Blog-list Malaysia |
- TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC
- Tunggu Apa Lagi Abang Askar.. Jomla Tukar..
- Guru Besar Kurang Ajar.. Lempar Wang Bantuan Kepada Waris
- Papagomo Dah Jadi Saintis..
- Lawak Terkini Zul Kulim
- Takut Kalah PRU13, Umno Tarik Balik Guru Kerja 9 Jam
TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC Posted: 19 Nov 2011 08:51 PM PST Seorang demi seorang pemimpin Umno keluar untuk mempertahankan Ketua Wanita Shahrizat Jalil, dengan ramainya setakat mencemarkan kredibiliti dan reputasi mereka sendiri. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang juga Timbalan Presiden Umno - mengatasi mereka semua. Beliau tidak sama sekali peduli mengenai apa rakyat Malaysia fikirkan tentang penyalahgunaan wang RM250 juta oleh NFC melibatkan projek pengeluaran daging lembu negara dan tuduhan bahawa ia telah dengan cara rasuah diberikan kepada keluarga Shahrizat. "Kami akan serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada menerima penjelasanyang NFC atau tidak kerana NFC telah menjelaskan setiap isu yang timbul," kata Muhyiddin kepada pemberita dalam satu sidang akhbar. "Bagi kami di pihak kerajaan, kami tahu kebenaran dan kami tidak terpengaruh dengan cerita-cerita yang direka oleh pihak pembangkang." Salleh tidak dapat pertahankan kadar sewa RM70,000 Apa pun versi kebenaran yang dijual Muhyiddin, adalah jelas daripada rungutan yang didengari bahawa ia tidak sejajar dengan pandangan majoriti rakyat di negara ini. Parti PKR, yang diketuai Anwar Ibrahim telah beberapa minggu yang lalu mendedah kepincangan NFC. Walaupun dengan mandat yang jelas untuk meningkatkan industri penternakan lembu di negara ini, NFC telah menggunakan dana untuk membeli kondominium mewah di Bangsar serta melanjutkan diskaun kepada syarikat yang dikawal oleh keluarga Shahrizat. Enggan mengakui bahawa ini adalah tindakan yang boleh dipersoalkan, Ketua NFC Salleh Ibrahim - yang juga suami Shahrizat menegaskan, bahawa tindakan mereka adalah betul dan kondominium-kondominium itu telah disewa dengan harga RM70,000. Apabila pakar hartanah mempersoalkan kadar sewa yang tinggi itu, Salleh tidak dapat mempertahankannya dan mendakwa jumlah itu termasuk rebat ke atas harga belian. Tetapi kerosakan telah dilakukan. Bagaimana akauntan Salleh atau NFC boleh membuat kesilapan pengiraan termasuk rebat dengan sewa sebanyak RM18, 000 setiap sebulan dan menganggap itu sebagai kadar pulangan pelaburan kekal menjadi misteri kepada akauntan dan pakar-pakar kewangan. Walaubagaimanapun, Salleh berada di pihak yang berkepentingan dalam kemelut yang kini sedang disiasat oleh pihak polis. Muhyiddin pula tidak, dan oleh itu, penganalisis politik mengatakan tidak ada sebab untuk beliau menolak kemungkinan bahawa ia adalah rasuah. Beliau seharusnya menyeru kepada pihak polis dan SPRM untuk melakukan penyiasatan. "Maklumbalas Muhyiddin terhadap skandal ini adalah yang paling mengecewakan. Beliau nampaknya tidak berminat untuk menyelamatkan wang rakyat. Beliau tidak peduli bahawa rakyat biasa telah bekerja begitu keras untuk mendapatkan pulangan yang sedikit. Umno kemudiannya hanya pandai menyapu wang rakyat untuk mengkayakan diri mereka sendiri," ujar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Malaysia Chronicle |
Tunggu Apa Lagi Abang Askar.. Jomla Tukar.. Posted: 19 Nov 2011 08:37 PM PST Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'. Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap". Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara. "Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya. Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya. But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat. Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan. "Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang. Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman. "Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi. malaysiakini |
Guru Besar Kurang Ajar.. Lempar Wang Bantuan Kepada Waris Posted: 19 Nov 2011 05:54 PM PST PAGOH: "Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain," kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah. Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian. Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan. Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal. Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. "Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya. "Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya. "Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?" katanya. Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga. Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan. "Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan. "Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami. "Saya begitu terkejut dengan tindakannya itu. Inikah sikap seorang guru yang selama ini diagungkan sebagai pendidik bangsa?" katanya yang membuat laporan polis pada hari sama. |
Posted: 19 Nov 2011 05:50 PM PST Hari ini Sk ada terima SMS dari seorang kenalan suruh tengok blog lucah katanya bloger tersebut yang sebelum ni terkenal dengan video2 porno kini dah bertukar jadi saintis pulak. Sebenarnya Sk malas la nak layan blog-blog terutama blog yang Pro Barisan Nasional, bukan apa kebanyakan blog pro BN ni boleh dikatakan semuanya memaparkan aksi lucah. Mau tak mau Sk pun cubalah buka blog yang diperkatakan tu. Belek punya belek ternampaklah apa yang dikatakan saintis jelmaan tu. Saintis tu mengaku dia adalah papagomo..sebut saja nama papagomo Sk pun dah nak tergelak bukan apa sebab bloger ni dahulunya terkenal sebagai bloger lucah, sekarang dah jadi saintis. Maybe dah terima hidayah untuk berubah agaknya. Video tersebut tak perlulah Sk copy dan paste kan disini nanti buat semak blog ni pulak. Saintis Jelmaan tu ada buatkan satu ujikaji mengenai dakwat kekal yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat untuk diguna pakai dalam pilihanraya. Video 11 minit 24 saat itu menayangkan bagaimana saintis jelmaan tersebut cuba memadamkan dakwat yang didakwanya akan digunapakai oleh pengundi dalam setiap kali pilihanraya. Di awal tayangan memaparkan bagaimana jari saintis jelmaan tersebut mencalitkan dakwat dan dipadamkan dengan satu cecair yang didakwanya boleh diperolehi di setiap farmasi, kedai ubat, hardware atau kedai 2 ringgit. Pada hemat Sk ujikaji yang dibuat tu adalah bertaraf pandir, ini kerana Dakwat yang digunakan oleh saintis jelmaan tersebut adalah dakwat biasa yang juga boleh diperolehi di seluruh kedai alat tulis dan seterusnya mendakwa inilah dakwat yang bakal digunakan oleh pengundi kelak. Inilah otak pemikiran bloger UMNO yang hanya mahu menipu dengan hanya mengambil contoh dakwat biasa yang banyak terdapat dipasaran. Kalau diteliti sekarang, kebanyakan negara-negara demokrasi menggunakan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh PR, bukannya dakwat mudah hilang sepertimana ujikaji saintis lucah tersebut. Sk mengharapkan agar seluruh lapisan masyarakat usah terpedaya dan tertipu dengan ujikaji saintis jelmaan tersebut. SK ada pendedahan terbaru mengenai kejahatan Pemimpin UMNO Kedah semasa mereka menjadi raja dahulu. Nantikan pendedahan tersebut. Kita akan londehkan satu persatu. BONGKARRR..... Siasahkini |
Posted: 19 Nov 2011 08:45 AM PST Tuduhan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan bukunya "Memoir Perjuangan Politik" yang mengatakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah minta RM60,000 untuk mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding membuka lebih banyak pekung Ketua Pembangkang itu. Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan, Ahli Parlimen Bebas itu sebaliknya mendawa Syed Husin sendiri berjumpanya mewakili Anwar dengan janji jawatan tinggi dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan jika setuju mengosongkan kerusi tersebut. Episod ini didakwa berlaku setelah Anwar tamat ' tempoh edah' tak boleh bertanding selepas keluar dari penjara.Anwar kemudiannya bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh ambilalih dari Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Beliau juga mendakwa Syed Husin pernah memberitahunya kalau dia (Syed Husin) mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan kepadaya jawatan Senator. Zulkifli mendakwa Anwar terdesak dengan menggunakan 'anjing'anjing pencen' untuk menyerang beliau dan Senator Ezam Mohd Noor. Beliau juga mendaka bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding. Menurut Zulkifli ,yang merupakan bekas pimpinan kanan PKR, selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, beliau tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman dan semuanya percuma. Sumber : Agenda Daily |
Takut Kalah PRU13, Umno Tarik Balik Guru Kerja 9 Jam Posted: 19 Nov 2011 07:05 AM PST Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehari KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan. Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik. Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru. Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang. Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka. "Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya. "Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru," kata beliau di Labuan, Sabah. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut. "Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan," katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru. Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran. "Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan," katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan