Isnin, 14 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis siasat projek lembu Fidlot

Posted: 14 Nov 2011 12:01 AM PST

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menyiasat projek lembu kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam, kata NGO Jingga 13.

Penyelaras NGO itu Fariz Musa (dua dari kiri)berkata, mereka dimaklumkan, ini kerana kes pembelian kondominium RM9.8 juta One Menerung oleh NFC bukan bawah kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang menerima aduan mereka sebelum ini.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Fariz.


NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

'Wanita Umno membisu'

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

Dalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.

Najib dipaksa berhenti awal?

Posted: 13 Nov 2011 11:24 PM PST

Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini.

Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat".

Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat.


Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu?

Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya.

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC".

Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab."


Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat.

Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu.

Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya.

Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an.

Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak.

Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini.

Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu.

Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau).
Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan.

Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim!

Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib.


Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah:

* Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM
* Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
* Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet
* Kabinet lemah dan ramainya menteri senator
* Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi
* Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan
* Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah
* Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet
* Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui
* Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop
* Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
* Merestui budaya politik jijik dan lucah
* Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu
* Terlalu ghairah mengejar populariti

Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah.

Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat.

Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno.

Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM.

Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil ...

Ahmad Lutfi Othman


Monopoli Syarikat Bas - Perkasa Dan Umno P. Pinang Tak Mahu Buat Demo Ke??

Posted: 13 Nov 2011 08:09 PM PST

Hilang pekerjaan di sebalik operasi Rapid Penang

BUTTERWORTH, 14 Nov: Setakat hari ini seramai 92 orang telah hilang pekerjaan apabila Rapid Penang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu, kata Pegawai Perhubungan Perusahaan (TWU), Musa Abdullah.

Tambahnya, monopoli laluan oleh Rapid Penang menyebabkan sekurang-kurangnya dua buah dan dua lagi syarikat bas yang telah lama beroperasi terpaksa gulung tikar sekaligus menutup periuk nasi pekerjanya sendiri.

"Kemunculan Rapid Penang bukanya mimpi indah untuk mereka yang bersaing dalam bidang berkenaan sebaliknya 'nota berhantu' kerana ia menambah angka pengangguran di negeri ini," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Bagan Luar, Butterworth semalam.


Bagi beliau, sepatutnya Rapid Penang membeli syarikat yang diketogarikan sedang mengalami ketenatan serta menggunakan semula perkhidmatan pemandu lama yang penuh dengan pengalaman bukannya bertindak mengadakan temuduga yang luar biasa ketika ingin mencari pemandu Rapid Penang.

Lima syarikat tersebut ialah Milan Travel yang telah menutup operasinya sejak 2007, Syarikat Sam Lion Omnibus Co Sdn Bhd (31 Ogos 2011), bakal berbuat demikian ialah United Traction Co Sdn Bhd (15 November 2011) dan Lean Hock Bus Co Sdn Bhd (31 Disember 2011).

Menurutnya, manakala yang masih bertahan ialah Syarikat Bas Butterworth-Kulim dan Rangkaian Setia Berhad, itupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Jelas Musa seterusnya, Menteri Penggangkutan tidak boleh lepas tangan terhadap kejadian tersebut sebaliknya wajar memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan.

Sebanyak 40 buah bas milik Syarikat Milan Travel menutup terus operasi mereka pada tahun 2007, Sam Lian Omnibus yang beroperasi dari Butterwrth-Parit Buntar dan Bukit Mertajam-Parit Buntar melibatkan 15 orang dengan pampasan RM222,747.20.

Syarikat United Traction Co Sdn Bhd melibatkan 51 orang pekerja dengan pampasan sebanyak RM697,054.85 dan pada bulan Disember nanti, Lean Hock Bus Co Sdn Bhd akan menutup operasi yang melibatkan wang pampasan sebanyak RM53,139 yang membabitkan 26 pekerja.

"Semua jumlah pampasan terhadap 92 orang itu hampir sejuta, satu angka yang tinggi," tegas beliau.

Kecuaian Yang Tak Patut Berlaku Apabila Dokumen Penting Parti Disimpan Dalam Kereta

Posted: 13 Nov 2011 08:02 AM PST

Kereta Proton Waja Ketua Srikandi PKR Dicuri

Shah Alam, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.


"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Guru Jangan Biarkan Diri Diperbodohkan Dan Dijadikan Bahan Ujikaji

Posted: 13 Nov 2011 07:36 AM PST

PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.


"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya.

Perkasa Ke Budak Sekolah Yang Diperalat Untuk Halang Ceramah Mat Sabu?

Posted: 13 Nov 2011 04:13 AM PST

PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.

Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.


"Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.

"Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramah berkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.




Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.

"Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.

"Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.

Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.

"Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.

"Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno)," katanya. ...SAYA AKAN DEDAH LAGI GAMBAR GAMBAR PROVOKASI PEMUDA

Syed Othman bin Syed Abdullah

Kg Baru - Bangkai Ni Tak Tahu Ke Di KL Umno Adalah Pembangkang?

Posted: 13 Nov 2011 02:54 AM PST

Kg Baru: Tukar kerajaan jika tak percaya agensi awam, kata menteri

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Di sebalik kontroversi berterusan berhubung soal pembangunan Kampung Baru — penempatan eksklusif orang Melayu di sini — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, rakyat boleh menukar kerajaan melalui pilihan raya umum jika tidak percaya langsung dengan agens-agensi dibentuknya.

Bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini menegaskan "mereka kena bagi kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah sekarang."

Menjawab soalan mengenai penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Raja Nong Chik (gambar) berkata, agensi itu diwujudkan secara rasmi untuk mengadakan pembangunan secara besar-besaran dan ia sah di sisi undang-undang sebagai penyelaras pembangunan secara keseluruhan.


"Tetapi ia bukannya nak ambil alih hak milik tanah," kata beliau dalam temu bual dibawa Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, penubuhan perbadanan itu, yang dibolehkan menerusi Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan lalu, sepatutnya tidak dipertikaikan kerana ia adalah entiti dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Usaha menggubal rang undang-undang sejak awal tahun lalu berhadapan dengan protes dan kontroversi tetapi pentadbiran Najib berkata ia telah mendapat sokongan majoriti pemilik tanah.

"Ia bertanggungjawab kepada kerajaan dan kerajaan pula bertanggungjawab kepada rakyat.

"Kalau tidak percaya kepada agensi kerajaan, pada saya maknanya, mereka tidak percaya kepada kerajaan yang ada dan kalau tidak percaya, mereka kena tukar melalui pilihan raya. Tetapi pada masa ini, mereka kena bagi kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah," kata beliau lagi sambil menambah, kelulusan rang undang-undang itu adalah "peluang terbaik" untuk membawa pembangunan di Kampung Baru yang berusia lebih 100 tahun.

Kawasan itu mempunyai 800 lot tanah dan hampir 5,000 pemilik.

Menjawab soalan sama ada pilihan raya umum ke-13 dilihat akan menjadi penghalang kepada kejayaan perancangan kementeriannya, Raja Nong Chik berkata, "bagi saya mudah sahaja."

"Biar pilihan yang tentukan. Jika ia mengatakan untuk teruskan pembangunan itu, kita teruskan," kata beliau.

Justeru kata beliau, apa yang penting ialah kehendak majoriti dan "cuma apa yang saya minta ialah agar mana-mana pihak jangan keliruka pemilik dan pewaris sehingga akhirnya mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk memajukan tanah milik mereka."

Kata beliau, pihaknya bukan hendak mempolitikkan perkara tersebut dan betul-betul mahu tanah orang Melayu itu dibangunkan kerana "kalau kita fikir politik, baik kita tumpu pada kawasan-kawasan lain dulu sebab ia terlalu sensitif dari segi politik."

Itu sebabnya kata beliau, pihaknya tidak kisah sangat mengenai pilihan raya umum kerana ia program jangka panjang.

Raja Nong Chik berkata kerajaan tidak mahu menekankan soal pembangunan secara kecil-kecilan sahaja, sebaliknya mahu membangunkan pada skala besar-besaran macam kawasan Iskandar di Johor, tetapi apa yang istimewanya adalah kerajaan "membangunkan tanah milik orang, selalunya kita bangunkan tanah milik kerajaan."

"Jika model ini berjaya, kita akan gunakannya pada kampung-kampung Melayu di sekitar Kuala Lumpur atau lain-lain tempat," katanya lagi.


Tiada ulasan: