DIALOG RAKYAT |
- AHLI PARLIMEN DITUDUH TERIMA RASUAH SETENGAH JUTA?
- SALIB Vs BAWANG, PENUH KONTROVERSI!
- BELURAN, PUSAT PELUPUSAN PLUMBUM?
- LINTASAN MAUT DI TENOM LAMA?
- RELA KASARI ORANG AWAM?
- Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno
- Pakatan sedia sokong protes jika Najib panggil PRU sebelum syor panel khas
- Ekonomi: Negara perlukan pemimpin berakhlak
- Dasar ‘Pandang ke Timur’ Dr M dibimbing sikap perkauman dan berat sebelah
- BN takut anak muda bangkit
- Buku bergambar 'Che Det' dilancar Khamis ini
- Sekolah Cina terus dibangun di sebalik prejudis
- IGP sedia jumpa penganjur Seksualiti Merdeka
- Kerajaan nak bantu bekas tentera 'auta' belaka
- Kerosakan ITC; Ahmad Said 'cakap kosong'
- Lelaki OTC Ditahan Cuba Pegang Payudara Wanita Dalam Lif
- Berhenti Jadi Menteri Jika Tak Tahu Hormati Hak Rakyat Negara Ini
- FELDA TERPESONG DI BAWAH NAJIB?
- SEKALI NAJIB PI HAJI !!! Setiap hari ada liputan media , heboh satu kampung UMNO
- Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini!
- Agrofest 2011: Selangor Perkasakan Pertanian
- Gelombang Hijau: Puluhan ribu rakyat Perak menggerunkan Umno-BN
- Umno boleh jadi ‘gila’ bila DAP bertegas mahukan Nizar sebagai MB Perak
- Hapuskan semua peruntukan Seksyen 15 AUKU
- Demokrasi terpimpin kepala hotak kau…
AHLI PARLIMEN DITUDUH TERIMA RASUAH SETENGAH JUTA? Posted: 06 Nov 2011 03:50 AM PST | ||||
SALIB Vs BAWANG, PENUH KONTROVERSI! Posted: 06 Nov 2011 03:43 AM PST Oleh : MUTALIB M.D KESANTUNAN rakyat Sabah, terutama penganut agama Kristian mudah diguris luka apabila lambang agama mereka disentuh; berbanding dengan umat Islam di Sabah yang masih hidup di zaman jahiliah dan semakin taksub terhadap pemimpin sekalipun terpaksa menjual agama mereka. Peristiwa mengecat pintu Masjid Negeri Sabah di Sembulan dengan lambang salib sekitar 1985 tidak membangkitkan kemarahan umat Islam sehingga memaksa pemimpin politik berhaluan kiri mengupah PATI beragama Islam untuk menyemarakkan isu penghinaan agama Islam dengan menuding jadi kepada Parti Bersatu Sabah (PBS); sehingga menimbulkan rusuhan dan kemusnahan harta benda. Namun tindakan 'barbarian' berkenaan dibalas dengan tindakan penuh bestari dan dramatik apabila akhbar Borneo Mail, milik Tan Sri Bernard Dompok menyiarkan berita Paderi Kristian diculik. Kebangkitan mendadak sokongan bumiputera bukan Islam di Sabah terhadap PBS begitu memuncak sehingga berjaya memenangi pilihanraya demi pilihanraya sehingga 1994 apabila tewas oleh taktik 'Pecah dan Perintah' Barisan Nasional. Isu Salib adalah 'Taboo' di Sabah kerana penganut agama Kristian begitu fanatik terhadap agama mereka, sekalipun mereka tidak meletupkan bom atau melontarkan Molotov; sebagaimana yang dilakukan oleh PATI yang diupah oleh anarkis politik di era 1985; sehingga menimbulkan huru-hara dengan menawan Masjid Negeri Sabah di Sembulan sebagai 'Markas'. Walaupun tanda 'Salib' (cat merah) di Masjid Negeri dibuat oleh umat Islam sendiri atas arahan seorang Pemimpin USNO yang kini menjadi Adun di Pantai Timur Sabah, namun mereka tidak merasa berdosa menggunakan tangan mereka untuk mencetuskan huru-hara, semata-mata untuk merampas kuasa. Ketika itu, walaupun terdengar suara sumbang untuk 'memotong bawang' (kubah masjid) namun tidak ada sebuah masjid yang diserang oleh penganut agama Kristian dan mereka hanya perlu menyiarkan kes penculikan seorang paderi untuk menyatu padukan sokongan terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dituduh menipu dan memperdaya USNO kerana enggan membentuk kerajaan campuran. Campurtangan polis ketika itu, begitu membimbangkan kerana Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim memaklumkan beliau telah diarah untuk membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina melalui senapang dan peluru yang diberikan Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu; semata-mata untuk mencetuskan mageran. Mujur Hassnar enggan menuruti perintah CP, Datuk Maulana Babjee, jika tidak, landskap politik Sabah akan menjadi seperti Filipina kerana 'membunuh' adalah 'HALAL' dalam politik mereka. Sejak daripada itu, Salib bukanlah perkara mainan kerana Barisan Nasional telah berjaya mengesan kelemahan orang Kristian iaitu sanggup mati mempertahankan lambang agama mereka sehingga digunakan sebagai 'senjata ampuh' untuk menumbangkan sebuah kerajaan pilihan rakyat selepas PBS bergabung dengan Semangat 46, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. 'Brutus' dalam PBS telah memakaikan Tengku Razaliegh dengan Tengkolok yang berlambang 'Salib' dalam acara penuh gemilang bagi memberi laluan kepada Kerajaan Persekutuan membakar semangat Umat Islam di Sabah dan Semenanjung Malaysia bahawa 'Semangat 46' membawa umat Islam di Sabah menyokong Kerajaan Kristian di Sabah. Walaupun PBS berjaya mempertahankan kerajaan Negeri Sabah kerana taktik menyertai Gagasan Rakyat beberapa hari menjelang pilihanraya umum, namun telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada UMNO untuk membawa panji-panji ke Sabah kerana PBS menjadi pembangkang; sehinggalah mereka tewas oleh politik pecah dan perintah BN pada 1994. Tindakan Sabahkini.net menyiarkan grafik wanita berpelukan dengan lelaki berlatar belakangkan salib baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai polemik; sekalipun grafik berkenaan tidak keterlaluan kerana bukannya di dalam gereja dan hanya menggunakan teknik 'photoshop' untuk membuat teknik 'overlapping'. Sempena sambutan Aidil Adha, Unit Grafik dan Editorial Sabahkini.net menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada seluruh umat Kristian di Sabah jika penyiaran Grafik Sabahkini.net bercanggah dengan tatasusila, dogma, nilai dan norma kehidupan sejagat. Sabahkini.net tidak bermaksud untuk membangkitkan sentiment agama, tetapi fanatisme menyebabkan senario ini berlaku dan mungkin mudah bagi pihak luar membangkitkan kemarahan rakyat Sabah melalui sengketa 'Salib'; sedangkan umat Islam hanya berdiam diri jika 'Surau' atau Masjid mereka saling tak tumpah seperti kandang kambing! | ||||
BELURAN, PUSAT PELUPUSAN PLUMBUM? Posted: 06 Nov 2011 03:41 AM PST Oleh : MUTALIB M.D TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menggesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak menjadikan Beluran sebagai Pusat Pelupusan Plumbum di Sabah. Ketika ditemui di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Ronald yang agak terkejut dengan tindakan KKLW melambakkan bateri asid plumbum yang digunakan dalam projek solar Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Paitan dan Beluran. "Masalah timbunan bateri plumbum yang digunakan selama ini belum selesai dan saya tidak jangka KKLW melambakkan lagi bateri asid plumbum di Beluran tanpa pengetahuan saya," kata Ronald yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Beluran) dan agak terkilan dengan senario yang berlaku. Menurut Ronald, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyelesaikan masalah bekalan elektrik di parlimen Beluran (Labuk dan Sugut), namun penggunaan bateri asid plumbum yang berbahaya amat dikesalkan. Dengan jangkaan hayat plumbum satu juta tahun, kata Ronald, beliau bimbang Beluran akan tercemar dan rakyatnya mengalami risiko akibat pencemaran logam berat plumbum yang tidak dilupuskan dengan sempurna. "Isu plumbum ini telah dibincangkan secara panjang lebar di Dewan Rakyat dan saya tidak sangka penggunaan bateri plumbum dalam projek BELB masih berterusan. Kita harap KKLW dapat beralih kepada bateri yang mesra alam selaras dengan Dasar Tekonologi Hijau Negara," ujar Ronald yang menyifatkan penggunaan Teknologi Hitam (Bateri Plumbum) sebagai menggagalkan penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Sejajar dengan penglibatan Malaysia dalam Basel Convention, Ronald berharap agar KKLW mengetatkan syarat iaitu mewajibkan kontraktor pembekal mengambil kembali semua bateri terpakai untuk dilupuskan. "Kita tidak boleh bertolak ansur lagi kerana kesannya kepada kanak-kanak sudah mula kelihatan terutama kemerosotan dalam pelajaran yang dipercayai akibat kesan pencemaran plumbum; tertutama tindakan penduduk kampung melebur bateri untuk mengambil timah hitam sebagai pemberat jala atau batu ladung pancing," kata Ronald yang menggesa kerajaan menghentikan terus penggunaan bateri asid plumbum dalam projek elektrik solar akan datang. Ketika ditanya apakah beliau sedar bahawa Projek Solar di Paitan dilaksanakan oleh Naluri Rezeki Sdn.Bhd melalui kontrak KKLW.T.56/2011 bernilai RM33.816 juta di bawah tajuk Projek Pembinaan Bekalan Sistem Alternatif Mukim Paitan, Sabah; Ronald mengatakan beliau tidak tahu menahu kerana tidak pernah dimaklumkan kepada beliau oleh sebarang pihak. | ||||
Posted: 06 Nov 2011 03:39 AM PST MEDIA PBS TENOM PERGERAKAN Pemuda PBS Melalap menggesa Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) agar meningkatkan langkah-langkah keselamatan di semua 'point' pintu lintasan keretapi tidak berpagar dan berpagar di sepanjang landasan antara Tenom ke Tanjung Aru supaya benar-benar selamat dan berfungsi dengan baik, untuk mengelakkan kejadian yang mengerikan, seperti insiden baru-baru ini tidak berulang. Selain itu, lintasan berpagar di Tenom Lama yang rosak teruk setelah dirempuh oleh sebuah kenderaan beberapa bulan lalu perlu dibaiki segera bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Demikian dinyatakan Ketua Pergerakan Pemuda Parti bersatu Sabah (PBS) Melalap, Mollin Haji Morris sebagai mengulas kejadian yang mengerikan baru-baru ini apabila ramai penumpang tren komuter tercedera selepas dirempuh lori tangki minyak, dekat Petagas, minggu lalu. Beliau menimbulkan persoalan itu bagi menyedarkan pihak tertentu, betapa pentingnya masalah kerosakan pintu lintasan di Tenom Lama diambil perhatian serius, sebelum insiden buruk berlaku. "Jika punca kemalangan di Petagas itu disebabkan lintasan yang kurang terjaga keselamatannya, mungkin juga ada persamaannya dengan lintasan Tenom Lama yang selama ini dibimbangi para pengguna jalanraya, khususnya pemandu kenderaan kerana masalah kekeliruan," tegas Mollin. Kata Mollin lagi, beliau pernah terbaca laporan dalam media mengenai kerosakan pagar lintasan ini beberapa bulan yang lalu, tetapi masalahnya masih belum ditangani sehingga hari ini dan menggesa JKNS pro-aktif bagi melindungi keselamatan pengguna. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar buat sementara waktu lintasan di Tenom Lama diletakkan secara 'manual' dengan menempatkan kakitangan menjalankan tugas keselamatan di situ, sehingga kerja-kerja membaikpulih lintasan yang berkomputer itu pulih sepenuhnya. | ||||
Posted: 06 Nov 2011 03:33 AM PST | ||||
Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno Posted: 06 Nov 2011 03:28 AM PST KUALA LUMPUR— Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya. Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih "dalam kerangka dan idea" yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik. Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut. Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan. Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno. "Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini. Malah Aziz juga berkata, "tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?" Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan. "Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti," kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, "saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled." Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama. Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah. "Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?" katanya lagi. Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian. "Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar," katanya lagi. "Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan," kata Aziz lagi. Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan. Aziz pula menjawab, "saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled." Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat. Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan. Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu. Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai. | ||||
Pakatan sedia sokong protes jika Najib panggil PRU sebelum syor panel khas Posted: 06 Nov 2011 03:25 AM PST Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya. Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13. Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu. "Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS. Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga. Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan. "Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan. "Jadi dua kumpulan itu merasakan bahawa kita telah diperdaya, kemungkinan akan ada sokongan, Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan langkah menyokongnya kerana kami telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini," kata beliau yang juga anggota jawatankuasa itu. Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata, beliau akan berusaha untuk melakukannya menerusi jawatankuasa berkenaan sebelum memberi kata dua mengenai protes. "Pada masa sekarang, kami melihat pada opsyen-opsyen yang ada tetapi kita cuba untuk melakukannya menerusi jawatankuasa pilihan khas ini," kata beliau yang juga anggota panel khas itu. "Jika ia (pilihan raya) diadakan, kita perlu membuat keputusan kemudian. Kita tidak boleh membuat andaian sekarang, kami akan mengadakan mesyuarat susulan Khamis depan," katanya lagi merujuk kepada pertemuan berkala jawatankuasa berkenaan. Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang juga berkata, terlalu awal untuk mengatakan sama ada satu protes jalanan besar-besaran diperlukan pada masa sekarang. "Saya tidak mahu membuat jangkaan buat masa sekarang, tetapi harapan rakyat adalah tinggi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu. | ||||
Ekonomi: Negara perlukan pemimpin berakhlak Posted: 06 Nov 2011 03:21 AM PST Nasruddin Hassan 1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut. Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya. Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman. 2. Seringkali masaalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Masaalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan. 3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus [ Good Governance ] Sabda Rasulullah saw: انّما بُعثت لأُتمم مكارم الأخلاق Sesungguhnya Aku dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak. 4. Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku kemelesetan parah jika ianya diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik. Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak. 5. Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan sifat rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh pada pengurus dan pentadbir ekonomi negara sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir. Firman Allah merakamkan kisah sang penguasa yang angkuh : إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78 6. Contoh mudah kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dapat dilihat melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru - baru ini. a] Antaranya projek kerajaan yang diberi melalui runding terus dan tentunya ia dilihat sebagai anugerah kepada kroni ialah projek pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding. b] Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. c] MARA (Majlis Amanah Rakyat) pula ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA. d] Syarikat-syarikat GLC yang ditegur pengurusannya berulang tahun juga terus dilanda kerugian dengan suatu kerugian yang sangat besar. i - Syarikat Perumahan Negara Bhd rugi RM21.4 juta, ii - Indah Water Konsortium Bhd rugi RM33.4 juta, iii - Aset Global Network Sdn Bhd rugi RM41.1 juta, iv - Keretapi Tanah Melayu Berhad rugi RM92.6 juta, v - Prasarana Bhd rugi RM367.1 juta. 7. Kesan yang lebih besar dapat dilihat dengan jelas sebagai manifestasi dari tandus akhlak apabila hutang negara meningkat sebanyak 12.3% kepada angka RM407.11 billion pada tahun 2010 berbanding RM362.39 billion pada tahun 2009, keadaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% iaitu pada kadar 53.1%. 8. Terbaru negara kita digegar riuh oleh isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta. Sehingga sekarang pihak yang btanggungjawab masih gagal untuk memberi penjelasan. 9. Ketua Audit Negara telah berkali - kali menegur kerajaan samaada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, demikian juga dengan kementerian - kementerian agar bijak berbelanja, elakkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, malangnya mereka tidak pernah memahami bahasa Ketua Audit Negara. Justeru itu saya menyeru rakyat agar mendidik dan menegur kerajaan yang gagal mengurus ekonomi berasaskan akhlak terpuji dengan menggunakan "bahasa undi" dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada membawa berkah dan rahmah apabila ekonomi tidak diurus dengan akhlak yang soleh dan hati yang taqwa kepada Allah swt. 10. Rakyat jangan anggap remeh perkara ini. Pemimpin yang gagal memiliki akhlak yang soleh dan moral yang beretika tidak layak diserahkan amanah mengurus hasil dan harta negara kerana kelak rosak binasa sementara rakyat terus menderita terperangkap dalam pelbagai situasi seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar cukai, pemotongan subsidi dan 1001 situasi yang menyenak perut sang marhaen. | ||||
Dasar ‘Pandang ke Timur’ Dr M dibimbing sikap perkauman dan berat sebelah Posted: 06 Nov 2011 03:03 AM PST K Suresh, Malaysia Chronicle Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah menyatakan tanggapan mudah bahawa Dasar "Pandang ke Timur" beliau dalam bentuk asalnya yang telah lama tidak dihiraukan, merupakan cara terbaik untuk negara ini menghadapi "masa ekonomi tidak menentu pada masa hadapan". Warga Cina dan India kelahiran Malaysia adalah naif jika mereka fikir bahawa Dasar "Pandang ke Timur" Mahathir tidak akan menyoal ekonomi China dan India yang berkembang pesat - jika rancangan asal beliau adalah apa-apa sahaja bagi mencapai matlamat. Mahathir telah memilih Jepun pada tahun 80-an dalam 'wawasan' sesat beliau bagi membatalkan peranan orang Cina dalam ekonomi Malaysia dengan menggantikan mereka dengan orang Jepun. Mahathir menyamakan Jepun dengan kejayaan dan Barat dengan model yang gagal, ini jelas merujuk kepada krisis hutang yang melanda ekonomi Eropah dan beban hutang yang meningkat di Amerika Syarikat. Singapura mara ke hadapan disebabkan oleh dasar-dasar lebih bijak Tetapi beliau harus melihat ke Singapura, yang terletak di selatan tambak dan dimajukan oleh musuh beliau Lee Kuan Yew, menjelang tahun 2010 Singapura mempunyai ekonomi yang lebih besar daripada Malaysia sebanyak AS $ 5 bilion - AS $ 210 bilion v AS $ 205 bilion dan mempunyai beban hutang negara yang bersamaan dengan 98 peratus daripada KeluaranKasar Dalam Negeri. Berbeza dengan Malaysia, Singapura menggunakan pinjaman dengan baik dan mengekalkan rizab negara bertahap tinggi dan melabur dalam bentuk Dana Berdaulat yang dilabur di seluruh dunia. Bukan sahaja ia mendapat perhatian Jepun, tetapi juga India dan China, di mana kebanyakan perdagangan bermula. Malaysia boros dengan pinjaman dan hasil naungan politik dengan memberikan projek-projek kerajaan kepada pihak yang digemari pada harga yang terlalu tinggi iaitu sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali ganda dari harga yang diberikan kepada pembayar cukai. Model gagal yang disebut Mahathir – iaitu ekonomi barat – tidak akan membenarkan Perbendaharaan Negara dirampas secara terang-terangan. Mereka tidak mengambil dari Dana Pencen untuk membiayai lebih banyak skim kurang bijak yang diimpikan oleh orang gemuk dan ketua politik mereka. Ujian membuat roti Kekaguman Mahathir terhadap Jepun yang terlampau tidak kena pada tempatnya. Jelas sekali, beliau masih berharap bahawa Jepun akan memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi Malaysia, merugikan orang-orang Cina, dan memberi manfaat kepada golongan elit Umno. Lebih banyak sebentar lagi! Setakat ini, Mahathir hanya dapat memujuk pembuat roti Jepun untuk bekerjasama dengan beliau dalam usaha yang dipanggil The Loaf. Ia telah gagal pada permulaannya dan sekarang sementara ia boleh memancing pembeli dan pelancong yang lapar, peningkatan hanya bermula selepas ia menawarkan diskaun 50% dan barangan promosi yang lain-lain. Aduan terdapat bahawa roti dan produk pastri ternyata terlalu mahal,namun Mahathir tetap bekerja keras. Masalahnya, jika Mahathir tidak boleh menjalankan kedai roti, tiada siapa yang patut mengambil pelbagai pengumuman beliau mengenai ekonomi secara serius. Beliau terlalu bangga untuk mengakui bahawa beliau telah salah, juga untuk menyingkirkan rakan kongsi Jepun, dan mengambil Cina tempatan atau India atau rakyat Malaysia Timur. Adakah ekonomi Jepun berjalan lancar? Cukup untuk mengatakan bahawa Perbadanan Jepun adalah suatu ciptaan Jeneral AS, Douglas McArthur selepas Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Amerika untuk menamatkan Perang Dunia Kedua di Asia dan di Pasifik. 'Keajaiban Jepun' adalah semata-mata kerana Amerika membuka pasaran ke negara itu. Sebaliknya adalah sebab mengapa Jepun mengebom Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Dis 1941 untuk mencetuskan Perang Dunia II di Asia dan di Pasifik. Sejak Perang Dunia kedua berakhir, sehingga kemunculan baru-baru ini oleh China, kedua-dua Jepun dan Amerika Syarikat adalah seperti dua orang lelaki mabuk, berpaut antara satu sama lain, hingga salah seorang daripada mereka jatuh ke dalam parit berdekatan. Akhirnya, Jepunlah yang jatuh ke dalam parit kerana Yen terkurang nilai berbanding dolar Amerika Syarikat, simpanan dolar AS pihak Jepun yang berkembang segera dilabur dalam Bil Perbendaharaan AS dan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara yang memihak kepada pihak pertama. Jepun mengalami deflasi selama 15 tahun dan baru sahaja pulih daripadanya apabila ia masuk ke dalam tempoh deflasi lagi di tengah-tengah hutang industri perbankan tempatan yang teruk. Kini, tiada siapa yang pasti di mana berdirinya ekonomi Jepun kecuali bagi menembusi ke dalam ekonomi Cina untuk mengurangkan pergantungan pada pasaran Amerika Syarikat. Ini adalah model ekonomi gagal yang Mahathir mahu dicontohi Malaysia. Diketepikan oleh China kerana agenda perkauman beliau China telah menggantikan Jepun dalam pasaran Amerika Syarikat. Negara tersebut berhadapan dengan masalah yang sama dihadapi Jepun dengan Washington iaitu Yuan terkurang nilai berbanding dengan dolar Amerika Syarikat, simpanan dolar AS pihak Jepun yang berkembang segera dilabur dalam Bil Perbendaharaan AS dan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara yang memihak kepada pihak pertama. China dan Amerika Syarikat hari ini adalah seperti dua orang lelaki mabuk, berpaut antara satu sama lain, takut jika salah seorang daripada mereka jatuh ke dalam parit yang terdekat. DejaVu! Singapura yang kecil pula menggantikan China tahun lepas kerana mempunyai Malaysia sebagai rakan dagangan terbesar. Faktor ini, lebih daripada yang lain, menunjukkan sejauh mana Malaysia telah jatuh dalam pasaran China. Sepatutnya, Malaysia perlu memanfaatkan kedua-dua pasaran China dan India. Itulah di mana semua tindakan ekonomi boleh didapati,dan sebahagian kecilnya di Brazil, Rusia, Mexico, Afrika Selatan, Eropah Timur dan Teluk Negara-negara Bekerjasama. Ditawarkan bagi membiarkan Jepun menggantikan Cina di Malaysia Tidak ramai tahu bahawa Dasar Pandang Ke Timur, kerana ia telah dilaksanakan, merupakan skim variasi Jepun Mahathir kurang bijak yang asal. Sumber dalaman menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri yang bersikap perkauman, dalam versinya sendiri, mempunyai keberanian untuk mencadangkan kepada Jepun bahawa beliau bersedia untuk membenarkan rakyat untuk berhijrah ke Malaysia secara beramai-ramai untuk menggantikan peranan China dalam ekonomi. Beliau juga bertindak secara unilateral dan menitahkan bahawa rekod dahsyat Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Malaysia harus dihilangkan di dalam buku teks sekolah tempatan. Sebagai balasan, beliau mahu orang Jepun untuk membawa "Melayu" (sila baca Umno elit dan Melayu yang dipilih) ke dalam perniagaan mereka sebagai rakan kongsi tulen. Orang Cina tidak bersedia untuk melakukan perkara ini, adu beliau kepada pihak Jepun. Orang Jepun terkejut dan tidak akan menyokong skim teruk Mahathir untuk mengurangkan komuniti perniagaan Cina di Malaysia. Sebaliknya, Tokyo bersedia untuk memberi biasiswa kepada "Melayu" Mahathir dan melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran. Jepun juga bersedia untuk menghantar tenaga pengajar Jepun ke Malaysia untuk mengajar di sekolah-sekolah teknikal di negara ini dan membantu menubuhkan sekolah teknikal yang baru. Pihak Jepun membalas kembali niat Mahathir Dalam usaha untuk melembutkan tegangan, Jepun menghasilkan skim mereka sendiri untuk menjaga ego besar Mahathir. Proton Saga sebagai Kereta Nasional "untuk membuktikan bahawa orang seperti beliau boleh menjadi juara dunia". Lukisan kejuruteraan model Mitsubishi Lancer yang gagal dalam pasaran Singapura dan Malaysia dengan cepat digilap dan dikitar semula ke Malaysia untuk jumlah wang yang tidak didedahkan, tetapi dilaporkan curam. Orang Jepun, bersama-sama dengan lukisan kejuruteraan tersebut, menjual kepada Malaysia beberapa barang lama sebagai yang baru untuk membuat Proton Saga. Ini telah menambah penghinaan terhadap kecederaan sedia ada . Proton, walaupun sejak penubuhannya pada tahun 1980-an, telah memeningkan pihak awam permotoran Malaysia, terima kasih kepada Mahathir dan Jepun. Tiap-tiap model Proton sejak yang pertama telah mengalami perubahan kosmetik yang pertama kerana syarikat itu tidak mempunyai sumber-sumber untuk menghasilkan enjin baru. Sepuluh tahun lalu, Proton sendiri menganggarkan bahawa ia akan menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM 500 juta untuk membangunkan sebuah enjin yang baru. Jumlah yang hanya boleh didapati selepas tiga tahun di pasaran. Pada masa itu, model baru akan diperkenalkan kepada pasaran. Selain itu, apa-apa jualan kurang daripada satu juta unit setahun untuk model tertentu bukan satu usul yang berdaya maju. Pembayar cukai membayar harga bagi sikap perkauman Dr M Rakyat Malaysia dan Petronas terus memberi subsidi kepada kereta Proton selaras dengan Dasar Pandang ke Timur tetapi tidak sebelum Mitsubishi dibuang. Tidak mungkin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan mempertimbangkan Dasar Pandang ke Timur Mahathir walaupun sepintas lalu. Ini adalah satu dasar yang bukan sahaja gagal besar-besaran tetapi telah memencilkan Malaysia dari barat dan mengekalkan negara dalam belenggu ekonomi dan kemunduran. Orang Jepun tidak mempunyai dua tanduk di atas kepala mereka dan tidak akan mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana AgendaTersembunyi berbentuk perkauman – dengan mengikut Dasar Pandang ke Timur - terhadap perniagaan masyarakat Cina di Malaysia. Malaysia Chronicle | ||||
Posted: 06 Nov 2011 03:01 AM PST Tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa dalam menuntut kebebasan dan keadilan. PETALING JAYA: Tindakan Kabinet pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa mereka kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa. Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Mohd Saifullah Mohd Ghazali berkata, Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menuntut kebebasan dan keadilan. "Tindakan pimpinan Umno-BN ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang- undang. "Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah," kata Saifullah yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor. Beliau berkata, pihaknya berpandangan bahawa mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. "Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan negara yang berkarisma," ujarnya. Justerus itu katanya, Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim. | ||||
Buku bergambar 'Che Det' dilancar Khamis ini Posted: 06 Nov 2011 02:58 AM PST MALAYSIA KINI Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan melancarkan buku bergambar "Che Det" pada 10 Nov ini yang memaparkan detik-detik hebat dalam kerjaya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, melengkapi sebahagian usaha pendokumentasian sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.Buku dwibahasa yang mempunyai 418 halaman, diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, disusun sebegitu rupa agar ia dapat dijadikan bahan penghayatan terhadap tokoh-tokoh negara dan menjadi rujukan sejarah. Buku itu mengandungi lebih daripada 470 gambar berkapsyen yang dirakam dari semasa ke semasa sejak Dr Mahathir, atau lebih mesra dikenali sebagai "Che Det" memegang jawatan Perdana Menteri dari 1981 sehingga beliau bersara pada 2003. "Bernama berasa amat bangga menerbitkan buku ini untuk menghargai jasa dan sumbangan besar kepada rakyat dan negara oleh Dr Mahathir yang mengukir nama sebagai Negarawan Ulung, Bapa Pemodenan Malaysia, Jurujual No.1 Malaysia dan Wira Dunia Ketiga, kata Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, yang juga tunjang sidang pengarang bagi penerbitan buku mewah itu. Zulkefli berkata buku bergambar ini padat dengan maklumat yang meliputi tempoh Dr Mahathir sebagai perdana menteri keempat, dengan peranannya dalam sistem demokrasi berparlimen, keluarga, politik, kebajikan masyarakat, media, hubungan antarabangsa, pentadbiran dan ketokohan beliau sebagai seorang negarawan. Para pembaca dapat menghayati perjalanan karier Dr Mahathir dalam buku ini dengan membaca satu perspektif tulisan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, sebagai penghargaan kepada seorang negarawan yang telah mengilhamkan laungan 'Malaysia Boleh'. "Che Det" akan dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr Mahathir dan Rais di Hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan. Satu ruang pameran akan dibuka kepada kepada orang ramai di mana mereka boleh melihat bahan-bahan yang diterbitkan dalam buku itu. Buku itu boleh dibeli di ruang pameran itu ataupun melalui tempahan kepada Bernama mulai 10 Nov dengan harga RM250 senaskhah.- Bernama | ||||
Sekolah Cina terus dibangun di sebalik prejudis Posted: 06 Nov 2011 02:53 AM PST Sim Kwang Yang ULASAN Jika diajukan soalan kepada kebanyakan ibu bapa berpendidikan Cina di Malaysia apa isu yang paling penting membabitkan pendidikan anak-anak mereka, - mereka akan memberitahu anda bahawa ia adalah pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka. Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. | ||||
IGP sedia jumpa penganjur Seksualiti Merdeka Posted: 06 Nov 2011 02:51 AM PST MALAYSIA KINI "Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini. Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan. Menurut kenyataan itu, penganjur sedih dan terkilan apabila orang ramai termasuk wakil rakyat memilih untuk terus menganiaya, mencaci dan bersangka buruk berhubung acara-acara anjuran mereka. Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada. Mengulas mengenai penganjur program itu termasuk membabitkan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang akan diambil keterangan, Ismail berkata pihaknya akan tetap mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan berhubung program terbabit. "Ambiga dan lain-lain penganjur diarah untuk diambil keterangan. Saya telah menyerahkan kepada pegawai saya untuk siasat," katanya. Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. Bernama | ||||
Kerajaan nak bantu bekas tentera 'auta' belaka Posted: 06 Nov 2011 01:57 AM PDT Janji Zahid Hamidi semasa PRK Bagan Pinang ditagih MARANG - Bekas-bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara kita menuntut hak-hak mereka sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). | ||||
Kerosakan ITC; Ahmad Said 'cakap kosong' Posted: 06 Nov 2011 01:53 AM PDT KUALA TERENGGANU - Bangunan ITC (International Training Centre) di Telok Kalong, di sini, adalah satu contoh pembaziran nyata oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu. | ||||
Lelaki OTC Ditahan Cuba Pegang Payudara Wanita Dalam Lif Posted: 06 Nov 2011 01:45 AM PDT KELAB GREENBOC Kepong - Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat. Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya. Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya. "Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka," katanya ketika ditemui, malam kelmarin. Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan. Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama. Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk. Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah. "Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian," katanya. Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu. Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental. -SH Definisi: OTC - Otak tak center | ||||
Berhenti Jadi Menteri Jika Tak Tahu Hormati Hak Rakyat Negara Ini Posted: 06 Nov 2011 01:42 AM PDT KELAB GREENBOC Berhenti Jadi Pensyarah Jika Mahu Berpolitik - Khaled JOHOR BAHRU: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr Abdul Aziz Bari dinasihatkan meletakkan jawatan jika mahu bercakap atas pentas politik tanpa perlu menunggu keputusan universiti. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berkata universiti adalah institusi yang mengutamakan bidang akademik. Beliau yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar Mingguan Malaysia, matlamat menjayakan bidang pendidikan memerlukan pencapaian akademik dan keneutralan sebagai keutamaan. "Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi. "Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya. Mohamed Khaled yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang juga sedar Abdul Aziz telah memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana, Johor, pada Jumaat malam tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan. Antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. -mstar Ulasan GB Berhenti jadi menteri jika tak tahu menghormati hak rakyat negara ini. Bahawa Perlembagaan Malaysia tidak pernah menghalang mana-mana rakyat tidak kira apa profesyen untuk menyuara dan menyertai mana-mana parti politik yang sah di negara ini. Bahawa kamu Khaled Nordin boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana cuba menghalang, mengugut dan mengancam profesion pensyarah dari melakukan sesuatu yang menjadi hak asasi warganegara di negara ini. | ||||
FELDA TERPESONG DI BAWAH NAJIB? Posted: 06 Nov 2011 01:37 AM PDT RONTOG DAILY Sejak dikuasai Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya – kepada sebuah agensi pelaburan kewangan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun. Ketua Audit berpendapat, "Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan." Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA. FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991). Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum. Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta. Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA. Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008. Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%). Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka. | ||||
SEKALI NAJIB PI HAJI !!! Setiap hari ada liputan media , heboh satu kampung UMNO Posted: 06 Nov 2011 01:35 AM PDT Oleh Enggang Qadha Seantero dunia tahu Najib ada di Mekah. Kalau tengok gambaq Najib masa tawaf kaabah, terfikir jugak la aku, Najib ni banyak sangat ka musuh? Sekongyong-konyong teringat kata-kata Tok Guru. Tok Guru kata "kenapa saya perlukan pengawal di rumahnya, Saya ada Allah, dan saya tak ada musuh". Berbeza dengan Najib masa tawaf kaabah, pengawal penuh di kelilingnya...sayangnya Najib tidak rasa bertawaf beramai-ramai semasa buat haji. Najib tak rasa kenikmatan mengerjakan haji sebab mendapat layanan istimewa, sampai nak tawaf pun pengawal kena buka laluan. Tak bagi orang hampir. Hebat sangat ka PM Malaysia ni, sampai kerajaan Saudi bagi layanan macam tu sedangkan Presiden Iran pi dengan bas saja dan duk sekali dengan jemaah yang lain. Semua orang tau Iran tu negara hebat. Hebatnya Iran kerana Iran berani lawan dengan Israel. Sudah tentulah presiden Iran ada ramai musuh, tapi Ahmadeennijad tidak mintak pengawal peribadi untuk dia buat kerja haji. Sepanjang Najib duk di mekah, setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 2 berita darinya. Dah ada depan kaabah pun nak fikir bab dunia lagi, tumpu la buat ibadah tu. Orang lain pun p jugak, tapi tak la sampai setiap hai ada tweet berita. Tadi tengok naib buat ucapan raya dari sana.... Pulun sungguh dia, berjumpa dengan jemaah disana, rakyat di Malaysia tidak dilupakan. Nampak la ada jam di tangan dia... Tapi tak perasan pulak rosmah pakai barang kemas apa. Kalau la ada barang kemas, memang sah la rosmah tidak menerima hakikat pemakaian ihram dan kewajipan menutup aurat. Antara hikmah memakai ihram adalah meletakkan semua manusia di dunia ini sama rata. Tak kira siapa dia, dari serendah-rendah pendapatan sehingga lah yang paling kaya, bila dah pakai ihram, semua sama saja. Disisi Allah memang berbeza ari segi ketaqwaan, tapi di mata manusia, semua sama. Kalau satu hikmah ni pun tak leh nak terima, masih nak tunjukkan pada dunia diri dia besaq, bermakna tiada lah kenikmatan berihram dan mengerjakan haji di Baitullah. Najib akan balik ke Malaysia pada 9hb. Bermakna, Najib cuma buat yang wajib saja, tak buat macam orang lain. Tak dapat la 100 rakaat jemaah di Masjid Nabi. Betulkah niat pi mekah tu untuk buat haji? Sepanjang musim haji ni, liputan keatas najib lebih banyak dari kisah nabi ibrahim dan siti hajar yang di siarkan.Kedah La | ||||
Bantuan RM500 Kepada Isi Rumah Berpendapatan RM3000 Ke Bawah. Borang Permohonan Disember Ini! Posted: 06 Nov 2011 01:23 AM PDT Ya…sedikit sebanyak bantuan RM500 ini dapat meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya persiapan ibubapa untuk sessi persekolahan 2012 pula nanti… Borang permohonan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, akan keluar pada bulan hadapan, bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bantuan RM500 ini adalah merupakan pengumuman daripada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 lepas. Dijangkakan bantuan RM500 ini akan mula diagihkan bemula januari 2012 secara berperingkat-peringkat.
Fikir-fikir balik bergeliga juga perancangan LHDN. Dengan tawaran pemberian bantuan RM500 ini, LHDN akan memperolehi lebih ramai yang mempunyai rekod dalam database mereka. Jadi lepas itu, esok lusa, bulan depan, tahun depan kalau-kalau anda "dimurahkan rezeki", jangan lupa bayar cukai. Jalankan kewajipan anda atau anda akan "diingatkan oleh LHDN". Rekod pun dah ada… P/S : Walaubagaimanapun, Kerajaan dah bagi, rakyat ambil. Ada di sini merasakan mereka berhak dapat bantuan RM500 ini? | ||||
Agrofest 2011: Selangor Perkasakan Pertanian Posted: 06 Nov 2011 12:44 AM PDT Oleh Hafizan Taib SHAH ALAM : Pertanian di Selangor akan terus dimajukan menjadi salah satu bidang penting yang mampu menjana ekonomi negeri dan menjadikannya sebagai kerjaya yang menarik untuk diceburi. Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, kerajaan negeri akan berusaha memajukan pertanian kerana bidang itu adalah antara yang terpenting sebagai bidang penghasilan makanan kepada masyarakat. Katannya, demi memastikan matlamat itu tercapai, kerajaan negeri akan menganjurkan Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) yang akan menghimpunkan golongan usahawan pertanian di Selangor bagi mempromosikan dan memasarkan produk pengeluaran mereka kepada orang ramai. "Kita nak promosikan kita nak jadikan pertanian ini satu kerjaya yang baik. Saya dapati ramai anak muda graduan universiti memilih untuk menjadi petani dan mereka gembira dan pendapatan mereka juga baik," katanya dalam sidang media selepas Pra-Pelancaran Selangor Agrofest 2011 (SAF 2011) di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Ahmad Zakaria Mohd Sidek. Kerajaan Negeri akan berusaha membantu petani meningkatkan pengeluaran supaya kekurangan bekalan makanan dapat dipertingkat ke tahap mencukupi pada masa depan. "Pertamanya kita nak memastikan cukup bekalan makanan dan kita di Selangor akan cuba modenkan bidang pertanian ini. "Bidang pertanian ini tidak cukup dengan pengeluaran. Ia mesti agro business, itu mesti ada. Kita gerakkan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran," katanya. Dr Yaakob menyeru golongan petani agar merebut segala peluang disediakan bagi kemajuan memasarkan produk pengeluaran mereka.
SAF 2011 memberi peluang kepada usahawan pertanian di Selangor berkumpul dan membuat promosi dan memasarkan prudok pengeluaran di samping mengikuti perkembangan terbaru di dalam bidang pertanian. Majlis perasmian karnival dan penyampaian anugerah Usahawan Jaya akan disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. | ||||
Gelombang Hijau: Puluhan ribu rakyat Perak menggerunkan Umno-BN Posted: 06 Nov 2011 12:43 AM PDT Perkara yang menakutkan Umno-BN di mana-mana ialah gelombang sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin bertambah-tambah, bahkan lautan manusia dengan rela hati berhimpun dalam program yang dianjurkan PAS-PR. Di Perak tidak terkecuali daripada gelombang kebangkitan rakyat yang memang digeruni oleh parti pemerintah yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir yang kini berhadapan krisis meletakkan calon Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 kerana berlaku perebutan sesama sendiri dari kalangan komponen dan Umno sendiri.PAS Perak telah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat Perak di Masjid Tinggi, Bagan Serai sempena sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak selepas kejayaan mengadakan perhimpunan 'Gelombang Rakyat' sebelum ini iaitu program PAS ganti Umno peringkat Perak di zon Utara dan Zon Selatan. Kejayaan PAS menghimpunkan rakyat dari seluruh Perak yang berlangsung dua hari itu telah memberi signal menggerunkan buat parti pemerintah yang begitu bongkak dengan kuasa mereka yang dirampas dari PR sebelum ini konon Umno-BN di Perak semakin kuat dan diterima rakyat. Menurut Pengarah Sambutan 60 tahun PAS peringkat Perak, Misbahul Munir, program yang diadakan bersempena 60 tahun PAS peringkat Perak itu ternyata menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak dari Umno-BN dan perhimpunan seumpama ini dijangka akan lebih kerap lagi diadakan bagi memastikan momentum dan gelombang ini berterusan sehinggalah PRU akan datang. Kata Misbahul, kehadiran (rakyat) memang sudah dijangka, dengan beberapa faktor isu-isu terkini selain faktor tokoh yang diundang. "Rakyat sememangnya sudah benci yang melampau terhadap Umno-BN. Mereka mengharapkan PAS dan PRlah yang akan tampil menerajui kepimpinan negara," kata Misbahul dalam Facebooknya. Program yang diadakan dua hari (29 dan 30 Oktober) itu jelas membuktikan rakyat Perak mahukan perubahan di negeri itu apabila kehadiran rakyat Perak menjangkau puluhan ribu untuk mendengar amanat dari pimpinan tertinggi PR, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan yang lain. "Ceramah malam pertama membuktikan segala-galanya, apatah lagi ceramah di malam kedua. "Gandingan mantap Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Ketua Umum PKR mengundang puluhan ribu rakyat berhimpun di Masjid Tinggi, Bagan Serai," tulis Misbahul dala Facebooknya. Menurut Misbahul lagi, program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang disensasikan melalui isu Sultan Selangor yang berganding dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang sememangnya popular bagi menggocangkan Bagan Serai. "UMNO BN pasti tidak akan lena tidur dengan kebangkitan rakyat di Perak," tulis Misbahul lagi. Misbahul turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan. "Kejayaan program adalah kerana kerjasama dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ahli PAS dan penyokong PAS di semua peringkat. "Dengan sambutan yang hebat ini, sewajarnya PAS kawasan-kawasan mengambil inisiatif di peringkat masing-masing bagi menganjurkan sambutan 60 tahun peringkat kawasan. PAS negeri sedia membantu dan menyelaraskan sambutan ini," tulis Misbahul. | ||||
Umno boleh jadi ‘gila’ bila DAP bertegas mahukan Nizar sebagai MB Perak Posted: 06 Nov 2011 12:40 AM PDT Bermacam-macam cara dilakukan Umno-BN untuk menghancurkan kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuklah cuba mengapi-apikan kononnya DAP mahukan jawatan Menteri Besar Perak jika PR menang di negeri itu selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Namun dalam laporan Sinar Harian, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas bahawa pemimpin paling layak bagi jawatan Menteri Besar adalah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar jika kemenangan berpihak kepada PR nanti. Dipetik dari Sinar Harian, Datuk Ngeh berkata, pendirian DAP tidak pernah berubah walau apa pun terjadi, malah PR negeri juga telah memberi persetujuan sebulat suara untuk memilih Mohammad Nizar bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat yang tertangguh setelah kuasa pemerintahan bertukar kepada BN. "Walau ada sekalipun calon Melayu yang dipilih untuk mewakili DAP dan ditakdirkan menang, kami akan tetap memastikan Mohammad Nizar menerajui negeri Perak. "Lagipun, setakat ini, kami masih belum menentukan sama ada akan meletakkan calon Melayu atau tidak. Sekiranya ada, perbincangan dengan rakan pakatan Pas dan PKR akan diadakan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat," kata Ngeh. Tegasnya, DAP berpegang kepada prinsip kepelbagaian kaum, tidak kira siapa yang dipilih menjadi calon asalkan calon itu dapat menggalas tugas sebagai pemimpin kepada rakyat. Katanya, bangsa Melayu, Cina mahupun India, akan dipilih jika ada di antara mereka mempunyai potensi dan berkaliber sebagai seorang pemimpin. "Apa saja kedudukan yang penting bekerja untuk rakyat bukan hanya mencari kesalahan orang lain," katanya. Mengulas mengenai kedudukan Dun Jelapang dan Malim Nawar, Koo Ham menyatakan calon sudah ada, cuma buat masa ini pucuk pimpinan PR membuat keputusan tidak mengumumkannya kecuali pada masa yang sesuai. "Kami mempunyai strategi tertentu sebagai persiapan menjelang PRU-13, kami tidak mahu umumkan calon ketika ini kerana dikhuatiri akan dimanipulasikan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan," katanya. Penegasan DAP itu telah memberi satu pukulan maut buat Umno-BN yang cuba bertungkus-lumus untuk memecah-belahkan kesatuan dalam PR, lebih-lebih lagi antara PAS dan DAP. Kempunan lagilah Umno-BN cuba 'mengapi-apikan' rakyat Perak, kononnya DAP mahu jadi MB Perak jika kemenangan diberikan kepada PR dalam PRU nanti. | ||||
Hapuskan semua peruntukan Seksyen 15 AUKU Posted: 06 Nov 2011 12:35 AM PDT Roketkini.com PETALING JAYA– Bukan sahaja Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan, malah keseluruhan peruntukan seksyen itu yang mencengkam kebebasan pelajar dan pensyarah mesti dihapuskan sama sekali. Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) (a) AUKU sebagai tidak sah serta melanggar Perlembagaan Persekutuan. Dalam keputusan majoriti, Hakim Hishamudin Yunus menyatakan: "Universiti perlu menjadi tempat memupuk reformis dan pemikir, dan bukannya institusi yang melahirkan pelajar yang dilatih menjadi robot". Hakim Linton Albert pula menyatakan bahawa seksyen dalam AUKU itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelajar universiti terpaksa berdepan dengan kemungkinan dipecat dari pengajian semata-mata kerana hadir dalam kempen pilihan raya kecil. Justeru, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Kabinet Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak merayu semula keputusan Mahkamah Rayuan, sebaliknya memansuhkan kesemua peruntukan dalam Seksyen 15 AUKU. Katanya, Seskyen 15 (1) menyatakan bahawa semua pelajar univeristi, walau pun mereka layak mengundi atau pun pelajar ijazah doktor falsafah PhD, tidak boleh menjadi mana-mana ahli kepada parti politik atau apa-apa pertubuhan yang ditentukan oleh Menteri. Menurutnya, Seksyen 15 (2) pula menyatakan pertubuhan-pertubuhan pelajar universiti tidak dibenarkan mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana parti politik atau apa-apa pertubuhan yang ditentukan oleh Menteri. Seksyen 15 (6) (a) pula menyatakan pelajar dan pensyarah hanya dibenarkan membuat kenyataan dalam bidang kajian dan kepakaran mereka sahaja manakala Seksyen 15 (6) (b) melarang penyertaan mereka dalam mana-mana seminar, simposium atau acara yang dianjurkan oleh parti politik, walau pun dalam bidang kajian dan kepakaran mereka. "Seksyen-seksyen AUKU itu jelas tidak adil dan melanggar Perlembagaan – termasuk Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang – yang melarang diskriminasi terhadap pelajar dan pensyarah. "Perkara 10 dalam Perlembagaan juga menjamin kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan," katanya. Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, rakyat Malaysia berharap Kabinet akan membebaskan pelajar dan pensyarah setelah lama dikekang, selaras dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri. Sebelum ini, Najib apabila memutuskan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda peruntukan pembaharuan lesen tahunan akhbar dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) telah menyatakan ia adalah "satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia". Media massa memetik Perdana Menteri sebagai berkata: "Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia". Pua berkata, beliau telah pun membawa usul untuk meminda keseluruhan Seksyen 15 AUKU sewaktu perbahasan peringkat jawatankuasa kecil pindaan AUKU pada Disember 2008 tetapi ditolak oleh semua Ahli Parlimen Barisan Nasional. "Kita merayu kepada Kabinet supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama, bukan sahaja kerana menjejaskan 'program transformasi' Perdana Menteri tetapi juga maruah dan kewibawaan institusi pengajian tinggi kita. "Tanpa kebebasan akademik, semua universiti kita tidak akan berjaya mencapai matlamat menjadi institusi bertaraf dunia," ujarnya. Menurutnya, tanpa mengambil kira keputusan Peguam Negara sama ada mahu merayu atau tidak keputusan Mahkamah Rayuan, Najib mesti mengambil inisiatif untuk memansuhkan segala elemen yang bertentangan dengan Perlembagaan daripada AUKU. | ||||
Demokrasi terpimpin kepala hotak kau… Posted: 06 Nov 2011 12:33 AM PDT Oleh Muhammad Zir Kata-kata pedih bercampur jenaka tentang demokrasi terpimpin seperti yang tertera dalam tajuk rencana ini adalah dialog ilham Seniman Agung P. Ramlee dalam filemnya Tiga Abdul mempunyai makna yang amat mendalam. Dalam ilusi pemulihan dari demokrasi terpimpin ala Tun Mahathir Mohamad kepada sebuah demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya pada hari ini, sedikit sebanyak telah menyuburkan lagi kesedaran masyarakat awam tentang hak dan kuasa mereka. Sama ada di pihak majoriti mahu pun minoriti, masing-masing berlumba-lumba menuntut sesuatu yang dikatakan 'hak' bagi kumpulan mereka. Sebagai fakta, lihatlah sendiri zaman Mahathir memerintah Malaysia. Kini ilusi yang sama masih menghantui walau pun dalam suhu politik yang berbeza dan semakin mengelirukan. Demokrasi, hak dan kematangan kita Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan segala tuntutan ini. Namun, cara beliau agak berselindung atau 'berkias', barangkali tujuannya agar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak terkejut atau melatah dengan anjakan yang ingin dibawa oleh pentadbirannya, iaitu dengan menggunakan istilah 'transformasi'. Transformasi dan reformasi adalah dua istilah yang berbeza. Transformasi membawa maksud secara ringkasnya 'rentas' atau 'peralihan'. Dalam bahasa yang lebih mudah ia adalah peralihan bentuk pentadbiran yang lama kepada baru. Reformasi pula, seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah 'islah' atau dengan bahasa mudahnya 'pembaharuan' ke arah bentuk pentadbiran dan budaya yang baru. Demokrasi dan pendirian liberal Konsep transformasi Najib yang diterjemahkan dalam aspek ekonomi menggunakan istilah Economic Transformation Programme (ETP) atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai Program Tansformasi Ekonomi. Isinya adalah untuk meliberalisasikan dasar dan amalan ekonomi Malaysia. Bagi kita sebagai rakyat biasa, adakah kita benar-benar memahami apa itu liberalisasi? Liberalisasi adalah bahagian dari konsep transformasi dan reformasi itu sendiri, iaitu kebebasan. Kesemua ini adalah isi kepada demokrasi. Konsep liberal inilah yang telah dikaitkan dengan isu program Seksualiti Merdeka, Islam Plural, Islam Liberal, Dialog Antara Agama, hak asasi manusia dan segala macam hubungan yang dianggap oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor sebagai 'agama baru' yang akan mengancam perpaduan umat Melayu dan Islam. Apabila menyentuh tentang istilah 'kebebasan' maka akan muncullah persepsi-persepsi yang begitu sangsi sekali terhadap agenda reformasi Pakatan Rakyat, malah secara tidak langsung ia juga memberi kesan negatif terhadap usaha Najib sendiri yang memperkenalkan transformasi (liberalisasi) menerusi aspek ekonominya. Kesangsian ke atas kedua-dua istilah ini akhirnya akan menjerat kembali konsep demokrasi yang sedang kita semua perjuangkan. Demokrasi terpimpin Dalam demokrasi terpimpin ala Mahathir, kerajaan amat suka campur tangan dalam urusan peribadi rakyatnya. Ini ciri-ciri pemerintahan diktator, ini juga ciri-ciri amalan budaya oleh masyarakat yang suka bergantung dan meminta kepada kerajaan. Akhirnya, rakyatlah yang menjemput pemimpin diktator hadir dalam hidupnya. Bagi golongan yang masih berfahaman demokrasi terpimpin Mahathir yang melihat demokrasi tulen itu sebagai 'gangguan' kepada ideologinya, sudah tentu isu-isu hak yang sedang dituntut oleh mereka, contohnya Seksualiti Merdeka, sebagai satu bukti bahawa demokrasi tulen ini akan merosakkan ummah. Jika diungkap dari segi dialog bagi golongan demokrasi terpimpin yang disokong oleh kumpulan ultra-kaum seperti Perkasa, barangkali bunyi ayat klisenya adalah: "Hah, kan dah betul. Aku dah kata, nak sangat demokrasi, sekarang orang-orang gay dan lesbian pun dah pandai tuntut hak mereka. Sekarang padan muka, inilah padahnya mereka yang menyokong demokrasi Pakatan Rakyat". Mungkin inilah asasnya bagaimana persepsi buruk terhadap demokrasi ditanam, disalah faham, disalah erti dan disalah guna. Mana yang peribadi, mana yang awam Demokrasi yang sebenar haruslah bergerak di atas satu landasan yang cukup jelas iaitu – kematangan atau kewarasan. Dalam bahasa yang lebih mudah, demokrasi tidak akan memberi apa-apa manfaat jika kita tidak bertindak secara waras baik dalam memperjuangkan hak, mempertahankan hak dan memberi hak kepada mana-mana pihak. Jika semua pihak berfikir bahawa dengan demokrasi kita semua boleh menuntut apa sahaja hak yang kita fikirkan baik untuk diri atau kelompok kita tanpa menghiraukan kesan kepada kepentingan ramai, itu bukan hak dan itu bukan demokrasi sebenar namanya. Itu sembrono. Apabila tersentuh dalam konteks kepentingan ramai, ia sudah tentu akan melibatkan kesan budaya dan kesan undang-undang. Ia bukan suatu hal yang mudah semudah mengunyah keropok lekor, ia akan melalui proses yang panjang dan kompleks. Dalam konsep demokrasi, hak individu termasuk hal-hal peribadi adalah dijamin dan dilindungi menerusi asas undang-undang yang ada. Ia bukanlah agama, ia adalah hal teknikal yang memelihara manusia dari sebarang ancaman berbentuk fizikal. Hak-hak dalam dunia demokrasi ini pula bersifat rentas budaya, gender, agama dan bangsa. Binatang dan tumbuhan juga dilindungi. Sama dengan ajaran syumul Islam. Dalam demokrasi, penguasa yang dipilih oleh rakyat memang ditugaskan untuk mengurus keperluan rakyatnya, namun urusan peribadi seperti amalan seks bukanlah urusan daulah atau kerajaan. Kerajaan demokrasi hanya melindungi keselamatan dan mengurus keperluan am rakyatnya, baik menerusi dasar ekonomi dan sosial menerusi dasar dan undang-undang. Kebebasan seks atau perlindungan dari keganasan Jika memgambil contoh program Seksualiti Merdeka, ia dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan NGO yang dikatakan bersifat liberal yang mahu mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh sekumpulan manusia yang berbeza orientasi seksual mereka. Masalah mereka adalah apabila ada pihak yang mengugut, memukul, membantai dan malah membahayakan nyawa mereka semata-mata kerana cara hidup mereka. Bagi mereka ini, ia bukan soal mempromosikan gaya hidup alternatif tetapi memastikan hak mereka sebagai manusia dijamin. Jika berlaku diskriminasi dan penggunaan kekerasan terhadap mana-mana pihak, mungkin dasar kerajaan harus dikaji semula. Jika kes diskriminasi seks berlaku hingga melibatkan kes ugutan, peras ugut dan sebagainya, itu sudah menjadi kes jenayah yang mana undang-undang jenayah perlu dikuatkuasakan. Meminta kerajaan campur tangan dalam urusan peribadi hanya akan mengundang bala kepada keseluruhan sistem, ianya akan membudaya dalam kehidupan kita. Seolah-olah kerajaan itu adalah tuhan hingga amalan peribadi dalam bilik tidur pun kita mahu kerajaan melindunginya. Bukankah hal peribadi tidak kira apa amalan sekali pun adalah hak mutlak diri sendiri? Anda yang pilih, anda yang buat, kenalah bertanggungjawab. Dan jangan lupa dengan ciri-ciri bagaimana lahirnya pemimpin diktator dan kerajaan korup. Adakah kita mahu kembali kepada demokrasi di zaman Tun M? Berfikiran waras itu tidak berdosa Wal asal balik hasil. Apa pun yang kita tuntut, tuntutlah..dipersilakan. Tetapi harus difikir semasak-masaknya tentang kesan atau implikasi kepada pihak lain. Dalam sebuah bangsa (nation) yang sedang bertatih untuk menjadi umat yang matang, cabaran sebenar kita adalah untuk menjadi seorang warga yang waras, demokrat, madani dan celik budaya. Demokrasi membuka ruang untuk apa saja kemungkinan – boleh berlaku, itu realiti. Namun budaya dunia, budaya manusia tidak pernah mengizinkan sesuatu itu berlaku tanpa proses dan sebab yang punya kewarasan. Hal inilah yang harus difahami dalam konteks yang lebih jauh dan dalam. Sama ada isu Seksualiti Merdeka atau isu-isu semasa, termasuk Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), banyak persoalan dasar perlu dipersoalkan. Sekadar mengubati tanda-tanda (symptom) penyakit tidak akan menyembuhkan seseorang dari penyakit yang sebenarnya. Adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris hatta Bahasa Malaysia sekali pun, mampukah ia menjamin anak-anak kita menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan hebat? Begitu juga tuntuan Mat Rempit tempoh hari di Pulau Pinang; adakah itu semua akan membantu mereka untuk menjadi manusia yang waras dan bijak? Bagaimana mereka mahu kerajaan negeri membina litar lumba motosikal tetapi pada masa yang sama menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai rasis. Dengan menggunakan demokrasi sebagai alat atau landasan untuk bangsa kita mematangkan dirinya, paling tidak kita boleh menjadi bangsa yang merdeka dan kenal yang mana bayang dan yang mana cahayanya. Namun, jalannya masih panjang. Ilusi transformasi Najib masih tidak jauh bergerak. Ciri-ciri demokrasi terpimpin Mahathir masih menghantui pentadbiran negara dan terbenam dalam benak rakyat. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan