Ahad, 6 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BETULKAH SRJKC DITINDAS? JIKA BEGITU HAPUSKAN SAHAJA DAN SATUKAN SEMUA SEKOLAH SATU ALIRAN

Posted: 06 Nov 2011 06:30 AM PST

Jika diajukan soalan kepada kebanyakan ibu bapa berpendidikan Cina di Malaysia apa isu yang paling penting membabitkan pendidikan anak-anak mereka, - mereka akan memberitahu anda bahawa ia adalah pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka.

damansara school open 030107 representativesSejak Merdeka, sehingga dekad pertama kemerdekaan, pendidikan bahasa ibunda sentiasa menjadi subjek yang paling emosi bagi sebahagian besar ibu bapa berbangsa Cina.

Aspirasi mereka ini adalah untuk mengekalkan 'kecinaan' dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Namun, usaha masyarakat Cina di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan 'vernakular' telah sekian lama ditindas oleh kerajaan BN.

Masyarakat Cina di negara ini terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan pendidikan bahasa ibunda. Akibatnya banyak krisis politik telah timbul dalam setengah abad yang lalu itu.

sos damansara school reopen first day 050109 01.jpgSehingga hari ini, masyarakat Cina bertungkus lumus mendapatkan dana sendiri bagi membiayai  sekolah-sekolah menengah Cina dan terpaksa menanggung kos pentadbiran bagi sekolah rendah mereka.

Hari ini terdapat 60 sekolah-sekolah menengah swasta Cina dan lebih seribu sekolah rendah Cina - semuanya dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Sekolah-sekolah Cina diuruskan oleh Dong Jiao Zong yang juga dikenali sebagai Persatuan  Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu, Malaysia (UCSCAM).

Dong Jiao Zong adalah gabungan usaha dewan perniagaan Cina dan persatuan suku kaum, termasuk pelbagai persatuan guru. Sepanjang separuh abad yang lalu, mereka berjaya  mengumpulkan modal yang amat besar bagi pendidikan masyarakat Cina.

NONESeperti yang tertera di artikel yang ditulis oleh Kua Kia Soong, "sejak 1975, masyarakat Cina memastikan kualiti Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) di 60 buah sekolah menengah swasta Cina yang mempunyai jumlah enrolmen kira 60,000 pelajar."

Hari ini, sijil berkenaan diiktiraf oleh sebahagian besar negara-negara di mana bahasa Cina dituturkan dan juga di seluruh dunia, kecuali di Malaysia.

Dalam proses transformasi politik yang berterusan, ia sepatutnya menjadi aspirasi semua rakyat Malaysia bagi memastikan sijil UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia juga.

[Baca berita penuh]

Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Sim Kwang Yang pernah menjadi ahli parlimen Bandar Kuching, Sarawak dari 1982 hingga  1995. Beliau boleh dihubungi di sky8hornbill@gmail.com. Semua komen adalah dialu-alukan.

HALANG PRU 13?

Posted: 06 Nov 2011 01:30 AM PST

Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.
Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.
Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.
Katanya, pihak Umno BN sewajarnya malu kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi membolehkan mereka kekal berkuasa.
"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini.
"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.
Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih.
Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN.
"Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil.
"Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya.
Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat.
Menurutnya, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini.
"Pengakuan dan perjanjian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, setelah didesak, untuk membuang nama-nama 220 orang bukan warganegara yang dilakukan di Paya Jaras setelah nama mereka muncul dalam daftar pemilih bagi suku kedua 2011," katanya.
Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.
"Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya.
Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.
Katanya, Kerajaan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos.

Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

HAPUSKAN PPSMI DAN SATUKAN SAHAJA SEMUA SEKOLAH JADI SATU ALIRAN!!!!

Posted: 06 Nov 2011 12:34 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihak agar tidak mengundang masalah di kemudian hari.

abdullah ahmad badawi maha agriculture exposition 120808 02Beliau berkata perubahan yang dilakukan itu perlu konsisten agar setiap pembaharuan yang akan dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna serta tidak mengelirukan tenaga pengajar dan pelajar.

"Saya harap dalam hal ini dan isu berkaitan yang telah diputuskan dibuat dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah perubahan dan pembaharuan yang dilakukan ini tidak akan beri masalah lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sebahagian daripada 42 ekor lembu korban kepada penduduk di dalam kawasan parlimennya di Kepala Batas hari ini.

Pengumuman pemansuhan PPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu.

muhyiddin yassin and education ppsmiDengan pemansuhan PPSMI, kerajaan akan menggunakan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Terdahulu, Abdullah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamiul Badawi bersama penduduk setempat dan kemudiannya menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha anjuran wakil rakyat sekitar Parlimen Kepala Batas.
- Bernama

BUKAN ISLAM SEMAKIN MELAMPAU BATASAN?

Posted: 05 Nov 2011 09:25 AM PDT

Menjelang sambutan Aidiladha, esok Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin majlis itu, MCCBCHST  menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekurang-kurangnya dua buah sekolah di Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Upacara penyembelihan lazimnya dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.

Malaysiakini difahamkan upacara pengorbanan yang dijadualkan pada Jumaat ini, bafgaimanapun telah dibatalkan atas sebab-sebab tiada kemudahan yang mencukupi di sekolah berkenaan.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 cow02Namun demikian, MCCBCHST berkata pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam. Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini," kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: