Sabtu, 5 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


HENTIKAN CAMPUR TANGAN MAHADHIR DALAM KERAJAAN?

Posted: 05 Nov 2011 07:30 AM PDT

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
"Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut.
"Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI.
Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page).
Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.
"Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib," jelas Tuan Ibrahim.

JANGAN MAIN UGUT:BERHUJJAHLA DENGAN KUAT DAN KUKUH

Posted: 05 Nov 2011 01:57 AM PDT

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menempelak sekeras-kerasnya kempen Seksualiti Merdeka yang dilihat mencabuli Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.
Pengarahnya, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, ironinya, NGO-NGO Malaysia yang menyokong kempen Seksualiti Merdeka pada dasarnya merupakan penyokong tegar kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948).
Contohnya, kata beliau mereka tanpa jemu memperjuangkan hak seseorang itu untuk menukar agama termasuk untuk murtad dari agama Islam kononnya ia selaras dengan Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.
"Namun sekarang beralih arah pula kepada isu homoseks, lesbian, biseksual dan transeksual," ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Juham berpandangan bahawa hidup sebagai homoseks, lesbian, biseksual atau transeksual adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia itu sendiri.
Secara asasnya, ujar beliau prinsip hak asasi manusia ini sebenarnya bersumber daripada prinsip dan nilai agama itu sendiri.
Hal itu, katanya ditegaskan oleh pengkaji hak asasi seperti Michael J. Perry (The Idea of Human Rights: Four Enquiries, Oxford University Press, New York, 1998) bahawa idea berkaitan hak asasi ini sebenarnya jauh tertanam di dalamnya prinsip keagamaan.
"Hal ini kerana penghormatan hak manusia ini telah lama ditegaskan di dalam mana-mana agama," katanya.
Menurutnya, idea yang sama juga dikongsi oleh Jerome J. Shestack, (The Philosophic Foundations of Human Rights – Human Rights Quarterly 20 (1998) 201-234). Oleh itu, sebenarnya idea yang disebarkan oleh Seksualiti Merdeka adalah idea sekular yang tidak mempunyai asas hak asasi yang sebenar.
Jelas beliau lagi, Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 pula dengan jelas menyebut bahawa hak asasi seseorang individu itu untuk berkahwin adalah melibatkan antara lelaki dan wanita, bukannya yang antara sesama jantina.
"Oleh itu, atas dasar apakah NGO-NGO ini turut bersama kumpulan Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan agenda songsang ini?" soalnya.
Justeru, ujarnya Juham berpendirian tegas bahawa kempen itu sebenarnya tidak berpaksikan kepada prinsip hak asasi manusia yang berasaskan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebaliknya hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
Kata beliau, walaupun terdapat suatu Prinsip Yogyakarta yang diluluskan pada tahun 2006 untuk membuat suatu kajian yang berlegar di bahawa tajuk diskriminasi dan orientasi seks yang antara lainnya menyentuh mengenai hak seseorang individu untuk berpegang dan mengamalkan seks sesama jantina, namun resolusi tersebut hanyalah bersifat kajian semata-mata dan bukannya mengikat Negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Malah, katanya terdapat 57 Negara yang menentang Resolusi tersebut termasuk Malaysia.
Kesimpulannya, jelas beliau kempen Seksualiti Merdeka itu sebenarnya telah mencemarkan kempen hak asasi manusia secara keseluruhannya termasuk mencemarkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan'.
Tambahnya, tiada mana-mana agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya mengamalkan hidup sebagai seorang homoseks atau lesbian.
Malah, katanya kempen sebegini sebenarnya memberikan kesan moral dan kesihatan kepada rakyat Malaysia.
"Selain itu, kempen sebegini langsung tidak didukung oleh mana-mana undang-undang di Malaysia samada oleh Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Hak Asasi mahupun undang-undang domestik yang lain," katanya.
Oleh itu, beliau berkata Juham berpendirian NGO-NGO yang menyokong kempen ini sebenarnya telah mengamalkan sikap double standard dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang sifatnya bukan sahaja menyalahi mana-mana agama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia, malah ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diagung-agungkan oleh mereka selama ini.
"Juham juga menggesa supaya pihak berkuasa dan berwajib menangani isu dengan sewajarnya selain mengambil pendekatan untuk bersemuka dan berbincang untuk membetulkan kembali persepsi sebenar berkaitan hak asasi ini," ujarnya lagi.

LAGI TERANG TERANGAN LAKU SEKS

Posted: 04 Nov 2011 10:52 PM PDT

Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam….."  [3:159]

Perbahasan mengenai homoseksualiti dan Islam bukanlah perkara asing dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir. Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana.
azlanSayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam.

Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera.
Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja. Kita mudah untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambilkira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ianya haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.

Apabila timbul isu Elton John dan Seksualiti Merdeka, ramai Muslim termasuk badan-badan NGO yang membawa jenama Islam melenting dan menunjukan reaksi yang tidak wajar.
NONEAlasan mereka mudah, perkara seperti ini mempromosikan cara hidup yang tidak Islamik. Kononnya ramai anak muda Islam yang akan terpengaruh dengan cara hidup yang berkiblatkan barat.
Seperti biasa, PERKASA adalah antara yang terawal membuat laporan polis diikuti dengan badan-badan lain dan individu yang kononya risau dan khuatir dengan perkembangan ini.
Rasuah juga satu dosa
Saya tidak bercadang untuk memanjangkan perbahasan tentang hukum homoseksualiti dari sudut agama, kerana ianya jelas. Mahu atau tidak kita mengakui homoseksualiti merupakan suatu dosa dan bertentangan dengan norma – norma agama. Namun sekiranya inilah yang menjadi kegusaran PERKASA serta badan – badan NGO dan individu Muslim yang lain, kegusaran ini tidak berasas.
azlanKetirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, rasuah juga merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga merupakan satu dosa, membolot kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga merupakan satu dosa. Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara. Ia bukan maksiat peribadi.

Islam tidak pernah bersetuju dengan homoseksualiti tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu sehingga Allah menegaskan di dalam Surah Al – Hujarat ayat 12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.."

Tidak menjadi tugas dan kewajipan pemerintah Islam untuk mengintip dan mencari-cari kesalahan dan maksiat individu yang dilakukan secara tertutup dan tersembunyi.  Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Muawwiyah mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda:

"Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka"


Samada kita suka atau tidak, homoseksualiti merupakan satu realiti yang mesti kita terima. Pergilah ke ceruk mana sekalipun kita tidak dapat lari dari realiti ini.
Hukum berimankan 'Ma'boon'
Bahkan sekiranya kita membuka teks–teks klasik fiqh, kita pasti akan bertemu dengan perbahasan mengenai 'Ma'boon', iaitu lelaki yang mempunyai perasaan terhadap lelaki lain. Para sarjana Mazhab Maliki menyatakan sah hukumnya berimamkan seorang 'Ma'boon'.

NONESaya merasakan kita sewajarnya mengambil langkah yang lebih realistik dalam menyantuni isu ini. Banyak persoalan yang lebih utama untuk kita bangkitkan. Penindasan dan sikap double-standard masyarakat terhadap golongan LGBT ini merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Baca sahaja laporan media dan internet, berapa ramai remaja yang kehilangan nyawanya setiap hari hanya kerana dia seorang homoseksual? Apakah jiwa mereka tidak bernilai pada mata kalian? Adakah ini yang Allah perintahkan?

Adakah kerana mereka homoseksual maka darah mereka halal untuk dikorbankan ? Maruah mereka boleh dipermainkan? Mereka boleh didiskriminasikan dan diperlakukan sesuka hati? Jika jawapannya 'Ya', maka kita bukan sahaja tidak layak menjadi seorang Muslim bahkan tidak layak langsung menjadi manusia. Allah berfirman:

"...Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia keseluruhannya" [5:32]

Kita bebas untuk tidak bersetuju dengan perbuatan mereka. Tetapi sebagai manusia, mereka wajar dihormati dan diperlakukan selayaknya. Tindakan singkat akal yang dilakukan atas nama Islam dalam isu ini telah mencacatkan wajah Islam sebagai agama yang toleran dan penuh dengan kasih sayang. Kenapa Muslim senang sekali menjauhkan manusia lain dari Tuhannya?

Tuhan tidak pernah berjenaka apabila Dia mengatakan:

"Belas kasihku meliputi segala benda...." [7:156]
Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu telah menyampaikan!

Penulis mewakili NGO, Lawyers For Liberty. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

PEMIMPIN PEMAJU UMNO YG ROBOHKAN RUMAH MELAYU?

Posted: 04 Nov 2011 07:48 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri pernah merobohkan rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Sebaliknya, dakwa beliau pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di sekitar Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

NONELim pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam berkata fitnah itu sengaja ditaburkan oleh pihak pembangkang Pulau Pinang bagi menggambarkan seolah-olah kerahaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajuinya adalah 'anti-Melayu'.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan," katanya dipetik siaran TV Selangor.

Menurut Lim, kerajaan negeri pimpinan Pakatan berpendapat, tindakan merobohkan rumah tanpa pampasan tidak wajar dilakukan oleh sesebuah pemaju yang diterajui oleh pemimpin Umno terutamanya rumah berkenaan dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Kg Buah Pala housesMenurut Lim, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan khususnya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa, tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung Melayu adalah Umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.

DAP NAK KENA PENUKUL BAB NI..

Posted: 04 Nov 2011 05:00 PM PDT

Pensyarah kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari berpandangan bahawa sokongan DAP supaya pilihan diberi untuk belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris salah daripada aspek perlembagaan.

NONEPakar perlembagaan itu berkata, perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini.

"Tambahan pula ia berjalan sehingga (mantan perdana menteri) Mahathir (Mohamad) secara bersendirian menukarnya (kabinet tidak terliabt membuat keputusan itu)," katanya pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (bawah) pada 30 Oktober dilaporkan berkata, kementerian pelajaran perlu lebih anjal dan wajar memberi pilihan supaya kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris demi mengekalkan bakat terbaik dalam negara.

Katanya, prinsip paling penting harus terima pakai ialah pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik.

azlanSehari sebelum itu, timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz berkata, tindakan Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memansuhkan PPSMI dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebelum ini adalah betul.

"Bawah perlembagaan dibenarkan belajar bahasa lain; hatta dana awam boleh digunakan untuk tujuan itu. Kenapa pengajaran Matematik dan Sains dijadikan bahan ujikaji?" soalnya.

Beliau berpendapat, walaupun PPSMI tidak disebut antara dasar bersama Pakatan Rakyat, iltizam untuk melindungi dan menegakkan sistem beraja, agama Islam, hak istimewa dan bahasa Melayu, cukup jelas.

"DAP - seperti juga MCA - perlu konsisten berhubung perkara yang melibatkan perlembagaan," katanya.

Tiada ulasan: