Selasa, 29 November 2011

.

.


Renungan Petang

Posted: 28 Nov 2011 07:11 PM PST

Bantuan One-Off
Sebelum Terima Ibubapa Dipaksa Dengan Tazkirah Umno

SEBELUM saya menyambung catatan dan cerita politik negeri penyu saya ingin sentuh dulu fasal pemberian bantuan one-off sebanyak RM100 kepada murid-muird sekolah di Kelantan khususnya dalam kawasan Bachok di mana kawasan ini ketuanya ialah bakal MB Kelantan yang tidak menjadi Awang Adek Hussein.

Awang Adek kalah "dua gol" dalam pilihan raya 2008, kalah di kerusi Perupok dan kalah di Parlimen Bachok.

Pemberian bantuan one-off kepada murid sekolah menjadi riuh dan percakapan di kebanyakan sekolah di Kelantan. Rakyat marhain akan berbesar hati kalau mendapat beberapa ringgit, mereka akan membualkannya tetapi jarang yang sedar wang negara digulung berjuta ringgit oleh pemimpin parti mereka. Biasalah, pemberian kecil oleh kerajaan diwar-warkan kehilangan atau penyamuan oleh koler biru disepikan.

Kebetulan pula musim ini musim bajir jadi molek benarlah wang itu diberikan. Ibu bapa yang miskin boleh gunakan wang RM100 itu untuk beli garam, gula dan ikan budu buat dimakan dengan pucuk ubi kayu rebus dalam musim banjir ini.

Saya yakin wang itu tidak sampai separuh digunakan untuk membeli peralatan sekolah; baju, buku, beg dan lain-lain. Lagipun RM100 kata orang kaya raya buat lekat celah gigi sahaja. Kalau bagi Awang Adek Hussein sebanyak itu untuk beli sekerat sigal (coruk) pun tak dapat.

Saya juga hairan kenapa kerajaan tidak bagi RM500 untuk seorang murid atau satu keluarga yang ada anak sekolah. Kalau hendak bagi dalam bentuk tunai biarlah banyak, kalau tidak bagi saja peralatan sekolah, misalnya beg ia akan kekal sekurang-kurang setengah tahun. Copkan daging dibeg itu seperti mana guni baja dicopkan gambar dacing di zaman Sanusi Junis jadi menteri pertanian dulu.

Namun bagi ibubapa yang miskin, bersorak sakan mendapat wang sebanyak itu. Mereka boleh tidak tidur malam kerana menunggu harian penyampaian wang itu. Maka berjujutan mereka beratur di sekolah untuk menerima wang berkenaan. Kadang-kadang kesian saya melihat nasib rakyat negara ini macam rakyat Uganda dan Somalia beratur untuk menerima bungkusan magee dari Ngo atau PBB.

Saya tidak memperkecilkan kepada ibubapa... RM100 pun duit jadi mereka pergi ambil juga terpaksa tinggal ayam itik dan lembu kerbau kerana hendak ambil wang RM100. Kerana pemberian itu dalam musim bajir saya percaya ada yang tinggal rumah dalam keadaan kediaman dinaiki air semata-mata untuk mendapat RM100. Sepulang dari majlis pemberian wang itu rumah mereka sudah ditenggelami air. Untung secupak guni segantang.

Bayangkan yang terlalu miskin kena naik bas atau kereta privet sapu untuk mengambil wang berkenaan. Berapa mereka kena habis untuk tambang bas. Pergi balik adalah RM10 maka tinggal lagi RM90... itu belum singgah di pasar beli bawang, ikan, sayur dan taugeh... habis RM20 tinggal lagi RM70. Kebetulan tertenguk kioks jula prepaid beli pula RM8 tinggal lagi RM62.

Sekolah masih lambat lagi dibuka. Hujan terus turun pokok getah tidak boleh 'disenguk'. Maka emak ayah 'pinjam' RM50 untuk keperluan membayar bil elertik (air tidak payah sebab di Kelantan air kuning), bayar bil astro dan lain-lain khalas. Walhasil wang RM100 tidak pun sempat untuk beli sebatang pencil atau sepasang stoking untuk anak-anak.

Itu perincian rambang macam mana wang itu digunakan. Sebab itu saya kata kalau hendak beri bagi RM500 untuk satu keluarga. Kalau untuk projek lembu gemuk boleh bagi RM250 juta, ada bekas menteri telan wang PPRT RM40 juta apalah sangat untuk bantuan rakyat sebanyak RM500, saya kira tidak sampai RM100 juta.

Untuk dapat RM100 juta senang saja. Minta dengan menteri, timbalan menteri, pemodal besar dalam syarikat GLC dan perdana menteri dan isteri bagi RM1 juta seorang. Anak Mahathir, adik Najib, Vicent Tan dan Ananda Krisnan saja boleh bagi RM1 juta seorang. Tetapi adakah kesedaran dan keinsafan itu. Jawabnya tidak ada maka semua yang kaya terus jadi lembu gemuk dan rakyat akan terus kurus melidi dan menjilat jari di bumi gersang.

Berbalik kepada cerita pemberian bantuan one-off di Bachok tadi sudahlah wangnya hanya RM100 tetapi penerimanya kena pajang dek broker politik UBN. Ibubapa yang diminta ke sekolah bukan terus diberi dan melenggang pulang tetapi sebelum terima wang RM100 kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno dulu.

Kena dengar dan ikut selawat dan puji-pujian dan tanda syukur diberikan kepada Perdana Menteri Ha Najib Razak dan juga kerajaan Umno. Kena meratib ramai-ramai yang Najib PM yang peka dan mendahului rayat. Selepas itu baru majlis penyampaian diberikan.

Pulak itu, penyampaian bukan seratus peratus. Di sebuah sekolah cikgu hanya bagi RM50 sahaja dulu sementara yang selebihnya kena pergi minta dengan Pegawai Penyelia Mukim (PPM) pulak. PPM ini adalah Penghulu di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang menjadi mata telinga kepada Umno.

Inilah yang tidak menyenangkan ibubapa. Dakwa setengahnya menurut seorang muslimat Pas ia tidak berbaloi. Tunggu dua tiga jam hanya dapat RM50 sahaja manakala yang baki RM50 belum tentu lagi bila akan diberikan. Setengahnya kata mana-mana ibubapa yang bukan dari parti asal Kapal Layar kena isi borang Umno dulu baru wang selebih itu diberi.

Aduhai Umno ubahlah sedikit perangai. Kalau hendak berpolitik pun jangan sampai ke tahap yang merendahkan akal budi politik Umno. Malulah sedikit Umno adalah parti terulung dan menjadi kerajaan di negara ini. Kalau perangai dan fiil Umno seteruk itu bagaimana Umno akan muncu sebagai parti profesional. Saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Umno dalam memberi one-off ini hasil dari transformasi yang dilaung-laungkan Ha Najib.

Kesimpulan apa yang dapat saya kutip di sini keadaan Umno termasuk di Bachok itu sangat teruk sekali. Mereka sudah tidak ada upaya lagi untuk memanggi orang untuk mendengar propaganda politik mereka perangkap dengan wang RM100. Apakah dengan umpan sebanyak mereka akan terfikir rakyat (ibubapa) yang terlibat akan telan umpan dengan tembaga (jorannya) sekali?

Barang kali kalau bukan kerana wang Umno sudah tidak dapat berjumpa dengan rakyat lagi. Di sini menjelaskan bahawa air liur, kata-kata dan janji Umno sudah tidak diyakini rakyat. Kenapa, jawabnya kerana sudah terlalu lama Umno 'berlawak' dan mempersendakan rakyat. Begitulah kalau belawak (bohong) sudah berkarat rakyat tidak akan mendekati lagi, dan kalau mereka memakan umpan (terima wang RM100) mereka tidak mudah menelan jorannya kerana mereka sudah mangli dengan tektik dan teknik itu politik ala ala Abu Jahal itu. [wm.kl.2:10 pm 29/11/11]

Susupan Malam

Posted: 28 Nov 2011 03:29 AM PST

Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa

HARI ini beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara.

Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad.

Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya.

Felda tidak menjelaskan kepada peneroka menyebabkan ada menganggap penyenaraian itu dilakukan dalam gelap dan untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan ke atas Felda.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Desakan oleh badan rasmi ini pertama kali dan memperlihatkan Felda berada dalam kemelut.

Desakan supaya Mohd Isa berundur adalah satu-satu langkah yang mampu dibuat oleh para peneroka. Tetapi pada pandangan saya ia tidak mudah untuk dilakukan oleh Ha Najib. Mungkin untuk memecat beberapa nama lain yang disebut boleh tetapi tidak dengan Najib.

Kenapa saya berkata begitu kerana, kedudukan Mohd Isa itu dilantik oleh Najib sendiri. Ia bukan atas pilihan peneroka. Najib adalah perdana menteri. Perkara yang kena faham dengan perlantikan Isa ialah berhubung dengan balasan jasa dan budi Mohd Isa oleh Najib.

Mohd Isa seharusnya tidak kembali ke dalam parti apa lagi memegang sebuah institusi seperti Felda lagi apabila mengenangkan kepada apa yang berlaku kepada dirinya. Bukankah Isa digantung menjadi ahli Umno dan dipecat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah melakukan rasuah semasa pemilihan pemimpin Umno 10 tahun lepas.

Orang seprti Mohd Isa sepatutnya tidak dipandang lagi kerana dari segi moral dan integritinya ia lebih buruk dari anjing buruk kepala. Namun tidak begitu di dalam Umno. Dalam Umno mereka yang bersih, jujur, cerdik dan mempunyai personaliti baik tidak akan naik. Mereka hanya layak menjadi ekor sahaja.

Boleh diperhatikan kepada individu yang menjadi pemimpin Umno hari ini, bermula dari Najib sendiri membawa kepada ketua cawangan semuanya terpalit dengan dosa dan dikaitkan dengan berbagai skandal. Ada menteri yang melanggan pelancur lebih hebat dari apa yang dituduh kepada Anwar Ibrahim. Anwar kalau bawa pelacur berlindung juga tetapi ada pemimpin Umno terang-terang gendung wanita Siam atau pun 'main' dengan bini orang.

Isu rasuah usah cerita yang songlap duit rakyat makan projek banyak dan berlambak. Sebut menteri mana yang tidak terlibat dengan komisyen. Menerima komisyen dan rasuah semacam sudah mendarah daging dalam kepimpinan Umno. Itu cerita komisyen pembelian kapal selam walaupun dinafi beratus kali tetapi ia tidak dapat menutup persepsi orang terhadap rasuah dan penyelwengan Umno.

Mungkin cerita jahat dan khinat ini tidak ke pengetahuan rakyat tetapi mereka yang terlibat dari opis boy sampai ke Ketua Setiausaha semua tahu akan fiil pemimpin Umno sendiri. Kerana begitu meluas menyebabkan ada juga KSU, Pengarah Jabatan dan sebagai ikut sama menerima dan melakukan rasuah.

Kaau rasuah tidak menjadi bara tidaklah pula digubalkan Badan Pencegah Rasuah ditukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kalau begitu lagak dan watak serta perangai pemimpin Umno jadi tidak hairanlah kalau orang seperti Mohd Isa yang tidak disenangi peneroka diambil menjadi pengerusi Felda menggantikan Yusuf Noor ternyata lebih wara' dari Mohd Isa.

Saya sudah sebut sebelum ini mengenai Mohd Isa. Kenapa beliau dipilih menjadi Adun Bagan Pinang semasa pilihan raya kecil dan kenapa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda. Sebenarnya Najib tidak ada pilihan lain untuk membalss budi Mohd Isa kepadanya. Mohd Isa ada jasa besar kepada Najib yang berupa rahsia. Tidak mustahil kalau Najib membiarkan Mohd Isa, bekas MB Negeri Sembilan itu akan meledakkan segala-gala tentang Najib yang ada dalam poketnya. Kelebihan kepada Mohd Isa iaah kerana dia mengetahui sesuatu tentang Najib.

Jadi berbalik kepada hasrat peneroka supaya Mohd Isa dipecat ia seperti mencurah garam ke laut sahaja. Kerja itu sia-sia saja. Yang terbaik peneroka perlu kekalkan dan biarlah Mohd Isa. Guna dan ajarlah Mohd Isa, Najib dan Umno sekali dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga kalau pendedahan hari ini bertujuan untuk mendapat perhatian Perhimpunan Agung Umno ia akan menjadi sia-sia saja. Tengku Razaleigh Hamzah sudah kata apa-apa keputusan dan perbincangan dalam perhimpunan agung Umno ianya satu endorcement sahaja.

Saya percaya tidak akan ada mana-mana perwakilan G7 yang berani untuk menimbulkan isu berkenaan. Apa lagi kalau mereka yang pernah merasai lemak dan manisnya wang Mohd Isa.

Sudah sampai masanya rakyat bawahan dan marhain seperti peneroka bukan setakat melepas kata-kata tetapi mereka harus mengotakan. Kritikan teguran tidak akan membawa makna sama sekali apa yang pentingnya jatuhkan UBN barulah transformasi ke atas Felda dan juga institusi lain akan berlaku. Kepada saya tindakan membuat kenyataan berupa ugutan membuang masa dan tenaga sahaja. [wm.kl. 7:48 pm 28/11/11]

Tiada ulasan: