Selasa, 1 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


tTEKNIK SONGLAP UWANG DENGAN CEPAT ?

Posted: 01 Nov 2011 08:02 AM PDT

Anehnya laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut kerajaan Kelantan diberi RM19 juta bagi melaksanakan projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR), namun peruntukan itu tidak ada di Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Malah sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam (RMK-6) sehingga sekarang Kelantan tidak diberi peruntukan bagi membina projek RAKR.
Ini dibuktikan sejak RMK-6 sehingga RMK-9 sebanyak RM91.6 juta yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek tersebut langsung tidak diterima.
Peruntukan terbabit iaitu bagi RMK-6 sebanyak RM25 juta, RMK-7 (RM24 juta), RMK-8 (RM34.6 juta) dan RMK-9 (RM8 juta).
Namun, tiba-tiba dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku badan pelaksana menerima peruntukan RM19 juta di bawah RMK-9, tetapi semakan audit mendapati kerajaan negeri tidak membina rumah seperti dirancang.
Sumber kerajaan negeri menjelaskan tiada sebarang peruntukan diterima daripada kerajaan pusat bagi melaksanakan projek RAKR di Kelantan seperti mana disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
Pendedahan mengenai pembekuan peruntukan projek RAKR oleh kerajaan pusat sudah acap kali dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Namun ia tidak mendapat respon wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan persekutuan.
Bagaimana pun ekoran halangan tersebut menyebabkan kerajaan negeri dengan kerjasama pemaju swasta membina projek RAKR sejak 1990 sehingga sekarang dalam skala lebih kecil.
Peruntukan sebanyak RM3 juta disediakan setiap tahun dalam tempoh tersebut bagi melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan rakyat berpendapatan rendah.
Antaranya RAKR Kampung Dangar II, RAKR Bunut Susu, RAKR Gua Musang II, RAKR Gua Musang Tambahan, RAKR Sungai Ketil, RAKR Semut Api fasa II, RAKR Gunong, RAKR Jeli, RAKR Gaal dan rumah transit di Panji.
RAKR tersebut dijual pada harga RM28,000 hingga RM55,000 seunit. Manakala rumah transit di Panji dibina pada 2006 sebanyak 100 unit diberi sewa sebanyak RM100 sebulan kepada penduduk miskin, armalah dan penduduk yang terbabit projek pembangunan di Jalan Hamzah.
Selain itu kerajaan negeri juga membina rumah mampu milik berharga RM35,000 hingga RM45,000 sebanyak 30 unit di Labok, Machang.
Kerajaan negeri juga melaksanakan polisi setiap projek perumahan yang dibina di Kelantan dipastikan mengandungi 30 peratus rumah kos rendah.

POTONG GAJI PERDANA MENTERI?

Posted: 01 Nov 2011 12:53 AM PDT

MP fail usul potong gaji PM RM22,000
Ahli parlimen Batu, Tian Chua memfailkan satu usul untuk memotong gaji perdana menteri ekoran "masalah dan kepincangan" yang berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjawat jawatan itu pada April 2009.

NONEUsul untuk memotong gaji itu merupakan ingatan kepada perdana menteri supaya menjalankan tugas dengan baik, kata Tian ketika bercakap kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

"Ini secara tidak langsung merupakan usul tidak percaya," katanya lagi berhubung usul yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9) itu.

Usul pindaan ke atas Bajet 2012 untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 telah diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Tian melandaskan usul berkenaan dengan alasan, antaranya tindakan perdana menteri yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Katanya, langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara pula memburukkan lagi keadaan.

najib special address malaysia day 150911Selain itu, Tian turut membangkitkan mengenai penganugerahan projek untuk membina MRT Lembah Klang dan juga pembangunan semula kawasan lapangan terbang Sungai Besi tanpa tender.

Turut dibangkitkannya ialah "politik kotor" dalam isu berhubung rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga "cerita rekaan" terhadap  anak ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dakwaan berkenaan "disebar dan diulang oleh pemimpin kanan BN tanpa pemintaan maaf," kata Tian lagi pada sidang media tersebut

SATU LAGI BUKTI UMNO LEMAH

Posted: 31 Oct 2011 08:30 PM PDT

Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.

"Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.
"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun," selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.

"Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang," sindir beliau.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau.

JANGAN TAK SABAR NAK JADIKAN MALAYSIA JAJAHANNYA SUDAH

Posted: 31 Oct 2011 06:46 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

ahmad shabery cheek 041108 02Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.

Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.

Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Tidak dicop

Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .

Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Kibar bendera Israel

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championBeliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

KOREA DAN GERMANY MAJU DENGAN BAHASA IBUNDA, NI NAK GUNA BAHASA BAPAK PENJAJAH PULAK HU HU HU?

Posted: 31 Oct 2011 05:00 PM PDT

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin negara ini maju.

"Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian  akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju.

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa  untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.

Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kroni-kroni mereka.

"Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan pihak yang mempunyai kepakaran," ujarnya.

Menurutnya dasar itu dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta buku-buku teks yang tidak disiapkan.

Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima perlaksanaan tersebut.

"Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa," sambungnya lagi

Azmin memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti akan bersetuju

Tiada ulasan: