Blog-list Malaysia |
- Inilah Wajah-Wajah Pencacai Dan Kaki Fitnah Belaan UMNO
- Pengkhianat Seperti Zul Kulim Langsung Tidak Jejaskan KEADILAN
- Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’
- Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO
- BERSIH 3.0 Mungkin Feb 2012
- Perhimpunana Aman - Putar Belit Apa Pula Kali Ini?
- AUKU - Kalau Dah Nak Hapuskan Kenapa Perlu Buat Rayuan Lagi?
Inilah Wajah-Wajah Pencacai Dan Kaki Fitnah Belaan UMNO Posted: 25 Nov 2011 09:48 PM PST Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya... Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari |
Pengkhianat Seperti Zul Kulim Langsung Tidak Jejaskan KEADILAN Posted: 25 Nov 2011 09:44 PM PST JOHOR BAHRU 26 Nov: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menegaskan wakil rakyat yang bertindak mengkhianati dan keluar dari parti itu sebelum ini, tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap KEADILAN. Perkara itu katanya, dibuktikan apabila Cabang Kulim Bandar Baharu misalnya mencatatkan pertambahan keanggotaan kedua tertinggi bagi tahun ini. "Ahli Parlimen Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sentiasa diberi ruang oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia, RTM untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat. "Adakah ia menjejaskan sokongan parti? jawapannya tidak," katanya menjawab soalan media pada Kongres Nasional yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini. Mengulas lanjut katanya, pertambahan keanggotaan di cabang itu membuktikan KEADILAN sentiasa diberi kepercayaan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU)-13 akan datang. Awal pagi tadi, dalam ucapannya, beliau mengumum Cabang Kulim Bandar Baharu mencatat keanggotaan baru seramai 790 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Cabang Tenom yang mencatat 812 anggota baru bagi tempoh sama. Sijil penghargaan anugerah cabang itu disampaikan sendiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lain-lain cabang yang berjaya mencatat pendaftaran keanggotaan baru dalam 10 cabang tertinggi termasuklah Hulu Selangor seramai 340 orang, Kalabakan (370 orang), Permatang Pauh (395), Gombak (405), Kota Marudu (425), Kapar (446), Serian (673), Kuala Langat (751) dengan Cabang Tenom menyaksikan paling ramai sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 812 anggota. KEADILAN memiliki 218 cabang dan empat lagi kini bertaraf penaja serta menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS). |
Anwar: ‘Umno jangan mimpi nak tawan negeri dipimpin Pakatan’ Posted: 25 Nov 2011 03:37 PM PST JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor. Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini. "Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu. "Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi. Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini. "Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok. "Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya. Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri. "Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan. Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya. "Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan. "Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya. |
Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO Posted: 25 Nov 2011 05:29 AM PST Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka. Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan. Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat. Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai. Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai 'police state' dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi. Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN. Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi. Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng. Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi. Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara. Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini. BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir. Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini. Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak. Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka. Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini. Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan. Aspan Alias |
Posted: 25 Nov 2011 04:38 AM PST Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0. Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul. Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan. "Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat. "Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya). "Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini. Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan. "Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu. Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. http://www.malaysiakini.com/news/182454 |
Perhimpunana Aman - Putar Belit Apa Pula Kali Ini? Posted: 25 Nov 2011 03:18 AM PST Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut. Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu. Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya. Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa. Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula. Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari. Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan. Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut. Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal. Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari. Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu satu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang tersebut. Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana tempoh notis selama 30 hari adalah terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa. |
AUKU - Kalau Dah Nak Hapuskan Kenapa Perlu Buat Rayuan Lagi? Posted: 25 Nov 2011 03:15 AM PST AUKU: Badan pelajar minta Putrajaya tidak rayu KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes dibawa pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu. "PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah," kata Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, langkah itu secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini. "PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan