari Pejabat Menteri Besar. Iskandar mendedahkan bahawa LPHS telah membuat empat laporan polis berhubung tindakan pihak ketiga yang menuntut bayaran untuk permohonan rumah kos rendah ini. "Laporan polis dibuat dari 14 Oktober 2010 hingga 5 Oktober 2011 berhubung dengan kegiatan orang tengah yang mengambil deposit sebanyak RM2,500 untuk sebuah rumah. Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam angkara ini. "Kes ini berpanjangan kerana tidak ramai tampil ke depan untuk buat laporan polis kerana mereka turut rasa bersalah kerana memberi sogokan untuk dapat rumah," kata Iskandar dalam sidang media selepas tamat persidangan Dun di sini. Beliau berharap dapat bertemu dengan para pembeli berkenaan untuk mencari jalan terbaik dalam masa yang terdekat ini. | ||
Korban lembu atau dikorbankan lembu? Posted: 10 Nov 2011 09:11 PM PST Populariti kumpulan ini terus mencanak naik apabila dikaitkan pula dengan satu projek; entahkan projek feedlot, entahkan projek 'idiot'. Hari ini, Jumaat, 11.11.11, adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dengan penuh debaran dengan bermacam-macam alasan. Mungkin ada yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan dan bermacam lagi mengambil sempena angka-angka tarikh hari ini yang dianggap unik. Dalam arena politik tanah air juga tidak ketinggalan apabila perhatian mula terarah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada beliau akan membubarkan parlimen pada hari ini atau sebaliknya. Saya sendiri yang menjangkakan pembubaran hanya akan dibuat pada tahun hadapan pun tidak dapat menahan diri dari mencari-cari sumber terkini mengenai pembubaran parlimen kalau ada. Walhal kita mengetahui bahawa parlimen masih lagi belum selesai bersidang dan Bajet 2012 juga masih belum diluluskan sekaligus tiada memungkinkan pembubaran parlimen dibuat. Bagaimanapun, ketika perhatian mula menjurus kepada PM Najib, tanpa disangka-sangka ada pula kumpulan lain yang popularitinya Bahkan populariti yang diraih oleh kumpulan terbabit hari ini dipercayai lebih tinggi berbanding PM sendiri, mahupun isterinya atau pun Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sebenarnya fenomena ini mula meletus semenjak beberapa hari sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidil Adha baru-baru ini apabila kumpulan ini sering menjadi sebutan di kalangan penganut agama itu. Selepas itu, populariti kumpulan ini terus mencanak naik apabila dikaitkan pula dengan apa yang didakwa sebagai skandal satu projek yang namanya saya sedikit keliru, entahkan projek feedlot, entahkan projek 'idiot'. Kondominium mewah Tambah beruntung lagi, disebalik populariti yang dikecapi mereka, kumpulan ini juga dikatakan diberikan tempat tinggal bernilai RM9.8 juta berupa sebuah kondominium mewah di Bangsar yang mungkin sampai mati pun saya hanya mampu berangan-angan sahaja. Lainlah kalau ada di antara pemilik kediaman mewah seperti itu yang buang tabiat mewasiatkan harta mereka itu kepada saya walaupun saya bukanlah darah daging mereka. Atau pun sekurang-kurangnya ada yang sudi mengambil saya bekerja sebagai pembantu rumah dan tinggal bersama, setidak-tidaknya dapat juga merasa bagaimana rasanya tidur di kediaman orang-orang kaya. Namun, tahukah kita bahawa disebalik populariti dan keselesaan yang dikecapi secara tiba-tiba oleh kumpulan ini ada pihak lain 'tidak berdosa' terpaksa menanggung beban dan akhirnya terkorban demi kumpulan itu. Ya, setelah banyak di antara anggota kumpulan ini dikorbankan ketika Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini, kini sampai masa kumpulan ini pula mengambil giliran untuk mengorbankan pihak lain pula. Berita terakhir dari 'mangsa korban' kumpulan terbabit yang saya terima, masa depan 'mangsa korban' itu mulai goyah dan kelihatan semakin samar-samar. Sudahlah lembah ragutnya yang dahulu dikuasai mereka telah jatuh ke tangan orang lain semenjak tiga tahun lalu, malah juga dikhabarkan peluang untuk mendapat tempat dan merebut kembali kuasa di lembah itu juga semakin tipis. Menurut satu perkhabaran lain pula, telah ada laporan dibuat yang menyebabkan projek yang saya masih keliru entahkan feedlot atau idiot itu dan juga kediaman RM9.8 juta disiasat oleh satu pihak yang saya masih tidak pasti tahap keberanian mereka untuk menyiasat. Mungkin inilah takdir yang terpaksa ditanggung 'mangsa korban' kumpulan ini setelah tersalah sangka kumpulan yang lemah dan tidak berakal ini boleh dikorbankan demi mengejar kekayaan, tetapi akhirnya mereka dijadikan korban oleh kumpulan yang semakin glamour ini. | ||
Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM Posted: 10 Nov 2011 09:05 PM PST MALAYSIA KINI Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir. Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi: "Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,". Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini. "Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap Posted: 10 Nov 2011 09:03 PM PST MALAYSIA KINI Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan. Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif. "Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. "Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur. Pada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019. "Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut. Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK. | ||
Pegawai meninggal ketika tunggu atlet M'sia Posted: 10 Nov 2011 09:02 PM PST MALAYSIA KINI Jenazah pegawai belia dan sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Harun Osman, 51, yang meninggal dunia di Palembang, Indonesia dua hari lepas, selamat dikebumikan di Alor Star malam tadi. Jenazah Harun tiba di rumah ibunya di Jalan Sultanah di Alor star kira-kira jam 7 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari kira-kira 45 minit selepas tiba. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Salim, 50, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berumur sembilan hingga 23 tahun. Harun meninggal dunia setelah tiba-tiba pengsan dipercayai akibat serangan jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara ke Sukan SEA di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II di Palembang pada pukul 5 petang (6 petang waktu Malaysia), Rabu lepas. Ketika ditemui pemberita, Khadijah berkata keputusan untuk mengebumikan jenazah suaminya di Alor Star bagi memudahkan dia dan anak-anaknya melawat kubur arwah kelak dan menurutnya mereka akan berpindah ke Perlis selepas ini. Katanya dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya langsung tidak menelefon dirinya dan keluarganya setelah berlepas ke Palembang Isnin lalu. "Apabila berada di luar negara sebelum ini selalunya dia akan telefon atau sekurang-kurangnya SMS kepada saya tetapi kali ini tidak," katanya. Dengan nada sayu, Khadijah berkata dia menerima panggilan telefon daripada pegawai MSN memaklumkan suaminya meninggal dunia pada waktu Maghrib. Bernama | ||
4 pelajar maut, 5 parah, 20 cedera dalam kemalangan Posted: 10 Nov 2011 08:53 PM PST MALAYSIA KINI Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini. Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru dari sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.- Bernama | ||
Kerajaan Mansuh 2,625 Jawatan Pengajar Di IPTA Posted: 10 Nov 2011 04:17 PM PST PAHANG DAILY Ternyata, isu ini sengaja dipolitikkan bagi menakut-nakutkan rakyat sebenarnya. Kami mempunyai bukti kukuh bahawa kerajaan telah awal-awal lagi melaksanakan "pengurangan kakitangan awam" itu sebenarnya. Ia dilakukan selepas saja Bajet 2012 dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Kes terjadi kepada 2,625 orang Pengajar Sementara Gred DA41 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (AWAM) di negara ini. Malah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memansuhkan 2,667 jawatan pelbagai skim dan gred di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Malah, surat bertarikh 25 Ogos 2011 daripada JPA yang dihantar kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi jelas mengatakan "Perakuan Pemansuhan Jawatan Berikutan Perlaksanaan Perkhidmatan Awam Yang Kejat Di Kementerian Pengajian Tinggi". Pihak KPT juga telah dinasihatkan supaya tidak membuat pengisian terhadap semua jawatan yang diperakukan untuk dimansuhkan itu dan keputusan tersebut adalah muktamad. Manakala, perakuan bagi pemansuhan jawatan tersebut bagi tujuan pengeluaran surat kelulusan perjawatan adalah bermula dari tarikh 1 September 2011 yang lalu. Berdasarkan kepada keputusan terbabit semua Institusi Pengajian Tingga Awam diarah menamatkan jawatan itu. Bukti, inilah surat yang telah dihantar oleh JPA kepada KPT tentang isu ini Bukti, inilah surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh Universiti Malaya itu [Keputusan kerajaan itu jelas sekali telah menganiaya nasib mereka. Tambahan pula ada dikalangan mereka yang telah membuat pinjaman perumahan dan peribadi dengan beberapa buah institusi kewangan di negara ini. Daripada bergaji sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan kini mereka akan berhadapan dengan satu "detik hitam" dalam kehidupan mereka apabila terpaksa bergelar "penganggur terhormat" dalam masa terdekat ini. Sepatutnya kerajaan mencari alternatif lain kepada mereka yang terbabit agar diserapkan ke agensi kerajaan lain, bukan dengan menamatkan perkhidmatan mereka sesuka hati. Bayangkan, mereka yang terlibat tiba-tiba hilang pekerjaan dan terpaksa mencari kerja sama seperti graduan menganggur yang lain. Kenapa bakat dan kepakaran mereka diabaikan begini sahaja. Kini kerajaan pula menuduh DAP mahu mengurangkan kakitangan awam, padahal mereka awal-awal lagi sudah melaksanakan tindakan tersebut sebenarnya. Justeru, rakyat diminta menilai "cakap tak serupa bikin oleh Kerajaan Malaysia ini. Jika ini keadaannya, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menolak BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka sengaja memainkan isu, sedangkan mereka yang yang melakukan perbuatan tersebut sebenarnya]. | ||
Anak Najib berusia 28 tahun cipta tsunami dalam pasaran saham Posted: 10 Nov 2011 04:15 PM PST Oleh Stan Lee Saham-saham dalam firma kayu bermasalah, Harvest Court Industries Bhd, telah meningkat setelah sembilan tahun disebabkan Mohd Nazifuddin Najib, anak lelaki Najib berusia 28 tahun muncul sebagai pemegang saham dalam syarikat itu. "Pasaran saham menlonjak disebabkan spekulasi dan tidak salah untuk ambil kesempatan tetapi perlu berhati-hati, terutama apabila ia datang daripada PN17 atau firma-firma bermasalah yang dihidupkan semula oleh kepentingan politik semata-mata," kata seorang pengarah penyelidikan di firma broker | ||
Konspirasi Singkir Najib ! :Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno Posted: 10 Nov 2011 04:14 PM PST | ||
Marina Mahathir gambaran realiti elit Melayu Posted: 10 Nov 2011 04:10 PM PST SIASAH DAILY Malah, pernyataan sikap itu menjelaskan satu realiti elit Melayu yang terbina hasil dominasi politik parti etnonasionalis Umno. Aktivis liberal yang juga pengulas sosio-politik ini dalam penulisannya telah memperlihatkan pandangan yang jauh lebih liberal sejak awal lagi, ketika aktivis liberal lain masih berhati-hati. Beliau menerbitkan buku himpunan tulisannya In Liberal Doses pada 1998, sekitar masa bermula perjuangan golongan liberal dengan lebih terbuka dan agresif. Sebagai anak pemimpin yang berpengaruh, Marina dengan berani mengutarakan pelbagai pandangan yang jelas sifat liberalnya, termasuk yang menyasarkan parti pemerintah Umno berhubung satu skandal pemimpinnya. Perbezaan sikap dan pandangan dunia Marina dengan parti bapanya telah kelihatan sejak awal. Mahathir agresif melahirkan sikap anti-Barat, meliputi isu politik hingga kepada perang budaya, tetapi Marina yang berpendirian liberal dan mesra dengan Barat menunjukkan sikap berbeza. Marina, hasil kedudukannya dalam elit kuasa yang dibina parti konservatif Umno, kini dapat menjalani kehidupannya seperti dilihat kini; memperjuangkan agenda liberal termasuk kebebasan gay dan memperlihatkan sokongan kepada agenda reformasi pilihan raya Bersih 2.0, yang kewujudannya sebahagian besar dapat dikaitkan dengan amalan pemerintah sejak pemerintahan bapanya. Hal yang sama berlaku di banyak negara membangun, seperti Indonesia, menyaksikan generasi kedua, anak pemimpin-pemimpin konservatif yang menguasai politik negara mengambil haluan liberal, pada masa sama mendapat manfaat yang banyak daripada kedudukan sebagai elit politik. Ini tidak dapat dielakkan ekoran mobiliti sosial yang meningkat, mengubah kehidupan elit tersebut menjadi lebih berpendidikan dan memperolehi rujukan yang lebih luas. Kelompok ini juga, yang sejumlah besarnya mendapat pendidikan di luar sistem persekolahan nasional, tidak dapat mengelakkan diri daripada menyertai satu lingkaran sosial yang lebih berada dan liberal, walaupun ada yang terus bersikap konservatif dalam politik. Realiti elit politik Melayu ini juga terkait dengan isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, yang diperkenalkan dan dipaksakan oleh pentadbiran Mahathir dan mendapat sokongan sekelompok elit politik Melayu. Mereka sebahagian besarnya lebih selesa berbahasa Inggeris - malah mungkin juga Perancis - dan bergaul dengan elit yang gaya hidupnya tidak berbeza dengan mereka. Elit politik Melayu inilah yang akibat mobiliti sosial yang lebih pantas itu menikmati satu kehidupan yang berbeza dengan sebahagian besar rakyat yang menjadi mangsa dasar menyeleweng itu. Mereka bukan sahaja menikmati taraf ekonomi yang lebih tinggi, malah sebahagian besar turut memegang nilai dan pandangan hidup yang berbeza berbanding sejumlah besar rakyat Melayu Muslim. Elit yang beridentiti baharu ini juga tidak dapat dielakkan daripada mempunyai pengaruh terhadap parti Melayu dominan itu, seperti disaksikan dalam kes PPSMI. Malah, kalangan ini juga mampu untuk mengambil lebih banyak posisi-posisi penting dalam politik (parti Melayu Umno dan juga parti-parti lain) dan pentadbiran negara, menandakan masa depan yang lebih mencabar dalam usaha mempertahankan jati diri Melayu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan