Blog-list Malaysia |
- Kesian Zambry Kadir.. Kena Kutuk.. Hahaha...
- Perangai wakil rakyat `SMS’ Pakatan
- Simulasi Pilihanraya - BN Salahguna Sekolah Dan Masjid
- Padah Bila Si Bodoh Jadi Ketua
- GEMPAR!! ISA SAMAD MEMAKI KETUA PENEROKA FELDA DI DEPAN PENEROKA
- Teguran Sultan Selangor sentuh nama individu ‘luar biasa’
Kesian Zambry Kadir.. Kena Kutuk.. Hahaha... Posted: 26 Nov 2011 08:00 AM PST |
Perangai wakil rakyat `SMS’ Pakatan Posted: 26 Nov 2011 05:19 AM PST PETALING JAYA: Wakil Kedah Azman Ismail hari ini mendedahkan ada pemimpin PKR negeri itu yang berhubung dengan orang ramai melalui telefon dan khidmat SMS sahaja. Bagaimanapun, katanya, apabila orang ramai menghantar SMS dan menelefon wakil rakyat berkenaan, wakil rakyat berkenaan tidak menjawab. "YB selalu SMS, tidak boleh cakap. Di rumah orang mati pun, dia SMS. Tetapi orang telefon, YB tidak jawab, orang SMS YB tidak balas. "Telefon pegawai YB tidak jawab, telefon pejabat tidak dapat. Bagaimana rakyat nak berhubung dengan pemimpin kita. Ciri-ciri ini ada dalam dalam pimpinan Kedah.," katanya ketika membahaskan usul prestasi kerajaan Pakatan Rakyat sempena kongres nasional PKR di Pulai, Johor hari ini. Dengan nada sinis, Azman berkata, "Kalau ada cita-cita menawan Putrajaya, kita kena belajar dulu urus SMS dan telefon". Azman juga mendakwa wakil rakyat dan pimpinan PKR masih tidak ada kemahiran mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. Pen Parker, kain pelikat Katanya, wakil rakyat dan pimpinan kena uruskan hubungan dengan orang ramai supaya tidak mendapat komplen dari mereka. "Terima kasih dengan cara yang diingati. Beri pen parker ke atau kain pelikat, orang dah tak buat lagi," tambahnya. Menurut Azman lagi, pemimpin perlu belajar menerima masalah besar kerana terlalu banyak sangat komen mengenai mereka. Bagaimanapun, kata beliau, tidak ada skandal yang membabitkan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah. "Kalau pemimpin BN Kedah, kita sebut tahu lah," kata beliau. Azman juga menegur sikap pemimpin yang menghadiri majlis anjuran parti sendiri. |
Simulasi Pilihanraya - BN Salahguna Sekolah Dan Masjid Posted: 26 Nov 2011 04:49 AM PST Simulasi pilihanraya yang dilakukakan oleh Umno/BN pada hari ini telah menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat kegiatan parti mereka. Tinjauan di Dun Hulu Besut pada sebelah pagi tadi mendapati pihak umno telah memaksa pihak pengurusan sekolah supaya membenarkan premis tersebut diganakan sebagai tempat mengundi olok-olok. Di Kampung Belao Hulu Besut, Umno bukan sahaja menggunakan sekolah Kebangsaan Keruak sebagai tempat menggundi tetapi sanggup menggunakan Masjid sebagai barong atau tempat semakan pendaftaran pemilih. Mereka selalu melaung-laungkan supaya masjid tidak dipolitikkan tetapi apa yang jelas pada hari ini tanpa segan silu mereka menggunakan masjid sebagai tempat urusan simulasi pilihanraya. Lebih dahsyat lagi Umno telah mengarahkan anggota rela untuk bertugas dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Di SK Keruak dan beberapa sekolah sekitar kelihatan anggota rela telah dikerah untuk bertugas di muka pintu sekolah tempat mengundi tersebut. Sudah tentu elaun dibayar kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan. Inilah contoh bagaimana Umno sanggup menggunakan apa saja kaedah atau cara yang tidak bermoral untuk meraih undi daripada rakyat. Sehari sebelum itu belia-belia telah dikumpul untuk dibahagikan baucer bagi mengambil wang sebanyak RM200. Wang tunai tersebut kemudiannya diberi sebaik saja selesai mengundi BN dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Kita bagi pihak Pas mendesak supaya Umno menghentikan kerja-kerja tidak bermoral seperti menyalahgunakan tempat awam dan peruntukan kerajaan untuk meraih undi rakyat. Kita juga dimaklumkan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno mengugut para belia supaya mengundi dacing sebagai syarat untuk mendapat wang sebanyak RM200 tersebut. Kita tidak kisah jika itu adalah duit Umno. Tetapi yang digunakan untuk berkempen adalah wang peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberi kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Dalam pilihanraya umum 13 nanti kita berharap anak – anak muda bangkit membuat perubahan dengan menolak kepimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Ini adalah masa ternaik bagi kita membuat perubahan untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara ini. *** Tulisan Cikgu Solah, Pengerusi MTD PAS DUN Hulu Besut |
Padah Bila Si Bodoh Jadi Ketua Posted: 26 Nov 2011 04:26 AM PST PM Melayu: Percaturan Shamsul yang akhirnya memerangkap diri Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua". Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik". Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak? Mati dua kali Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang. Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat? Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK. Masalah kepimpinan Shamsul Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini. Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya? Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri? Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai? Hilang arah Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap. Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka. Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?" Baca: PM hanya untuk Melayu: Hanya cabaran untuk UMNO? Baca: Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
GEMPAR!! ISA SAMAD MEMAKI KETUA PENEROKA FELDA DI DEPAN PENEROKA Posted: 26 Nov 2011 03:25 AM PST Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook. Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan. Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!! puterikarimunindo@yahoo.com |
Teguran Sultan Selangor sentuh nama individu ‘luar biasa’ Posted: 26 Nov 2011 03:17 AM PST KUALA LUMPUR, 26 Nov ― Teguran secara langsung Sultan Selangor dengan menyentuh nama seorang individu, dalam kes terbaru membabitkan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan laporan kewangan agensi agama negeri, adalah sesuatu yang "luar biasa" dan kemungkinan akan dijadikan modal politik, kata peguam hari ini. "(Pada pengalaman saya) ia memang sesuatu yang agak luar biasa," kata ketua bahagian perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun peguam muda ini menambah, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai segala hak untuk memberi pandangan sedemikian meskipun dianggap sebagai sesuatu yang agar luar biasa. Tetapi apa yang dikhuatiri ialah, jelas beliau, kenyataan baginda akan dijadikan isu politik oleh pihak-pihak tertentu. "Di negara ini setiap isu akan dijadikan modal politik, isu politik. Dari sudut perundangan, kita boleh mengatakan bahawa tidak salah bagi tuanku mengatakan begitu," kata beliau sambil menambah, ia bukan satu perintah tetapi hanya "satu kenyataan dan pandangan daripada tuanku." "Tetapi apa dikhuatiri ialah akan ada pihak-pihak tertentu menggunakan pandangan tuanku ini untuk menyerang individu yang dimaksudkan (Aziz)," katanya lagi. Dilihat sebagai kenyataan secara langsung yang jarang-jarang dibuat oleh raja dan sultan, kelmarin Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita baginda berhubung kenyataan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit. Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun. "Beta sangat dukacita apabila beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit. "Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti Mais dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di Shah Alam. Dalam penjelasan pada hari yang sama, Aziz yang berhadapan dengan siri kritikan dan siasatan pihak berkuasa sejak sebulan lalu berkata, beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan itu. "Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan sultan," kata Aziz. Dalam pada itu, penganalisis politik berpendapat sultan juga ada hak menegur sesiapa yang mengkritik Mais dan LZS yang secara kebetulan baginda adalah ketua agama negeri. Bagaimanapun menurut Prof Madya Dr. Mohd Nor Yazid dari Universiti Malaysia Sabah, oleh kerana sultan adalah institusi yang tertinggi, seharusnya hanya Mais dan LZS yang perlu menjawab isu dibangkitkan oleh Aziz jika perkara seumpama itu muncul. "Sultan Selangor amat perihatin dengan masalah yang timbul. Oleh itu, sultan berhak mempertahankan Mais dan LZS yang dinaungi baginda," kata beliau lagi. Mohd Nor menambah, teguran itu tidak menimbulkan sebarang implikasi kerana baginda bertanggungjawab untuk mempertahankan agensi-agensi di bawahnya selaku ketua agama negeri. Sementara itu, penganalisis Dr Nik Yahya Nik Abdul Rahman dari Universiti Malaysia Kelantan berpendapat Aziz wajar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat ulasan-ulasan disentuhnya. "Sebagai ahli akademik, fakta penting untuk sandarkan maklumat dan komen beliau," katanya. themalaysianinsider.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan