BRIGED MP SEGAMBUT |
- DAP TIDAK BERCITA CITA JADI PERDANA MENTERI?
- BAKAL PERDANA MENTERI PILIHAN UMNO DAN PAKATAN?
- DEMO ESOK DI PARLIMENT SEMUA DIJEMPUT HADIR
- KETUA PEMUDA DAP TIDAK PAHAM CABARAN SAMSUL?
- Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu
- ARAB SPRING:PAS KUNCI SEGALANYA AKAN TERJADI?
- DEMI PAS TERENGGANU:PRESIDEN PAS WAJAR BERTAUBAT?
- TERAJANG AWAL AWAL PENGHIANAT PR
- JANGAN CACI MAKI UMNO:BUKTIKAN KITA BOLEH
- SEGERAKAN DEMO BERSIH 3.O?
DAP TIDAK BERCITA CITA JADI PERDANA MENTERI? Posted: 28 Nov 2011 08:08 AM PST Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi perdana menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan itu harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Justeru, katanya, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi perdana menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. "Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan media. Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Dalam politik pula, kata Lim, jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri disandang oleh orang Melayu. Begitu juga dengan jawatan semua menteri besar dan ketua menteri kecuali di Pulau Pinang sahaja. Oleh itu, kata Lim, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan pengakuannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong. Justeru, menurut beliau yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, slogan berkenaan hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang. "Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan cauvinis Cina walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. "Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," katanya. Malah, lebih mengejutkan, menurut Lim, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. Tegasnya, ancaman kepada orang Melayu sebenarnya bukan DAP adalah Umno kerana sikap parti itu yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan. "Selain itu, berlaku juga kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah," katanya |
BAKAL PERDANA MENTERI PILIHAN UMNO DAN PAKATAN? Posted: 28 Nov 2011 07:54 AM PST Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kerajaan supaya memberi pelbagai penghargaan kepada guru yang berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang. Beliau berkata berbanding penjawat awam lain, tugas guru lebih berat demi meletak asas kepada masa depan rakyat. Walaupun sudah banyak penghargaan diberikan kerajaan, ia belum memadai membalas curahan bakti seorang guru, katanya di Gua Musang hari ini. Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, berkata bidang pendidikan di negara ini bertambah baik berikutan usaha kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran selaras perkembangan semasa. Beliau juga meminta kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan buruh asing untuk memastikan peluang pekerjaan bagi belia tempatan tidak terjejas. - Bernama |
DEMO ESOK DI PARLIMENT SEMUA DIJEMPUT HADIR Posted: 28 Nov 2011 07:45 AM PST Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa 'Occupy' ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua. Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok. Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu. Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini. "Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. "Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu. Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan. "Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini." Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal. Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan. Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching. |
KETUA PEMUDA DAP TIDAK PAHAM CABARAN SAMSUL? Posted: 28 Nov 2011 06:30 AM PST Gamat seketika politik Malaysia apabila ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Akin, Jumaat lalu mencabar Umno membuktikan bahawa ia adalah benar-benar gerakan yang sentiasa memperjuangkan kepentingan Melayu. Katanya, cara terbaik bagi Umno berbuat demikian ialah dengan mengambil inisiatif meminda perlembagaan negara supaya termaktub bahawasanya hanya orang Melayu-Islam sahaja yang boleh diangkat menjadi Perdana Menteri. Biasan kenyataannya ialah, jika Ketua Pemerintah Negara adalah orang Melayu maka terlindunglah kepentingan Melayu. Kredit itu untuk Umno. Cabaran Shamsul ini segera mencetuskan reaksi dari pelbagai pihak. Di halaman-halaman web banyak komentar yang dilambakkan berhubung kenyataan Shamsul itu. Namun yang agak kurang enak ialah apabila Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mengkritik Shamsul kerana cabarannya itu seolah-olah "menggoda" Umno supaya membuat pindaan perlembagaan itu. Sedikit mengejutkan ialah Loke menganggap kenyataan Shamsul itu berbau rasis. Hal ini secara langsung atau tidak disokong oleh setiausaha Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen yang juga menyifatkan pandangan Shamsul itu sebagai perkauman. Mujur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera campurtangan supaya isu cadangan Shamsul itu tidak merebak menjadi masalah besar bagi PKR yang sedang berkongres di Johor, negeri yang sedang diintai untuk ditawan dalam pilihanraya umum akan datang. Anwar menolak kemungkinan PKR dan Pakatan Rakyat akan menyokong cadangan Umno (jika berani menyahut cabaran Shamsul) untuk meminda Perlembagaan demi menetapkan hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana, katanya, itu bukan pendirian PKR mahupun Pakatan Rakyat. Persoalannya ialah, jika benar demikian mengapa Shamsul diizinkan berucap di luar lingkaran politik PKR dan Pakatan Rakyat? Tidakkah patut Shamsul dikenakan tindakan disiplin kerana tidak mengikut rukun perjuangan parti dan Pakatan itu? Tindakan Anwar seolah-olah memberi ruang kepada Shamsul untuk bernafas lega tampil di hujung kongres PKR untuk memperjelaskan kenyataannya itu adalah digali daripada novel sejarah Cina "Romance of the Three Kingodom" yang mengisahkan kebijaksanaan pakar strategi bernama Sima Yi mengatur keturunannya menjadi Raja Cina. Apapun, yang dapat dilihat ialah betapa masih rapuhnya pemikiran politik pemimpin pelapis dalam Pakatan Rakyat. Nampaknya halatuju dan dasar perjuangan gabungan itu masih belum benar-benar terhunjam dalam saf pemimpin mudanya. Namun ia menyerlahkan beberapa perkara penting dalam usaha menjenguk ke masa depan politik Malaysia. Antaranya: 1. DAP sebagai parti yang pada dasarnya memperjuangkan kepentingan rakyat keturunan Cina dalam Pakatan Rakyat amat sensitif jika perlembagaan negara dipinda dan peluang untuk keturunan selain Melayu untuk menjadi perdana menteri akan tertutup. 2. MCA, kerabat BN, yang juga mewakili kepentingan Cina Malaysia pun sensitif jika cabaran Shamsul Iskandar itu disahut oleh Umno dan sekaligus membuat pindaan terhadap perlembagaan negara untuk menghadkan jawatan perdana menteri kepada Melayu sahaja. 3. Ini membuktikan baik DAP mahupun MCA memang menyimpan hasrat satu hari nanti akan ada rakyat Malaysia keturunan Cina yang menjadi perdana menteri Malaysia. 4. Membayangkan betapa pemimpin DAP (Anthony Loke) mahupun pemimpin MCA ( Chai Kim Sen) sendiri tidak membaca novel sejarah Cina "Romance of the three kingdoms" di mana Shamsul memungut strategi Sima Yi yang mendahului zamannya dan mengatur keturunannya menjadi Raja di China. 5. Ia juga membayangkan betapa curiganya baik DAP mahupun MCA terhadap kerabat politik Melayu masing-masing. Ia juga mengisyaratkan betapa soal politik perkauman belum benar-benar dapat ditangani secara tuntas baik oleh Pakatan Rakyat mahupun BN. Ini jelas menunjukkan betapa DAP bukan sahaja tidak cukup yakin akan politik orang Melayu dalam Pakatan Rakyat. Malah ia mengingatkan kita tentang betapa khuatirnya DAP akan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang ditadbirnya. MCA pula masih ragu akan permainan politik Umno. MCA maklum bahawa oleh kerana desakan untuk menawan hati majoriti Melayu supaya menyokongnya dalam pilihanraya umum akan datang, Umno "terpaksa" memujuk dan meredakan keresahan orang Melayu. Satu contoh yang dapat dilihatnya ialah, Kerajaan pimpinan Umno sudahpun memberi perakuan ia akan menamatkan skim Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Maka MCA sekonyong-konyong menjadi begitu resah jika atas alasan menyahut cabaran Shamsul supaya membuktikan ia benar-benar sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, Umno akan benar-benar bergerak untuk mengusulkan Perlembagaan dipinda demi menetapkan jawatan perdana menteri hanya dihadkan kepada orang Melayu. Lebih menggusarkan ialah trend ini akan membawa kepada beberapa kemungkinan baharu dalam politik Malaysia. Antara lain usul Shamsul itu secara tidak langsung memancarkan kemungkinan: 1. Harapan melihat akan lahir sistem politik dua parti – Pakatan Rakyat lawan BN – mungkin sukar untuk menjadi satu kenyataan. Bersandarkan reaksi spontan yang ditunjukkan parti-parti berkepentingan Cina dalam Pakatan Rakyat dan BN, ia membayangkan kadar saling percaya di antara kerabat kedua-dua pola politik ini memang belum cukup ampuh dan kental untuk menelurkan sistem dua parti di Malaysia. 2. Jika tidak ada usaha telus dan sungguh-sungguh dilakukan oleh pimpinan kedua-dua gabungan politik itu, status quo politik di Malaysia akan kekal. Ini bererti dari masa ke semasa akan ada sahaja pihak yang "keluar dari jemaah masing-masing kerana merasakan kepentingannya tidak berapa diendahkan" oleh kerabat lebih besar dalam gabungan mereka. 3. Lantaran kecurigaan bersabit soal kepentingan kaum yang sentiasa bersarang dalam BN dan PR, ada kemungkinan sistem dua parti masih boleh menjadi kenyataan tetapi dibelah bahagi oleh kepentingan kaum. Jika DAP yang kini menimang-nimang kemungkinan ia akan menang besar dalam pilihanraya umum akan datang kerana ditaja dan disokong oleh pengundi bukan Melayu dan juga Melayu PKR dan PAS yang sudah cukup muak dengan gelagat Umno yang memonopoli kuasa politik selama ini, dan mula menghulurkan tangan kepada parti-parti bukan Melayu dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak atas nama kepentingan bukan Melayu, ia mungkin boleh mengumpul bilangan kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan bukan Melayu. Sesungguhnya ini bukan mustahil kerana selain isu perkauman, penggabungan kepentingan beragama juga boleh menjadi pengikat hubungan di antara DAP, MCA, SUPP, PBS dan banyak lagi. Isu kitab bible dalam bahasa Malaysia; penghakiman berhubung murtad dan tukar agama Islam-Kristian-Hindu; kalimah Allah dalam amalan penganut Kristian boleh sahaja jadi pemangkin gerakan politik seumpama ini. Berdasarkan kenyataan dan ketegasan Shamsul sendiri yang tidak mahu menyokong Umno jika cabaran yang dilontarkannya disahut oleh Umno, adalah bukti persaingan, permusuhan dan kebencian di antara parti-parti dan pemimpin utama Melayu masih sengit dan getir. Masing-masing mahu berkuasa sendiri. Buat masa ini semua pihak Melayu yang bertikai berharap rakan dan taulan politik dalam gabungan masing-masing akan terus cuba mengekalkan setiakawan politik. Namun dalam politik "tiada rakan yang kekal dan musuh dan abadi". DAP, MCA, Gerakan dan parti-parti Cina mungkin berkira mereka tidak boleh meletakkan kepentingan masa depan mereka pada ahli politik Melayu selamanya. Ketika mereka sibuk kecam mengecam, fitnah memfitnah dan benci membenci, perimbangan politik Malaysia boleh bertukar dalam sekelip mata. Bagaimana dan apa pula kata PERKASA? ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu. |
Shahrizat: Saya tiada kaitan dengan projek lembu Posted: 28 Nov 2011 03:19 AM PST Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC. "Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah. "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya. "Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental. "Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat. - Bernama |
ARAB SPRING:PAS KUNCI SEGALANYA AKAN TERJADI? Posted: 28 Nov 2011 01:26 AM PST Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat. "Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak. "Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya. "Dia tidak mempunyai majoriti yang saya miliki, (saya ada) majoriti untuk mengendalikan ramai pembangkang, beliau mempunyai majoriti yang kecil jadi ini adalah bahagian yang sukar." Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib. "Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja. "Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya. Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan. Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk" ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat. "Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung," katanya sinis. Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan. |
DEMI PAS TERENGGANU:PRESIDEN PAS WAJAR BERTAUBAT? Posted: 27 Nov 2011 08:19 PM PST Wahid Enduk yang kini menjadi pesuruhjaya menggantikan Harun Taib tidak berjaya membawa perubahan atau melakukan proses penyalinan kepimpinan seperti diharapkan. Orang-orang lama yang tidak kepuasan memenang jawatan kerana kalah seperti Mustapa Ali, Abdul Hadi Awang, Hussein Awang, Abu Bakar Abdullah, Bakar Chik dan beberapa kerat yang lain seharusnya sudah berundur. Mereka adakalanya bukan saja setakat perlu insaf tetapi kena bertaubat! Mustapa walaupun tidak ada kena mengena dengan Terengganu tetapi statusnya sebagai Setiausaha Agung Pas masih lagi dilihat memonitor Pas Terengganu. Wahid Enduk tidak akan pandai-pandai membuat keputusan sendiri atau tidak rujuk kepada Mustapa Ali. Umum juga cukup faham apa hubungan dan peranan Mustafa dengan Abdul Hadi Awang. Kalau Abdul Hadi faham akan kapasitinya dia perlu berundur secara terhormat tanpa disengjah serban dari belakang. Langkah terbaik dalam pilihan raya ini semua pemimpin veteran yang saya sifatkan Pemimpin Van C Twenty tidak perlu bertanding lagi. Harun Taib, Abdul Hadi Awang, Mustapa Ali, Bakar Chik, Hussein Awang dan Abu Bakar Abdullah dan Wan Mustalib Embong jangan bertanding lagi. Lepaskan kepada pemain muda kalau pun tidak menang sekurang-kurangnya memberi pengalaman untuk mereka demi membuat persediaan di masa akan datang
<a href="http:// msomelayu.blogspot.com/" target="_blank" title="test coba">baca penuh disini</a>
|
TERAJANG AWAL AWAL PENGHIANAT PR Posted: 27 Nov 2011 07:00 PM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang. Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara. Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008. "Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor. Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu. Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya. Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti. "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita. "Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan. Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon. Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008. "Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur. "Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi. Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit? "Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi. |
JANGAN CACI MAKI UMNO:BUKTIKAN KITA BOLEH Posted: 27 Nov 2011 05:00 PM PST Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk PKR menawan hati pengundi Johor – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah. Katanya, PKR tidak akan dapat meraih simpati pengundi Johor dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno. "Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini. Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno. "PKR dan Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil. "Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan. "Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya. Katanya lagi, prestasi berkenaan boleh dilihat melalui belanjawan lebihan yang berjaya dirangka Pakatan Selangor, termasuk lebihan yang direkodkan oleh Menteri Besar Incorporated sebanyak RM600 juta. "Malah saya sanggup peruntuk RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut. ""Umno takut dengan perkara ini yang tunjukkan reformasi kita. Jadi percayalah kita boleh pergi ke Johor dan kita boleh beritahu orang Johor, reformasi akan diteruskan di Johor. "Reformasi akan lebih mantap di Johor dan kalau Johor airnya pun tak reti kira, Selangor akan tolong kira," katanya yang merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri Johor untuk menswastakan harga air negeri itu. Katanya, langkah berkenaan menyebabkan tarif air negeri Johor menjadi yang termahal di Malaysia sedangkan Selangor mampu memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya. "Kalau pasukan kita diberi mandat di Johor, dalam masa dua tahun, Johor akan lebih baik daripada negeri lain di semenanjung," katanya lagi. |
Posted: 27 Nov 2011 04:20 PM PST Naib ketua pemuda PKR, Azmizam Zaman Huri berkata pemimpin parti itu tidak sepatutnya melayan jatawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya kerana jawatankuasa itu dijangka tidak akan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH. Sebaliknya, beliau menuntut supaya satu lagi perhimpunan, BERSIH 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya. "Saya cadangkan jangan layan PSC, kita dah tahu keputusannya, mereka tak boleh layan tuntutan BERSIH. "Kongres (AMK) dah putuskan, jalan terbaik untuk ambil alih Putrajaya untuk sedarkan pemimpin Umno-BN, suka atau tidak kita kena adakan juga perhimpunan BERSIH 3.0." Katanya, PSC hanya akan melengahkan lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya bersih dan adil dan keputusan itu hanya "akan sakitkan hati kita." Beliau juga mendakwa, BN juga semakin giat mendaftar warga asing untuk diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka dijadikan pengundi dalam pilihan raya akan datang. "Jangan tunggu Februari, kalau boleh bulan depan kita buat (perhimpunan). Jangan buang masa," katanya lagi dalam ucapan berapi-api di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini. Jika tidak, beliau mendakwa, lagi banyak warga asing dapat kad pengenalan melalui program 6P. Tambahnya, satu lagi perhimpunan akan dijalankan di Stadium Shah Alam pada 4 Disember untuk menghantar mesej supaya pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH ditunaikan. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan