BRIGED MP SEGAMBUT |
- RAIS YATIM AKAN GANTIKAN MUHYIDDIN YASIN SEBAGAI TPM?
- BILA PERKASA SUDAH TAK BERSUNAT?
- KELUARGA MENTERI BERHAK DAPAT P LEMBU
- LELONG AHLI PARLIMENT
- ANWAR TOLAK HUDUD!!?
- YANG KEGERSANGAN
- TUTUP MULUT!!!?
- SEMOGA BENARLAH HARAPAN INI!!
RAIS YATIM AKAN GANTIKAN MUHYIDDIN YASIN SEBAGAI TPM? Posted: 09 Nov 2011 07:57 AM PST Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri. "Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya Umno tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'. Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. "Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang. "Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno. "(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno. Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang. Ku Li semalam mendakwa beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam Umno. Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu perhimpunan agung Umno diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti. |
BILA PERKASA SUDAH TAK BERSUNAT? Posted: 09 Nov 2011 06:30 AM PST Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. "Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau. Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam. "Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka. "Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi. Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. |
KELUARGA MENTERI BERHAK DAPAT P LEMBU Posted: 09 Nov 2011 03:00 AM PST Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN. "Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya. "(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani. "Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini. Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang. Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat. "...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya. "Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi. Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan. "Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu, okay," katanya sinis. |
Posted: 09 Nov 2011 12:21 AM PST Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sestengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat . Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan. Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa. "Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada bpelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran. Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri" |
Posted: 08 Nov 2011 09:30 PM PST Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat. Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut. Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan. Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan. "Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya. Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan. Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu). Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP. Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah. Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat. |
Posted: 08 Nov 2011 04:31 PM PST Isu kemudahan asas di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak menjadi salah satu topik utama yang dibangkitkan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Parlimen, semalam. Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) (kanan, tengah) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) mempersoalkan aspek pelaksanaan di peringkat kementerian kerana banyak kemudahan di dua negeri itu yang disediakan masih tidak dapat digunakan setelah beberapa lama. "Seperti bekalan elektrik, pemasangan lengkap, pendawaian semua ada. Banyak yang kita boleh nampak tapi tak boleh guna. Bekalan air pun sama. Ada paip tapi tiada air. Sampai hari ini kementerian tidak ambil tindakan," kata Tiong semasa perbahasan peringkat jawatankuasa. Tiong turut mempersoalkan mengapa kontraktor tempatan tidak dilantik bagi memudahkan urusan penyelenggaraan kemudahan asas di sesuatu kawasan. "Kenapa tidak dilantik dari kawasan yang sama. Ini kita di Bintulu, kontraktornya dari Miri. Bila ada masalah kita hubungi mereka tapi susah nak berurusan. Satu kontraktor kecil kepada pelbagai kontraktor lain sudahnya huru-hara dan sudahnya tidak sempurna" katanya. Isu bekalan elektrik turut dibangkitkan oleh Datuk Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) yang mempersoalkan mengapa daerah itu masih tidak mempunyai kemudahan lampu jalan walaupun tiang-tiang lampu sudah dipasang sejak dua tahun lalu. "Banyak lampu jalan yang disediakan tapi tidak juga menyala. Sudah hampir dua tahun perkara ini berlaku. Tak guna dipasang kalau tidak boleh diguna dan beri kemudahan pada rakyat," katanya. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun ketika menggulung perbahasan itu berkata kira-kira lapan hingga 11 loji air yang besar di Sarawak akan dinaiktaraf bagi mengatasi masalah tekanan air rendah di negeri berkenaan menjelang tahun 2013. Katanya masalah air yang dihadapi penduduk Sarawak berpunca daripada kapasiti loji yang kecil dan melambatkan projek pembekalan air ke kawasan luar bandar. Menjawab persoalan mengenai bekalan elektrik, Joseph berkata kementerian bekerjasama dengan Syarikat SESCO Berhad dalam pelaksanaan semua projek bekalan elektrik di Sarawak, dan pemantauan turut dijalankan dari semasa ke semasa. "Semua pemasangan mesti dapat kelulusan rekabentuk daripada SESCO sebelum kerja-kerja tambahbina dimulakan. Kalau tak ikut spesifikasi, kerja-kerja pembaikan perlu dibuat sebelum projek mula tugas," katanya. Bagi negeri Sabah, katanya, setiap lampu jalan yang dipasang di negeri itu akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd bagi urusan operasi dan penyelenggaraan. "Oleh itu, jika terdapat sebarang masalah kita galakkan penduduk menghubungi talian 15454 dan SESB akan mengambil tindakan pembaikan dalam masa tiga hari bekerja," katanya. Persidangan Dewan bersambung hari ini. - Bernama |
Posted: 08 Nov 2011 04:00 PM PST Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar. Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar. "Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan. "Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," kata Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang. Menurut beliau, ruang itu ditutup kerana Umno sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja. Beliau memberi contoh, semasa perhimpunan agung Umno, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu. "Oleh itu, suara dari bawah tidak mendengar," kata Razaleigh yang juga adalah presiden Amanah. Nak kutuk Bagi Abdul Kadir pula, kumpulannya itu masih menaruh keyakinan dalam Umno tetapi memilih ruang baru bagi menyuarakan pendapat mereka kepada orang ramai. "Tidak ada ruang dalam parti (bagi perbezaan pendapat)," katanya. Dakwanya, kebebasan menyuarakan pendapat yang berbeza wujud suatu ketika dulu dalam Umno tetapi dilenyapkan semasa pentadbiran presiden keempat parti itu, Tun Hussein Onn. "(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah. "(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa. Amanah dilancarkan Julai lalu dan pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan dua minggu lalu. Selain Razaleigh dan Abdul Kadir, turut serta pada sidang media itu adalah bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam. Amanah juga dianggotai oleh timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun. [Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata, setiap hari beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin Umno yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan daripada parti. "Tiada satu pun pekeliling yang dikeluarkan kepada mana-mana pemimpin Umno baik di peringkat negeri, bahagian atau individu mengatakan mulut mereka terkunci dan tertutup sepanjang masa. "Kadang-kadang mereka bercakap lebih daripada yang sepatutnya pun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog terbuka dengan 50 graduan yang terpilih untuk menyertai program Teach For Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. |
Posted: 08 Nov 2011 12:30 PM PST KOTA BHARU, 8 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 2011/2012 Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green V) di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood dekat sini pagi tadi. Turut hadir pada majlis yang turut diserikan Jamuan Hari Raya Haji itu Presiden Green V, Muhammad Adilan Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa baru sesi 2011/2012. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama. Pemilihan dan perisytiharan it selaras dengan peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. "Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. "Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan," kata Husam penuh harapan. Dalam perkembangan berkaitan, Husam berdoa semoga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan ibadah haji memperolehi haji mabrur. "PM kita pergi haji. Saya berdoa hajinya mabrur," katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan