Selasa, 8 November 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar: Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap

Posted: 08 Nov 2011 04:07 AM PST


S Pathmawathy

Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

NONEDana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.

Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.

NONE"Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu."

Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.

azlan"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."

Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

BOLEH BAYANG!!! 17 ribu pengundi muda didaftar BN hanya melalui aktiviti perkhemahan

Posted: 08 Nov 2011 03:51 AM PST

PASPB


Berapa ramai pendaftar dilantik SPR nak cari 1000 pengundi baru punya la seksa . Tapi melalui BN hanya dengan aktiviti perkhemahan 17 , 220 orang pengundi muda didaftarkan.

Macam mana BN berjaya daftarkan begitu banyak pengundi muda. Itu jangan tanya , sebab semua sedia maklum peranan SPR komponen tak rasmi BN.

Ini juga sebagai cabaran kepada parti politik dalam PR yang semakin hari semakin kurang mendaftar pengundi baru. Alasannya, pilihanraya tak lama lagi, jadi nama yang didaftar tak sempat nak mengundi. Fikirlah untuk jangka panjang sikit.....Admin

JOHOR BAHRU - Seramai 17,220 pengundi muda berjaya didaftarkan dalam program perkhemahan pengundi muda yang dijalankan menerusi penganjuran Kelab Penyokong Muda Barisan Nasional (BN) Tebrau sebelum ini.

Ketua Pemuda Umno Tebrau, Syahrin Md Jamaludin berkata, jumlah tersebut merangkumi bukan sahaja pengundi muda dari kaum Melayu, tetapi juga kaum Cina dan India di kawasan itu, sekali gus usaha tersebut akan terus dipergiatkan.

Menurutnya, pihaknya akan mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai golongan muda menerusi Kelan Penyokong Muda BN kerana hasil kajian yang mereka lakukan mendapati golongan muda tidak gemar menganggotai parti politik.

"Sebab itu kita lancar kelab penyokong ini orang muda yang menyokong BN boleh sertainya," katanya selepas pelancaran kelab tersebut yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, kelmarin.Sinar Harian

KHALWAT LAGI !!!! Ketua Wanita Bahagian pula tu, apa nak jadi dengan pemimpin UMNO?

Posted: 08 Nov 2011 03:43 AM PST

PASPB

HEBOH kebelakangan ini di facebook berhubung khabar angin yang bertiup kencang menceritakan bahawa Ketua Wanita Umno Batu Pahat, ditangkap khalwat bulan mac lalu. Ramai yang menghantar email kepada ReJaM© bertanyakan hal itu.



Maklumat tersebut sudah berada di dalam simpanan ReJaM©. Pada awalnya ReJaM© kurang berminat untuk mendedahkan hal itu. Namun begitu lantaran terlalu banyak pertanyaan yang diajukan, maka di sini ReJaM© dedahkan serba sedikit kes tersebut.

Pada Jam 3.40 pagi 6 Mac 2011 yang lalu, satu serbuan dibuat di alamat No 31 Jalan Bintang 5, Taman Flora Batu Pahat oleh Imam masjid Dato Bentara Luar, Marzaki Bin A Rasak bersama dua orang polis IPD Batu Pahat serta dua orang awam.

Ketua Wanita Umno itu ditahan di bawah Seksyen 27(1) ab ekjsi1997 (khalwat) No Report BT PAHAT/005571/11. Di bawah ini salinan report Polis yang dibuat susulan daripada serbuan tersebut. (klik untuk membesarkan imej)

Berikut pula maklumat keahlian Umno, Haliza Binti Abdullah Ketua Wanita Umno Batu Pahat.

No. Ahli :
01512035
Negeri : J - JOHOR
Bahagian : 150 - BATU PAHAT
DUN : 15023 - PENGGARAM
Cawangan : 15023030 - KAMPONG MERDEKA

Di bawah ini pula gambar rumah beralamat di No 31 Jalan Bintang 5, Taman Flora Batu Pahat tempat aktiviti khalwat tersebut didakwa berlaku (lokasi serbuan dilakukan).



ReJaM© "Banyak skandal pemimpin Umno sudah berada dalam simpanan, maklumlah dekat nak pilihanraya ni budaya cantas mencantas semakin hebat!"

Pinjaman PTPTN: Pinjaman Perbelanjaan Pelajar IPTA Dihapuskan & Yuran Pengajian KEKAL ?

Posted: 08 Nov 2011 03:37 AM PST

Staff Berita Semasa


PTPTN Pinjaman PTPTN: Pinjaman Perbelanjaan Pelajar IPTA Dihapuskan & Yuran Pengajian KEKAL ?


Konsep dah meminjam, selepas meminjam wajib membayarnya. Sekarang ini akibat hutang dari pemberian pinjaman PTPTN dikatakan dah tak tertanggung, sudah ada timbulnya cadangan pemberian pinjaman perbelanjaan PTPTN dihapuskan.

Ini semua dilakukan adalah disebabkan untuk mengurangkan perbelanjaan yang semakin melambung tinggi dan tidak sepadan dengan "perolehan" PTPTN yang sepatutnya dibayar semua oleh peminjam. Setakat ini dah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. Banyak juga.

Selepas ini generasi muda kita besar kemungkinan akan terpaksa menggunakan duit sendiri bagi menyara kehidupan mereka di pusat pengajian tinggi kelak. Mungkin?

  • Bukan semua dapat JPA/MARA
  • Bukan semua yang ada ini anak-anak ahli politik atau menteri yang boleh hantar anak-anak belajar ke mana-mana universiti luar negara dan juga
  • Bukan semua yang dapat belajar di universiti contohnya datang daripada keluarga yang "mampu"

Kita berbalik kepada realitinya sekarang ini, apa faktor-faktor penyebab perbelanjaan operasi bagi pemberian pinjaman PTPTN melambung tinggi tetapi tidak setimpal dengan bayaran balik yang sepatutnya mereka perolehi

  • Pertama, yang bagi pinjaman PTPTN ini adalah kerajaan yang mempunyai tugas untuk membantu rakyatnya bukannya berniaga, apatah lagi dengan rakyat sendiri. Jadi bagi kami mengapa mahu dicaj yuran perkhidmatan kepada peminjam pada kadar yang membebankan?
  • Keduanya, kami lihat ramai peminjam yang tidak layak, turut diberikan juga pinjaman PTPTN utnuk situasi sekarang ini
  • Yuran pengajian yang tidak sekata dikalangan IPTA, sehingga ada pelajar yang menikmati duit perbelanjaan yang berlebihan berbanding rakan-rakan mereka di IPTA yang lain
  • Terdapat yuran IPTS atau kolej swasta yang terlalu mahal yuran pengajiannya, turut diberikan pinjaman PTPTN
  • Pelajar itu sendiri ada kelemahannya menyalahgunakan peruntukan pinjaman PTPTN yang diperolehi mereka untuk membeli "barang-barang yang bukan keperluan" yang tidak sepadan dengan tugas mereka hanya untuk belajar bukan bergaya. Jikalau anda menggunakan sebahagian kecil pinjaman PTPTN membeli emas pada awal pengajian, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN anda, 3 atau 4 tahun selepas itu. Contoh sahaja
Lagipun PTPTN ini sebuah organisasi yang ada kewibawaannya yang pastinya ada kepakaran untuk menstruktur semula beban hutangnya itu, dan kami yakin PTPTN mampu melakukannya. Dalam pada masa yang sama kami ada beberapa cadangan untuk diutarakan kepada PTPTN :
  1. Seperti biasa kalau nak kenakan caj perkhidmatan biarlah berpada. Contohnya, caj perkhidmatan yang PTPTN kenakan sebanyak RM75 sebulan. PTPTN nak membantu atau nak menekan peminjam? Janganlah ambil kesempatan di atas kesempitan peminjam yang datang daripada keluarga yang kurang mampu dan miskin ketika mahu memohon bantuan untuk menuntut ilmu
  2. Elakkan memberikan pinjaman PTPTN sekaligus pada awal pengajian. Akhirnya nanti masuk bulan ke-3, ke-4 semester pelajar akan mula ikat perut disebabkan sebahagian daripada peminjam PTPTN sudah berjoli sakan dengan duit tersebut. Ini realitinya. Jadi pada pandangan kami PTPTN sepatutnya mengagihkan wang untuk perbelanjaan pengajian kepada pelajar mengikut bulan (setiap awal bulan) bukannya diberikan sekaligus. Dalam pada masa yang sama, beban kewangan cash flow pihak PTPTN dapat dikurangkan.
  3. Pelajar yang mendapat 2nd class upper mungkin boleh diberikan sedikit kelonggaran daripada segi diskaun pembayaran semula supaya mereka turut dihargai dan memberikan cabaran untuk pelajar supaya lebih berusaha keras semasa menuntut
ptptn 2 Pinjaman PTPTN: Pinjaman Perbelanjaan Pelajar IPTA Dihapuskan & Yuran Pengajian KEKAL ?

Kami yakin dengan bantuan kerajaan, PTPTN mampu mengatasi sebarang masalah beban hutang yang ditanggung bagi membolehkannya meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar pada kadar munasabah. Kalau ikut perangkaan PTPTN, perbadanan itu menghadapi masalah mengutip tunggakan pinjaman daripada 246,000 peminjam berjumlah RM1.3 bilion. Jumlah tertunggak yang besar ini bukan saja membebankan PTPTN, malah menafikan hak beribu-ribu pelajar lain untuk mendapat pinjaman PTPTN.

Kami berharap kerajaan tidak sewenang-wenangnya akan mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan setiap pelajar yang layak, terutama yang kurang kemampuan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Sikap ini sudah tentu timbul daripada kesedaran bahawa pembangunan modal insan adalah sesuatu yang tidak boleh dikorbankan, walaupun di atas alasan kesempitan wang.

Bajet Selangor 2012 Kejutan Untuk Golongan Ibu dan Belia

Posted: 08 Nov 2011 03:35 AM PST

Oleh Hafizan Taib dan Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.

Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.

Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.

Kerajaan negeri juga dijangka memperuntukkan sejumlah yang besar bagi penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan bajet esok.

"Berita baik memang ada tapi tentang menyaingi (Bajet 2012 Kerajaan Pusat) ataupun apa tu...kena tengok esoklah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Green Development : The Economy Of The Future di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin yang dihubungi TV Selangor menjelaskan halatuju Bajet 2012 akan memberikan fokus kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 dalam usaha mengurangkan ketirisan dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Dan iktibar dari laporan audit 2010 menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan, agensi, jabatan, kementerian langsung tidak menjadikan laporan audit 2009 sebagai iktibar bagaimana untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku di setiap jabatan dan agensi dan juga kementerian.

"Kita lihat ketirisan yang berlaku pada 30 peratus daripada peruntukan yang diberi, ini bermakna jika peruntukan di Selangor adalah RM1.6 bilion tahun lepas ini bermakna kita berjaya selamatkan RM400 juta,"katanya.

Ada apa dengan gaya rambut baru Lim Guan Eng

Posted: 08 Nov 2011 03:32 AM PST

Oleh Adil Mat Selamat


Suatu waktu dulu kita ada mendengar cerita tentang perubahan penampilan diri seorang pemimpin UMNO negeri Selangor. Wajahnya yang tepu tiba-tiba menjadi berseri dan kelihatan lebih muda.

Propagandis UMNO sendiri yang memulakan gosip itu telah menuduh pemimpin tersebut menggunakan suntikan Botox. Dakwaan itu dinafikan pemimpin tersebut, sebaliknya menyatakan perubahan fizikal wajahnya adalah kerana beliau suka makan tempe, juadah kegemaran orang Jawa.

Namun, apa pun yang dijelaskan oleh pemimpin berkenaan, iaitu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo, rakyat sudah membuat persepsi sendiri. Wajah berserinya sejak akhir tahun 2007 dianggap banyak orang sebagai memakan belanja yang bukan sedikit, maklumlah rumahnya sahaja sudah berjuta-juta ringgit harganya.

Walau pun rupa wajahnya menjadi bahan gossip liar di kalangan manusia yang suka mengumpat, rakyat lebih melihat kepada apa yang beliau laksanakan sebagai pemimpin negeri.

Tuduhan-tuduhan rasuah, salah guna kuasa, membazir dan sebagainya, akhirnya menggugurkan kedudukannya. Malah beliau mencatat sejarah UMNO dan Barisan Nasional apabila menjadi Menteri Besar pertama yang kehilangan negeri dalam pilihan raya pada 2008.

Sebagai orang politik, beliau sendiri sedar bahawa kalah menang bukan kerana wajah berseri atau tidak, sama ada dengan tempe atau suntikan apa-apa ubat.

Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang pusat yang suatu ketika dahulu terkenal dengan cermin matanya, kini tidak lagi.

Ada orang kata Ketua Umum PKR itu Nampak lebih muda, ada pula yang marah kerana kononnya Anwar telah hilang gaya 'intelektual' sejak umum melihatnya sebagai pemimpin muda pada tahun-tahun 1970-an dahulu.

Bagi pemimpin besar ini, walau sekecil mana pun perubahan itu, sedikit-sebanyak tetap menjadi bahan bualan. Kata orang-orang UMNO, Anwar mahu ubah penampilan diri semasa dalam UMNO suatu waktu dulu.

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi adakah semua ini penting dalam agenda Pakatan Rakyat?

Gaya baru

Kini tiba giliran Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ditohmah dan difitnah tanpa henti oleh kumpulan-kumpulan ultra-kaum termasuk lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia.


Baru-baru ini, selepas kes fitnah anaknya di sekolah menengah oleh juak-juak UMNO, Guan Eng dilihat sedikit berbeza dengan penampilan wajah yang baru. Penampilan yang baru ini kali pertama disedari beberapa hari sebelum perayaan Deepavali baru-baru ini.

Perubahan yang kita maksudkan adalah gaya rambutnya. Apabila kita melihatnya kita rasakan ada sedikit kelainan, tetapi bagi yang kurang peka, mereka tidak dapat mengagak apa yang telah berubah.

Tanpa apa-apa rawatan, tanpa sebarang kos, modalnya hanyalah sikat dan sekeping cermin muka. Dan ia berjaya, nampak kemas dengan 'mood' baru.

Gaya rambut Guan Eng dahulu kelihatan terlalu 'kemas' seperti gaya 'cikgu sekolah' tahun 70-an dengan sisiran rapi berkilat kesan dari minyak rambutnya, menjadikan beliau begitu 'Cina' yang skema.

Kini dengan gaya sisiran yang baru yang tidak lagi kelihatan licin berminyak, ia tidak lagi ketara tekstur belahan rambutnya. Kata orang, gaya rambutnya sekarang mirip cara sikatan kebanyakan orang Melayu? Ringkas, sederhana dan nampak 'cool'.

Bukan gaya rambut yang penting

Namun, sebagaimana dengan isu wajah Khir Toyo, apa yang penting bukan gaya sikat rambut atau mencekangkan muka. Sebagai pemimpin, rakyat menagih kepimpinan yang jujur, cekap dan tegas.

Ketika Guan Eng mengambil tampuk pimpinan negeri pada awal 2008, hutang Pulau Pinang yang dikumpulkan oleh kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM630 juta. Kini selepas tiga tahun, hutang negeri hanya tinggal RM30 juta.

Adakah beliau menggunakan silap mata atau rawatan khas untuk menyelesaikan hutang negeri? Barangkali bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Kon ada jawapannya.

Begitu juga dengan iltizam politiknya, wang yang dapat diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukanlah hasil dari suntikan atau rawatan istimewa, sebaliknya apa yang disebut Guan Eng adalah 'dividen anti-rasuah'.

Apakah maksudnya? Mudah sahaja, menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT), rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa dapat dikawal dan dibendung kerana iltizam politik kepimpinan negeri. Duit-duit yang dahulunya 'bocor' dari kantong negeri inilah yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sesebuah kerajaan tidak perlu menjadi berbelanja besar atau boros hanya untuk memberi kebajikan kepada rakyat, sebaliknya dengan sistem urus tadbir yang baik dan cekap, maka khazanah negeri akan berjaya dipelihara dan diagih kepada rakyat dengan meluas.

Dalam aspek pelaburan, kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya menarik minat penanam modal atas dasar CAT sehingga mendapat pujian banyak pihak antarabangsa.

Memahami makna dari natijah yang tersurat memberi kita sedikit gambaran bahawa jika hendak kelihatan lawa dan segak, tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, cukup sekadar kita mencermin kembali diri kita sendiri.

Dan lakukanlah yang terbaik dengan penuh kesederhanaan, baik kepada diri mahu pun pentadbiran dan politik. Pemimpin harus tahu membezakan yang mana plastik dan yang mana realistik. – Roketkini.com

Jumlah pengundi naik mendadak, timbul tanda tanya

Posted: 08 Nov 2011 03:30 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Jumlah pertambahn mendadak pengundi baru seramai 1.35 juta orang yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum ke-12 menimbulkan tanda Tanya.

Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, sehingga 31 Ogos 2011, jumlah pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan layak untuk mengundi pada PRU13 adalah seramai 12.27 juta.

Peningkatan ini dilihat terlalu mendadak berbanding jumlah pengundi baru pada PRU11 dan PRU12 iaitu di antara 600,000 dan 700,000 sahaja, katanya.

Justeru itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengaitkan pertambahan ini dengan kes-kes pengundi hantu yang telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.

"Selain itu, pendatang tanpa izin yang diberikan status warganegara dan dilayakkan untuk mengundi juga banyak dibongkar," katanya.

Dalam pada itu Tan turut memberi contoh pertambahan pengundi baru di Selangor seramai 246,000 menjadikan jumlah pengundi sekarang seramai 1.8 juta.

"Peningkatan ini juga merupakan rekod baru bagi Selangor," katanya merujuk jumlah pengundi pada PRU12 di negeri itu cuma 1.57 juta.

Beliau berharap Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) yang ditubuhkan untuk memulihkan sistem pilihan raya akan diberikan kuasa yang lebih mendalam dari Kementerian Dalam Negeri.

"Masalahnya, adakah pilihan raya akan diadakan sebelum PSC menyiapkan laporannya yang dijangka siap awal April depan?" katanya.

Jumlah Pertambahan Pengundi di Malaysia
Tahun Jumlah keseluruhan pengundi Jumlah pengundi baru Peratus peningkatan
1999 9.564 juta 552,898 6.12%
2004 10.285 juta 725,200 7.53%
2008 10.922 juta 637,548 6.00%
2011 (sehingga 31 Ogos) 12.268 juta 1,345,861 12.32%

PPSMI: Pendekatan fleksibel diperlukan

Posted: 08 Nov 2011 03:02 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Formula yang lebih fleksibel sangat diperlukan bagi menyelesaikan kemelut dan 'usaha' Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar kerajaan dengan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memilih cara pengajaran dan pembelajaran bagi anak mereka.

"Ini termasuklah mewujudkan kelas atau sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama untuk mata pelajaran sains dan matematik," katanya dalam satu kenyatataan.

Menurut Kit Siang, jika dilaksanakan dengan formula yang lebih rasional dan liberal, ia bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah kuasa global bagi menghadapi cabaran di peringkat antarangsa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, selama 31 bulan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran telah gagal mengetengahkan formula baru meyakinkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan PPSMI.

"Malah, masih jelas dalam ingatan rakyat Malaysia mengenai pengakuan beliau sebaik menjadi Menteri Pelajaran yang beliau tidak tahu bahawa Bahasa Inggeris bukan mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia.

"Beliau merupakan salah seorang penyokong kuat dalam UMNO yang mahu melaksanakan PPSMI pada 2002, malah turut menggunakan hujah separuh masak bahawa negara-negara seperti China, Jepun, Korea dan Perancis telah beralih menggunakan Bahasa Inggeris kerana ia boleh membantu mereka untuk maju," katanya.

Justeru, beliau berkata, Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan diri untuk melakukan tranformasi pendidikan dan pelajaran bagi meningkatkan kemahiran pelajar di Malaysia dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Tambahnya, kerugian terbesar Muhyiddin terhadap sistem pendidikan dan daya saing antarabangsa Malaysia adalah kerana keputusannya menghapuskan PPSMI.

Najib, Rosmah tidak selesaikan ibadah haji?

Posted: 08 Nov 2011 03:00 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan rasa terkejut bahawa perdana menteri, isterinya dan beberapa kenamaan lain selesai menyempurnakan ibadah haji.

Malaysiakini melaporkan Dr Juanda sebagai berkata, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat mereka pada waktu Zohor hari ini, itupun sekiranya melakukan nafar awal iaitu selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.


"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara

Posted: 08 Nov 2011 02:59 AM PST

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi National Feedlot Corporation (NFC).

Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.


Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

"Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

"Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit," kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

"Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat," kata Rafizi.

Belanjawan Selangor dijangka beri yang terbaik- Penganalisis

Posted: 08 Nov 2011 02:57 AM PST

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Penganalisis berpendapat pembentangan Belanjawan 2012 Kerajaan Negeri Selangor pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor esok menampilkan alternatif terbaik yang akan menyaingi Belanjawan Persekutuan.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan negeri juga pastinya meliputi peruntukan kepada golongan sasaran.

"Sudah pasti Selangor akan cuba untuk mengemukakan bajet alternatif yang baik untuk bersaing dengan bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

"Walaupun bajet itu tidak menyeluruh seperti kerajaan pusat, namun Selangor akan berusaha untuk menunjukkan bahawa mereka juga mampu memberi terbaik kepada rakyat," kata beliau.

Menurut Dr Sivamurugan, rakyat akan melihat sama ada kerajaan negeri akan mengumumkan defisit serta perbelanjaan dana setelah tiga lebih tiga tahun memerintah.

"Selangor adalah negeri penting kepada pembangunan negara, ini kerana ia dekat dengan pentadbiran kerajaan Pusat, selain menyumbang pelaburan dan memberi peluang pekerjaan," katanya seperti di lapor Sinar Harian hari ini.

Sidang Dun Selangor dijangka bermula esok dan berakhir pada 18 November ini.

Fitnah 2: Editor TV minta maaf pada Anwar

Posted: 08 Nov 2011 02:56 AM PST

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

"Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.

"Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian," kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.

Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.

Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.

Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.

Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.

Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.

Kemana peruntukan RM426.5 juta untuk parlimen pembangkang?

Posted: 08 Nov 2011 02:53 AM PST

(Oleh: Masdar Wahid)


KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.

"Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu," katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

"Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta.

"Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya.

Pertukaran saham Mas, AirAsia beri keburukan- Refsa

Posted: 08 Nov 2011 02:51 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Badan pemikir Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa) menggesa agar pertukaran saham AirAsia-Mas dikaji semula kerana ia kini mula mendatangkan keburukan kepada orang awam.

Suruhanjaya Sekuriti kini sedang menyiasat pertukaran saham MAS dan AirAsia jika kemungkinan terdapat unsur-unsur urusniaga dalaman (insiders' trading) sewaktu pertukaran itu berlaku.

Menurut Refsa, terdapat petanda-petanda semasa yang membuktikan pengguna sudah mula merasa kesan buruk daripada pertukaran saham itu.

"Kurang tiga bulan daripada pengumuman kerjasama itu dilakukan, beribu-ribu pembeli tiket dari Johor ke Kuching, Kota Kinabalu, Surabaya, Bandung dan Bangkok mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh Firefly.

"Jika begini, apakah manfaat yang dimaksudkan?" tanya Refsa.

Menurut Refsa lagi, pembatalan penerbangan itu membuktikan pertukaran saham itu merugikan orang awam.

"Penerbangan sudah dikurangkan dan rakyat kecewa. Juruterbang dan kru kabin kini juga semakin kekurangan peluang pekerjaan.

"Kini kita menunggu masa sahaja sebelum harga tiket penerbangan naik dan lebih banyak penerbangan dibatalkan.

"Penerbangan yang semakin sedikit bukan sahaja menjejaskan pengembara dan staf syarikat penerbangan. Ia juga bermakna kurang peluang kerja untuk pemandu teksi, hotel, dan pengembara.

"Ia juga bermakna kurang peluang untuk usahawan berjumpa dan mewujudkan peluang perniagaan baru," kata Refsa.

Perkara ini, kata Refsa berlaku kerana elemen 'pilihan' sudah tiada lagi apabila entiti korporat bergabung memonopoli industri dan mengenepikan kepentingan pengguna.

Justeru, Refsa percaya kepentingan rakyat Malaysia hanya akan terpelihara jika AirAsia dan Mas kekal sebagai pesaing dan bukannya rakan kongsi.

"Pastinya calon yang sesuai boleh dicari daripada industri penerbangan global untuk mengambil alih peranan MAS," katanya.

Penganjur serah kepada KPN tentukan nasib Seksualiti Merdeka

Posted: 07 Nov 2011 11:42 PM PST



Pang Khee Teik. ― Foto oleh Jack Ooi


PETALING JAYA ― Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini secara formal telah meminta satu pertemuan dengan Tan Sri Ismail Omar dan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara dalam memutuskan sama ada akan membatalkan pengharaman dikenakan ke atas program itu Khamis lalu.

Pang Khee Teik, pengasas kempen itu memberitahu pemberita, beliau telah diminta bertemu dengan Ismail sama ada esok ataupun lusa untuk menjelaskan objektif program tersebut.

"Bagi pihak penganjur, saya mahu mengatakan bahawa kami telah memanjangkan permintaan kepada Ketua Polis Negara dan berterima kasih kerana beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan kami.

"Kami akan menjelaskan objektif kami dan menyerahkan keputusan (sama ada membolehkan program ini) akan diteruskan kepada beliau," kata Pang pada sidang media di pejabat Tenaganita di sini.

Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini petang ini.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Petang tadi, empat anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Brickfields mengambil keterangan Pang kira-kira 4 petang.

Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Tenaganita Irene Fernandez.

Anak tak sah taraf: Mufti Perlis nasihat ibu bapa cabar JPN

Posted: 07 Nov 2011 11:40 PM PST



KUALA LUMPUR — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menasihatkan keluarga Muslim, yang berhadapan masalah meletakkan nama keluarga bagi anak luar nikah atau bayi yang lahir dalam tempoh enam bulan selepas perkahwinan satu-satu pasangan, agar mencabar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mahkamah jika enggan menerima pengakuan si lelaki bahawa dia adalah bapa yang sah.

Menurut Juanda, keengganan JPN menerima pengakuan seseorang bapa sebenarnya memalukan mereka dan ia amat jelas bertentangan dengan Islam lebih-lebih lagi jika sudah ada fatwa negeri sebagaimana diputuskan oleh kerajaan negeri Perlis.

"Sudah cukuplah kontradik hukum hakam ini mencelarukan rakyat Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan yang diemelkan dari Mekah.

Sehubungan itu kata Juanda (gambar), beliau menyokong kenyataan beberapa sarjana, yang dibawa The Malaysian Insider semalam, agar pihak berkuasa agama khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan dengan segera meneliti perkara tersebut.

Prof Dr Mohamad Ajmal Abdul Razak Al-Idrus dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) berkata, satu pertemuan perlu dipanggil untuk membincangkan isu berkenaan di kalangan sarjana yang berlainan aliran sunah untuk "mencari satu penyelesaian secara progresif."

Kata beliau, sudah ada kes-kes masa lalu di mana menerima idea daripada aliran lain, antaranya berkaitan tunai haji, apabila lelaki dan wanita boleh bersolat bersebelahan, di depan atau belakang satu sama lain dan menyentuh satu sama lain secara tidak sengaja tidak membatalkan sembahyang.

"(Oleh itu) 'menulis tidak berkenaan' pada ruang bapa dalam sijil kelahiran akan merugikan seseorang kanak-kanak sebab ia satu bentuk diskriminasi dan melabelkan kanak-kanak terbabit dengan stigma yang dia tidak harus tanggung," kata beliau dalam satu tulisan siaran akhbar tempatan kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia Prof Dr Mohamad Hashim Kamali pula berkata, dalam Islam seseorang bapa boleh menuntut hak keibubapaan meskipun anaknya lahir akibat hubungan luar nikah.

Kata beliau, sebaik sahaja pengesahan keibubapaan diperoleh, kesemua hak lain termasuk hak ke atas soal penjagaan dan nafkah akan menyusul dengan sendiri.

"Tidak ada anak lelaki dan anak perempuan kelas pertama, atau kelas kedua ataupun kedua ketiga apabila pengesahan keibubapaan diberikan," kata Hashim lagi.

Sambil mengakui beliau tidak terkejut bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menerima pandangan majoriti bahawa hanya bayi yang lahir selepas enam bulan selepas satu-satu perkahwinan adalah sahih, Hashim yang menghormati pendirian badan itu menyoal sama ada pihak berkenaan melihat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai perkara berkaitan.

"Mengapa kita perlu terlalu literalis dalam fesyen ini? Mengapa Majlis Fatwa harus berfikiran bahawa mereka hanya boleh sah jika mereka mengikuti versi yang sangat menyusahkan ini?

"Masyarakat Malaysia tidak wajar dilayan dengan peraturan sedemikian," kata beliau sambil menambah, simpati dan kebijaksanaan untuk memahami Islam dengan betul dalam era semasa.

"Ulama dan mufti kita harus sentiasa memberi perhatian kepada perkara ini," kata Hashim mengulas laporan media bulan lalu.

Laporan media itu menyebut maklumat mengenai individu yang mengaku bapa kepada anak luar nikah kini boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan yang dikeluarkan JPN.

Maklumat itu berdasarkan pengakuan sebagai bapa bagi pasangan yang berkahwin kurang daripada enam bulan atau qamariah dan yang tidak berkahwin dengan syarat ibu dan lelaki itu menandatangani bersama borang permohonan. Ia selaras dengan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Seksyen 10 Ordinan Sabah Cap 123 dan Seksyen 11 Ordinan Sarawak Cap 10 dan Pekeliling 8/2009 yang telah diedarkan kepada semua JPN negeri pada Ogos 2009.

Penjelasan itu dibuat dalam kertas kerja oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar di Kuala Terengganu pertengahan bulan lalu.

Isu anak tidak sah taraf hangat dibincangkan apabila kerajaan negeri mencadangkan mekanisme bagi membolehkan anak-anak itu didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak itu menanggung tekanan emosi berpanjangan.

Menurut kertas kerja itu, tujuan memasukkan maklumat berkenaan adalah untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada bayi sekiranya bapa adalah warganegara Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu Khazan Che Mat berkata, cadangan kerajaan negeri agar diwujudkan mekanisme bagi membolehkan anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan bin atau binti bapanya tidak harus disalah tafsir dan dipolitikkan.

Menurut beliau, cadangan itu sebagai alternatif untuk memastikan golongan itu tidak menanggung bebanan emosi dan terhukum kerana kesalahan ibu bapa masing-masing.

Katanya, soal itu baru sahaja dikemukakan dalam kertas cadangan untuk diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Juanda menambah, Perlis sudah lama mengeluarkan fatwa berkaitan hal itu, yang diputuskan sekitar 2007 dan 2008.

"Kami sudah mendalami hal ini hampir setahun daripada pelbagai sumber Islam yang tidak boleh dipertikaikan seperti dari Sahih al Bukhari dan Syarahnya kitab Fathul Bari karangan ulama mazhab syafie yang terkenal, Ibnu Hajar al Asqalani dan sudah ada fatwa daripada Jawatankuasa Fatwa Perlis berkaitan hal ini.

"Ulama antarabangsa seperti Wahbah Zuhaili pun ada pandangan sebegini. Ulama peringkat dunia tidak bawa pandangan sama seperti di Malaysia. Entahlah, kenapa? Hal di Malaysia ini baru berlaku dekad akhir ini sahaja sedangkan dari dulu tidak isu ini," kata beliau.

Mufti Perli menambah, pihaknya telah mengarahkan JPN negeri agar akur dengan keputusan fatwa negeri itu yang telah pun diperkenankan oleh Raja Perlis.

"Tetapi JPN Perlis enggan patuhi atas alasan, ia urusan dan arahan pihak persekutuan sedangkan urusan penentuan nasab keturunan orang Islam adalah urusan agama, dan urusan agama, kalau menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang undang tubuh kerajaan negeri perlis adalah hak dan urusan mutlak negeri yang dinaungi oleh Raja Perlis.

"Kami akan perjuangkan hak anak ini dan hak keluarga mereka daripada dimalukan," katanya lagi.

Lelaki maut motosikal terbabas elak beruk lintas jalan

Posted: 07 Nov 2011 11:36 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR — Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas selepas mahu mengelak seekor beruk yang melintas jalan dalam kejadian berhampiran Caruk Batang Padi di Padang Terap petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Mohammad Abu Bakar, 26, dari Kampung Pedu di Padang Terap menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan apabila tiba di susur keluar Caruk Batang Padi menghala ke Lebuh Raya Tekeh, dia dikatakan terkejut selepas melihat seekor beruk melintas jalan lalu cuba mengelak beruk tersebut menyebabkan dia terbabas dan kepalanya terhantuk jalan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

"Akibat kecederaan teruk di kepala, mangsa meninggal dunia di HSB kira-kira pukul 1.50 pagi dan mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata jalan yang digunakan oleh Mohammad adalah jalan baru yang menghubungkan Durian Burung di daerah Padang Terap dengan daerah Baling.

"Di kiri dan kanan jalan itu adalah kawasan kebun getah dan semak dan banyak beruk di situ. Saya harap orang ramai yang melalui jalan itu berhati-hati kerana di situ berhati-hati begi mengelak kejadian seperti itu berlaku lagi," katanya.

Bekas juara tinju Joe Frazier meninggal dunia

Posted: 07 Nov 2011 11:35 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

WASHINGTON — Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight sedunia dan pernah bertarung dalam tiga pertemuan terkenal dengan legenda Muhammad Ali, meninggal dunia pada usia 67 tahun, semalam.

Dikenali sebagai "Smokin' Joe", Frazier (gambar) yang merupakan peninju pertama menewaskan Muhammad, meninggal dunia di Philadelphia kira-kira sebulan selepas dirawat kena kanser.

MENYUSUL LAGI

Ku Li: Saya tubuh Amanah sebab tiada ruang suara di Umno

Posted: 07 Nov 2011 11:30 PM PST


KUALA LUMPUR— Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.

Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

"Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.

"Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu," katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau: "Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa."

Tengku Razaleigh (gambar) yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.

"Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram," kata presiden Amanah ini.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.

"Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar," katanya.

Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.

"Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.

"Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan," katanya.

Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.

Penduduk terus bantah laluan LRT

Posted: 07 Nov 2011 11:28 PM PST

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Isu bantahan penduduk Putra Height dan Taman Megah terhadap cadangan pembinaan laluan Sistem Aliran Ringan (LRT) khususnya laluan di antara Stesen 11 dan Stesen 12 yang akan dibina oleh Prasarana Negara Berhad masih diteruskan.

"Alasan utama terhadap bantahan pembinaan tersebut adalah kerana stesen tersebut terlalu hampir dengan kawasan perumahan serta potensi risiko geobencana seperti tanah runtuh dan kemungkinan banjir besar," jelas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Tambahnya lagi, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Program Bencana Geologi, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin.

"Aspek geologi dan geoteknikal yang terkandung di dalam Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), Laporan Kajibumi dan Laporan Penyiasatan Struktur Tanah yang disediakan oleh pemaju tidak lengkap dan tidak boleh dikategorikan sebagai laporan kajian terperinci.

"Oleh itu, kebimbangan dan bantahan penduduk seperti yang disuarakan oleh Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah adalah berasas dan wajar diberi pertimbangan.

"Dalam pada itu melalui laporan Tajul Anwar itu juga kajian perlu dilakukan secara terperinci bagi mengenalpasti kesemua masalah geologi dan geoteknikal serta risiko geobencana telah diambil kira sepenunhnya, ini penting bagi menjamin langkah-langkah mitigasi dan pencegahan risiko bencana yang sesuai dan rekabentuk yang seamat serta ekonomikal untuk jangka masa panjang," jelas Dr Mariah pada satu sidang media di lobi parlimen.

Sidang media itu juga turut dihadiri wakil Jawatankuasa Bertindak Penduduk, Prem Kaur, Presiden Persatuan Penduduk Subang Alam Seksyen 27 Shah Alam dan Justin Tham sebagai wakil Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Tun Tan Siew Sin.

Dr Mariah juga memberitahu tanpa kajian geologi dan geoteknikal yang terperinci serta tanpa pernyataan kaedah yang kukuh oleh pengkaji profesional untuk plan mitigasi risiko geobencana, maka ada kewajaran cadangan tersebut perlu diubah ke laluan yang sewajarnya serta yang lebih selamat.

Sementara itu, Prem Kaur memberitahu sehingga sekarang tiada maklumat atau kajian baru dilaporkan di dalam laporan yang disediakan oleh Prasarana ini, apa yang diberikan adalah maklumat yang sama daripada kajian terdahulu iaitu Oktober 2010.

"Laporan tersebut tidak lengkap dan kita melihat laporan itu hanya berkisar kepada huraian tentang jenis dan keadaan tanah serta batuan yang diperolehi daripada lubang-lubang gerudi yang dibuat di antara stesen 11 dan 12.

"Kita tidak mahu peristiwa yang sama berlaku seperti apa yang telah terjadi sebelum ini iaitu di Bukit Antarabangsa, Highland Towers malah keruntuhan Stadium Sultan Mizan. Perkara ini perlu dititik beratkan jangan bila berlaku bencana serta kehilangan nyawa baru kita hendak bertindak.

"Kami berharap kerajaan negeri mengarahkan pembinaan tersebut dihentikan segera dan jika ingin meneruskan juga ia perlu melalui laluan yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mariah menjelaskan bantahan pembinaan tersebut juga di sebabkan laluan terlalu hampir dengan kedudukan deretan rumah yang berdekatan dengan cerun selain selari dengan jajaran kabel elektrik yang sedia ada dan juga berhampiran tasik hasil dari bekas kuari.

"Berdasarkan laporan geologi dan maklumbalas pemaju serta ulasan pakar yang teah dibentangkan di dalam menyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 21 April yang lalu dan susulan dari mesyuarat tersebut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah turun padang diiringi Datuk Bandar Shah Alam serta beberapa Exco dan Pegawai Kerajaan Negeri bagi melihat sendiri laluan yang dibantah oleh penduduk.

"Susulan lawatan itu Menteri Besar mengarahkan Prasarana menyediakan laporan kajian geologi serta menjawab segala keraguan tentang isu-isu berkaitan risiko geobencana.

"Tetapi apa yang diterima dari Prasarana adalah mengenai laporan yang sama dengan apa yang diberikan sebelum ini, tidak satu pun dijawab tentang isu-isu geobencana dan kita harap kerajaan negeri dapat memainkan peranan untuk menghentikan pembinaan tersebut serta meminta pemaju mencari laluan baru bagi kedua-dua stesen tersebut," katanya.

Sebelum itu, penduduk setempat menyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) jauh lebih selamat serta memberi manafaaf kepada penduduk setempat serta masyarakat sekeliling jika dibandingkanm dengan apa yang dicadangkan oleh Prasarana.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga turut hadir dalam sidang media tersebut menyarankan agar Prasarana mengemukakan cadangan laluan yang baru, walaupun ada penambahan kos tetapi ia lebih selamat dari apa yang akan di hadapi pada masa yang akan datang.

PKR dakwa Najib, Noh bohong

Posted: 07 Nov 2011 11:17 PM PST

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menipu Dewan Rakyat berhubung isu pinjaman kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Bercakap pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memberitahu sebenarnya keseluruhan RM250 juta telah dibayar kepada NFC oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

"Keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

"Manakala pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad," jelas Rafizi.

Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Merujuk kepada penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan badan-badan lain, menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,925.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini kata Rafizi hanyalah dapat diperolehi sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

Malah keuntungan itu katanya seolah-olah NFC adalah sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

"Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan opleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari pinjaman kerajaan RM250 juta serta geran kerajaan RM6,082,518 juta," sambungnya lagi.

Noh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.

Najib pula pada 1 November lalu melalui awapan bertulis kepada Dewan Rakyat menyebut bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC.

Kedua-dua kenyataan tersebut menjelaskan bahawa bayaran pinjaman itu belum dibayar sepenuhnya.

"Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yanf dimiliki serta diurus oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Berasaskan kepada fakta-fakta yang diperolehi, saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Iondustri Asas Tani serta Datuk Shahrizat Jalil tampil kehadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan," jelas Saifuddin pula.

Nasrudin Hassan: Negara perlukan pemimpin berakhlak

Posted: 07 Nov 2011 11:15 PM PST

Nasrudin bin Hassan


1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut. Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya. Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman.

2. Seringkali masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Masalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan.

3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus (Good Governance).

Sabda Rasulullah saw: انّما بُعثت لأُتمم مكارم الأخلاق
Sesungguhnya Aku dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak.

4. Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku inflasi jika ianya diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik. Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak.

5. Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan sifat rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh pada pengurus dan pentadbir ekonomi negara sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir. Firman Allah merakamkan kisah sang penguasa yang angkuh :

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78

6. Contoh mudah kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dapat dilihat melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini.

a> Antaranya projek kerajaan yang diberi melalui runding terus dan tentunya ia dilihat sebagai anugerah kepada kroni ialah projek pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya lima ekor sahaja layak bertanding.

b> Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

c> MARA (Majlis Amanah Rakyat) pula ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.
d> Syarikat-syarikat GLC yang ditegur pengurusannya berulang tahun juga terus dilanda kerugian dengan suatu kerugian yang sangat besar.

i - Syarikat Perumahan Negara Bhd rugi RM21.4 juta,
ii - Indah Water Konsortium Bhd rugi RM33.4 juta,
iii - Aset Global Network Sdn Bhd rugi RM41.1 juta,
iv - Keretapi Tanah Melayu Berhad rugi RM92.6 juta,
v - Prasarana Bhd rugi RM367.1 juta.

7. Kesan yang lebih besar dapat dilihat dengan jelas sebagai manifestasi dari tandus akhlak apabila hutang negara meningkat sebanyak 12.3% kepada angka RM407.11 billion pada tahun 2010 berbanding RM362.39 billion pada tahun 2009, keadaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% iaitu pada kadar 53.1%.

8. Terbaru negara kita digegar riuh oleh isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta. Sehingga sekarang pihak yang bertanggungjawab masih gagal untuk memberi penjelasan.

9. Ketua Audit Negara telah berkali-kali menegur kerajaan samaada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, demikian juga dengan kementerian-kementerian agar bijak berbelanja, elakkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, malangnya mereka tidak pernah memahami bahasa Ketua Audit Negara. Justeru itu saya menyeru rakyat agar mendidik dan menegur kerajaan yang gagal mengurus ekonomi berasaskan akhlak terpuji dengan menggunakan "bahasa undi" dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada membawa berkah dan rahmah apabila ekonomi tidak diurus dengan akhlak yang soleh dan hati yang taqwa kepada Allah swt.

10. Rakyat jangan anggap remeh perkara ini. Pemimpin yang gagal memiliki akhlak yang soleh dan moral yang beretika tidak layak diserahkan amanah mengurus hasil dan harta negara kerana kelak rosak binasa sementara rakyat terus menderita terperangkap dalam pelbagai situasi seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar cukai, pemotongan subsidi dan 1001 situasi yang menyenak perut sang marhaen.

*Kenyataan media oleh Nasrudin bin Hassan (gambar kiri) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Projek Fidlot Kebangsaan: Kepincangan kewangan dan "Conflict of Interest"

Posted: 07 Nov 2011 11:08 PM PST

Rafizi Ramli


KERAJAAN BERBOHONG MENGENAI JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH DISALURKAN KEPADA NATIONAL FEEDLOT CORPORATION SDN BHD

Saya merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa "pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya".

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

-Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

-Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

-Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

-Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

-Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

-Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

-Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

-Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM250,000,000
GERAN KERAJAAN RM6,082,518


-Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

-Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

-Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

-Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

-Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

-Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

-Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

-KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA SHAHRIZAT JALIL

-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil.

-Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd
-Saham-saham dimiliki oleh Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham).


-Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my

-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

-Saham-saham dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000).



-Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

-Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

-Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

-Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

-Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil.

-Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI


-Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat Jalil.

-Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

-Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Shahrizat Jalil.

-Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Shahrizat Jalil (gambar kiri) tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

*Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR.

Rakyat di luar negara disaran daftar sebagai pemilih

Posted: 07 Nov 2011 10:27 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

:"Semua kedutaan Malaysia sudah dimaklumkan mengenai prosedur-prosedur pendaftaran pemilih serta perjalanan pilihan raya bagi warganegara yang menetap di luar negara," kata timbalan menteri luar.



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menyarankan semua rakyat Malaysia di luar negara yang layak, agar mendaftar sebagai pemilih di pejabat perwakilan Malaysia bagi memastikan hak mereka sebagai pengundi terjamin.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohillan Pillay berkata kementeriannya yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa memastikan Borang Pendaftaran Pemilih mencukupi di semua kedutaan besar, suruhanjaya tinggi, konsulat general dan konsulat Malaysia di luar negeri.

"Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri selaku penolong pendaftar pemilih di luar negeri akan secara berterusan membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih bagi warganegara Malaysia yang layak berlandaskan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang antaranya ingin tahu persediaan setiap perwakilan Malaysia di luar negara di seluruh dunia dalam memastikan rakyat di perantauan mendapat hak mengundi.

Kohillan berkata perwakilan Malaysia juga sentiasa memastikan butiran peribadi warga Malaysia termasuk yang telah mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) yang menetap di luar negara, dikemas kini dan mengandungi maklumat lengkap.

Kedutaan sudah dimaklumkan

Katanya, kerajaan sentiasa mengingatkan kepentingan bagi warga Malaysia yang berhasrat menetap atau telah menetap di luar negara untuk berdaftar dengan perwakilan Malaysia berhampiran.

"Semua kedutaan Malaysia sudah dimaklumkan mengenai prosedur-prosedur pendaftaran pemilih serta perjalanan pilihan raya bagi warganegara yang menetap di luar negara," katanya.

Kohillan berkata apabila pilihan raya diadakan, Kementerian Luar akan memastikan sampul dan kertas undi pos bagi pemilih berdaftar sebagai PTH dihantar kepada perwakilan berkaitan sebaik sahaja diterima daripada SPR.

Selepas 24 jam proses penamaan calon berlangsung, kertas mengundi akan mula dicetak dan SPR akan serahkan kepada Wisma Putra melalui 'diplomatic bag' untuk dihantar ke negara berkenaan.

"Selepas mereka memangkah dan memasukkan ke dalam sampul surat itu dan terus dihantar kepada pegawai pengurus pilihan raya sesuatu bahagian," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Kohillan berkata proses kempen di luar negara dibenarkan selepas proses penamaan calon berlangsung.

Kempen itu juga tertakluk kepada peraturan pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR, katanya.-Bernama

Konvensyen pilihan raya Pemuda PAS 19 Nov

Posted: 07 Nov 2011 10:23 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mereka yang terbabit dengan konvensyen pilihan raya ini ialah pengarah dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS negeri dan Wilayah Persekutuan.



PETALING JAYA: Pemuda PAS akan mengadakan konvensyen pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Nasrudin Hassan.

Konvensyen sehari suntuk itu akan diadakan di di kediaman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 November ini yang turut merasmikannya.

Ketua Pemuda PAS itu berkata adalah wajar dan perlu bagi Dewan Pemuda PAS di semua peringkat menyediakan jentera yang mantap dan mempunyai asas kefahaman tentang gerak kerja pilihanraya berserta semangat juang yang tinggi.

"Konvensyen pilihan raya adalah salah satu medium bagi Dewan Pemuda PAS mengumpul semua pengarah-pengarah pilihanraya kawasan untuk diberikan suntikan semangat, taujihat, hala tuju dan strategi menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang bakal dihadapi," katanya.

Kata, Nasruddin mereka yang terbabit dengan konvensyen pilihan raya ini ialah pengarah dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS negeri dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menambah, ketua Pemuda dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS dan pengarah pilihanraya dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS kawasan hadir sama.

Katanya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan turut menyampaikan ucapan di konvensyen tersebut.

Tiada ulasan: