Jumaat, 18 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AKIBAT DESAKAN HIDUP:EZAM JADIKAN ANWAR MUSUH DAN SUMBER PENDAPATANNYA?

Posted: 18 Nov 2011 06:30 AM PST

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

ezam mohd noor at mca functionDalam bab yang dinamakannya, 'Alasan Ezam keluar parti' - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

"Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

"Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti," tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

NONE"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya," Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

"Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali," tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

"Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang," katanya

DERIA KEENAM DAN PENAFIAN EZAM

Posted: 18 Nov 2011 05:43 AM PST

Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor menafikan beliau bertindak keluar parti sebelum ini demi wang, seperti dikaitkan veteran parti itu Dr Syed Husin Ali dalam memoir terbarunya.

Sambil menyindir "tidak mahu bertengkar dengan orang tua", Ezam menjelaskan, penglibatannya hanya dalam 'syarikat' kecil Gerak Agenda Sdn Bhd untuk memerangi rasuah memberi kesimpulan sebaliknya.

ezam mohd noor at mca function"Dan pada tahun 2007 itu jugalah saya sebagai ketua 'syarikat' yang dikenali sebagai GERAK itu telah menetang ketua BPR (Badan Pencegah Rasuah) ketika itu sehingga dia terpaksa lepaskan jawatannya.

"Kaji juga kenyataan-kenyataan saya dan GERAK selepas tarikh 13 Mei yang disebut Dr Syed. Kesemua kenyataan menentang dan mendesak kerajaan atas nama rasuah.

"Bagaimana orang yang dikatakan keluar parti untuk dapat wang/ jawatan pengarah syarikat besar boleh membuat serangan kepada kerajaan yang memerintah, khususnya ketua BPR?" kata Ezam.

Dr Syed Husin menulis dalam bab "Alasan Ezam keluar parti" dalam memoirnya, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana bergantung kepada pendapatan isteri.

Beliau juga didakwa berkata "kena cari peluang" mendapatkan satu dua jawatan pengarah dan perkara itu hanya boleh menjadi kenyataan jika ada bukti beliau sudah meninggalkan parti.

'Isterinya ada deria keenam'
Dalam reaksinya kepada Malaysiakini hari ini, Ezam yang kini bergiat dalam BN berkata, perbualannya seperti dirakam semula Dr Syed dalam Memoir Perjuangan Politik bukan dalam konteks keluar parti.

Sebaliknya, kata Ezam, beliau ketika itu menceritakan kesusahannya, antaranya kerana tidak mempunyai kerja, sebagai respons kepada "kekecewaan" Dr Syed Husin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang didakwa mewah.
NONE
"Pada ketika itulah saya kongsi dengannya bahawa saya memang susah. Selama berjuang  bergantung gaji tetap isteri dan usahaniaga di Indonesia yang pada masa itu kebetulan sedang merosot dan ditutup.

"Justeru cerita saya susah padanya dalam konteks itu," kata senator BN itu menjawab dakwaan Syed Husin Ali yang juga senator Pakatan Rakyat.

Ezam berkata, kerana hormatkan Dr Syed Husin, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersamanya dan melayan "kekecewaannya disisih Anwar dan Azmin" walaupun menjadi timbalan presiden ketika itu.

Justeru, kata Ezam lagi, beliau hairan mengapa Dr Syed Husin sanggup memulatbelitkan konteks sebenar perbualan mereka.

"Apakah Dr Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga.

"Dan Dr Syed sendiri mengaku isterinya ada sixth sense (deria keenam) untuk kenal orang  dan (dia) tidak selesa Dr Syed bersama Anwar. Mungkin tulisan Dr syed ini bukti telahan isterinya betul. Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar," katanya.

ZULKIFLI NORDIN BERHARGA 60.000?

Posted: 18 Nov 2011 12:23 AM PST

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

PRU 13 YAKIN DIADAKAN AWAL TAHUN DEPAN?

Posted: 17 Nov 2011 04:30 PM PST

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.
Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya

PENDEDAHAN PROJEK LEMBU HANYA BERTUJUAN MENYINGKIR ORANG MUHYIDDIN?

Posted: 17 Nov 2011 10:00 AM PST

Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM181 juta daripada kerajaan, hari ini membawa sekumpulan wartawan melawat ladangnya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kusut apabila beberapa wartawan yang berkumpul di ibu pejabat NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu dihalau.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirMenurut seorang wartawan yang tidak mahu identitinya didedahkan, beliau hadir kerana diberitahu bahawa sidang akhbar akan diadakan di lokasi itu tetapi setibanya di situ, beliau dimaklumkan bahawa hanya wartawan daripada media terpilih sahaja yang dibenarkan masuk.

"Kami tak dapat jemputan tetapi dimaklumkan bahawa akan ada sidang media, jadi kami ke mari, tetapi penyambut tetamu berkata nama kami tidak ada dalam senarai."

Kata wartawan itu lagi antara media yang tidak dibenarkan masuk adalah dari Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

NONEMasalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Ia kemudiannya semakin hangat apabila Pakatan Rakyat berjaya membuktikan projek itu milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

PKR pula kemudiannya mendedahkan syarikat itu menggunakan dana pinjaman mudah itu bagi membeli satu unit kondominium mewah berjumlah RM9.8 juta.

Tiada ulasan: